Menu Utama

Ceramah Hari Pertama Pas Tidak Mendapat Sambutan

Oleh Zul Rawi

Walaupun secara rasminya, tempoh berkempen masih belum bermula, namun Pas sebagai calon tunggal dilihat begitu agresif dan terdesak untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau.

Sebagai contoh, semalam bertempat di PDM Ulu Sedaka mereka telah mula mengadakan ceramah bagi menarik sokongan pengundi untuk terus menyokong parti itu. Dengan menggunakan slogan ‘Anak Muda Sokong Ustaz Mohd Azam Abd Samat’ mereka menganjurkan jamuan makan BBQ.

Namun sayangnya program yang diadakan itu GAGAL menarik kehadiran yang mengalakkan. Dianggarkan hanya 45 orang sahaja yang hadir pada program tersebut walaupun pihak penganjur menggunakan khidmat ‘Leman Badut Lawak Pas’ bagi menarik kehadiran penduduk.

Leman, Si Badut Lawak Pas pada program tersebut telah bertindak sebagai pengacara majlis dan BADUT bagi menceriakan suasana. Walaupun kalah dan tersingkir awal dalam program Maharaja Lawak tidak beberapa lama dahulu, namun ternyata Leman masih memasang azam untuk meneruskan karier sebagai BADUT. Cuma bezanya, dulu dia berlawak di dalam televisyen namun kini dia menjadi BADUT di pentas ceramah.

Paling menarik calon Pas ketika menyampaikan ucapan alu-aluan cuba mengeksploitasi agama Islam sebagai modal kempen. Dia mengatakan kononnya mereka yang berjuang bersama Pas akan dikira sebagai ibadat oleh Allah swt.

Yang peliknya, ketika kerajaan BN dan majoriti umat Islam di negara ini cuba menghalang permohonan gereja bagi menggunakan kalimah Allah di dalam Bible, Pas dilihat mengambil pendirian menyokong permohonan tersebut. Ia dilakukan kerana akur dengan ‘ARAHAN’ DAP dan sekali gus untuk memancing golongan bukan Islam untuk terus bersama parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.

Menarik bukan, di hadapan orang Kristian, Pas mendakwa parti itu menyokong tuntutan gereja, manakala di hadapan orang-orang kampung mereka menggunakan Islam untuk meraih sokongan. Sungguh hebat permainan mereka.

Berbalik kepada isu kehadiran yang mengecewakan itu, Pas nyata terkejut dengan pendekatan tersebut. Ini kerana PDM Ulu Sedaka adalah merupakan kubu kuat parti itu. Malah mengikut rekod PRU-13, BN tewas kepada calon Pas dengan majoriti 245 undi.

Tapi persoalannya, mengapa program tersebut GAGAL mendapat sambutan? Nampak sangat calon yang diketengahkan tidak dikenali oleh penduduk tempatan, walaupun Pas mendakwa calon mereka dikenali ramai.

Kesimpulannya BN masih mempunyai peluang untuk merampas kerusi DUN Sungai Limau. Ini kerana pada PRU-13 faktor Ustaz Azizan begitu kuat mempengaruhi pengundi di kawasan tersebut. Namun calon pada kali ini bukan dari kumpulan ulama, tambahan pula semasa hayatnya kelompok Endorgan dan Liberal Pas telah menjadikan Ustaz Azizan antara musuh yang WAJID ditumbangkan.

altAhZOOoOxq4mfJS1iZY0BKKU-NGwvEKOb2tW4pvq5_94X






25 Komen to Ceramah Hari Pertama Pas Tidak Mendapat Sambutan

  1. WTF says:

    Jgn pandang rendah…

    Sat lagi depa bukak senjata rahsia depa

    Ostad McD untuk tarik perhatian

    Mueh44444444

  2. baba says:

    org dah meluat dgn penipuan pemimpin pakatan ni, hari2 benda sama

  3. Nusantara Jones says:

    Kah…kah…kah…kah…kah…

    PAS ni kalau ceramah, tak abis-abis guna modal kitar semula. Menghasut ja kerja depa ni. Takdak benda lain ka hangpa nak sembang? Tak abis-abis jadi batu api bikin orang Melayu hidup tak aman.

