Menu Utama

Bajet 2014 : GST Modal Utama Pembangkang Fitnah Kerajaan

Perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bakal  bermula 1 April, 2015 pada kadar enam peratus. Pembentangan Bajet 2014 yang telah berlangsung  menyaksikan beberapa anggota pembangkang  yang terdiri dari ahli PAS mengadakan demo di depan Parlimen  membantah GST. Sebenar ahli PAS ini tidak langsung faham dan tahu tentang GST. Dan tidak keterlaluan jika kita katakan  bahawa ahli PAS ini sememangnya tidak tahu apa-apa.  Sekiranyamereka mendokong nama parti mereka Parti Islam Semalaysia maka sepatutnya tidak mungkin mereka ini turut serta dalam demo jalanan “BERSIH” yang memperjuangkan kebebasan hak Lesbian, Gay, Biseksual dan transeksual yang bukan sahaja hina di mata Islam malahan juga di mata semua agama lain di dunia.

 

Tujuan utama perlaksanaan GST ini adalah untuk  menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan. Ianya  merupakan  sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang memanfaatkan semua rakyat Malaysia.  GST akan dikuatkuasakan 17 bulan daripada hari ini dengan kadar enam peratus itu antara yang paling rendah dalam kalangan negara-negara ASEAN. Pentingnya kita faham bahawa  GST bukanlah cukai tambahan baharu.  Cukai tunggal atau GST itu akan membolehkan kerajaan menangani kelemahan dalam sistem percukaian yang sedia ada.  Lebih 160 negara di dunia telah melaksanakan GST. Ini jelas menunjukkan bahawa GST terbukti sebagai satu sistem cukai yang telus, berkesan dan adil.

 

GST tidak akan dikenakan ke atas bahan makanan asas seperti beras, gula dan tepung serta bekalan air paip. Ia juga tidak akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan dan 200 unit pertama bekalan elektrik sebulan untuk pelanggan domestik. Perkhidmatan pengangkutan, tol lebuh raya, pelajaran serta perkhidmatan kesihatan turut  dikecualikan daripada GST.  Begitu juga dengan  jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih dikecualikan daripada GST.

 

Atas keperihatinan kerajaan dan ingin memberi peluang kepada rakyat mengadaptasikan GST dalam kehidupan mereka maka kerajaan akan memberi bantuan sekali sebanyak RM300 kepada isi rumah BR1M, serta pengurangan sebanyak satu hingga tiga mata peratusan dan penstrukturan semula cukai pendapatan individu. Bagi perniagaan, antara pakej yang dicadangkan oleh kerajaan ialah pengurangan dalam cukai pendapatan korporat dan PKS daripada tahunan penilaian  2016, serta Elaun Modal Dipercepatkan bagi kos pembelian peralatan dan perisian ICT, diberikan hingga tahun penilaian 2016.

 

Namun begitu pihak pembangkang sedang meracuni fikiran rakyat dengan menuduh  pengenalan GST pada kadar enam peratus menjelang 2015 akan mewujudkan kemelesetan ekonomi tempatan susulan kuasa beli golongan berpendapatan rendah semakin merosot. Kononnya  sebahagian besar pendapatan golongan itu akan digunakan untuk membayar cukai baru tersebut sekali gus mereka terpaksa menghadkan perbelanjaan setiap bulan.

 

Mereka menuduh  60 peratus rakyat  yang menerima BR1M  bukannya menerima bantuan daripada kerajaan kerana mereka terpaksa bayar GST sedangkan GST sebenarnya bukan tambahan cukai  tetapi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedia ada.

 

Dengan beralasankan  pendapatan yang boleh digunakan semakin berkurangan dan penerima BR1M  ini lebih berwaspada, tidak membeli-belah atau kurangkan berbelanja maka  akan mengakibatkan kemelesetan ekonomi domestik. Mereka seolah-olah tidak suka rakyat berbelanja dengan berhemah.

 
Huraian terperinci  Teks :  Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2014

97.    Kerajaan mendapati cukai jualan dan cukai perkhidmatan semasa, mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu seperti kesan cukai berganda ke atas pengguna, ketiadaan pelepasan cukai ke atas barang yang dieksport dan isu pindahan harga atau transfer pricing. Kelemahan ini akhirnya akan merugikan rakyat sebagai pengguna dan pihak Kerajaan.

98.    Pada Bajet tahun 2013, Kerajaan telah membayangkan tentang usaha besar pengukuhan kedudukan fiskal negara. Malah sebelum itu, Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan telahpun dibacakan di dewan yang mulia ini. Sejak itu, pelbagai reaksi positif mahupun negatif dan pandangan telah kita terima.

