Menu Utama

Bantahan Pemilihan UMNO: Wajib Diteliti Elakkan Politik Kotor Dan Penyusupan Agen Pembangkang

Pemilihan UMNO yang telah berlangsung baru-baru ini  menjadi kayu pengukur keupayaan UMNO dalam  mengenalpasti manusia talam dua muka yang menjadi alat pembangkang disebabkan ketamakan dan kerakusan kuasa yang melampau.  Para pejuang sejati yang berjihad untuk mempertahankan agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair  perlu dipertahankan daripada menjadi mangsa manusia yang rakuskan kuasa dengan membawa agenda pembangkang dalam kempen mereka.

 

Oleh itu UMNO telah  menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti setiap bantahan terhadap keputusan serta permasalahan yang berlaku sepanjang pemilihan parti itu baru-baru ini. Kekuatan UMNO yang amat digeruni pembangkang membuatkan mereka berusaha memusnahkan UMNO dari dalam dengan  menjerat  pemimpin yang kerakusan kuasa dan penuh dengan dendam peribadi ke dalam perangkap mereka supaya pemimpin berwibawa yang mampu melonjakkan kegemilangan UMNO dapat dicantas dan dikuburkan dengan kejam.

 

Jawatankuasa khas itu akan menjalankan kajian terperinci terhadap semua bantahan yang  dikemukakan sebelum membuat keputusan. Dengan jumlah bantahan yang banyak , jawatankuasa khas ini berada dalam keadaan yang amat sibuk  menjalankan kajian terperinci dan keputusan mengenainya akan dibuat tidak lama lagi. Dengan ini ketelusan dan kejujuran pejuang sebenar dapat dikenalpasti bagi menaikkan mertabat dan maruah UMNO yang cuba dicalarkan dengan teruk oleh pembangkang.

 

Antara perkara dibangkitkan termasuklah  tiada ruang mengundi yang tertutup disediakan kepada perwakilan, terdapat individu bukan petugas rasmi berkeliaran di kawasan mengundi, gangguan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada calon-calon bertanding, manipulasi senarai perwakilan yang telah ditauliahkan  dan bilik pengiraan undi tidak dikawal dengan baik, Disamping itu wujud keraguan terhadap keputusan akibat jumlah undi dan bilangan perwakilan tidak sama selain pengiraan undi tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan dan dikhuatiri terdapat unsur-unsur manipulasi daripada pihak tertentu.

 
Lazimnya sewaktu pemilihan kebanyakan bantahan akan mula dihantar bagi membuat bantahan mana-mana keputusan di peringkat Bahagian. Oleh itu Jawatankuasa khas yang meneliti setiap bantahan yang dihantar itu menpunyai asas, jawatan kuasa akan menyiasat dan mengambil tindakan daripada laporan yang diterima.

 

UMNO sebagai teras dan tonggak Barisan Nasional telah membuktikan prestasi yang cemerlang dalam keadaan tsunami politik bangsa Cina dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lepas.  Dengan bergantung hamper sepenuhnya sokongan daripada pengundi Melayu maka Barisan Nasional dapat terus mengekalkan kuasa dan meneraju  negara sekali lagi.

 

Ini merupakan tamparan yang cukup hebat terhadap DAP.  Mereka amat yakin dengan perancangan yang cukup rapi  dan teratur maka Malaysia akan jadi milik bangsa Cina sepenuhnya.  Perancangan DAP telah menghasilkan hampir 99% pengundi Cina telah ikrar taat setia untuk menolak Barisan Nasional dan  berkonsepkan pecah dan perintah mereka telah memastikan bangsa Melayu berpecah  membentuk PKR dan PAS. Namun kekuatan UMNO satu-satunya penghalang utama cita-cita DAP.

 

Maka bermulalah pula perancangan yang cukup teratur untuk merosakkan dan meruntuhkan UMNO dari dalam dengan memastikan “orang-orang” dan “agen” pembangkang berada di dalam UMNO bagi memastikan perjuangan UMNO hancur dipertengahan jalan. Oleh itu pemilihan UMNO kali ini amat kritis dan penting bagi memastikan segala cubaan jahat membenamkan pemimpin yang berwibawa dapat dikenalpasti  dan  dikenakan hukuman yang  setimpal.






11 Komen to Bantahan Pemilihan UMNO: Wajib Diteliti Elakkan Politik Kotor Dan Penyusupan Agen Pembangkang

  1. dkds says:

    semoga semua aduan disiasat dengan adil…jangan ada double standard jika aduan itu melibatkan pemenang….

  2. sungai_siput says:

    perlu adil dalam menjalan kan siasatan

  3. baba says:

    kita mahu sisasatan adil dan telus. jangan biarkan budaya kotor dan jahat menjadi virus dalam pertubuhan yang keramat ini.hapuskannya sebelum ia merebak.