    Kah…kah…kah…kah…kah…

    Kita orang Melayu sejak dulu hidup aman damai ada yg berkerja, ada yang berniaga, ada yang berusaha, ada yang belajar.

    Kah…kah…kah…kah…kah…

    Tapi masuk ja puak setan PAS laknatullah ni, abis kita semua orang Melayu berpecah belah, kapir sana kapir sini, semayang imam UMNO haram dan undi PAS masuk syolaga dan banyak lagi huru hara yang PAS haram jadah ni buat.

    Kah…kah…kah…kah…kah…

  4. Nusantara Jones says:

    Kah…kah…kah…kah…kah…

    Rakyat Malaysia hidup mewah di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional/UMNO. Buktinya, cuba tengok perut boroi Hadi Awang, Stopa The Spenda-Man, Mampos Bean dan lain-lain pimpinan PAS. Semuanya makan kenyang sehingga perut jadi boroi. Itu menunjukkan Malaysia dilimpahkan kemewahan oleh Allah.

    Kah…kah…kah…kah…kah…

    Kalau BN/UMNO ni zalim mesti Hadi Awang badannya kurus kering macam cicak kobeng. Betul tak?

    Kah…kah…kah…kah…kah…

    • Mek Esah says:

      Standard pencacai umno kelas paling bengap….

      • badrole amin says:

        engkau termengata diri sendiri yg bengap lah mek, hahaha

        ——————————————————-

        Sungai Limau: Mana nak cari 2,000 undi lagi…?

        Sungai Limau terletak di antara dua bandar besar di Kedah, iaitu Sungai Petani dan Alor Setar. Jika berkereta dari Sungai Petani selepas pekan Gurun dan Guar Cempedak, ada simpang dengan papan tanda Sadaka, belok ke kiri, anda telah berada di kawasan pilihanraya kecil N20 DUN Sungai Limau.

        Namun dari simpang itu hendak pergi ke Sungai Limau memerlukan lagi 10 kilometer, dengan hanya jalan dua hala, di kiri kanan jalan, terbentang luas tanah bendang, aktiviti ekonomi utama penduduk Sungai Limau.

        Ketika bekas ADUN Tan Sri Azizan Abdul Razak bertanding kali pertama di dalam Pilihanraya Uumum tahun 1995, DUN Sungai Limau dikenali dengan nama DUN Sala.

        Allahyarham merupakan anak tempatan yang dihormati kerana latar belakang akademiknya, beliau merupakan pensyarah kanan di UKM sebelum meletak jawatan untuk bertanding sebagai calon PAS.

        Ironinya, kini calon dengan latar yang sama diperkenalkan oleh BN, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Jerai, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, pensyarah kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris bakal menggalas cabaran BN dalam PRK ini.

        Sohaimi merupakan anak tempatan dan disegani kerana latar belakang akademiknya.

        Berdasarkan data yang diperolehi dari sumber BN, pada PRU13 lalu, dari 27,222 pengundi terdapat 93 peratus pengundi Melayu atau 25,333 orang.

        Kiranya ini pertempuran di gelanggang orang Melayu, pengundi India hanya empat orang, pengundi Cina hanya ada 1,838 atau 6.7 peratus. 40 peratus dari pengundi Cina adalah golongan muda yang terang terang tolak BN dalam PRU lalu.

        “BN tidak perlu menjadikan undi Cina sebagai foktor penting atau faktor kemenangan di Sungai Limau, lupakan sahaja dan tumpu undi Melayu habis-habisan,”kata blogger malayrights.blogspot.com, Wan Azri Wan Deris.

        Menurutnya, UMNO hanya membazirkan ‘sumber’ jika berterusan memujuk pengundi Cina yang rata-rata tinggal di bandar besar seperti di Alor Setar, Sungai Petani mahupun Pulau Pinang.

        “Jangan ambik kira undi kaum Cina, kalau ada nasib, jangan taruh harapan…”ujarnya.

