Menu Utama

Chin Peng, Mat Indera & Syiah Merintis Kejatuhan Mat Sabu

Hanya tinggal kurang dari 30 hari sahaja lagi menjelang tibanya Muktamar PAS Ke-59 dan makin ianya dekat kelihatan semacam kian tidak sabar pula kebanyakan ahli PAS yang mahu merealisasikan hasrat untuk menjatuhkan Mohamad Sabu dari jawatan Timbalan Presiden.

Keterujaan mereka ke arah itu memang nampak jelas bila mana ahli akar umbi PAS mencalonkan sehingga empat nama pemimpin kanan parti untuk jawatan itu antaranya termasuklah Husam Musa dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Dua lagi yang lain ialah Salahuddin Ayub dan Nik Amar Nik Abdullah.

Keadaan yang jarang-jarang berlaku ini tentu sekali merimaskan kerana ia mencerminkan penolakan akar umbi meskipun sejak awal-awal lagi Mat Sabu sudah menegaskan keinginannya untuk mempertahankan jawatan tersebut.

Jika semua keempat-empat nama itu mengesahkan diri untuk bertanding, silap gayanya dalam mood sekarang ini mahunya Mat Sabu berada di kedudukan tercorot dan kalaupun berlaku cuma pertandingan dua penjuru atau mungkin tiga, lagilah parah dibuatnya.

Tentulah ada sebab ahli PAS semakin tidak meminati gaya kepimpinan Mat Sabu, barangkali mereka sedar lebih banyak mudarat dari manfaat maka sebab itu diusahakan cara untuk disepak terajang dari jawatan sebelum mudarat semakin merebak.

Dalam keadaan begini, si pengganas Chin Peng yang mendapat simpati Mat Sabu ketika kecoh isu abu mayatnya sebulan lepas pun tak mampu nak tolong bawa keberkatan. Sia-sia Mat Sabu mempromosikan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan, berkat tak dapat bala pula yang datang dekat.

Hatta idola Mat Sabu iaitu Mat Indera Komunis yang mengganas dan membakar polis-polis Melayu Islam dalam serangannya di Bukit kepong dan diangkatnya sebagai hero kemerdekaan pun sekelumit zarah tak memberi sebarang manfaat keuntungan untuk hayat politik Mat Sabu.

Sebaliknya dek kerana memuja-muji kedua-dua lahanat itulah menjadi antara punca penyebab semakin cepat Mat Sabu melalui zaman kejatuhannya. Sengsara untuk Mat Sabu tapi bagi ramai ahli PAS yang waras, itu sahaja jalannya untuk membersihkan kembali imej PAS dari terus terpalit dengan najis komunis.

Mungkin ada jalan lain untuk Mat Sabu bagi mempertahankan jawatan duniawi ini. Andainya diambil kira corak pemikiran Mat Sabu yang begitu mengagungkan Ayatollah Khomeini, barangkali semangat si Khomeini keparat itu boleh digembleng untuk memacu kejayaannya.

Malangnya, PAS sekarang ini pun tengah duk bersilat untuk menjauhkan diri dari pengaruh Syiah, makanya tertutup jugalah jalan untuk Mat Sabu merintis penggal kedua sebagai Timbalan Presiden PAS. Jalan penyelesaiannya lepas muktamar nanti jadi ahli biasa jugalah Mat Sabu.






5 Komen to Chin Peng, Mat Indera & Syiah Merintis Kejatuhan Mat Sabu

  1. […] Follow this link: Chin Peng, Mat Indera & Syiah Merintis Kejatuhan Mat Sabu […]

  2. baba says:

    mat sabu ni dah nak lingkup….timbalan presiden dah pasti hampir tersungkur, pru kalah…..apa lagi lepas ni?

  3. Anak Lenggong says:

    Belum tentu lagi dia boleh kalah sebab perwakilan PAS didalam pilihan tu berapa orang jee..bukannya melibatkan jumlah yang banyak melibatkan akar undi saperti pemilihan jawatan dalam UMNO 19hb dulu..duit dan janji sudah banyak ditabur ooo….

  4. Anwar Perez Shalom Ibrahim says:

    Alaa PAS memang suka ngan najis Komunis ni..kata mereka sedapp..sebab tu mulut depa kuat fitnah kerana makan najis Komunis,otak pon jadi benak..mangkaq betui la depa nih..

  5. raplahjingaa says:

    Apa pun aku tetap respek mat sabu…hebat-hebat stopa the spender man, hebat lagi mat sabu, cuma dia kalah dengan bekas adun PAS selingsing…atas keretapi ooooo.

Leave a Reply

Threesome