Menu Utama

Isu Kalimah Allah: Chua Jui Ming “Gembira” Dengan Reaksi Umat Islam Berhubung Kenyataan Twitternya

Setakat ini, kalimah Allah masih lagi terpelihara, dan menjadi hak orang Islam serta tidak boleh digunakan di paparan atau cetakan bahan milik Kristian.

Penulis menyatakan “setakat ini”, bererti selagi kuasa politik milik Islam dan Melayu, hakikat tersebut tidak boleh diubah. Berdasarkan undang-undang, kita semua telah mengetahuinya pada hari Isnin yang lalu. Namun, jangan pernah leka, kerana mereka menanti saat dan ketikanya untuk memecahbelahkan orang Islam.

Itu lah juga yang dilakukan oleh Chua Jui Ming, seorang bekas menteri kerajaan Barisan Nasional yang mempunyai raut wajah yang sekali imbas, seperti Anwar Ibrahim. Apakah mereka lahir dari ibu yang sama? Itu penulis tidak mampu menjawabnya.

Sedang kita mengucap syukur ke hadrat Illahi atas keputusan mahkamah, Chua telah melontarkan satu lagi “terjemahan” Al Quran, bagi terus menerus membangkitkan polemik isu berkenaan kepada umat Islam.

Pertama, kita perlu tahu bahawa Chua tiada sebarang kelayakan untuk menterjemah ayat suci berkenaan. Lihat sahaja yang yang ditulisnya di laman Twitter, ia tidak menjelaskan keseluruhan ayat berkenaan.

Surah Alli Imran 3.64 :
64. Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimah (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak yang kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Illah selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”

Sungguh pun Nasrani adalah terdiri dari ahli kitab yang beragama Kristian, perlu untuk penulis tekankan bahawa mereka adalah penganut Kristian yang berpegang dengan kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa A.S.  Dan Injil itu tidak sama sekali meletakkan pemahaman “trinity”; Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus. Konsep Trinity ini hanya terdapat pada Bible New Testament yang telah diubah oleh pendita Kristian dan digunakan pakai oleh penganut Kristian sekarang, khususnya dalam konteks isu Kalimah Allah di Malaysia.

Itu jelas, nyata dan terang untuk kita terus mempertahankan kalimah Allah yang mahu digunakan oleh pihak berkenaan sebagai jarum halus dalam memesongkan akidah umat Islam di Malaysia.

Kedua, Chua juga sengaja berbuat demikian, hanya untuk memecahbelahkan umat Islam.  Pada ketika kenyataan Chua dikeluarkan, umat Islam berterusan bercakaran sesama sendiri waima mahkamah telah memutuskan bahawa kalimah ini tidak boleh digunakan oleh pihak Kristian untuk tujuan percetakan di majalah atau buku-buku mereka.

Kita saling mengeluarkan pelbagai pendapat, bercakaran sesama sendiri dan tidak kurang yang memaki hamun waima masing-masing beragama Islam. Tidakkah kita melihat apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Chua Jui Ming?

Pecah dan perintah.






17 Komen to Isu Kalimah Allah: Chua Jui Ming “Gembira” Dengan Reaksi Umat Islam Berhubung Kenyataan Twitternya

  1. raplahjingaa says:

    Dia faham ke maksud ayat tu ??? Manusia sekelian alam patut menyembah Allah swt, bukan tuhan yang ada anak bini, ni mesti dia dapat advice dari lebai PAS, lingkup agama dengan PAS ni.

    • ibnu masood says:

      Jangan salahkan Lebai2 & Ulamak PAS.. mereka tau mana yang betul dan yang tidak, tapi mereka ni paham, mereka tak patut mengeluarkan kenyataan berkaitan agama ni tanpa merujuk kepada ketua Tahaluf Siasi pakatan iaitu DAP.

      Insyallah nanti bila Lim Guan Eng dah baca draf nasihat & pendapat PAS berkaitan Kalimah Allah ni barulah boleh dipublish dan kita semua baca.

      • raplahjingaa says:

        Draf nasihat & pendapat PAS ?? masood, kalau nesihat tu datang dari Haron Din, dia akan kat tak boleh, kalau datang dari nik ajis..dia akan kata boleh !

        Ikut cai PAS…boleh !, penganut PAS sanggup berarak dijalan raya kononya ada penipuan ” blackout “, tapi depa tak sanggup mempertahankan kalimah Allah dari digunakan oleh gereja. Berapa ramai cai PAS di mahkamah tinggi masa perbicaraan kes kalimah Allah ?? dan berapa ramai cai PAS di tempat yang sama masa kes liwat anwar ??

        Tepuk dada tanya selera….aku tetap salahkan lebai-lebai PAS !! hang boleh kata apa saja.

  2. alimedanbaru says:

    kekadang dalam bab mempertahankan agama sememang tidak boleh diselesaikan dgn mata pena tetapi jalan penyelesaian yg mutlak dgn mata pedang. lihat apa yg berlaku di Palestin, untuk mendapatkan hak kedaulatan Mesjid AlAqsa takkan selesai dgn perundingan dan pena draf perjanjian, penyelesaiannya hanya melalui kekerasan, hanya kebetulan Yahudi kuat maka Islam terpaksa menunduk.namun walaupun pertumpahan darah bukan cara terbaik dan patut dielakkan, namun contoh yg ada samaada di MYMAR,SYRIA,INDIA,THAILAND DAN FILIFINA, PERKARA YG MELIBATKAN HAK KEDAULATAN DAN AGAMA BIASANYA BERAKHIR DGN PERTUMPAHAN DARAH JUGA. ‘ADAKAH ITU YG DAP ATAU PENGANUT KRISTIEN MALAYSIA MAHUKAN?

