Menu Utama

Bajet 2014: Subsidi Gula Dimansuhkan Bakal Hangat Dimanipulasikan Pembangkang

Pembentangan Bajet 2014 yang memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen bakal menjadi modal untuk dimanipulasikan oleh pembangkang.  Majoriti penduduk Negara terdiri daripada mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah berbanding mereka yang berpendapatan sederhana dan tinggi.  Oleh itu, kenaikan harga gula akibat dari pemansuhan subsidi bakal memberi kesan kepada majority rakyat yang bergantung kepada gula sebagai salah satu sumber pendapatan mereka.

 

Selama ini pembangkang tidak pernah berhenti mencanang Barisan Nasional sebagai Barang Naik.  Ayat klise yang bakal menyakitkan telinga kita adalah “itulah undilah Barisan Nasional, parti Barang Naik..padan muka”  Tambahan pula bagi mereka yang mengendalikan industri  kuih dan makanan yang bergantung kepada gula sebagai bahan asas.

 

Dengan  bertemakan Bajet 2014 “MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI, MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN MELAKSANA JANJI” sememangnya kita tahu bahawa tidak mungkin mana-mana bajet dapat memuaskan hati semua orang.   Walaupun begitu, dalam kekecewaan harga gula yang merupakan keperluan asas naik, hati rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah terpujuk dengan pengumuman kenaikan Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

 

Datuk Seri Najib yang juga merupakan  Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan. Menurut  beliau  berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes. Keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

 

Oleh itu  beliau  menyeru agar  rakyat  bersama-sama  menjaga kesihatan, mengurangkan manis dalam makanan dan minuman. Pembangkang akan mempersendakan kenyataan Datuk Seri Najib ini.  Namun rakyat haruslah berlapang dada dan minda untuk “digest” hakikat ini.  Penyakit yang disebabkan penggunaan gula yang berlebihan telah membawa penderitaan yang berpanjangan kepada pengidap dan ahli keluarga.  Kita perlu lihat ini sebagai satu rahmat dengan keperihatinan yang tinggi dari kepimpinan Negara.

 

Manakala  subsidi secara pukal pula  amnya boleh menjadi pembantut kepada pertumbuhan negara sekiranya tidak sampai kepada kumpulan sasar secara tepat. Kerajaan menyediakan hampir 47 bilion ringgit pada tahun 2013 untuk pelbagai jenis subsidi, insentif dan bantuan antaranya subsidi produk petroleum, barangan makanan, kesihatan, pertanian dan perikanan, utiliti, tol serta kebajikan dan pendidikan.

 

Demi  untuk mempastikan sistem subsidi yang bersasar, Kerajaan akan secara berperingkat menstruktur semula kaedah pemberian subsidi. Ini adalah untuk mempastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja patut menikmatinya. Itulah yang berlaku apabila pengagihan subsidi gagal disampaikan kepada kumpulan sasaran apabila rakyat yang berpendapatan tinggi yang terang-terang tidak layak menerima subsidi secara tidak langsung  menerima subsidi petroleum tertinggi dengan penggunaan kereta mewah. Maka pemberian BR1M antara kaedah terbaik untuk memastikan sasaran yang tepat dapat dikenalpasti dalam pengagihan subsidi.

 

Sebenarnya mereka yang menkritik BR1M telah terpengaruh dengan manipulasi pembangkang. Selama ini rakyat tidak sedar bahawa kerajaan telah banyak  memberi subsidi kepada rakyat kerana telah tersalah anggap itu merupakan harga sebenar dan kerajaan tidak membantu mereka sedikit pun.  BR1M telah membuka mata ramai rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional telah banyak berjasa dan berbakti kepada rakyat.






38 Komen to Bajet 2014: Subsidi Gula Dimansuhkan Bakal Hangat Dimanipulasikan Pembangkang

  1. Tasyahud says:

    Sedang tunggu komen2 cai pembangkang di laman ni. Aku tak kisah pasal harga gula ni. Sebab minum makan manis pun kurang, makan diluar pun kurang, Jadi tak terkesan sangat. Kat rumah aku sekampit gula 1kg tu boleh tahan sebulan lebih.

