Menu Utama

Cubaan Terakhir Nik Aziz Untuk Tarik Perhatian PAS Kedah

Dalam kesibukan seluruh negara menumpukan perhatian pada kerancakan kempen PRK di Sungai Limau tika ini, sedar tak sedar nama Nik Abdul Aziz Nik Mat agak terpinggir apabila sehingga hari ini Mursyidul Am PAS itu langsung tidak kelihatan dalam mana-mana kempen di negeri Kedah itu.

Malah posternya yang sedang berlakon menangis yang kebiasaanya dinaikkan sebelum hari penamaan calon dalam mana-mana PRU/PRK juga sampai sekarang sukar di temui di Sungai Limau. Khabarnya beberapa hari lagi baru akan mula dipasang itu pun selepas ditegur oleh pemimpin PAS Kelantan.

Keadaan ini jarang-jarang berlaku kerana selalunya bekas MB Kelantan yang disingkirkan secara ‘terhormat’ oleh pimpinan PAS Negeri itu sentiasa akan turut sama menyibukkan diri berceramah untuk PAS meskipun kerap kalinya terpaksa dipapah atau diusung untuk naik ke pentas ceramah.

Paling tidak pun, kalau tak dapat mengerah kudrat berceramah di pentas politik akan ada slot tazkirah di surau atau masjid sambil disulami kempen politik meminta pengundi memangkah PAS. Tapi ini pun tidak berlaku.

Kepelikan yang wujud ini seperti mengesahkan PAS Kedah sengaja melupakan Nik Aziz dek kerana popularitinya yang kian suram dikhuatiri akan memudaratkan PAS untuk menang, jika ini sebabnya memang malang untuk Nik Aziz kerana dinafikan peluang untuk melepaskan gian merapu di atas pentas ceramah.

Tapi tak boleh juga nak disalahkan PAS Kedah. Mereka ada sebabnya yang tersendiri kerana sudah melihatnya di PRK Kuala Besut sebelum ini di mana kehadiran Nik Aziz bukan hanya gagal menarik perhatian umum sebaliknya lagi menyebabkan undi PAS merosot dan kesannya PAS kalah teruk di Kuala Besut tempohari.

PRK Sungai Limau seperti kita maklum amat penting bagi PAS, satu undi pun tidak boleh kurang berbanding sebelumnya, jika cuma menang dengan undi yang merosot dan majoriti yang menjunam jangan kata PAS Kedah dengan PAS Pusat sekali masuk longkang.

Namun semalam, tak semena-mena bekas MB Kelantan itu melalui status di akaun sosial Facebooknya tampil dengan kenyataan mengkritik BN yang didakwanya punca orang ramai terhimpit dengan masalah kenaikan harga barang sambil menggesa pengundi di Sungai Limau mengekalkan kemenangan PAS.

Menariknya kenyataan Nik Aziz sepanjang 9 perenggan itu hanya ditulis selang beberapa jam selepas tersiarnya satu artikel di beberapa blog tempatan mengupas perihal ketidakhadirannya di Sungai Limau yang ditakrif sebagai petanda Mursyidul Am PAS itu semakin tidak relevan dalam kepimpinan PAS.

Ia seperti satu respon segera atas tulisan itu dan jika benar tidak syak lagi Nik Aziz menyedari dirinya sedang dilupakan dan popularitinya sedang jatuh menjunam selepas tidak lagi menjadi MB Kelantan. Untuk itu dikeluarkan satu kenyataan tersebut selain untuk memberi sebab ketidakhadirannya juga sebagai cara menarik perhatian PAS Kedah.

Kemungkinan selepas tersiarnya kenyataan Nik Aziz itu, PAS Kedah terpaksa berusaha mencari satu ruang slot untuk Nik Aziz melepaskan gian berceramah. Setidak-tidaknya bagi dia duduk mengelamun terkebil-kebil atas pentas pun jadilah, tak gitu?






45 Komen to Cubaan Terakhir Nik Aziz Untuk Tarik Perhatian PAS Kedah

  1. dotdot says:

    Nicky aziz dh nyanyuk x leh bawa g ceramah, di kelantan ada 1 golongan yg lepas semayang sentiasa berdoa supaya nicky cepat mati,kelantan sekarang bukan serambi mekah, tp serambi sampah, banyak sampah kt sana, sampai bangla kt sana ckp, org kelantan x tau guna tong sampah.