        Daripada 25,333 pengundi Melayu itu, 30.27 peratus adalah ahli UMNO, PAS (32.58) dan selebihnya, pengundi atas pagar.

        Ketika PRU13, PAS menang 13 daripada 19 pusat daerah mengundi. PAS menang di Matang Buloh, Sungai Dedap, Gelam Tiga, Bukit Choras, Bukit Besar, Simpang Tiga Luar, Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka, Ulu Sedaka, Padang Lumat, Batu Enam Belas dan Kampung Titi Batu.

        Dari 13 PDM yang PAS menang, dua kubu mereka adalah Bukit Choras dan Bukit Besar. Di Bukit Charas misalnya PAS dapat 458 undi banding BN 81 manakala di Bukit Besar PAS dapat 459 banding 115 BN.

        Dalam PRU13 ada dua calon bebas kacau daun, Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim, mereka tidak dapat sebarang undi di situ.

        BN menang di enam peti undi, di Simpang Tiga, Selengkoh dan Sungai Daun, Dulang Besar dan kubu BN di Sungai Limau adalah di Dulang Kechil serta Sungai Kering di mana BN menang dengan 406-196 dan 248-70.

        Pemilihan Dr Ahmad Sohaimi memberikan beberapa kelebihan kepada BN, selain latar belakang akademiknya, keluarga beliau juga kedudukannya dalam struktur organisasi parti peringkat bahagian sejak tahun 90-an lagi.

        “Dia bekas Naib Ketua Pemuda masa saya jadi Ketua Bahagian Jerai, orang bagus, sesuai untuk tawan hati pengundi Sungai Limau,”kata Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Badaruddin Aminuddin kepada Agendadaily.

        Dari cakap-cakap, dengan bawa turun Dr Sohaimi, dari 2,774 majoriti yang dimenangi PAS masa PRU13, UMNO dan ‘secure’ 700 undi.

        “Kita kena kerja siang malam untuk cari 2,000 lagi undi dari mereka yang beri pada PAS masa PRU lalu,”ujar sumber ‘bilik perang’ BN.

        Persoalannya, hendak cari 2000 lagi undi… untuk kategori DUN majoriti 2000 undi itu kira besar untuk nak ‘kalih’ balik dalam masa dua minggu.

        Namun BN difahamkan ada strategi sendiri.

        Baca seterusnya:
        http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/sungai-limau-mana-nak-cari-2000-undi-lagi.html

        • raplahjingaa says:

          UMNO jangan buat masa untuk menarik undi cina…mereka dah ” high ” dengan angan-angan nak memerintah Negara ni dengan PKR/PAS sebagai proxy. Jangan pulak ada ” think tank ” yang sarankan di diadakan lagi majlis makan malam untuk orang cina, buang masa !!

          Tumpukan di kawasan-kawasan melayu, UMNO on winning streak, kalau tidak masakan UMNO dapat rampas kembali Kedah dari tangan PAS.

          Pemuda UMNO aku tahu akan bekerja keras untuk kemenangan di sg limau, masuk kampong lipat kaki seluar, jangan malu-malu, jaga perangai, makcik pakcik di Kedah depa particular dengan ni semua.

          Wanita UMNO pulak jangan masuk kampong dengan cermin mata besar, mulut merah menyala, buktikan kesungguhan,ada di majlis makan, rajin-rajin ke dapur, jangan dok bersimpuh macam mam besar. makcik kat Kedah casual tapi cepat terasa hati, bersila atas lantai, lenguh sikit tak apa,

          Pemimpin UMNO yang lain, bila pi majlis jangan dok kira nak duduk atas kerusi yang lain pada orang, tak payah cushion mahal-mahal, duduk sama dengan orang kampong, tak kan payah sangat.

          UMNO turun sebagai underdog dikubu PAS, tapi kubu tu dah tak sekuat mana pun la ni…terlalu banyak isu kebenakan PAS yang boleh dieksploit…

          Ni jangan ada yang marah pulak…jangan jadi tak ketahuan.