  2. Nusantara Jones says:

    Hanya ahli PAS laknatullah sahaja yang akan mengamok kerana kenaikan harga gula. Ini kerana ahli PAS banyak membela setan di dalam rumah mereka. Setan-setan ini memerlukan banyak gula sebagai makanan sehingga mencecah ratusan kilo setiap bulan.

    Bayangkan kalau setiap ahli PAS berbelanja untuk membeli 100 kg gula setiap bulan untuk setan-setan belaan mereka, ini bermakna mereka perlu menambah belanja sebanyak 34 sen x 100 = RM34.00.

    Pasti pimpinan PAS akan turut marah kerana penderma-penderma tin milo di setiap ceramah PAS tidak lagi mampu memberi lebih banyak derma untuk menampung kos maksiat pimpinan mereka, contoh Stopa The Spenda-Man.

    Kita orang Melayu yang lain tak kisah apabila gula sekilogram naik 34 sen kerana kita kurang menggunakan komoditi ini. Contoh macam saya, di rumah hanya guna lebih 1-2 kg gula setiap bulan. Setakat naik 34 sen tu, apalah sangat?

    Budak-budak pergi sekolah pun belanja sampai 2-3 ringgit setiap hari, apalah kita sebagai orang dewasa ni kalau takat belanja dapur naik 34 sen ni takde apa-apa effect pon kecuali ahli PAS lah yang pakai ratus-ratus kilo gula setiap bulan.

  3. jagungmentah says:

    kalo nak backing kerajaan pon pakailah akal dan fikiran..jgn semua ko nak backing…backing tu pon biar lah bg kenyataan ilmiah skit…

    sorryy..utk isu ni mmg aku tak sokong kerajaan..alasan tarak logik!!

    • raplahjingaa says:

      Teringin aku nak dengar hang bantah penghapusan subsidi gula dengan kenyataan ilmiah…ada ke ??

      • jagungmentah says:

        Ada aku kata aku bantah penghapusan subsidi gula? Kenyataannya berilah alasan yg boleh diterima..bukannya gula menyebabkan diabetes so subsidi gula dihapuskan..ayam naik harga so tak perlu makan ayam..kalo hang boleh terima alasan ni..mmg hang tergolong dlm special class lah..tabik spring sama org2 yg boleh terima alasan2 mcm ni oleh menteri2..

        raplah..meh aku tanya ko plak..kenapa tak selaraskan penghapusan subsidi gula dgn semua jenis subsidi..WHY?????adakah tindakan ini membantu golongan miskin sederhana???

        • raplahjingaa says:

          Barang komoditi tak sama dengan mee goreng bro, boleh nak selaraskan harga begitu saja, barang comoditi diniagakan ikut pasaran dunia, banyak elemen yang boleh naik dan turunkan harga komoditi, kerajaan kita tetapkan harga dengan subsidi ikut gerakan pasaran pada skala yang perlahan.

          Apakah tindakan ini membantu golongan miskin sederhana ?? ini terpulang pada golongan tersebut..apakah mereka sendiri mahu dibantu ?? ataupun disara kerajaan seumur hidup ?? Macam-macam bantuan dan peluang kerajaan sediakan..tepuk dada tanya selera.

          Menteri yang bercakap tak guna akal memang ramai..aku tak nafikan, cara penyampaian itu salah, tapi ” notion ” yang di cuba disampaikan adalah baik.

        • bangKano says:

          Heiii pandir ….bukan ka gula salah satu faktor punca diabetes..? Selain gula kanji dan lemak jugak menyumbang penambahan gula darah/blood sugar dalam pembuluh darah manusia. Oleh sebab dalam pemakanan manusia seharian banyak mengguna kan gula & lemak dalam diet, maka saranan mengurang kan penggunaan gula ada la satu langkah efektif ke arah penjimatan kos hidup di samping kehidupan yang sehat..

    • yeop says:

      bajet pemandu ..