  2. baba says:

    bangkai bernyawa ni dah tak laku…..orang dah tak heran dgn nik aziz.aura dia dah hilang.

  3. Anak Lenggong says:

    Dulu nike ajis dihormati sebab dia ada jawatan sebagai ketua menteri..so boleh laa digosok supaya dapat sikit habuan..ala bekas guru kemas apa yang dia reti..cakap pulak asyik dok merapu dan nyanyuk..dulu memang laa orang PAS segan kat dia sebab dia MB tetapi sekarang bila dah jadi pacacai tua yang tak punya sebarang kuasa..melayu PAS mula tunjukkan sifat sebenar mereka yang tak menghormati simusang berjanggut ni..tinggal lagi dia tak kena sepak terajang je sewaktu orang nampak dia dok merapu ditepi jalan..

    Tapi..hakikatnya diSungai Limau ni bukan sahaja nike ajis tak kelihatan tetapi kebanyakan yang dikata kononya ulamak didalam PAS pun turut tak kelihatan didalam sebarang ceramah tepi longkang PAS…mana ilang mereka ni..adakah ini membuktikan PAS makin terarah kepada liberasasi yang dibawa oleh nuar brahii…

  4. raplahjingaa says:

    Nik ajis diibaratkan sebagai kayu pagar kandang lembu yang telah reput dan berlumut.

  5. […] More here: Cubaan Terakhir Nik Aziz Untuk Tarik Perhatian PAS Kedah […]

  6. ustaz87 says:

    hina la ulamak…aku x sokong nik aziz pon tp aku hormat dia sebagai ulama…jangan nanti di akhirat korang disiksa sebab mennghina dan memburukkan ulama…dah terang2 selepas nabi wafat yang tinggal sbgai pegangan al-quran dan sunnah rasulullah…dan ahli2 ulama yang memperjuangkan islam…x suka nik aziz xpe,jangan hina.

    • raplahjingaa says:

      Pada Ustaz87….apa dalam perkiraan hang, sehingga hang letak kan nik ajis setaraf ulama ????

      cuba terangkan sikit….

    • anakbochek says:

      Aku suka dengan ayat “…dan ahli2 ulama yang memperjuangkan islam…”. Kalau dah setuju nak kongsi kalimah Allah dengan bukan Islam adakah itu juga dikategorikan sebagai ulama yang memperjuangkan Islam. Perjuangkan isle adalah.

    • WTF says:

      Saudara ustaz87 berkata:

      “dah terang2 selepas nabi wafat yang tinggal sbgai pegangan al-quran dan sunnah rasulullah…dan ahli2 ulama yang memperjuangkan islam…”

      I think that last paragraph is not right, sebelum junjungan kita Nabi Muhammad SAW wafat, baginda Rasullulah meninggalkan dua perkara:

      “Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Qur’an dan sunnahku.”

      Takder mention pun ahli2 ulama memperjuangkan Islam…

      Kalau saya salah, tolong betulkan!!!

    • Mawar says:

      So….nicky jis yang mengatakan Nabi Muhammad Rasullullah SAW ni sama sahaja seperti mamat di kampung sebelum diangkat jadi Rasul….ni ulama jenis fahaman apa?

      Kita hormat ke hulamak cam ni?

      Dan sebelum ustaztahun 87 ni nak mengata kita….sila arah kan kata2 anda pada para ulamak dan ahli PAS yang terdahulu menghina/tidak hormat lagi pada Nicky jis.

      • han says:

        miss,,u sila lihat balik video tu n dgr baik2,, u dnt know kelantan dialect,, u xpham…so u assume like that..org kelantan mmg bahsa kasar bg org luar,,tp mksd yg disampaikan lain.dont simply judge n punish people,be mature,,bahkan kalo org tu salah pon,,nobody bleh sesuka hati nk judge n punish,,kena ad saksi bagai,,org yg bertauliah je bleh jatuhkan hukuman

        • Parti Ajaran Syahwat says:

          Bro, nk menyampaikan dakwah kene lah jelas terang dan nyata benar supaya seluruh umat faham dan tidak keliru. Islam bukan untuk bahan comedy utk ketawa berdekah-dekah yg mcm ceramah2 pas skrg ni. Fulamak, ini mmg takde tauliah je nik ajis. Guan Eng tu bila nk peluk Islam? Hudud bila nk start kat kelantan? Betulkan diri tu dulu sebelum nk betulkan kerajaan?

