Menu Utama

GST: Anwar Dah Jilat Ludah Sendiri, Mahfuz Bila Pula?

Dua hari lepas semasa perbahasan Bajet 2014 di Dewan Rakyat, Anwar Ibrahim dengan gah mengumumkan pakatan pembangkang akan menentang perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) atas alasan ia akan memberi kesan negatif pada rakyat berpendapatan rendah.

Untuk menonjolkan kesungguhannya dalam isu ini, Ketua Umum PKR itu mengugut untuk membuat bantahan dan himpunan di seluruh negara kerana menurutnya perlaksanaan GST adalah satu bentuk jenayah yang wajib di lawan secara berhabis-habisan.

Tengokkan pada respon keras sebegitu harus siapa sahaja akan merasakan pembangkang sudah muktamad menolak perlaksanaan GST 6% yang dicadangkan kerana lebih meyakini keberkesanan sistem cukai SST 16% (cukai jualan 10% dan cukai perkhidmatan 6%) yang digunakan sekarang.CJP aka GST By Anwar Ibrahim

Hari ini di Dewan Rakyat yang sama, tiba-tiba sahaja lidah Anwar berbelit 180 darjah sambil menjilat air ludah dan kahak sendiri mengakui  bahawa perlaksanaan cukai GST memang cukup efisien.

Dalam masa dua hari saja Anwar boleh berubah nada dari keras menjadi selembut-lembutnya tentu membuatkan ramai penyokong PR pening kepala.

Semasa Bajet 2014 mahu dibentang tempohari, ramai yang masih ingat sekelompok balaci PAS diketuai Mahfuz Omar terjerit-jerit membantah GST. Sekarang dengan Anwar sudah menjilat kembali ludahnya, penulis tertanya-tanya kot-kot Mahfuz pun bersedia makan muntah sendiri.

Kenapa dan mengapa Anwar berubah nada tak sukar untuk difahami andainya kita semua maklum semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dulu dia pernah membawa cadangan ke Dewan Rakyat untuk menukar sistem cukai SST kepada Cukai Jualan & perkhidmatan (CJP) dengan kadar cukai kurang dari 10%.

Waktu itu pendapatan rakyat rata-ratanya masih agak rendah berbanding sekarang, namun soal pendapatan tak pernah jadi isu pun pada Anwar untuk membawa cadangan tersebut.

Tapi hari ini perihal pendapatan rakyat dijadikan syarat pula sebelum perlaksanaan GST. Anwar lupa kebanyakan barangan yang kita beli sekarang tetap tersembunyi cukai jualan 10% dan hanya cukai perkhidmatan 6% yang kelihatan pada resit yang diterima. Tiada pun rakyat yang terjejas disebabkannya meskipun kadar cukainya lebih tinggi dari GST yang cuma 6% sahaja.

CJP atau pun GST maksud dan matlamatnya lebih kurang sama dimana cukai jualan dan cukai perkhidmatan digabungkan dan nilai cukai dikurangkan dari 10% + 6% (16%) kepada kurang dari 10%. Yang membezakan CJP dan GST, satu berbahasa Melayu dan satu lagi berbahasa Inggeris

Namun matlamat dan tujuan akhirnya juga sama untuk menggantikan sistem SST yang mempunyai banyak kelemahan seterusnya memastikan kutipan cukai lebih sistematik, menyeluruh tetapi tidak membebankan rakyat.

Kesimpulannya, cakap-cakap kononnya GST menindas dan membebankan rakyat hanyalah satu illusi, ia bukan cukai baru sebaliknya pertukaran sistem pungutan cukai semata-mata. Yang buat kalut ribut cuma pembangkang kerana melihat kerumitan isu ini sebagai peluang untuk dimanipulasi demi kepentingan politik, itu sahaja.

GST: ‘Kami akan lawan habis-habisan’ 

KUALA LUMPUR – PR akan “lawan” habis-habisan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal bermula pada 1 April 2015.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PR akan mengadakan bantahan ke seluruh negara mengenai pelaksanaan GST tersebut.