  3. dkds says:

    Nasrani yang percaya pada satu tuhan dah lama pupus apabila golongan kristian syirik membantai kota istanbul …saki baki golongan ini digolongkan sebagai murtad oleh kristian katolik….kristian katolik inilah yang memusuhi islam sehingga mencetuskan perang salib…

    Hari ini umat islam berhadapn golongan kristian yg cuba menganggu gugat kesabaran umat islam….mereka dibantu oleh agama lain bagi mencetuskan suasana panik d

  4. baba says:

    ahli kitab dulu daripada nasrani dan yahudi memang percaya satu tuhan, tetapi golongan ini skrg percaya kepada lebih dari satu tuhan…..

  5. raplahjingaa says:

    Apek chua, dah pandai guna ayat Quraan…harap-harap dia terima Allah swt sebagai tuhan dan pi sunat dulu, sebelum buat kerja bodoh.

    Ahli kitab dengan puak kristian pasca kurun 21 adalah amat-amat berbeza, Injil yang digunakan sekarang telah diubah bukan sekali, bukan 2 kali tapi beratus kali ! paderi pun ada yang jadi gay ! ahli kitab tengkorak dia !

    • bangKano says:

      Mudah mudahan golongan non muslim yang berminat baca & memahami alQuran akan terbuka kalbu depa dalam meyakini islam macam Dr.Bucaille dari Perancis…lalu memeluk islam.

  6. kukukambing says:

    HARUS KITA INGAT AHLUL KITAB YANG DIMAKSUD KAN ALQURAN ITU IALAH MEREKA YANG BERPEGANG PADA KITAB TAURAT ,ZABUR DAN INJIL YANG ASAL YANG DITURUNKAN KEPADA MUSA,DAUD DAN ISA AS,YANG SUDAH TIDAK UJUD LAGI!!! PENGIKUT BIBLE KRISTIAN SEKARANG BUKAN AHLUL KITAB TETAPI SEMATA MATA KAFIRUN BELAKA

  7. Matatelinga Gomen says:

    Chua JM semasa dalam kerajaan bersama BN tidak lah nampak sebiol sekarang. Cuma masa pegang Kesihatan dia dikatakan ada skandal dengan jururawat di kementeriannya. Tapi cerita itu tidak pernah tersebar luas cuma diketahui oleh warga kementeriannya sahaja.

    Kita tak mahu exploit tentang perangai Chua JM dan skandalnya. Kerana babi pun sama perangai dia, tak ada bini tetap. Bini boleh dikongsi dan ditukar ganti, demikian juga Chua JM.

    Chua JM ialah manusia terpinggir yang tak ada bakti untuk masyarakat. Dia cuma perlukan perhatian supaya orang tahu yang dia masih hidup belum mampos. Untuk dia cari jururawat yang sama mendapatkan khidmat kongkek sapertimana yang dia pernah dapat, dia tahu tak akan dapat. Masa sudah berlalu, dia bukan menteri lagi. Dia cuma dalam PKR sebuah parti yang boleh mampos bila2 masa.

    Jadi eloklah jangan kita beri perhatian sangat pada kufar Chua JM ini. Tapi kalau terserempak dia dimana2 , kalau teringin nak bagi pelempang, boleh bagi sekali. Saman melempang tak mahal sangat, mampu dibayar. Sama juga kalau bagi penyepak sekali atau sekurang2 ludah kat muka dia. Dia manusia hina, after all.

  8. arhi says:

    Yang dukacitanya ada pula ahli agama kononya bersetuju dgn penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam dan ini telah menjadi kontroversi dengan sesetengah para ilmuan agama spt Dr. Haron Din.Pertelagahan inilh yg memberi ruang kpd sesetengah golongan untuk menyalak dan menentang apa saja keputusan yg telah dipersetujui mengikut mahkamah.

    • Matatelinga Gomen says:

      Mereka berani kerana mereka disokong oleh orang kita yang terpesong setelah memesongkan hati mereka sendiri.

      Mereka semua ini sedar dengan sensitiviti orang melayu dan islam agama anutan kita. Sebab itu tidak pernah berani mereka menyentoh isu sensitif ini sehinggalah mereka diampu, dijulang dan diberi semangat oleh orang islam sendiri. Doakan hidayah diberi kepada umat terpesong itu, kerana kufar tetap kufar tiada hidayah untuk mereka.

  9. Jambol says:

    Tidakkah mereka tahu, bagi setiap orang Islam, “Allah” itu suci dan disebut tidak kurang 200 kali sehari.

    Apakah “Father” dalam Kristian itu sama dengan “Allah” bagi Muslimin ? “In the name of Alah, the Son and the Holy Ghost …..” boleh diterima oleh PAS dan PKR ? Nau’zubillah. Fikir-fikirkan lah.

  10. nija says:

    kalau kita perhatikan maksud ayat 64 surah al-Imran tu, selepas seruan utk menyembah ALLAH, ALLAH juga mengingatkn jgn menyekutukan diriNYA dgn sesuatu, jadikenapa cjm ni xnk faham mksud ayat yg trsbt, jgnlh sekerat2, ambillah keseluruhannya…

Leave a Reply

Threesome