        • anakbochek says:

          So kalau nak mengajar atau nak bagi ceramah cakap bahasa baku la lain kali. Han, kau asal Kelantan ke?

        • dotdot says:

          eloo,,Han,,,lu lau setakat nk pertahan kn benda x betul baik x payah la,,,nicky jiz kata sambut maulidul rasul benda x sudah,,tp dia sambut besday siap potong kek umah kapir lahanat boleh plak,,ni ulamak ke pukimak..seorang ulamak xda sifat dendam dlm hati,,”

        • WTF says:

          It is strange that you said nobody boleh sesuka hati nak judge and punish seseorang…

          But you too have make a judgement that saudari Mawar do not understand Kelantanese dialect…

          The pot calling the kettle black

          BTW, IMHO Nicky Ajis is not an ulama, he is just a politician…

          Care to debate on this subject, saudara han???

        • Mawar says:

          Aku paham lah bahase kelate……aku dah tgk byk kali ponn video utube tuh!!
          I still say….ulamak fahaman apa kata Rasullullah cam gitu? Cakap lain , maksud lain….apa bender nih?

          Ulang balik kata2..”.dont simply judge n punish people,be mature,,bahkan kalo org tu salah pon,,nobody bleh sesuka hati nk judge n punish,,kena ad saksi bagai,,org yg bertauliah je bleh jatuhkan hukuman”

          I suggest you look back about Nabi Muhammad SAW.

    • Jinkun says:

      niknajis bukan ulama sebagaimana yg dikatakan sbg pewaris nabi sebab byk sebab aku kata begitu. salah satu niknajis kata Allah mencarut, kalau niknajis ni ulama dan org islam berpegang dgn kenyataan bhw Allah mencarut dan kita boleh mencarut sesuka hati apa akan jd pada umat islam di masa depan. nak ikut ke niknajis berprasangka pd Allah. tu bukan namanya ulama. yg sebetulnya ularpukimak…kahkakah.

      • bangKano says:

        Nik Aziz bukan nya ULAMA…tapi ULAH LAMA makna nya dia sakan buat muhung cagha lama dah ketnggakan zaman.

        Aku setuju Pok Nik soghang ULAHLAMA bukan ULAMA….!!!

    • Pejuang IMR says:

      Setuju benar dengan Ustaz87, kita tidak sepatutnya menghina sesama manusia apatah lagi sesama Islam. Tapi Kalau kita dengar kebanyakkan ceramah2 Nik Aziz bebelum ini begitu banyak sekali penghinaannya terhadap sesama manusia Islam termasuk mengkafirkan dan mendoakan menjahanamkan dan sebagainya. Masya’Allah Ulamak sorang ni. Tak kan tak tahu kut.

  7. PASpartyNGOK says:

    Nik Ajis mengamal politik kebencian yang terlalu tinggi dalam dirinya, dari dulu hingga ini. Padanya diri dia saja berserta dengan sorang dua puak dia yang teramat mulia, agong dan tinggi tahap keislaman nya.

    Jika azmin ali angkoh, madu azmin angkoh, cikgu bad dan mat sabu abu angkoh … kita masih boleh terima. Mereka itu angkoh kerana mereka manusia ‘liberal’ yang jatoh dalam golongan tukang amin doa bukan yang membaca doa. (Walaupun mungkin mat sabu dan azmin jugak berabuk baca doa untuk orang lain amin) tapi kita tetap rasakan kepakaran mereka terhad.

    Sedangkan nik ajis ialah seorang pakar tempat orang merujuk dalam hal agama. Dimana pulak letak kemuliaan seorang pakar itu jika tidak menghirau apa yang dituntut islam untuk bersangka baik, bermaaf2an sesama sendiri.

    Kita namapak ideology nik ajis satu hal yang berlalu dan rakyat walau peng8ikut pas sendiri tidak lagi menyukai operangai kurang baik ini.

    Maka pada pengundi sungai limau, untuk memastikan limau anda sentiasa manis hanya BN sahaja pilihan anda bukan yang lain.

  8. anakbochek says:

    Nik Ajis bukan lagi strategic weapon orang PAS. Ia sudah diambil alih oleh Abby, Hairie dan Bob Lokman.