Menurutnya, pelaksanaan GST itu adalah suatu jenayah apabila kerajaan masih membiarkan ketirisan dan rasuah terus berlaku sebaliknya membiarkan rakyat menanggung beban.

“Pelaksanaan GST… kami akan turun membantah di seluruh negara.

“Ini jenayah.. kami akan lawan habis-habisan,” katanya pada perbahasan Bajet 2014, di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, PR mengulangi pendirian tempoh untuk melaksanakan GST masih belum sesuai sehingga rakyat mencapai pendapatan di tahap memuaskan.  Selanjutnya…

(Sinar Harian Online / 28 Oktober 2013)

 

Anwar: GST efisien tetapi…

KUALA LUMPUR – [Dikemaskini] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah sistem yang efisien namun memerlukan syarat.

Menurutnya, kerajaan perlu memastikan tahap pendapatan rakyat meningkat dan memastikan infrastruktur percukaian baik.

“Sekarang saya setuju sistem itu efisien tetapi perlu ada prasyarat.

“…di mana syarat pertama mesti tahap pendapatan rakyat ditingkatkan terlebih dahulu, keduanya pastikan infrastruktur percukaian cukup baik.

“Dua perkara itu belum ada, ada dasar monopoli,” katanya pada ucaptamanya sempena Taklimat GST dan Belanjawan 2014, di sini, hari ini.

Tambahnya Anwar, “secara prinsipnya GST itu efisien.

“Menteri Kewangan sebelum saya kata akan melaksanakan GST, bila saya ambil alih, saya setuju GST akan dilaksanakan dan perbendaharaan akan kaji.  Selanjutnya…

(Sinar Harian Online / 30 Oktober 2013)






32 Komen to GST: Anwar Dah Jilat Ludah Sendiri, Mahfuz Bila Pula?

  1. system baru says:

    bil astor, bil wifi dan fast food kfc dan mc.d dah lama kena gst tak bising anwar ini, anwar ini dia buat gst buat2 lupa pulak

    • HackerXP says:

      astro, unifi, kfc, mcd tu semua masih guna sistem SST walaupun kat situ ada yg tulis GST tp tu rujuk pd Government Services Tax sama saja dgn SST.

      GST (Good & Services Tax) yg akan ganti SST ni hanya akan mula dilaksana start 1 April 2015.

    • sireh ke gagang says:

      depa guna sistem tax lama lagilah. tulis je GST , tapi kadarnya , baik ko check balik betul2.. berapa % kat situ tercatit .

    • bunn says:

      hurmm admin bleh pos kan video mengenai anwar yang menjilat ludah sendri2 syok gk klu dpt tgk bru trang2 bleh percya hehee..

      • gambus says:

        setiap kenyataan di dewan rakyat direkodkan dan akan disimpan dah takkan boleh diubah !!! admin jelas mengambil daripada hansard dewan rakyat

    • anoi says:

      pembangkang penuh dgn mimpi2 ngeri. hanya yg tak mampu berfikir berlandas ilmiah dan logik masih terpengaruh. nuar tgh nak switch off khalid digantikan azmin his blue boy .. tengah dok pikiap macamana nak bagi valid reason supaya rakyat selangor akur.
      kalu betul2 jadi .., maka khalid pasti berundur dari arena politik.

  2. system baru says:

    maksud gst governmet service tax…
    bukan macam penbangkang maksud gst good and service tax..diseluruh dunia governmet service tax gst digunakan diseluruh dunia ,ada 120 negara gunakanya

    • Rosmah87 says:

      BODOH TAK TERKATA PUAK ROSMAH NI..

      ANWAR KATA TIDAK MENAFIKAN PELAKSANAAN GST CUMA DENGAN BEBERAPA SYARAT.
      PENDAPATAN KENALAH SEIMBANG DENGAN GST. EVEN SINGAPORE PUN BERMULA DARI 3%.

