Menu Utama

Anwar Tidak Lagi Pejuang Isu Rakyat – Khalid Ibrahim

Oleh Nur Azlina Shaari

Teguran dan kritikan yang diterima Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung cara beliau memimpin negeri Selangor tidak membuatkan Khalid berasa susah hati walaupun kritikan itu datangnya dari Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas Anwar mengkritik Khalid supaya jangan lagi berbangga dengan simpanan rizab tinggi kerajaan Negeri yang ada, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pula mengambil tempat, mencurahkan lagi minyak ke dalam api apabila turut sama menegur Khalid yang dilihat tidak mahu menerima teguran Anwar.

Bagi Khalid, beliau menyatakan kritikan yang diterima dari pemimpin-pemimpin PKR adalah tidak begitu penting kerana beliau lebih menitik beratkan teguran dan kritikan daripada rakyat. Umpamanya, setiap nasihat yang diterima, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Kita semua sedia maklum, baru-baru ini Anwar telah mengkritik Khalid secara terbuka ketika dalam ceramahnya pada forum Laporan Audit Negara dan membandingkan cara memimpin Khalid dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kata Anwar, Guan Eng disifatkan pemimpin negeri yang berjaya membawa negeri itu mencapai tahap prestasi terbaik.

Azmin pula menyusul menegur Khalid supaya berlapang dada dan memperbaiki kelemahan Khalid yang beliau nyatakan teruknya Khalid memerintah Selangor sejak penggal yang lepas lagi.

“Itu sebenarnya teguran serius. Teguran ini harus diterima, ia bukan untuk meruntuhkan tetapi membangunan kerajaan Selangor. Harapan rakyat tinggi, dengan harapan terhadap kerajaan yang diangkat mereka pada PRU13,” kata Azmin yang dipetik dari Sinar Harian Online.

Pada Khalid, teguran oleh Anwar dan Azmin yang beliau sendiri tahu bersikap dengki dengan dirinya sudah tidak berkesan terhadap dirinya.

Yang beliau ketahui, cara dan sistem memimpin beliau amalkan tidak boleh disamakan dengan Guan Eng. Apatah lagi adanya suara lain seperti Azmin yang tidak terlibat dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor selama ini tidak layak menegur.

Justeru dalam isu ini, boleh ditafsirkan mungkin juga Anwar sudah bosan dengan sikap Khalid yang tidak habis menyusahkan dirinya selain Khalid dilihat sering kali degil untuk tidak menerima cadangan dan arahan dari Anwar.

Contoh, dalam kes perlantikan Saifuddin Nasution yang diarahkan oleh Anwar perlu dilantik menjadi Pegawai Seranta Politik di Pejabat MB. Berbulan lamanya, akhirnya Saifuddin hanya dilantik sebagai Ketua Staf sahaja.

Untuk Azmin pula, situasi tegang antara Anwar dan Khalid ketika ini mungkin peluang terbaru baginya untuk menjatuhkan Khalid selepas gagal berbuat demikian selepas PRU13 lalu.

Mungkin juga Khalid sudah bosan dengan layanan buruk yang selalu diterima dari Anwar walaupun sudah mencuba menjadi pekerja bawahan yang terbaik. Lantas menyebabkan beliau perlu membelakangkan ketua sendiri supaya dapat berkuasa lebih lama di Selangor.

Jika dilihat kenyataan Khalid, nyata sekali pimpinan PKR terutamanya Anwar Ibrahim tidak lagi membicarakan hasrat rakyat tetapi hasrat peribadi sahaja.






13 Komen to Anwar Tidak Lagi Pejuang Isu Rakyat – Khalid Ibrahim

  1. […] View original post here: Anwar Tidak Lagi Pejuang Isu Rakyat – Khalid Ibrahim […]

  2. bujuk says:

    BATU API.
    Ini tanda keterbukaan PR/PKR, semua boeh tegur tapi MB yg bertanggungjawab melaksanakan tugas mentadbir negeri. KI tak mudah mengikut parti sebaliknya pro rakyat. Syabas TSKI…

    • gambus says:

      kaucite pasal UMNO bukan main , bila orang cite pasal Pakatan haramjadah terus kau kata batu api .. hahahaha meroyan bujuk !!!

    • WTF says:

      Bujuk,

      Cuba huraikan apa maksudnya “Pro Rakyat”???

      • gambus says:

        Pro Rakyat pada Pakatan Rakyat ialah menipu dan membelit rakyat dengan janji-janji manifesto mereka .. hahahahahaha

        Lagi satu ialah janji nak turunkan harga minyak TAPI bila berkuasa harga air naik melambung .. pro rakyat sungguh !!!

  3. raplahjingaa says:

    Assmin masih dok pujuk anwar untuk jawatan MB, dia tak boleh pujuk, dia hantar bini dia pi pujuk…selalunya menjadi, tapi kali ni payah sikit..

    Anwar pulak serba salah…Khalid ayam tambatan bini dia, assmin pulak bini dia tak suka…

    boleh kena darah tinggi anwar macam ni.

  4. dkds says:

    tahap dah kronik ….inilah masalahnya bila masih lagi berpura-pura…

    tapi biasalah lama kelamaan ianya tidak akan menjadi sindir menyindir lagi…akan terus berperang…apa yang pasti siapa yang mempunyai war chest yang banyak pasti akan menang,…..anwar terlalu sayangkan azmin….

  5. alimedanbaru says:

    di Selangor dengan prihal Anuar, Khalid dan Azmin yg untung Cina DAP jugak.Anuar tak sokong Khalid tapi DAP sentiasa gosok Khalid.Anuar takad bercakap tapi tak ada kuasa di Selangor. Pas angguk saja dari dulu, semua ok..hakikatnya Melayu KO di Selangor.

  6. baba says:

    baru satu negeri pkr pegang pun mcm2 masalah pentadbiran timbul bila mereka bersengketa sesama sendiri.

  7. ultra melayu says:

    selangor: khalid vs azmin

    kelantan: nik amar vs husam

    yahoooo….!!!

  8. orgayap@gmail.com says:

    tu dia macai,barua2 ngan cibai2….umno bg pandangan…LOL..yg banggang melayu gak kann,,kannn..

  9. ku2 says:

    amuar pejuang bontot je..

  10. Alyabu says:

    Pemimpin PKR berbeda pendapat cara terbaik untuk berbelanja wang simpanan berbillion ringgit adalah bagus…kerana perbedaan pendapat adalah rahmat dari Allah…….tetapi pemimpin UMNO/BN tanpa berbeda pendapat berbelanja boros wang pinjaman berbillion ringgit (53% daripada KDNK negara)..

Leave a Reply

Threesome