          • WTF says:

            Kalau UMNO nak undi dari kaum Cina sekalipun, kerah bebudak MCA dan Gerakan tu buat kerja…

            UMNO shall no more carry MCA and Gerakan anymore!!!

      • gambus says:

        kalau kau sendiri pun bengap dan bodoh tak payah nak cakap orang laa mekk .. tapi betul jugak pemimpin Pakatan semaunya hidup mewah , duduk rumah besar m ada kete besar yang pergi naik private jet pun ada ..

        last-last yang bodoh dan bengap ialah macai mereka , hidup pun ala kadarrr TAPI kena bagi duit kat pemimpin mereka yang kaya raya hahahahaha

        theunspinners.blogspot.com/2013/10/tak-renti-renti-mengemis.html

    • badrole amin says:

      betul tu ‘nusantara jones’….

      Malaysia dilimpahkan kemewahan oleh Allah…hutang RM600 juta sesen belum bayar balik boleh mintak lagi RM1 bilion…mestilah sebab PAS tahu Malaysia mewah diterajui oleh BN/UMNO, kan kan kan mek esah, mooh, bujuk?

      mana diorg ni jawablah sket ke apa???

  5. PASpartyNGOK says:

    Dalam pada mereka begitu galak berkempen bersama sekutu kafir mereka, boleh kah mereka dakwa mereka pejuang Islam. Bahawa Islam bersama mereka diredhai Allah s.w.t.

    Sukar sungguh cara perjuangan parti PAS. Penuh helah, penuh tipu daya. Mana dosa, mana pahala?.

  6. raplahjinggaa says:

    aku sangat kecewa!

  7. raplahjingaa says:

    Yup…sekutu PAS ialah kafir yang jelas memusuhi Islam, munafik adalah gelaran yang tepat pada cai-cai PAS.

    Melarang azan di laungkan dengan pembesar suara dimasjid negeri, dengan alasan menggangu ketenteraman awam.

    Mengharamkan perarakan memuji nabi, sedangkan perarakan thaipusam bukan setakat dibenarkan malah jalan di tutup untuk kemudahan mereka.

    Menjual segala tanah rezab masjid di Pulau Pinang, dalam memastikan tiada lagi masjid di bina di pulau pinang.

    Menjuarai kempen mengadai kalimah Allah swt untuk disekutukan dengan berhala didalam gereja.

    Memaksa pemilihan jawatankuasa masjid dijalankan seperti pilihanraya. Supaya umat Islam berpecah belah.

    Membenarkan penjualan daging babi secara terbuka dikawasan apartment yang ada penduduk melayu, ini dilakukan dalam memastikan orang Melayu keluar dari Pulau Pinang.

    Bila cai-cai PAS bercakap tentang Islam di sini, mereka hanyalah kaum munafik yang mana dijanjikan kemurkaan Allah swt.

    • Kayu says:

      Aku tolong tambah..,

      Meroboh kedai dan rumah Melayu sedangkan kilang haram Cina dan rumah setinggan Cina tidak disentuh ,kalau diruntuh pun digantikan dengan apartment percuma pulak tu,orang Melayu dihambat hanya dapat beberapa ribu ringgit sorang hanya cukup untuk buat reban ayam.

      Kalau nak halau Melayu hanya suruh pencacai mereka beli tanah kemudian buat kandang babi dalam kampung Melayu,kemudian bila Melayu tak tahan dengan busuk taik babi, Melayu larilah bila Melayu lari bolehlah Cina borong habis kawasan tersebut untuk dibuat rumah untuk Cina dengan bantuan REHDA.

      Memaksa Tanah wakaf dijual oleh majlis agama P.P kepada pemaju kroni DAP untuk dibuat rumah mewah yang tak termampu dibeli oleh Melayu ,.sedangkan kawasan tersebut adalah kampung Melayu.

      Inilah nasib Melayu dan Islam jika diperintah oleh kafirun.Itu baru pegang negeri ,kalau pegang negara .,,.lu fikirlah sendiri..!!!