99. Hakikatnya, Kerajaan telahpun mengambil tempoh beberapa tahun, yakni masa yang mencukupi untuk menjalankan kajian dengan teliti dan menyeluruh serta mengambil kira semua pandangan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk dewan perniagaan, pelabur, pakar ekonomi, ahli akademik, persatuan pengguna dan NGO.

Tuan Yang di-Pertua,

100.    Lantaran itu, berasaskan prinsip mendahulukan rakyat, Kerajaan dengan ini memutuskan supaya satu sistem percukaian menyeluruh dan saksama perlu segera dilaksanakan bagi memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua,

101.    Sehubungan itu, Kerajaan mencadangkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan atau Sales Tax and Services Tax dimansuhkan. Dua cukai yang dimansuhkan ini pula akan digantikan dengan satu cukai sahaja yang dikenali dengan nama Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax atau GST. Ringkasnya, perlu saya tegaskan, bahawa GST bukanlah cukai tambahan baru.

102.    Realitinya, kadar inflasi kini adalah pada tahap yang rendah di paras dua peratus. Kerajaan yakin, ini adalah masa yang terbaik untuk melaksanakan GST kerana kadar inflasi adalah minimum dan terkawal.

103.    Dengan pelaksanaan GST, Kerajaan dapat menangani banyak kelemahan dalam sistem percukaian sedia ada. Sebagai contoh, pada waktu ini, sekiranya kita membeli minuman berkarbonat di restoran, tanpa kita sedari, kita telah membayar dua kali cukai, yakni cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

104. Dalam bahasa mudahnya, untuk difahami oleh semua, dalam sistem GST ini, pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja. Realitinya juga, perubahan harga barangan atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

105.    Kerana itu, kita berasa amat kecewa, apabila, sesetengah pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dengan mengelirukan orang ramai terhadap kefahaman GST. Mereka mengatakan apabila GST dilaksanakan, kononnya, semua harga barang akan melambung naik, dan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah akan menanggung beban.

106.    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, lebih 160 buah negara di dunia telah pun melaksanakan GST. Ini menunjukkan bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan.

Sekiranya GST ini memudaratkan rakyat dan negara, masakan majoriti negara di dunia telah mengguna pakai sistem percukaian ini. Hampir semua negara maju telah lama melaksanakan GST atau VAT atau cukai nilai ditambah ini, malah negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Filipina, Laos dan Cambodia telah melaksanakannya. Malahan, negara-negara seperti Burkina Faso, Burundi, Zimbabwe, Rwanda dan Kenya pun telah melaksanakan GST.

107.   Di pihak Kerajaan pula, perundangan GST, sistem pengkomputeran, latihan pegawai, kemudahan infrastruktur GST dan pelan komunikasi yang menyeluruh telahpun disediakan.

108.    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, cadangan model GST yang akan dilaksanakan di Malaysia adalah seperti berikut:

Pertama:    GST akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015, iaitu kira-kira 17 bulan dari sekarang. Kadar GST yang ditetapkan adalah hanya sebanyak enam peratus berbanding dengan kadar cukai jualan iaitu lima dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus.

Kadar GST ini merupakan yang terendah dikalangan negara ASEAN di mana Indonesia, Vietnam, Cambodia, Filipina dan Laos mengenakan GST pada kadar 10 peratus dan Singapura serta Thailand pada kadar tujuh peratus;

Kedua: Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usahlah bimbang, janganlah risau, GST tidak akan dikenakan kepada barangan makanan asas antaranya beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu sekalipun belacan;

Ketiga: Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik tidak dikenakan GST;

Keempat:    Perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah, tidak dikenakan GST;

Kelima: Perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan dari GST; dan

Keenam: Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih juga dikecualikan dari GST.

Tuan Yang di-Pertua,

109.    Apabila GST dilaksanakan kelak, Kerajaan akan memberi pelbagai bantuan sokongan semasa peringkat peralihannya seperti berikut:

Pertama:Bantuan tunai secara one-off sebanyak 300 ringgit kepada penerima isi rumah BR1M;

Kedua: Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan untuk semua pembayar cukai bagi menambah pendapatan boleh guna. Dengan pelaksanaan langkah ini, seramai 300 ribu orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar cukai.

Umumnya, golongan berkeluarga yang berpendapatan empat ribu ringgit sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai. Pembayar cukai sedia ada yang lain juga akan menikmati penjimatan bayaran cukai; dan

Ketiga: Struktur cukai pendapatan individu akan disusun semula untuk menjadikan negara lebih kompetitif di samping mengekal dan menarik bakat serta tenaga mahir dalam negara. Bagi mempastikan struktur cukai lebih progresif, pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi 100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit.