      • alimedanbaru says:

        satu anoloji kehidupan : bukanlah sesuatu yg baik apabila kita terlalu baik dengan orang. contoh, hari-hari kita belanja orang makan minum, tiba-tiba kita jarang-jarang belanja atau dah tak belanja.. maka kita akan dianggap sombong, kedekut dan dah bangkrap. untuk mengajar manusia untuk kurangkan makan kerana harga murah dan sebab diperolehi cara percuma bukan mudah. statistik menunjukkan ramai rakyat negara ini pengidap kencing manis. dipersekitaran kita ramai vateran yg tak ada sebelah kaki sbb dipotong kerana kencing manis. pemerintah atau ulul amri sebagai bapa. Allah pun minta kita taan kpd pemerintah. masaalah diMalaysia ialah terlalu ramai orang ‘pandir’..mereka sentiasa bangkang apa yg pemerintah buat, sebabnya: pemikiran mereka melihat isu dr sudut nagetif, tidak berlapang dada melihat kepada kebaikan diri dan membangkang sekadar kerana aku bukan penyokong kerajaan. BAYANGKAN KALAU SEORANG ANAK SEKOLAH YG MENENGKING IBUBAPANYA KERANA TAK PUAS HATI DGN BELANJA SEKOLAH YG DIBERI OLEH ORANG TUANYA PADANYA TAK MENCUKUPI, ATAU NASI BEKAL YG DIBUAT OLEH IBU TAK BERAPA ‘SEDAP’ PADANYA!

  4. bangKano says:

    Tu la masaalah nya masih ghamai lagi rakyat negagha ni yang mempunyai tahap pemikighan yang amat rendah tak paham falsafah subsidi & pemberian BR1M. Yang depa tau subsidi mesti mau dan BR1M pun mesti mau jugak…kan tu tamak nama nya…?

    Bila ada oghang yang menyokong tindakan kerajaan menarik balik subsidi di tuduh pembodek la ntah apa apa lagi…..Tu la minda dah di tanam sejak awai awai lagi mengaghap kan subsidi & bantuan kerajaan…ni la jadi nya. Bila nak di tarik balik subsidi mola jadi gelabah sampai ghebah susah nok kebah macam dah kena barah….!!!!

  5. jagungmentah says:

    1.selaraskan penghapusan semua jenis subsidi terutamanya yg jelas tidak membantu golongan miskin sederhana dan dlm masa yg sama mengurangkan pendapatan kerajaan.

    2.fikir mekanisme/alternatif lain untuk membantu golongan miskin sederhana kesan dr penghapusan semua jenis subsidi.

    3.fikir mekanisme/alternatif lain bagi mengekalkan pelabur sedia ada dan bakal pelabur akibat dr penghapusan subsidi.

    4.bersedia dgn perubahan angin golongan2 busines/korporat2 kesan dr penghapusan subsidi.

    5.bersedia dgn tindakan rakyat semasa PRU kesan dr penghapusan subsidi.

  6. Nusantara Jones says:

    Kau duduklah mana-mana bahagian dalam dunia ni kalau nak hidup senang mesti : –

    1- Buat duit (kerja atau bisnes)
    2- Simpan duit dalam bentuk aset (ASB, hartanah dsbg.)
    3- Kurangkan hutang yang bersifat liabiliti.

    Zaman aku sekolah dulu belanja sehari seringgit dah cukup tapi sekarang anak buah aku pergi sekolah bawak RM3 pon tak cukup. Inilah kita kata inflasi.

    Kau cuba tengok filem Seniman Bujang Lapok, berapa harga secawan kopi pada zaman dulu? Patut tak kau pergi kedai mamak kau komplen harga kopi zaman P. Ramlee lebih murah?

    Kebanyakan orang especially Melayu tak pandai urus kewangan. Benda tak penting boleh beli macam tukar henfon tiap-tiap tahun, beli iPad, tukar perabot, beli itu dan ini, berhutang beli kereta mahal bayar 9 tahun tapi bila harga barang naik mereka akan bising cakap kerajaan zalim.

    Moralnya ialah kalau gaji RM2K sebulan, jangan berlagak berbelanja dan berhutang macam gaji kau sebulan RM4K.

    Kat Malaysia ni ramai tak cukup duit sebab berhutang tak ukur baju. Aku ada seorang kenalan, gaji baru RM2300 dah berlagak pakai Inspira bayar bulan-bulan RM9++. Bila nak beli rumah apartment, DBR (debt burden ratio) tak lepas buat pinjaman bank. Sekarang hari-hari aku tengok dia salahkan kerajaan dalam FB pasal harga rumah mahal. Tak ke bangang namanya sendiri buat masalah hutang tapi kerajaan pulak yang salah.