      MANA OTAK NAJIB DAN KAMU? LETAK LUTUT?

      • anakbochek says:

        Singapore start at 3% sebab dia nak rakyat adjust dengan sistem GST. Kita dah start GST lama dah dan at proposed rate 6% tidaklah tinggi sangat sebab dulu pun memang dah 6%. Dan kena ingat, personal income tax di Singapore masa GST mula diperkenalkan adalah setinggi 40%. Berapa rate tertinggi income tax Malaysia bro?

        FYI, nilai GST barang makanan seperti beras, sayur, daging, ikan dsbnya adalah 0% (erti kata lain tak kena cukai lah). Tapi di Singapore foodstuff kena GST.

        Macai Rosmah87 janganlah melalak bagai nak rak compare dengan Singapore macam lah Singapore tu bagus sangat.

      • WTF says:

        La, semalam kata babai!!!

        Hari ni, mai balik pulak!!!

        Welcome to MYKMU!!!

      • raplahjingaa says:

        Ni mangkuk 87 ni mesti budak keluaran SRJKC…TONGGONG lain macam jer, budak ex SRJKC cakap pasal ekonomi macam budak darjah 1 cakap pasal nuclear fussion. hapa pun dia tak tau.

      • system baru says:

        negara pr yg banggakan singapore ada 7% gst dah negeri kecil itu ada tol,pr ini nak hapus tol bodoh pr, ini pergi highway di kelantan to jalan dah percuma dua lorong sekarang tak jalan highway dua lorong nak percuma itu berlubang-lubang jadinya…kita dah buat dah lama kau tak perasan kita buat pada astor, unifi dan fast food makan tak tak sihat itu, sekarang tengok bil kfc dan astro itu,cuma pakai dan barang eletrik akan kena gst apr 2015, kalau kau tak percaya

      • gambus says:

        kenapa laa apek DAPigs yang masuk kat sini semuanya bodoh belaka !!! tulaa belajar lagi kat SJKC

      • reds says:

        hehe….susahkan nak lawan fakta… lu jangan dengar cakap anwar ibrahim… dier tu bapak penipu…tengok..skarang lu jugak nampak macam orang bodoh…

      • WTF says:

        Puak Rosmah???? Mana ada puak Rosmah kat sini, puak UMNO ada la….

        Siapa kata Nuar Berahi tak nafikan perlaksanaan GST, Nuar Berahi pernah kata la pada 28th October 2013

        http://www.sinarharian.com.my/arkib/gst-kami-akan-lawan-habis-habisan-1.215308

        Tapi bila kena tegur (dipercayai geng2 Yahudi), barulah dia setuju dasar perlaksanaan GST pada 30th October 2013

        In other words, Nuar Berahi is not his own man!!! The words he voice out is not his words, but words of others…

        Just like you Rosmah87…

        Mueh4444444

  3. alimedanbaru says:

    kalau sidang parlimen semasa perbahasan GST pemerhatinya adalah dari luar negara, sudah pasti pembangkang Malaysia ni akan dicop sebagai ketinggalan zaman dan otak kosong! tak profasional dan tidak memahami isu sebenar.. aku yakin sebahgian besar MP dari PR tidak buat penyelidikan tentang GST diseluruh dunia dan tidak memahami kaedah sistem percukaian…pembangkang diMalaysia ni umpama peniup seruling yg membawa tikis-tikus terjun masuk dalam air..peniupnya adalah nuar brahim, lim kit siang, guan eng, hj adi dan nik ajis

  4. baba says:

    ada lebih kurang 40 negara saja dalam dunia ni yang belum laksanakan GST. semua negara yg dibanggakan oleh pakatan mcm australia, new zealand, singapore, us semua dah lama ada GST. bila geng ni migrate sana tak bising plak pasal GST.