  8. […] More: Ceramah Hari Pertama Pas Tidak Mendapat Sambutan […]

  9. kaki_lepang says:

    PAS dapat yang dia hendak iaitu UNDI CINA tapi MELAYU kata pi mampos dgn DAP ..PAS terlalu tamak …tamak undi CINA tamak undi MELAYU ..hasilnya yang dikejar tak dapat yang dikendong pulak berciciran

  10. alimedanbaru says:

    ….aku tergelak bila ada kawan bagi tahu kalau dengar ceramah Pas, Malaysia ni macam nak runtuh..semua tak betul, segala-galanya salah..yg betul dia sahaja.. he he..aku bagi tahu dia..’baru kau tahu, begitulah Pas dari dulu, kini dan selamanya’ begitulah!’

    • anakbochek says:

      Betul bro, kalau dengar ceramah PAS atau PKR tentang Malaysia ni rasa macam masa tu jugak nak pergi imigresen buat passport untuk migrate oversea. Ngori dibuek eh.

  11. dkds says:

    pengundi sg limau masih ingat bagaimana ustaz azizan dihina oleh kepimpinan Pas pusat dan negeri yang tidak menyukai arwah…

    bayangkanlah bagaimana perasaan anda sebagai MB , kuasa anda disekat atas alasan tidak mahu ada salahguna kuasa …yang menyekatnya bukan institusi istana tapi …dikalangan partinya sendiri….

  12. Anak Lenggong says:

    Aku nak naik pabila PAS berbicara dan menipu orang kampong serta penyokong bangang saperti mek esah, bujuk dan moo lembu dengan mengatakan PAS berjuang untuk islam..dan perkataan hudud akan terus dimainkan di Sungai Limau dengan membaca cerita lama iaitu Tun Mahathir jadi penghalangnya..tetapi penggiat islam ke sekiranya:-

    1. Sewaktu perbicaraan isu khalimah Allah oleh majalah kristian..dimana tentera merah dan lobai hijau PAS..tiada sesiapa pun dikalangan penyokong PAS yang peduli..cuma suara harun taib dan harun din je yang memberikan kenyataan akhbar tetapi selepas di sergah oleh DAP dan Nuar brahi terus tutup mulut..manan suara hadi dan nike ajis..
    2. Dimana suara lobai PAS didalam kes NGO (comango) yang membawa isu hak asasai manusia ke semakan berkala sejagat (UPR) ke geneva…mana suara melayu yang mengatakan mereka pejuang islam ataupun mereka turut menyokong tuntutan supaya sex bebas,sex songsang, lesbian,bisektual, transgendel (LGBT) dan penghapusan jenayah (mahkamah) syariah di Malaysia dihapuskan atas alasan perjuangan tututan hak asasi..

    so adakah ini perjuangan islam PAS..adakah isu bersih, pembohongan kes balackout sewaktu pilihanraya lebih penting didalam perjuangan mereka..ataupun pun mereka ni tak dibagi upah oleh DAP ataupun nuar brahi untuk sesama meramaikan menjadi samseng jalanan..cuba kaji dan semak balik siapa disebalik pertubuhan ini kalau bukan teman sebantal lobai PAS..so ini lah perjuangan sebenar PAS yang cuma maukan kuasa dan duit sahaja tanpa mengambil kira masalah kaum sejagat dan agama islam. Yang dok dibisingkan oleh melayu PAS adalah isu GST (dengar kabar akan diadakan lagi perhimpunan untuk bantahan dalam masa terdekat oleh puak ini)..sedangkan masalah GST masih lagi diperingkat cadangan, perbincangan dan penelitian dan bukannya sudah diluluskan untuk perlaksanaannya..

  13. jombo says:

    Kau tak baca dalam harakah ke Pas kata tak salah kristian nak guna kalimah Allah. Isu ini cuma dibesar-besarkan oleh ulama BN. Macamana nak pejuangkan Islam jika isu kalimah pun dipandang kecil oleh Pas. Dimanakah lobai Pas ketika Perkasa sibuk mempertahankan Islam.

Leave a Reply

Threesome