    Orang kalau gaji tak besar tapi pandai belanja dan urus duit, akan hidup senang. Kalau bagi gaji RM10K sebulan tapi suka berhutang, tetap du

    • Topup says:

      betul tu bro….kawan sekeliling aku banyak yg cam tu….hutang sana sini balik2 dok hentam gomen buat barang jadi mahal …..sediri bodo kata org lain zalim ….rakyat tak tau bersyukur !

    • alimedanbaru says:

      CANTIKK. Inilah pemikiran terbuka dan berpijak dibumi nyata. Kepada Bank Rakyat dan yg seumpama dgnnya jangan lah terlalu ghairah memberi pinjaman kepada pekerja Melayu bumiputra hinggapun wang gaji hanya untuk bayar hutang.kepada pekerja Melayu pulak jangan terlalu meleleh air liur lihat iklan pinjaman.hayatilah nasihat kawan kita kat atas tu.Dan kepada orang Melayu, bukaklah mata apabila banyak pinjaman mikro perniagaan disediakan oleh ulul ambri maknanya kerajaan mintak mereka yg berpendapatan sederhana, belajar2lah berniaga, kan PM kata 1/9 razeki dr perniagaan yg menjadi sunnah Nabi. Pemikiran kena kehadapan..kalau dok salahkan subsidi kena potong memang sahlah akhirnya kaki yg kena potong, sebab, harga gula murah,kuih manis murah, bla bla bla

      • bangKano says:

        Sikap oghang kita yang suka berbelanja tak ikut pendapatan bukan perkagha baghu…tu perkara universal. Kat US pun sama jugak…rakyat golongan bawahan & pertengahan sentiasa di gula gula oleh pihak institusi pembiayaan supaya berhutang beli rumah,mortgage,kenderaan,kad kredit dll. Tu memang sifat alam sektor perniagaan depa nak cari untung pada pengguna yang lemah cangok. Akhir nya AS menghadapi masaalah keruduman ekonomi akibat Subprima pada tahun 2005.

        mi akibat Subprima pada tahun 2005. Banyak institusi pemberian pinjaman,bank & individu jatuh bangkrap…..

  7. Nusantara Jones says:

    Kau duduklah mana-mana bahagian dalam dunia ni kalau nak hidup senang mesti : –

    1- Buat duit (kerja atau bisnes)
    2- Simpan duit dalam bentuk aset (ASB, hartanah dsbg.)
    3- Kurangkan hutang yang bersifat liabiliti.

    Zaman aku sekolah dulu belanja sehari seringgit dah cukup tapi sekarang anak buah aku pergi sekolah bawak RM3 pon tak cukup. Inilah kita kata inflasi.

    Kau cuba tengok filem Seniman Bujang Lapok, berapa harga secawan kopi pada zaman dulu? Patut tak kau pergi kedai mamak kau komplen harga kopi zaman P. Ramlee lebih murah?

    Kebanyakan orang especially Melayu tak pandai urus kewangan. Benda tak penting boleh beli macam tukar henfon tiap-tiap tahun, beli iPad, tukar perabot, beli itu dan ini, berhutang beli kereta mahal bayar 9 tahun tapi bila harga barang naik mereka akan bising cakap kerajaan zalim.

    Moralnya ialah kalau gaji RM2K sebulan, jangan berlagak berbelanja dan berhutang macam gaji kau sebulan RM4K.

    Kat Malaysia ni ramai tak cukup duit sebab berhutang tak ukur baju. Aku ada seorang kenalan, gaji baru RM2300 dah berlagak pakai Inspira bayar bulan-bulan RM9++. Bila nak beli rumah apartment, DBR (debt burden ratio) tak lepas buat pinjaman bank. Sekarang hari-hari aku tengok dia salahkan kerajaan dalam FB pasal harga rumah mahal. Tak ke bangang namanya sendiri buat masalah hutang tapi kerajaan pulak yang salah.

    Orang kalau gaji tak besar tapi pandai belanja dan urus duit, akan hidup senang. Kalau bagi gaji RM10K sebulan tapi suka berhutang, duit tetap tak cukup.

    Lagi satu rancang bilangan anak mengikut kemampuan pendapatan.