  4. sungai_siput says:

    bahagian gopeng wanita amacam????
    dengar cerita sohih terlebih kertas undi untuk post ketua wanita

    macam mana bule jadi macam ni

  5. Darman says:

    Setiap kali SU Agong UMNO mengishtiharkan bahawa ahli UMNO seluruh negara berjumlah 3.5 juta orang, saya akan tergelak kecil, senyum sinis dan mencebek beliau. Saya percaya ramai begitu. Di Cawangan saya, hampir separuh ahli telah tidak menjadi ahli UMNO apabila setiap kali pilihanraya, mereka secara terang-terang menyokong dan menjadi jentera parti pembangkang sejak tahun 1999 lagi. Bantahan dan aduan telah kita serahkan ke pejabat bahagian dan ibu pejabat (ibu pejabat pun tahu yg perkara ini benar benar berlaku termasuklah di cawangan presiden parti di Pekan tu). Nama-nama mereka masih kekal sebagai ahli UMNO. baru-baru ini di cawangan menantu saya, ada yg telah menjadi ahli parti pembangkang dan petugas parti pembangkang turut hadir ke mesyuarat agung pemilihan cawangan UMNO. Apatah lagi yuran keahlian sudah tidak perlu dibayar. Akibatnya, orang yg tidak berjiwa UMNO telah menang sebagai ketua cawangan UMNO. Pemberishan keahlian mesti dilakukan terlebih dahulu.Jika perlu dibuat pendaftaran semula, buat pendaftaran semula. Usah malu mengakui kebenaran. SU Agong UMNO biarlah ada maruah diri bila mengumumkan bilangan ahli UMNO tu …

  6. TUBIR says:

    sepatutnya pengundian dan pengumuman dibuat serentak untuk semua jawatan .BUKAN BUAT PEMILIHAN PEMUDA DAN WANITA DAHULU dan umumkan keputusan dilihat dengan keputusan dari wanita puteri dan pemuda boleh digunakan oleh orang orang tertentu untuk meraih sokongan bagi orang yang berjawatan ,ini tidak adil dan tidak betul untuk pemilihan pemimpin dan kepimpinan yang telus.
    Pemilihan UMNO perlu diadakan semula demi maruah UMNO itu sendiri .Tidak ada calun yang boleh menang tampa bertanding .

    • WTF says:

      Ini sebenarnya idea yg bagus, sebab mengurangkan campur tangan atau pengaruh pada mana2 perwakilan.

    • WTF says:

      Tang tiada calon boleh menang tanpa bertanding, tak boleh buat begitu…

      Kalau tidak, takut PAU akan ditangguh2 kerana nak memenuhi kriteria tidak boleh menang tanpa bertanding.

      • TUBIR says:

        orang UMNO mesti berani mencabar pemimpin dan berani mengemukakan pandangan .Jangan takut pada pemimpin .Bertandinglah cabarlah siapa juga …..soal menang atau kalah terpulang pada akar umbi atau perwaklilan .Soal perwakilan ni satu juga dia ni wakil siapa?kalau orang bawah cakap undi si B dia mesti sokong B .Perwakilan dari bahgian adalah membawa suara orang bawah bukan suara dia .Menjadi pemimpinni tak perlu ada kelulusan PHD atau apa sekali pun …….kalau dia mendapat sokongan ramai dialah diangkat sebagai pemimpin.Orang yang memilih seorang pemimpin itu mesti tahu kenapa beliau memilih…..
        Sekarang ini orang orang Melayu sudah kurang sifat ikhlas didalam memilih seorang pemimpin dan kepimpinan.sebab itulah orang Melayu dilanda bermacam macam masalah .Sifat pemimpin dan tokoh kepimpinan adalah anugerah allah .Kita boleh berlajar untuk menjadi pemimpin tapi kalau tiada anugerah allah kita tidak akan berjaya memimpin .Anjurlah krusus kepimpinan atau apa juga ……kepimpinan adalah seni .

  7. Mat Panjang says:

    Macam-macam komen dan analisis telah dan akan dibuat tentang pemilihan pemimpin Majlis Tertinggi UMNO bagi tahun 2013/2016.

    Ini ada satu komen/artikel (sindiran dan kiasan) untuk kita semua rakyat, pemimpin, ahli-ahli dan penyokong parti politik (UMNO/BN, PKR, DAP, PAS/PR)baca dan fahami dan amalkan setiap masa dan setiap hari.

    The moral of the articel is that we all as parents, as politicians, as citizens whether old or young, rich or poor must not tell lies. We must at all times tell the truth,as “I do solemnly and sincerely declare and affirm that the evidence that I shall give in this case shall be the truth and nothing but the truth” as the affirmation and testimony when one gives evidence in the court of law.

    http://www.thestar.com.my/Opinion/Columnists/Musings/Profile/Articles/2013/10/24/the-cost-of-telling-the-truth.aspx

  8. ais says:

    KUBURKAN PEMIMPIN PKR DAN PAS. BARU MELAYU BERSATU. LEPAS ITU HANCURKAN DAP. LAGI PUN UMNO TAHU, APA YANG TERJADI PADA ORANG2 MELAYU DAN MELAYU UMNO. BERSIAP SIAGA LAH.

Leave a Reply

Threesome