Menu Utama

Bukan Kali Pertama Penyokong PAS Buat Gambar Palsu

Pendedahan oleh Sinar Harian berkenaan sekeping gambar wartawannya yang diubahsuai oleh jentera PAS sebenarnya tidaklah mengejutkan sangat kerana dalam bab palsu memalsukan gambar untuk tujuan perang saraf sudah menjadi tabie semulajadi jentera PAS terutama sekali menjelang pilihanraya.

Dalam kes yang didedahkan itu, wajah seorang wartawannya ditukar menjadi muka calon PAS yang bertanding dalam PRK DUN Sungai Limau dengan tujuan untuk memperlihatkan keakraban hubungan calonnya itu dengan Allahyarham Ustaz Azizan.

Dengan demikian jentera PAS mengharapkan para penyokong dan ahli keluarga Allahyarham Ustaz Azizan akan mengundi PAS. Dan biasanya bila didedahkan kepalsuan itu, para penyokong PAS yang taksub cepat-cepat menyalahkan UMNO.

Mujurlah bukti dipaparkan oleh Sinar Harian adalah jelas dan terang, maka mahu tak mahu pemimpin PAS Kedah terpaksa mengakui kesilapan mereka.

Jika tidak, agaknya sampai selesai PRK DUN Sungai Limau pun ramai penyokong PAS yang masih menyakini keaslian gambar tersebut dan terus menuduh UMNO yang melakukannyya.

Seperti penulis tegaskan ini bukanlah kali pertama jentera PAS atau penyokong parti itu melakukannya. Sudah acapkali dan ia tidak terhad pada gambar semata-mata kerana turut membabitkan pengubahsuaian surat rasmi atau logo pertubuhan tertentu.

Dalam kebanyakan kes membabitkan pengubahsuaian gambar, selalunya pemimpin BN atau personaliti yang berkaitan dijadikan mangsa oleh jentera saraf PAS semata-mata untuk mewujudkan persepsi buruk dan pandangan negatif umum terhadap UMNO sekaligus memberi manfaat politik kepada PAS atau rakan sepakatannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib misalnya pernah dianiaya apabila gambar beliau digubah supaya kelihatan menyembah Pope Benedict XVI untuk menimbulkan perasaan kurang senang orang Melayu Islam terhadap PM. Lama sebelum itu gambar Najib juga pernah di edit menghalalkan tuduhan bahawa PM ada hubungan peribadi dengan Altantuya.

Bekas PM, Tun Dr Mahathir juga tidak ketinggalan apabila semenjak PRU 1990 hingga PRU 1999 menjadi mangsa kejahatan penyokong PAS yang kreatif bila mana gambar beliau sedang minum jus epal bersama PM Jepun dimanipulasi seolah-olah sedang meneguk arak. Keadaan yang sama pernah dihadapi Pak Lah semasa kempen PRU 11 2004.

Selain itu, saksi utama kes liwat Anwar Ibrahim iaitu Umi Hafilda juga pernah di edit gambarnya supaya kelihatan seperti menunjukkan isyarat lucah dan ia disiarkan dalam portal rasmi PAS, Harakahdaily.

Di Kuala Besut baru-baru ini pula, taktik kotor digunakan oleh penyokong PAS dengan memanipulasi logo NGO Melayu seperti Perkasa, MBM dan beberapa lagi NGO lain bertujuan untuk mengabui pertimbangan para pengundi demi untuk menjayakan kempen 16-16 yang dipelopori parti itu.

Dalam kes yang lain, penyokong PAS juga gemar mengubah suai gambar himpunan PR yang kurang sambutan yang kemudian dimanipulasi supaya kelihatan dipenuhi hadirin seperti yang melibatkan gambar HKR, Bersih 3.0 dan Blackout 505.

Banyak lagi sebenarnya jika mahu diungkit salah laku dan sikap bobrok jentera kempen PAS yang terbukti gagal menghayati keperibadian muslim yang sebenar. Nama saja Islam pada partinya tapi pembawaan kempen jauh melangit tak menyerupai ajaran Islam.

Inilah realiti wajah sebenar PAS yang terlalu melebihkan kaedah kempen ala Machiavelli akibatnya fitnah bermaharajalela, bila penyokong dan jenteranya sendiri pun gagal mencerminkan watak seorang muslim yang hakiki, maka ia boleh disimpulkan sebagai kegagalan pucuk pimpinan PAS dalam membawa hala tuju parti.






19 Komen to Bukan Kali Pertama Penyokong PAS Buat Gambar Palsu

  1. reds says:

    haha…dah kantoi kencing banyak kali pon salahkan umno jugak….bodo melantun lantun…..nak kena berak kat muka kott baru sedar…hahaha

  2. WTF says:

    Aku paling tak paham gambar no. 3 di mana minah Korea tu yg FUCKUTAN dok kata itu “Altantuya” makan sama2 Najib dan Razak Baginda…

    Sampai la ni puak2 FUCKUTAN kat forum ni tak berani menyangah yg itu memang bukan gambar Altantuya, tapi minah K-POP

    BACUL BETUL MACAI2 NI…

    Gambar Najib dan Razak Baginda pun superimpose

  3. baba says:

    biasala pas, dari dulu lagi baling batu sembunyi tangan, tapi dia lupa batu tu dah terpalit taik yg terpalit juga kat tangan dia

  4. adoooiiii says:

    Orang kebanyakkan boleh lah tipu, dah terror tipu maka darah penipu mengalir pekat hingga Allah pun nak ditipu tahaluf siyasi konon, hududullah konon, ASWJ konon (tak semudah itu ASWJ mengkafirkan saudara sekiblat). Baru sekelumit Allah dedahkan penipuan keaiban ante.
    Mudah2an Umat Islam seMalaysia bersatu tak kira fahaman politik menegakkan syiar Islam dan menentang musuh2 Allah.

