Menu Utama

Dua ditembak mati ada kaitan penjenayah di Kelantan

KOTA BHARU 3 Okt. – Dua daripada tiga penjenayah yang ditembak mati di Gerik, Perak, semalam dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penjenayah yang paling dikehendaki di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman bagaimanapun berkata, kedua-dua penjenayah terbabit jarang pulang ke negeri ini kerana menyedari diburu oleh pihak polis.

Beliau berkata, salah seorang daripada penjenayah tersebut dikatakan tinggal di Thailand manakala rakannya bekerja sebagai tukang paip di Pahang.

“Mereka hanya balik sekali-sekala, kali terakhir balik ke sini pada hari raya lepas. Kita mempunyai maklumat mengenai penjenayah-penjenayah yang dikehendaki di negeri ini, kita sedang mengekori mereka.

“Saya hendak tegaskan di sini, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh, saya percaya kita akan dapat mereka,” katanya selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Sukarelawan Simpanan Polis di Raja Malaysia (SSPDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Semalam, tiga penjenayah yang dikehendaki kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah termasuk bunuh, curi kenderaan dan samun bersenjata ditembak mati setelah berbalas tembak dengan polis di Jalan Intan, Gerik.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 pagi itu, pihak polis terpaksa menembak kesemua suspek berusia 25 sehingga 34 tahun setelah mereka melepaskan tembakan ke arah polis yang cuba menahan mereka.

Dua daripada tiga penjenayah itu berasal dari Kota Bharu, Kelantan manakala seorang lagi tidak mempunyai identiti.

Sementara itu, Jalaluddin berkata, polis telah menahan 502 penjenayah dan merampas lebih 54 jenis barangan serta kenderaan dan senjata api dalam tempoh sebulan Op Cantas Khas di negeri ini.

“Ia merupakan satu kejayaan besar kerana dalam tempoh singkat jumlah jenayah di negeri ini dapat dikurangkan. Daripada 502 kes itu, lima adalah kes senjata api, tiga kes di Pasir Mas, masing-masing satu kes Kuala Krai dan Jeli.

“Saya fikir Op Cantas Khas akan diteruskan sampai bila-bila walaupun tidak ada gengster. Kita juga pantau gengster luar yang nak lari ke negara jiran untuk buang tatu,” katanya.

Katanya, masyarakat juga menerima dengan baik Op Cantas Khas biarpun kadang kala pelaksanaan operasi itu menimbulkan kesesakan jalan raya berikutan sekatan yang diadakan.

-Utusan






4 Komen to Dua ditembak mati ada kaitan penjenayah di Kelantan

  1. Mek esah says:

    Tahniah pdrm dalam membenteras kejadian jenayah di negara ini…..tapi mcm mana erk nak hapuskan ” penjenayah” berlesen yang banyak membalun duit negara…

  2. […] Original post: Dua ditembak mati ada kaitan penjenayah di Kelantan […]

Leave a Reply