    • Hadi suhaimi says:

      Abby nak guna nama sendiri pun malu. Pepatah melayu ada mengatakan. Berburu kepadang datar, dapat rusa berbelang kaki, berguru kepalang ajar, bagai kan bunga kembang tak jadi. Masuk pas terus dapat gelaran ustazah senang sunggoh. Macam mengajar itek berenang, harap faham maksud saya.

  9. alimedanbaru says:

    Kalau dihayati sesungguhnya Nik Aziz mempunyai versi tersendiri bagi setiap ayat Al Quran yg dia gunakan untuk kepentingan politik. Dalam surah Al Maidah (4) : 59) Allah telah berfirman supaya manusia mengikut Allah dan Rasul juga kepada Ulil Amri (pemerintah). Jika terdapat perselisihan maka kembalilah merujuk kepada Quran dan Hadith. Allah melarang persengketaan dan pecah belah.

    Sebagai parti Melayu Islam yg kuat dan melaksanakan suruhan agama keseluruhannya (kecuali belum beberapa perkara spt hukum jenayah sebagaimana banyak negara Islam yg lain), Nik Aziz sepatutnya membubarkan Pas dan Pas menjadi NGO penasihat dan pemantau kepada kerajaan agar menuruti lunas2 agama. Apa yg nyata walaupun sudah setengah abad Pas masih merupakan Parti yg tidak ada upaya untuk menandingi UMNO, PAS MASIH BERNAFSU BESAR UNTUK MENUMBANGKAN UMNO DAN YG LEBIH PARAH BERSEKONGKOL DGN PARTI MUSUH ISLAM DAN MELANGGAR BATAS AGAMA DAN BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN ORANG KAFIR.Adakah mungkin boleh berjaya dan dapat keberkatan dalam masa nak bangunkan agama, meminta bantuan dgn penentang agama dan sokong pula tuntutan gila orang kafir untuk menodai kesucian agama Islam. Tak masuk akal, gila dan super munafik.

    Adalah jelas Pas melawan perintah Allah dengan menentang Ulil Amri yg berusaha membawa kesejahteraan kepada umat Islam.Perbuatan dan tindakan PAS sejak dibawah Nik Aziz dan Hj Hadi jelas berkepentingan politik DAN nakkan kuasa semata-mata, sombong dan bongkak dgn ulil amri bukan berjuang untuk mensejahterakan bangsa dan agama dgn tulus iklas.Pas menipu Melayu dan menjadikan agama sebagai bahan jual beli demi politik.

    ‘..dan janganlah kamu berjalan dimuka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali kali tidak akan dapat menembusi bumi dan kamu tidak akan sekali kali sampai setinggi gunong’: al Israa, 37

    Maka sebab itu perjuangan Pas tidak pernah berjaya kerana berjuang dengan sifat buruk yakni kebencian, dendam, bangga diri ,iri hati, fitnah, melebelkan keburukan kpd lawan, mendoakan kehancuran kepada lawan, memusnahkan institusi kekeluargaan dgn fatwa kafir mengkafir dan sebagainya dimana semuanya itu perbuatan yg dibenci Nabi dan dilaknat Allah.Dihujung usianya Nik Aziz masih tak sedar diri…

  10. takbai says:

    ha…ha…haa nik najis dah jadi hampeh. dulu pandai kutuk Tun, sekarang sapa yg dah jadi sampah. puss..puss nick.