  5. Nusantara Jones says:

    Cakap agama mulut keluar api. Orang itu kapir, orang ini sesat dan bermacam-macam tuduhan jahat PAS kepada musuh politiknya. Tapi Allah Maha Besar, kejahatan PAS akhirnya menjadi backfire kepada partinya.

  6. alimedanbaru says:

    inilah jadinya bila pak lebai berebut nak jadi ‘raja manusia’.. Allah memang bagi jalan yg sesat untuk mereka yg kejar dunia spt Pas. apakah ilmu mereka untuk membina aklak manusia atau untuk membina kuasa dan darjat kedudukan? namakan saja pak ustad pak ustad yg masuk Pas selepas bersara dari kerajaan dan sebagainya… semuanya lingkup, hilang reputasi dan kredibiliti sebagai pendakwah yg jujur dan amanah apabila berpihak kepada perebut kuasa politik yg menghalalkan cara.dalam sejarah Islam sejak dahulu, para ulama dan ahli agama menjadi penasihat pemerintah samaada secara tegas atau secara berhikmah bukannya merebut tampok pemerintahan dan akhirnya tiada yg tegur dan anggap apa yg dilakukan semuanya benar.. sebab tu pak lebai Pas sesat dalam berdakwah!

  7. Anak Lenggong says:

    Kalau tak pandai buat fitnah, menipu,menjatuhkan maruah orang lain, sanggup menjadi barua,pacacai,kuli batak,budah upahan dan suruhan serta berlagak pandai bukan orang PAS namanya..pakaian dan perwatakan luaran cuma dijadikan sebagai umpan untuk memacing dan menipu penyokong bangang saperti bujuk, mek esah,tong taik dan moo lembu sahaja..

  8. […] Petikan- Mykmu.net […]

  9. sungai_siput says:

    bab fitnah lucah ni bgi PAS la

  10. badrole amin says:

    calon PAS Sg Limau senyap je, mesti serba salah dia rasakan…hehehe

    nak bersuara kata bukan dia yg arah jentera/petugas parti membuat gambar super-imposed itu dlm risalah kempen parti nanti boleh dikantoikan lagi oleh org dari parti sendiri

    misal kata gambar super-imposed itu Sinar Harian terlepas pandang atau buat bodoh tak nak nafi apa-apa…pastinya calon PAS Sg Limau akan jadikan risalah itu sebagai modal utk menipu pengundi dgn berkata:

    azam samad: “dlm perjumpaan(rujuk gambar tipu(super-imposed) itu arwahnya ada berkata kepada saya(calon PAS SG Limau) bahawa sayalah orgnya yg dicari-cari dan paling sesuai utk menjadi penggantinya sekiranya dia meletak jawatan tidak mahu lagi bertanding atau meninggal dunia”

    siapa nak teruskan dialog diatas, silakan…hehehe

  11. Mawar says:

    Kalau kat negara lain, bangsa lain…..sekali menipu terang-terang , dah habis ranap dah parti dan pemimpin nyer. Sebab apa…? Sebab kalau berkempen dah start menipu …. Apatah lagi mentadbir….integrity is important.

    Tapi kat sini…kebodohan beberapa puak dan sebangsaku benak sangat….terang dan jelas menipu pon boleh sokong lagi….setia tak bertempat , taktau malu dan bodo bertingkat tingkat……hamPAS-semua dah ikut darjat hina sekutu pakatan haram jadah

    • zarman says:

      amboi2 sedapnya mulut!!! kata kami menipu. awak tau tak bahawa menipu itu adalah sebahagian dari strategi peperangan? pernah dengar “muslihat peperangan”? itulah yang sedang kami buat. itu jika berperang dengan kafir harbi, kalau dengan umno…. er er er er… boleh jugak kot?.. nanti kami tanya mursyidol kami.
      (ini bukan aku yang kata, ini bujuk yang kata)

  12. dkds says:

    macam manalah kalau puak depa ini perintah Malaysia…hancur..semuanya jadi haru biru…benda yang salah di halalkan demi kemenangan …

  13. waksamon says:

    Memang dah kaki penipu so semua benda diaorang nak spin, sebab itu kot sehingga sekarang puak2 ni masih tidak diizinkan Allah memerintah Malaysia. Syukur alhamdulilah…

  14. syaa says:

    menipu tu bdosa.takkan itu pun pas tak tauuuu.islam tak ajar penganutnya menipu.tapi agama pas ajar penganutnya menipuuu.malu la pas.buang la kopiah atas kepala tu klu kaki penipu.tak malu ker pas?dah kantoi menipu tapi cai cai pas yg bodoh bangang tu tuduh umno pulak?dah lah menipu bdosa,tambah lagi satu dosa mfitnah.cilako pas.

  15. decepticon jr. says:

    perjuangan pas pun superimpose gak..dah dpt passport ke syurga.wat pe pe pun halal ok.ingat perbankan islamic je ada. penipuan gaya islamic pun ada.

  16. decepticon jr. says:

    perjuangan pas pun superimpose gak..dah dpt passport ke syurga.wat pe pe pun halal ok.ingat perbankan islamic je ada. penipuan gaya islamic pun ada..

Leave a Reply

Threesome