Kadar cukai maksimum kini 26 peratus pula dikurangkan kepada 24, 24.5 dan 25 peratus. Langkah-langkah tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2015.

110.    Dalam aspek ini, supaya syarikat perniagaan melaksanakan GST dengan lancar, Kerajaan mencadangkan pakej tambahan seperti berikut:

Pertama:    Kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus. Manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus. Langkah ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2016;

Kedua: Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan satu hingga dua mata peratusan mulai tahun taksiran 2015;

Ketiga: Yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai dibenarkan potongan cukai mulai tahun taksiran 2015;

Keempat:Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberi lanjutan Elaun Modal Dipercepatkan sehingga tahun taksiran 2016;

Kelima: Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST bagi tahun taksiran 2014 dan 2015 diberi potongan cukai tambahan; dan

Keenam: Geran latihan sejumlah 100 juta ringgit kepada peniaga yang menghantar kakitangan, untuk menjalani latihan GST bagi tahun 2013 dan 2014. Di samping itu, bantuan kewangan sejumlah 150 juta ringgit disediakan kepada PKS bagi pembelian perisian perakaunan bagi tahun 2014 dan 2015.

111.   Dengan pelbagai pakej istimewa yang disediakan ini, Kerajaan yakin, tiada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan sewenang-wenangnya. Harga barang akan sentiasa dipantau. Sebagai panduan kepada pengguna, Kerajaan akan menerbitkan risalah harga barang dan perkhidmatan yang boleh digunakan untuk membuat perbandingan harga.

112.   Kepada pengguna pula, gunakanlah hak anda dalam membuat pilihan, berbelanja secara berhemah. Dalam hal ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan  Kepenggunaan akan meningkatkan usaha penguatkuasaan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

113.   Selain itu, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan GST, satu Jawatankuasa Pemantauan GST akan ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua dengan dianggotai oleh agensi Kerajaan, wakil industri dan NGO.






13 Komen to Bajet 2014 : GST Modal Utama Pembangkang Fitnah Kerajaan

  1. umnoover says:

    Skeptikal dgn perlaksanaan.
    banyak kedai2 yg tak computerised
    Monitoring very poor
    Nanti charge GST kepada pelanggan tapi tak bayar kpd kerajaan

    sedangkan cukai syarikat ramai towkey tak bayar dan pemantauan kurang, boleh ke nak monitor GST?

    kalau perlaksanaan lemah, yg affected adalah golongan2 yg makan gaji sahaja.

  2. Matatelinga Gomen says:

    Pemahaman yang kuat perlu diberi kepada rakyat mengenai GST. Ini kerana rata2 rakyat menganggap GST merupakan cukai tambahan baru keatas cukai yang sedia dibayar iaini service, sales & income.

    Rakyat Malaysia rakyat yang bercelaru.Ini kerana sebelah kanan mereka dibaja sementara dikiri mereka disiram racun.

  3. m8 says:

    GST – Apa jaminan barang akan turun harga kalau harga RM100 bila dah GST jadi RM90, tapi kos kilang dah naik 6% sebab Eletrik/Air kena GST, Jadi dia naikkan harga jual RM95.40, bila sampai kedai RM95.40 dia pun kena GST Eletrik/Air jadi dia naikkan harga barang ke RM100, jadi dia jual + GST = RM106.00, jadi dah jadi lagi mahal.

    Bila balik Rumah kena GST kat Eletrik dan Air, ada penambahan 6%, kalau siapa yang guna lebih dari 200 Unit = RM 43.60, lebih 1 unit jadi RM 43.93 + 2.6358(GST) = RM 46.5658

    MANA ADA JIMAT

    • system baru says:

      astor dan wifi dan ada gst kau tak bising pula, kfc dan mc.d pun gst kau bising pula, sebenar malaysia ada gst dah lama dah cuma orang tak perasan dulu kita gst pada huburan dan fast food.. apa maksud gst governmet service tax,, tak percaya kau cuba makam kfc pasti kena gst 6% orang sederhana manpu makan kfc ada gst tax 6% sekarang tunjuk bil kfc kau itu gst dan sekarang tengok bil astor itu pun ada gst ,, anwar semasa dalam kerajaan dulu kenapa anwar hapus gst fast food mc.d dan kfc sila jawab?

