Menu Utama

Banjir Lumpur Cameron: Kalau Kerajaan Salah, Dah Ramai Orang Hanyut

PEMBANGKANG mengambil kesempatan dari tragedi banjir lumpur yang berlaku di Cameron Highland semalam untuk meletakkan sepenuh kesalahan pada kerajaan atas apa yang berlaku.

Semua ini dapat dilihat dari akaun laman sosial dan blog kendalian mereka yang berpusu-pusu menyalahkan kerajaan atas malapetaka tersebut.

Apatah lagi bila Empangan Sultan Abu Bakar (air dilepaskan dari empangan ini menjadi punca kepada banjir lumpur) diuruskan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Tenaga Nasioal Berhad (TNB), lagilah menjadi-jadi maki hamun penyokong pembangkang pada kerajaan.

Hakikat bahawa semua prosedur keselamatan telah dipatuhi oleh TNB sebelum air empangan dilepaskan, tidak diambil endah oleh macai-macai pembangkang.

Inilah modus operandi biasa pembangkang.  Apa yang buruk berlaku dalam negara ini, semua dia nak salahkan kepada kerajaan.  Kalau yang buruk itu berlaku dalam kawasan pentadbiran dia, “Oh, itu sudah takdir, kuasa tuhan”.

Macam haram.

Fakta dan penjelasan yang diberikan semua ditolak tepi.  TNB lebih awal dah beri kenyataan tapi pembangkang buat tak peduli.  Nampaknya yang utama pada mereka adalah menyalahkan kerajaan dulu.  Entah yahudi mana ajar dia main politik macam ini.

Yang nyata, melihat kepada skala kemusnahan yang berlaku semalam – 80 rumah hanyut, 100 kenderaan pun turut hanyut dan lebih 15 buah rosak, penulis anggar lebih banyak nyawa yang akan terkorban, kalau langkah-langkah keselamatan yang betul tidak diambil TNB.

Satu rumah ada berapa orang, kalilah dengan 100 buah rumah.  Tapi dengan hanya 3 kematian setakat ini (1 masih hilang), maka penulis boleh katakan SOP TNB itu berkesan dan lebih banyak nyawa dapat diselamatkan.

Bukan bermaksud tidak menghormati nyawa yang hilang, tapi penulis bercakap dari sudut yang lebih besar sebab hal ini berkaitan juga dengan kuasa alam – hujan lebat luar biasa sehingga menyebabkan kepada bencana tersebut.

Bila cakap pasal kuasa alam ini, kudrat manusia kuat macam mana pun tidak dapat menghalang, jadi yang penting ialah meminimakan kesan kemusnahan yang berlaku dan dari sudut itu ternyata TNB telah berjaya, tak seperti yang dimomokkan pembangkang.

Kejadian ini pun berlaku pada jam 1 pagi, dimana kebanyakkan penghuni sedang tidur, jadi logiklah kalau penulis katakan, lebih ramai orang terkorban kalau TNB tidak mengambil kira semua semua langkah keselamatan sebelum melepaskan air empangan.

Atau lambat lepas air, empangan pecah, lagi banyak kawasan akan dilanda kemusnahan dan lebih banyak nyawa akan terkorban.  Masa itu lagi dahsyat pembangkang menyalahkan kerajaan.

Tapi yang lebih penting, penulis tidak nampak kenapa isu ini perlu dipolitikkan.  Walaupun kehilangan nyawa adalah pada tahap minimum, tapi yang pergi tetap tak kembali dan kita perlu hormati perasaan keluarga yang tinggal.  Warga asing sekalipun, mereka masih lagi manusia.

Yang lebih utama selepas ini ialah mencari jalan bagaimana untuk mengelakkan kejadian ini dari terus berulang dan sama ada SOP sedia ada boleh ditambah baik untuk meminimakan risiko kehilangan nyawa di kalangan penduduk.






13 Komen to Banjir Lumpur Cameron: Kalau Kerajaan Salah, Dah Ramai Orang Hanyut

  1. Nusantara Jones says:

    Kah…kah…kah…kah…kah…

    Inilah kerja puak pembangang cina kat Malaysia ni, tak abis-abis nak cari kesalahan kerajaan UMNO yang disayangi orang Melayu.

    Kah…kah…kah…kah…kah…

    Lepas air empangan salah, tak lepas pun salah. Semua pilihan yang dibuat mesti nak dikondem.

    Kah…kah…kah…kah…kah…

    Kau pergilah negara mana pon dalam dunia ni, memang macam ni lah sistem pengurusan empangan. Kalau paras air dah over, pihak pengurusan kena lepaskan air takut empangan pecah. Kalau empangan pecah, beribu-ribu orang akan mati.