    • jagungmentah says:

      kalo ko dulu belanja singgit kesekolah mungkin umur ko tak jauh beza dr aku..boleh share sentimental value zaman dulu2..nasik lemak 3posen air bungkus seposen…hahhahahaha…best2!!!

      kadang2 aku ada terpikir..gaji makin naik harga brg pon makin naik..

      adakah:
      1.benar2 kos menghasilkan bahan/makanan itu naik?

      ATAU

      2.kesan dari peningkatan pengambilan untung dr awal proses menghasilkan bahan/makanan itu dan disetiap peringkatnya?

      p/s:pikir2…..

      • Nusantara Jones says:

        Macam ni bro jagungmentah, kita nak survive perlu ada inisiatif sendiri. Persoalan no.1 atau 2 kau tu aku malas nak komen. Kos hidup memang meningkat kat mana-mana dalam dunia ni dan kalau nak survive kita perlu ada inisiatif.

        Biar aku share sikit pasal diri aku. Aku dulu belajar ipts, lepas grad takde kerja. Tapi nasib baik aku ada simpan RM5+++ hasil penjimatan duit belanja PTPTN.

        Kerja memang susah nak dapat, empat kali pergi interview semua tak dapat. Tapi aku jenis pikir positif ambil inisiatif cuba ceburkan diri dalam fotografi. Duit simpanan RM5+++ aku guna beli kamera canon eos dlsr dan bayar yuran kursus fotografi.

        Alhamdulillah, mula-mula income aku tak banyak tapi lagi baik daripada aku menggangur. Selepas 3 tahun income aku dah capai 4 angka sebulan. Kita perlu fleksibel kalau nak hidup senang. Kebanyakan orang hidup susah sebab tak fleksibel dan suka buang masa kutuk kerajaan.

        Kalau kau kerja gaji tak best, cuba kau fikir satu alternatif macam mana nak cari duit lebih. Idea kat Malaysia ni byk. Tapi aku cakap fotografi paling senang buat duit sebagai part-time.

        Tapi ada banyak lagi idea kau boleh pikir kalau nak hidup senang kat Malaysia ni. Kalau nak salahkan kerajaan hanya satu perbuatan sia-sia dan buang masa. Lebih baik kita gunakan masa, fikiran dan tenaga untuk majukan diri.

        Lantaklah kepada mereka yang suka komplen salahkan kerajaan sana-sini macam anjing menyalak bukit, hidup mereka tetap tak maju ke hadapan.

        • Topup says:

          itu lah tipikal melayu yg ada sekarang ….. malas nya masih menebal…..susah sikit tak boleh

          • alimedanbaru says:

            APA PUN AKU TERTARIK DENGAN PERLAKSANAAN HAPUSKAN ORANG TENGAH DARI HASIL NELAYAN YG AKAN DILAKSANAKAN OLEH MENTERI PERTANIAN. SEPATUTNYA SATU KAEDAH YG SERUPA PERLU DIPERLUASKAN KEPADA PENANAM-PENANAM SAYUR DAN SEBAGAINYA SUPAYA SISTEM LINTAH DARAT DAPAT DIHAPUSKAN DALAM SISTEM JUAL BELI. MAKA NELAYAN DAN PENANAM AKAN HIDUP SENANG DAN KITA PEMBELI AKAN DAPAT HARGA LEBIH MURAH ADANYA..

          • reds says:

            yep…malas..kat malaysia nih bukan kena rajin banyak pon nak wat side income… aku sebulan abiskan dalam 10 jam je kot wat wiring.. endorse borang.. kadang2 beribu aku dapat beb… hehe..murah rezeki hidup kat malaysia nih…

        • Orang JB says:

          Betul tu bro NJ. Aku setuju dengan pendapat kamu. Aku yang tinggal di JB dengan pendapatan RM3+++ serta tanggungan 4 orang pon terasa sempit. Tapi aku tak putus asa dan hanya menyalahkan pemerintah sahaja. Aku berusaha mencari side insome seperti yang aku buat sekarang melalui Ebay (dropship). Alhamdullilah ada juga mashuk RM1k – 1.5K sebulan…. Yang penting dimana ada kemahuan disitu ada jalan…

        • tengkudin says:

          aku setuju dengan ko nusantara…kita serupa…ada otak kita gunakan camne nak tambah pendapatan sendiri.!!