    • sysem baru says:

      kau pakai tm wifi dan astro akan sekarang ini dah kena gst cuba tengok bil itu ada tulis government service tax sekatan gst, cuba kau pergi makan mc.d pun gst 6% bil adakah mereka makan mc.d orang kaya kebanyakan orang sederhana yang makan.. air dan eletirk tak kena gst.. cuma pakai, kasut, barang elektrik kena bayar gst jika beli di pasar raya

  4. alimedanbaru says:

    Jangan nak kata orang luar bandar tak faham, orang dalam bandar pun ramai tak faham apa itu GST sebagaimana Matatelinga bagi tahu purata menganggap satu cukai baru yg makin membebankan.

    DiMalaysia ni ramai tak suka membaca tetapi suka mendengar. Kalau dengar dulu ceramah pembangkang, lingkuplah, macam nak gempa bumu dan tsunama Malaysia cerita diaorang.

    Jabatan Penerangan dan saluran Rukan Tetangga , JKKK ,Perstuan Belia atau taklimat kepada Jabatan Kerajaan dan swasta perlu dilakukan. Ada rakyat menganggap GST adalah Gerakan Sedut Tabungan mereka yang membawa keuntungan kepada Amerika dan Yahudi.. kesempatan spt ini yg akan diambil oleh Nuar Brahim, LKS dan Aji Hadi yg suka putarbelit terutama kpd orang kampong yg tak tahu colour ekonomi akhirnya PR yg colouring pemikiran mereka.

    • gambus says:

      ni orang yang gila politik jee yang buta hati buat-buat tak faham !

      tak baca langsung kenyataan kat atas tu , semua kata cukai baru dan ramai pulak kata camana nak implement !!! aduhhhh tepuk dahi aku

      yang kata cukai baru dan membebankan rakyat lagi laa lawak !!! Takkan dorang ni tak pernah kena cukai perkhidmatan yang mana adalah 10 peratus !!! belum campur lagi cukai lain !!!

      Jadi orang yang cakap membebankan rakyat kalau tak pernah dgr dua cukai ni sebelum ni .. kiranya efek takde apapun !!! dan yang pernah kena cukai perkhidmatan pun akan berkurangan dengan GST ni !!!

      • bangKano says:

        Depa yangdok sakan mengkritik ni ada la puak puak benghiong tak dak guna akai punya..dia guna otot jerr. Tak masuk akai langsung depa kata GST akan menyebab kan inflasi..la ni kerajaan laksana kan cukai jualan 5% & cukai perhidmatan 10% tak plak depa menyalak kata membeban kan rakyat…? Malah semaikin ghamai golongan bawahan pi makan kat KFC,Macdonald dll yang kena kan 15% cukai tu tapi tak dak pun depa ni merungut.

        Puak puak haprak PR ni yang kuat menyokong Raja Liwat tu yang sering melalak…pada depa GST tu ada la bagi akronim: Gomol,Sedut & Tojah macam Anuaq,Mat Kaki Sapu & Stapa Spenda dok buat projek ngan bini oghang tu….!!!

  5. TUBIR says:

    Aku sokong kerajaan laksanakan GST kerana aku dah faham dan dah biasa dengan gst/vat ni masa tingal kat oc dulu.Yg jadi masalah nya macam mana kerajaan nak kutip GST tu dari peniaga ?.2015 tak lama ja lagi ,sudahkah kerajaan membuat persiapan sewajarnya untuk ini?.Jangan nanti ia nya dijadikan modal politik kerajaan menanguhkan perlaksanaanya kerana kununya rayaat belum bersedia.Sebagai mana yang saya tahu banyak perniaga menipu LHDN didalam pembayaran cukai ,tidak kiralah cukai apa sekalipun ,Ada tu siap upah ferm untuk buat adjustment tentang pendapatan syarikat ,dan ada pula buat pengistiharan segala harta termasuk kereta milik syarikat untuk mendapatkan pengurangan cukai.memang ada kompeni yang pakar dalam main silap mata ni dan lhdn pun bukan nya tahu pun sebab dia orang tu semua malas dab bodoh sikit.
    Aku nak tegaskan belanjawan kali ini adalah lemah dan tidak menarik langsung.Dijangkakan kesan yg agak tidak baik akan menyusul dalam 4 bulan yang akan datang tunggu dan lihat bagaimana backlashnya.

    • bangKano says:

      Tang bercakap kelemahan pengutipan cukai oleh LHDN terhadap para peniaga besaq tu dah jadi lumrah la ni. Bukan ka sikap tamak & menipu dok ada kat peniaga tamak ni…tapi jugak ada sikap tak amanah & penting kan diri sendiri oleh sebilangan pegawai LHDN sendiri. Memang ada pakatan antara syarikat besaq ngan segelntiaq pegawai taksiran LHDN…kunci nya ada sogokan lumayan bagi mengurangi beban cukai kena bayaq oleh syarikat keparat.