    Kah…kah…kah…kah…kah…

    Kat US atau Kanada atau Brazil atau Eropah atau China atau Jepun atau Afrika – semuanya ikut prosedur standard iaitu kena lepaskan air kalau dah capai paras merbahaya.

    Kah…kah…kah…kah…kah…

    Tapi apa boleh buat puak2 pembangang ni jenis pengetahuan cetek tentang dunia. Yang depa tau buat maksiat sampai keluar video porno. Lepas tu muka tak malu dia pi salahkan UMNO. UMNO sedang sibuk membela nasib rakyat, mana ada masa nak intip pembangang buat maksiat.

    Kah…kah…kah…kah…kah…

  2. m8 says:

    Patut musim hujan Air Empangan sentiasa berada dalam 80 – 85%, kalau hujan 4 – 6 jam patut dilepaskan berkadar 3 – 5 peratus setiap jam.

    Lagi satu yang salah penduduk & peladang yang menambak tanah sampai sungai menjadi kecil, bila dah air dilepaskan mana sungai yang kecil mampu menanggung air.

    Penguatkuasa juga GAGAL melarang penduduk membina di atas rizab sungai.

  3. baba says:

    tnb perlu beri penjelasan yg sejelasnya dan paling penting bantuan diberi segera kpd mangsa2. abaikan pakatan syaitan. kerja mereka memang to salahkan kerajaan.

  4. CyberAzeze says:

    Saya bersetuju dengan Adamyan yang SOP perlu disemak kembali dan langkah-langkah penambahbaikkan perlu dilaksanakan segera.

    Dalam procedur pengurusan bencana… Penilaian Risiko perlu dibuat dengan berkala dan menyeluruh… ini kerana sesuatu yang bukan satu risiko pada masa dahulu… mungkin hari ini merupakan ancaman besar hasil perubahan sekitar.

    Tak lupa juga latihan secara simulasi dan live perlu juga dilaksanakan. Ini bagi mengenal pasti mana-mana “lompang (loop hole)” yang masih ada.

    CYBERAZEZE
    Perunding Business Continuity Mgmt
    http://practical-bcm.blogspot.com

  5. s thirunavukkarasu says:

    Pada pendapat saya, ppihak berkuasa perlu disalahkan dalam perkara ini. Mereka perlu mengarahkan orang ramai keluar sertamerta dari kawasan tersebut dengan peralatan yang penting. Alihkan kenderaan dan jentera yang berada dikawasan tersebut kekawasan yang selamat. Maklumat dan amaran mungkin tidak sampai kekawasan yng mana penghuni bukan warga malaysia. Tidak faham bahasa. Untuk memastikan siapa yang perlu disalahkan adalah dengan mengendalikan satu kajian yang terbuka dan menyeluroh supaya perkara sebagi tidak berulang lagi. Saya sedia untuk menjadi ahli dalam team penyiasatan.

  6. raplahjingaa says:

    Salah kerajaan di Cameron hanya satu jer…bari permit cina-cina ni semua tanam sayur sampai tak peduli alam sekitar.

    Lesson for the day, hantar pegawai pajabat Tanah, ukur balik semua kebun-kebun sayur milik cina DAP, yang mana melebihii kawasan yang di tetapkan sita terus.

    Hantar pulak pegawau alam selitar, mana kebun yang tak ikur peraturan sita semua. Tengok la nanti, meracau cina-cina DAP ni, apa pulak lagi depa nak salahkan kerajaan.

  7. Moohyideeeeen says:

    Ni excessive logging activities…Its about enforcement

  8. raplahjingaa says:

    Enforcement moooo ??? aik, bukan ke hangpa anti enforcement ???

    hang ni mooo serba tak kena…sedih la hidup hang macam ni.

  9. Mat Panjang says:

    Ini ada satu ulasan, pandangan dan pendapat yang perlu dibaca, difahami dan dipatuhi oleh semua pehak – Kerajaan Persekutua, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan, Pegawai Daerah, Jabatan-Jabatan dan Agensi-Agensi yang berkaitan dangan mentadbir dan mengurus dan juga penduduk serta orang ramai.

    Kita ada Jabatan Kaji Cuaca yang meramalkan cuaca di seluruh Malaysia yang disiarkan semasa setiap BERITA PERDANA di TV1,2,3

    • Mat Panjang says:

      Jabatan dan Agensi berkenaan tidak tengok Berita TV ke? Bukankah ini satu contoh dimana mereka perlu mengkaji dan memperbaiki cara mereka bertindak, mengurus dan mentadbir?

      http://www.thestar.com.my/Opinion/Letters/2013/10/25/Dam-disaster-inexcusable.aspx

Leave a Reply

Threesome