        • jagungmentah says:

          satu nasihat yg terbaek..thanks bro!!

          utk org yg ada skill dan kemahiran mcm ko ngn aku dan yg lain2 mungkin tiada masalah besar utk melaksanakan inisiatif kita..

          bagaimana dgn org2 yg mmg takkan mampu melaksanakan inisiatif mereka?cuba tinjau2..kebanyakan mereka adalah bangsa kita..ini samalah seperti mana aku tidak sokong sistem meritokrasi buat masa ini..bangsa kita masih perlukan tongkat..aku mungkin boleh lepas diri aku sorang tp ramai kawan2 kita yg terkandas jika tanpa tongkat..kita tidak bertanding dgn bangsa lain diatas satu platform yg fair…kita majoriti tapi ekonomi bkn kita pegang bro…

          • reds says:

            err…blaja part time ade…kat cidb macam2 kursus percuma ade..siap dapat duit lagik…kbs pon ade wat kursus percuma…seminggu 3 kali je kott.. malam x silap aku…gi carik..jangan nak bagi alasan sangat…aku wat course free part time sampai dapat wireman pw4 lagik… time tu aku gaji kecik…gaji diploma jek…nak majukan bangsa..majukan diri tu dulu..

          • bangKano says:

            Meritokrasi ada la satu sistem penindasan secagha haluih & senyap yang di laku kan oleh kumpulan/bangsa yang dah maju nak menjatuh kan golongan yang amat daif dalam pendidikan & ekonomi. Di Malaysia ni melayu/bumiputra ada la kelompok etnik yang serba daif akibat penindasan dasaq penjajah inggeris melalui doktrin pecah & perentah yang pernah menadbir Tanah Melayu. Dah sifat alam para penjajah depa saja nak memundoq kan anak tempatan terdiri dari peribumi ngan membiaq kan depa tingal dalam serba kekurangan dalam sektor pendidikan,ekonomi dll. Sebalik nya penjajah licik ni plak memberi kan keutamaan pada pendatang pra penjajahan & pasca penjajahan ngan segala kemudahan sosio-ekonomi bertujuan nak melemah kan kewibawaan anak pribumi supaya jahil sepanjang hayat ngan ni mudah la para penjajah ni menjarah segala sumber alam di bumi tanah tumpah darah penduduk terjajah ni.

            Bila bumi anak terjajah ni dah merdeka sebagai negagha bangsa tapi kemampuan pendidikan & ekonomi depa masih lagi ketinggalan jauh ngan anak anak imigran ni. Di sini lah seglintiaq anak anak imigran yang tak mau mengingati fakta sejarah kewujudan nenek moyang depa sengaja mencahaya tinggi kan isu MERITOKRASI supaya anak anak pribumi sentiasa tertinggal dalam arus pembangunan negagha apa lagi serangan globalisasi & liberalisasi tanpa sempadan geografis & politis. Bila visi & misi serba busuk depa ni dah berjaya,maka negagha asal kepunyaan anak watan pribumi akan jadi hak anak anak imigran….contoh signifikan ada la negagha Republik Singapura 97% di dominasi oleh pemimpin & warga dari anak anak imigran dari Tanah Besar China.

            Awas Pulau Pinang bakal jadi negeri melayu kedua sebagai negagha republik etnik anak anak imigran CHINA di Asia Tenggara ni.

  8. decepticon jr. says:

    nape kerajaan tak standard kan jumlah kandungan gula dalam barang2 runcit.seperti air berperisa,susu manis dan segala barangan yg manis.kenaikan harga bukan bole mendidik pengguna pun tapi boleh trigger kenaikan barang yg lain.cuma kite rakyat perlu lebih sedar akan bahayanya pengambilan gula secara berlebihan.lebih baik pengguna diberikan penekanan dan pendedah dgn intensive terhadap masalah ini dan seawal dibangku sekolah lg.memang bg aku kenaikan ini kurang membebankan memandangkan family aku cuma guna 2-3kg gula sebulan tp bagaimana dgn peniaga makanan.cuba contohi jepun.makan gula gula pun tak rasa gula.mereka tekankan flavour bukan tekankan kemanisan.

  9. Azman Fi says:

    Tidak popular,tetapi benarkah membantu rakyat ….