      Aku dok peghati ada pegawai taksiran cukai hidup mewah tak sepadan ngan pendapatan sebenaq nya…ada kereta mewah,rumah keghap di renovasi dalam setahun…setiap kali renovate menelan belan ja berpuluh ribu ringgit. Lepaih ghumah tu di renovasi dia bagi kat anak nya untuk duduk dan dia pindah ke rumah yang baru di beli di sebuah bandar pinggir KL. Dari sumber mana dia dapat pembiayaan ni…? Dah tentu duit tu dari sogokan para peniaga haprak tamak haloba tu. Sendiri mau ingat laaa.

  6. umnoover says:

    ALAH, BENDA GST NI SENANG AJE.

    KERAJAAN TURUNKAN CORPORATE TAX, GANTI DENGAN GST SECARA MATEMATIK NYA.

    SECARA EKONOMI NYA, GST DIKENAKAN KE ATAS BARANG2 TERTENTU SUPAYA ADIL DAN SAKSAMA YAKNI BARANG2 ‘LUXURY’ SAHAJA. SIAPA MAMPU BELI – BAYARLAH.

    SECARA WELFARE NYA, CUKAI GST DIKENAKAN KE ATAS ORANG KAYA DAN HASIL CUKAI DIBELANJAKAN KE ATAS ORANG2 MISKIN.

    CUMA – GST NI NAJIB TAK TAKE ADVANTAGE. TAKDE ORANG NASIHAT KUT. SEPATUTNYA DIA TEKANKAN CUKAI GST AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENAIKTARAF PENDUDUK YG KURANG PENDAPATAN, PERBELANJAAN HOSPITAL, PELAJARAN DLL.

    DI MALAYSIA NI TAKDE SIAPA KISAH MACAM MANA KERAJAAN HARUS BELANJA UNTUK MENAIK TARAF PENDUDUK MISKIN. MACAMANA NAK BELANJA DUIT ZAKAT DLL.

    YANG TAU PERUT TEMBULUK SENDIRI. MINYAK MAHAL. GULA MAHAL. ROKOK MAHAL. BARANG MAHAL. (LU TAK MAMPU LU JANGAN BELI LAH). ADA RAKYAT NAK BELI BERAS PUN TAK MAMPU, ADA KAU KISAH??!

    ELOK TINGGAL AJE KAT NEGARA YG CUKAI LEBIH 50% DAN GST LEBIH 20% BARU TAU LANGIT TINGGI MANA..

    BTW TAK ADA KE SIAPA2 YANG NAK PRESSURE KERAJAAN CUBA TINGKATKAN USAHA GOLONGAN PENIAGA YG TAK BAYAR CUKAI? SUDAH TIBA MASANYA KEADILAN TERHADAP PEMBAYAR CUKAI YG MAJORITINYA INDIVIDU MAKAN GAJI.

    Sekarang rating Malaysia jatuh. Currency jatuh. Main reason = subsidi. Biasalah, rating agent company asing mesti tak senang dengan pemberian subsidi. Diaorang nak promote capitalism. Negara Islam pun kalau boleh nak sabo kasi hancur. Macam2 la depa tekan. So, kita kena bijak nak tangani perkara ni. Nak hapuskan subsidi kesemuanya? Bersediakah orang Melayu? Ada perancangan? Ada penerangan? Kalau tidak hapuskan, macamana nak manage keadaan?

    Hakikatnya negara2 maju lebih banyak ‘subsidi’ tapi dalam bentuk geran, healthcare dll. Lagi tinggi charity, lagi tinggi cukai.

    Kat Malaysia – semua orang nak subsidi tapi cukai tak nak bagi naik. Hasil semulajadi negara terhad, innovation kurang tapi rakyat demanding. Demand ikut ‘knee and jerk’ reaction. Patut demand sebelum benda jadi la.. demand buat banyak ladang2 tebu ke, banyak ternakan ayam lembu ke.. hapuskan middle man ke.. demand list barang2 yang tak dikenakan GST ke..

    Entahlah.
    Nasib kau la Labu..

  7. poyo says:

    senang skg semua ade gst..kayalah kite.blh shopping lg.

  8. […] 4. Kerajaan Malaysia yang melaksanakan GST sangat berhati – hati dengan pelaksanaannya dengan mencadangkan banyak insentif kepada peniaga dan pengguna bagi mengelakkan spekulasi harga barang yang meningkat. (Lihat bajet 2014 berkenaan pelaksanaan GST DISINI. […]

Leave a Reply