    • syaa says:

      pembangkang ni cilako,kuat menipu.suka jilat ludah sendiri.bagi mereka GST ni sesuai dilaksanakan bila mereka mmerintah.tak boleh nafikan,klu mereka mmerintah GST dlaksanakan sbb mereka akan jilat balik ludah mereka.

  5. Parti Ajaran Syahwat says:

    Anwar sendiri dah tau GST yg dilaksanakan kerajaan mmg betul. Dia saja nk test market terhadap macai2 dia yg bendul samada dia masih relevan atau tidak. anwar nk tunjukkan dia lebih arif ttg ekonomi berbanding mahpus dgn macai2 pas yg sibuk menjilat juburnya..

    Pandangan atau nasihat drp pembangkang seSEN pon tak guna!!

  6. zammir says:

    apalah sangat org mcm anwar ini…jubur saipol dia blh jilat inikn pula air ludah sendiri..ni mesti dh dpt. brg ln blh pusing 180..anak sapalh. pula jd mangsa ni….ai dh x relevan jd ketua pmbangkng lg dh blh lupus aje.

  7. Botox... ini kalilah says:

    “Sekarang saya setuju sistem itu efisien tetapi perlu ada prasyarat.

    “…di mana syarat pertama mesti tahap pendapatan rakyat ditingkatkan terlebih dahulu, keduanya pastikan infrastruktur percukaian cukup baik.

    “Dua perkara itu belum ada, ada dasar monopoli,” katanya pada ucaptamanya sempena Taklimat GST dan Belanjawan 2014, di sini, hari ini.

    ———————————–

    Alamak, kenapa la si BAHALOL ni cakap begini. Duduk kat Parlimen dah berapa lama?? Dasar monopoli kejadahnya lagi?? Ko tak pernah dengar pasal Akta Persaingan 2010 ke? Akta Persaingan tu adalah undang-undang untuk anti monopoli dan anti kartel la BAHALOL anwar oooiiii

  8. Matatelinga Gomen says:

    Masaalah dengan berok2 ini , pada mereka apa juga initiative kerajaan adalah salah, tak betul dan perlu ditentang. Bila disokong pengikut akan marah. Dengan menentang mereka akan kekal jadi hero dimata pengikut.

    Bila sudah dianggap salah, mereka tak akan buang masa untuk mengkaji fakta.

    Mereka sepatut kaji sebelum kritik. Sekurang2 akan dapat elak ludah dijilat balik.

  9. baujuk says:

    kut-kut boss2 dan sponsor2 dia di barat dah marah kat dia kerana membangkang satu sistem yg dipelopori mereka. Sebab tu lah dia kena buat u-turn 180 farjah

  10. ultra melayu says:

    mana dia 40k bangla tu?

    • dotdot says:

      40k bangla tu ada kt banladesh,,,kekekeke

    • reds says:

      rosmah87 boleh tolong jawab kot… hehe.. die kan pandai…seronok tengok orang wat pandai nih….kat blog pembangkang kalo nak lawan komen memang kena delete laa…

      • gambus says:

        hahahaha komen kat blog PAS dan Pakatan ni lagi macam haramjadah , kena delete tu perkara biasa .. Hishamudin Rais yang melalak pasal demokrasi dan kebebasan bersuara pun takuts sampai delete komen . tu yang kita tgk komen dorang jee lebih !!!

  11. shasha says:

    Nuar tu sendiri mala petaka negara. Ada jugak specis camni muka tak malu. Penipu besar, bodo, jahat, lgbt tapi dok tayang muka lagi. Kalau org lain lama dah pegi nyorok mana2. Tak reti malu. Camne ye mak bapak dia ajar dulu sbb memang kurang ajar dia nih

    • reds says:

      botox beb..baru buat..x kan nak perap kat umah jek…mesti laa mau show sket.. walaupon terpaksa jilat ludah sendiri… lagipon mamat nih dah memang x de maruah.. hehe..

Leave a Reply

Threesome