  10. tengkudin says:

    aku memang dari dulu tak suka manis manis ni terutama gula ni..
    aku setuju kerajaan buat sekarang..sekurang tokei gula tak untung byk…..

    • jagungmentah says:

      meh main kira2 sat…

      1.Sebelum subsidi gula dihapuskan:
      Harga Jual 1kg = rm2.50
      subsidi kerajaan = rm0.34

      2.Selepas subsidi gula dihapuskan:
      Harga Jual 1kg =rm2.84
      subsidi kerajaan = rm0.00

      PERSOALANNYA:
      1.Berapa pengeluar/penjual gula dpt sebelum dan selepas subsidi dihapuskan?

      2.Berapa peningkatan bayaran sebelum dan selepas subsidi dihapuskan?

      3.Berapa beban subsidi kerajaan tanggung sebelum dan selepas subsidi dihapuskan?

      MAKA:
      Berdasarkan kiraan diatas,
      1.Siapa yg untung?
      2.Siapa yg rugi?
      3.Siapa yg tiada kesan?

  11. TUBIR says:

    Pada aku kenaikan harga gula ni tak ada kesan pada aku dan seisi rumah pun sebab keluarga aku cuma gunakan gula ikg untuk 2bulan ……sepatutnya kerjaan buang semua subsidi tu …….Termasuk juga semua keistimewaan para penjawat awam dan menteri menteri …..beri merika semua ini gaji saja …..segala elaun keraiaan dan sebagainya mesti dihapuskan ……kurangkan perbelanjaan mengurus .PM jangan lah gatal gatal gatal gunakan jet untuk pegi sana sini …..Gunakan MAS sudah cukup Jangan bawak berpuluh orang membazir duit negara aja.Sepatutnya subsidi harga minyak pun mesti dihapuskan …sebab minyak boleh menyebabkan kematian …..kodong kaki …mata buta dan macam macam kecederaan malah boleh mati pun sebab dari minyak .Sepatutnya menteri mesti cakap kalau minyak mahal jangan guna minyak dan bertukar pada benda lain .Sebagai rayaat Malaysia kalau kita rasakan PM Najib ni tak bagus …kita pakat ramai ramai buang Najib …..apa macam ok tak?
    kencing manis bukan disebabkan gula semata mata ….

  12. nue says:

    semua fikir pasal diri sendiri jer…aku pun kalau sekampit gula tu tahan 2 bulan…tapi fikirlah orang yang berniaga air,kuih-muih,kuih2 raya…modal tuk beri2 barang naik…memang 34 sen jer naik tapi ade ker orang berniaga beli sekampit jer?

  13. system baru says:

    ada ramai peminpin kita mati disebab gula.. mungkin jin gula ada pada badah kita kena buang

  14. ais says:

    Maknanya gula bukan keperluan untuk rakyat dan kerajaan tak perlu lah bagi subsidi. Kita orang susah minum air putih selalu. Bagus jugak tu, biar compani gula tak kaut untung. Rakyat perlu bantuan kesihatan, pendidikan, perumahan, pekerjaan dan program sosial lah supaya terutama orang melayu lebih baik rohani dan jasmani.Kalau makanan, yang penting beras, makanan utama.

  15. ais says:

    Yang bising sangat naik harga gula orang yang bikin bisnes kuih, terutama orang pas kelantan. Ooo berapa banyak kos yang perlu ditambah. Pembeli kalau rasa mahal, buat apa beli. Biskut tanpa gula lagi laku dari kuih ada gula. Tak gitu.

    • Mek Esah says:

      Bodo sama tinggi dgn menara berkembar…”kalau ayam mahal jgn makan ayam…kalau minyak mahal jgn naik keta”….hang ni sama le dgn pepatah pujangga dari menteri umno cap ayam !!!!!!

  16. prai sugar says:

    aku tak kisah gula naik,yg aku kisah puak UMNO dok bising sbb barang naik.yg ko pergi undi BN wat pe tak ke bodoh lebih dari juara lembu2 bodoh di dinia.Penulis artikel ni pun bangang tak tahu kisah.aku keje di prai sugar aku taulah pasal ni.dulu Robert kuok skrg org UMNO yg ambil alih klang ni.ramai berenti sbb UMNO pegang

Leave a Reply