Menu Utama

Isu Kalimah Allah: Jangan Terhasut Dengan Mainan Politik

Nampaknya, isu Kalimah Allah telah dipolitikkan sepenuhnya oleh
beberapa pihak. Nama ‘Allah’ yang merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa
kini dituntut untuk digunapakai sebagai nama Tuhan bagi agama Kristian
iaitu salah satu entiti dalam konsep trinity.

Selama ini, entiti tersebut dirujuk sebagai ‘Father’ atau ‘Lord’ tanpa
nama yang jelas dan ia tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah kepada
mana-mana masyarakat Kristian di dunia.

Hanya akhir-akhir ini sahaja, dan hanya di Malaysia sahaja, segolongan
penganut Kristian menjadikan nama ‘Allah’ sebagai isu besar. Mereka
ini sanggup membawa isu ini ke mahkamah apabila kerajaan Malaysia
mengharamkan The Herald dari diedarkan kerana telah menterjemahkan
‘Father’ kepada ‘Allah’.

Mereka berhujah bahawa kalimah ‘Allah’ bukanlah nama khas tetapi
perkataan Arab yang merujuk kepada Tuhan secara umum. Bagaimanapun,
di negara-negara Arab sendiri, penganut Kristian tidak selesa
menggunakan ‘Allah’ sebagai merujuk kepada Tuhan mereka kerana bimbang
kekeliruan dan kemungkinan ‘terpesong akidah’ sehingga menjadi Islam.

Namun, keadaan sebaliknya berlaku di Malaysia di mana umat Islam yang
merasa bimbang sekiranya penggunaan nama ‘Allah’ di dalam risalah
Kristian akan mengelirukan anak-anak mereka sehingga menjadi murtad.
Kebimbangan ini adalah berasaskan usaha giat dari kalangan pendakwah
Kristian untuk memurtadkan umat Islam kebelakangan ini.

Justeru, kerajaan telah mengambil langkah wajar bagi mengekang
kebimbangan umat Islam dengan menghalang pengedaran The Herald.

Malangnya, beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah
mempolitikkan isu ini sebagai isu ketidak-adilan dalam konteks
kebebasan beragama. Kononnya, kerajaan Malaysia telah mengambil
langkah yang berat sebelah, silap, mundur dan kononnya umat Islam di
negara ini mengalami ketakutan yang tidak berasas. Mereka juga
berhujah bahawa Sabah dan Sarawak telah lama menggunakan terjemahan
‘Allah’ sebagai Tuhan dan ia tidak menimbulkan masalah.

Hakikatnya, isu ini adalah terhad ke atas The Herald sahaja dan
keputusan mahkamah yang menyebelahi umat Islam itu adalah berdasarkan
kes tersebut semata-mata tanpa melibatkan mana-mana gereja atau majlis
terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Dalam kata lain, ia bukan satu isu pun kerana yang menjadi subjek di
sini hanyalah The Herald, dan bukan amalan Kristian secara
keseluruhan.

Oleh itu, kita melihat tindakan pihak yang membela The Herald adalah
keterlaluan, terkeluar dari batasan dan berniat jahat.

Kita percaya, Kristian juga menuntut penganutnya agar patuh pada
undang-undang dan tidak membuat kekacauan. Malangnya, apa yang
berlaku memperlihatkan seolah-olah terdapat usaha untuk mencabar
mahkamah dan tidak menghormati undang-undang oleh pihak pembela The
Herald. Keadaan ini mampu mencetuskan kekacauan.

Apa yang lebih penting lagi ialah, tidak semua penganut Kristian
bersetuju untuk menggunakan nama ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan
mereka.

Malah, sehingga kini, tiada lagi gereja yang memuji-muji ‘Allah’ dalam
‘khutbahnya’. Nama ‘Allah’ tidak pernah diamalkan dalam perbualan
mahupun ceramah agama Kristian. Maka, kenapa The Herald perlu berdegil
untuk menggunakannya sedangkan tindakan itu jelas mencetuskan
permusuhan?

Bukankah lebih baik memilih perdamaian? Apakah dengan tidak
menggunakan nama ‘Allah’ dalam The Herald maka penganut Kristian akan
berdosa? Atau akidah mereka terjejas? Atau doa mereka tidak makbul
lagi?

Dalam kata lain, sebelum berhujah tentang kenapa umat Islam tidak
harus menghalang The Herald menggunakan nama ‘Allah’, bukankah lebih
baik senaraikan dahulu sebab musabab kenapa The Herald perlu, wajib,
harus, mesti menggunakan kalimah tersebut? Apakah yang akan dapat
dicapai melaluinya dan apakah yang tidak akan dapat tercapai tanpanya?






12 Komen to Isu Kalimah Allah: Jangan Terhasut Dengan Mainan Politik

  1. Matatelinga Gomen says:

    Kerana kristian agama ciptaan manusia, maka ciptaan manusia boleh dimodifikasi bila2 masa saja. Mengambil Allah menggantikan farther atau lord yang digunapakai selama ini merupakan modifikasi terkini. Esok lusa mereka akan modify yang lain pulak mengikut cita rasa, keadaan dan kehendak pihak yang menuntut.

    Islam ciptaan Allah dan segala ciptaan Allah walaupun dimodifikasi tetap jadi tidak asli. Yang jelas Islam tidak akan menuntut lord atau farther menggantikan apa saja yang telah tersedia.