  11. Anak Lenggong says:

    Yang ko kata sampah ni yang telah menjadikan ko sebagai manusia yang tau mengenal huruf dan tau menggunakan media sosial ni mek..tapi memang jenis bangsat laa mek esah ooii jenis saperti melepaskan anjing tersepit tak pernah nak mengenang budi orang..kalau nak harap nike ajis mantan guru kemas tu..
    1. Tengok je nasib rakyat kelantan lebih 20 tahun memerintah masalah air tak dapat settle walaupun kerajaan pusat bagi peruntukan.
    2. Asyik dok menyalahkan orang kata dia mentadbir berlandaskan islam tapi didepan pejabat sendiri terdapat rumah pelacuran.
    3. Hebuh dok kutuk orang dengan gejala sosial tapi rakyat dibawah pemerintahan dia merupakan pembawa HIV dan penambahan penangih dadah yang baru asyik dok nombor satu je.
    4. Dok kata orang makan rasuah dan bagi kekayaan kepada keluarga tapi dia sendiri pun dapat tajaan pergi ke Mekah free(Nasib baik la lepas didedahkan baru nak batalkan kalau tak..tentu disebat juga)…anak menantu dilantik sebagai ketua dalam syarikat agensi kerajaan negeri dengan membolot harta..pergi semak kat pejabat tanah ..kebanyakan tanah di pulau melaka tu kepunyaan siapa..
    4. Sebab tanah dengan alasan tanah kerajaan negeri tapi untuk memudahkan proses sengaja diletakkan atas nama bini dan dia..udah tukar balik ke nama kat geran tu..
    5. Setiap minggu diadakan kelas agama di medan ilmu tapi..diluar bagunan tersebut ada gerai2 dok jual product sex..ni cara nak menyelesaikan masalah moral kat kelantan kut..

    Sudah2 laa mek esah oii..baik ko pi tonggeng bontot ko kat nuar sambil menjilat jari..lepas tu baru lah ko tau kebenarannya.

    • alimedanbaru says:

      bang, ‘tersandar’ Mek dengar ceramah abang..

    • Pejuang IMR says:

      Jangan terlupa, ada satu lagi sumbange besar Nicky kepada Isle dan Kelate. Suami Isteri menjadi pemegang amanah tetap kepada beberapa puluh ekar tanah strategik dan berharga di Kelate.

  12. Hadi suhaimi says:

    Takda pun ahli parlimen pas buat usul diparlimen utk laksanakan hudud di malaysia. Dan aku nak tengok riaksi rakan sekomplot pas iaitu dap pkr andai ada diantara ahli parlimen pas yg boleh mengajukan usul agar hudud dilaksanakan di malaysia. Kenyataan nya hudud hanya diperkatakan dipentas ceramah pas sahaja. Tujuan hanya nak pancing undi . Aku penuh yakin klu pr tawan putera jaya hudud tak akan terlaksana. Semuanya hanya penipuan demi kuasa. Hasilnya perpecahan umat islam di malaysia.

    • alimedanbaru says:

      ..apa pun Nik Ajis menyesal sampai ujung nyawa sebab lepas DUN luluskan draf hudud Pas Kelantan, Jawatankuasa pelaksana selama lebih 20 tahun tak pernah mesyuarat pun, malah ahli jawatankuasa tak terlantik, malah draf perlaksanaan hanya kekal atas kertas sahaja…Nik Aziz tak boleh memutar masa kebelakang dia telah tidak amanah dari melaksanakan ketetapan DUN yg mulia..dia dok salahkan kerajaan pusat sedang hakikatnya dia tak buat apa-apa pun…

      • Anonymous says:

        alimedanbaru, draf hudud dah diluluskan oleh DUN Kelantan pada tahun 1993 lagi. Cuma tak diwartakan lagi sebab nak dijadikan modal politik menjelang pilihanraya…

      • Pejuang IMR says:

        Draf hudud yang hanya 52 muka surat. Manual TV pun lebih dari 52 ms

    • anakbochek says:

      Bukan susah pemimpin PAS nak kencingkan pengikutnya. Palu gendang hudud, lepas tu tuduh kata Tun ugut Nik Aziz and then cakap kerajaan menghalang maka bersorak sorailah pengikut menari mengikut gendang hudud mereka.

      • Pejuang IMR says:

        Cai2 PAS macam Mek Esah, Bujuk, Mooh dan sekapal dengannya masih titak sedar pun yang Bos boroi mereka sudah menandatangani perjanjian dengan PKR dan DAP tidak akan melaksanakan Negara Islam dan Hudud sekiranya PR menang PRU13 May lalu.

    • Wan Jijah says:

      usah cakap kat parlimen, masa menang bergaya kat Kedah dulu pun PAS senyap je nak buat hudud ni. Nak mintak suara majoriti? Kerusi mereka lagi banyak dari UMNO dan DAPig la… sembang pasal hudud tak ingat dunia, last2 dah diberi kuasa, apa pun tak dibuat. Tu yang kena tarik kuasa balik oleh Allah.

  13. DataCode says:

    Bagi PAS palu gendang,itu sahaja peluang yang dia ada,kalau tidak bisu pula politik tanah air..

Leave a Reply