    Kufar akan mati dengan kufur. Umat Islam yang tersasar, tersilap buat kerana terkeliru tetap terbuka luas jalan bagi mereka kembali.

  2. kaki_lepang says:

    Herald ni ada niat lain nak memacahkan orang Islam jadi bila ada orang Islam yang sokong macam puak PR puak PAS maka mudahlah mereka buat tuntutan-tuntutan lain ni semua mainan puak-puak Dajal yg cuba nak memesongkan orang-orang Islam

  3. shwan says:

    Kepada orang Islam samada kalangan agamawan maupun orang biasa anda perlu berhati-hati dengan pendirian anda yang melampaui batasan aqidah kerana tidak menjaga hak Allah daripada puak Kafirun yang mahu mempermainkan kalimah suci Allah. Mereka mahu mensyirikkan Allah dan memasang perangkap menggunakan kalimah ini untuk memurtadkan umat melayu yang masih berbaki sedikit imannya.
    Sebagai umat Islam yang sedar kita mesti mempertahankan aqidah umat Islam yang berbaki sedikit ini. Suatu hari nanti kerja kita akan menjadi lebih sukar untyuk mempertahankan aqidah anak cucu kita kerana kesilapan kita membuat percaturan. Jangan hanya kerana mahu mengambil hati kafirun kita melanggar hak menjaga kesucian nama Allah.

  4. jombo says:

    Nampak sangat ini adalah usaha untuk memurtadkan umat Islam. Orang kristian di msia bodoh sangatkah sehingga nama tuhan kristian nak ditukar kepada Allah?Kenapa akhir2 ini pihak gereja begitu lantang menentang kerjaan jika pihak pembangkang yg memberi sokongan dan dorongan kepada puak ini. Korang ingat Guang eng nak sembah Allah ke? Konsep Allah kristian adalah berbeza dr Islam. Kenapa nk mencemarkan nama Allah.

  5. bujuk says:

    Aku sokong pandangan Dr.Asri(dalam sinar). Hujah yg. mudah dan benar…
    Kita boleh menghalang agama lain dari guna Kalimah Allah, tapi perlukan penjelasan yg. tepat dan benar. Tuan Ibrahim pula berpendapat lebih baik berbincang/bersemuka daripada keputusan kehakiman. Maknanya K’jaan perlu jelaskan kenapa kalimah Allah tidak boleh d guna agama lain d semenanjung dan minta agama lain menghormati kehendak k’jaan demi kestabilan negara dan ianya tidak mencacatkan agama lain jika tidak mengguna kalimah tersebut, kerana selama ini mereka selesa dengan God dan Lord. Hujah ini yg. perlu d tekan kan..

    • Gambus says:

      Kau ni tak baca ke penghujahan mahkamah ??? melalak bukan main konon nak tunjuk bagus TAPI sebenarnya JAHIL , nak putar belit sana sini … dah jelas penjelasan kat situ kenapa kristian tak boleh guna kalimah Allah , masuk puak PAS nak berbelit pulak suruh kerajaan jelaskan !! woii bodoh buat apa kerajaan nak jelaskan ??? ini keputusan mahkamah laa !!! bacalaa penghujahan lain kali !!!

      nahh , aku tau pun munafik dan pembelit macam puak PAS takkan baca punya , manusia hina yang hanya pandai membelit dan buat fitnah !!!

      novandri.blogspot.com/2013/10/penting-dokumen-lengkap-40-mukasurat.html

      Malah kenyataan saudara Zulkifli nordin juga amat jelas dan tepat dalam menjawab pandangan Dr Asri

      zul4kulim.blogspot.com/2013/10/kalimah-kufur.html

      • bujuk says:

        Kalau camtu, apakata bagi Zul berdialog dengan MAZA secara langsung. Bawak wakil Kristian sekali… supaya lebih ilmiah.

        • gambus says:

          Kau dah baca kee hujah dan penerangan tu semua ??? dasar manusia munafik punya puak PAS .. isu mahkamah nak mintak kerajaan jelaskan , lain kali kalau diri kau tu bodoh dan kuat penipu .. jangan nak cakap banyak .. dasar macai !!!

          nak kee Dr Asri ??? yang kau nak pandai-pandai nak buat apa , kau ni pr Dr Asri kee ???

          Lagi satu apakejdahnya nak panggil wakil kristian !!! nama Tuhan sendiri pun tak tahu .. ni yang paling lawak

        • bagio_utara says:

          Zul Nordin mana ada standard berdepan dengan DR MAZA apa kelulusanya…

  6. Register http://cashforvisits.com/index.php?refcode=9579

  7. aci says:

    wey bodo…ang tawu x sebenarnye psai isu ni najib yg telah tandatangan untuk membenarkan mereka untuk menggunakan kalimah Allah.. spe yg x pecaye tnye mne2 ahli Perkasa..

  8. Biar says:

    Sekali lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) memilih untuk bercakap isu sensitif semasa berada di luar negara iaitu mempertahankan keputusan mahkamah yang melarang Kristian daripada menggunakan kalimah Allah.

    Najib berkata, larangan mingguan Kartolik, Herald daripada menggunakan Allah adalah perlu untuk menjaga ketenteraman awam dan keharmonian negara dengan alasan Herald adalah akhbar yang tersebar luas.

Leave a Reply

Threesome