Menu Utama

Allah Tidak Beranak & Tidak Diperanakkan

Sukar sebenarnya dimengertikan kenapa masih ada segelintir dikalangan umat Islam yang masih beriya-iya mempertahankan penggunaan kalimah Allah SWT dalam majalah mingguan The Herald meskipun Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan majalah Kristian itu tidak dibenarkan menggunakannya.

Juga agak sukar diterima akal mengapa masih ada orang Islam yang tetap menyokong tuntutan DAP supaya kesucian kalimah Allah dinukilkan dalam kitab Bible Bahasa Melayu seolah-olah golongan ini redha menyekutukan Allah Yang Maha Esa untuk disamatarafkan dengan konsep ketuhanan triniti Kristian.

Seringkali alasan kebebasan agama diputar-belit untuk menghalalkan sokongan terhadap tuntutan Kristian dan acap kali penggunaan nama Allah oleh gereja Kristian di negara Arab dan Indonesia dijadikan sandaran semacam kecelaruan akidah yang berlaku di sana mahu dicontohi.

Agaknya mereka tidak sedar seandainya keputusan Mahkamah Rayuan tempohari menyebelahi tuntutan majalah tersebut, bahananya akan tumbuh seperti cendawanlah gereja-gereja yang bertulis ‘rumah allah’ dan makin berani sakanlah gerakan Kristianisasi menunjukkan belangnya.

Dalam kitab suci Al-Quran Allah SWT telah menjelaskan melalui Surah Al-Ikhlas Ayat 1 – 4 maksudnya;-

1) Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3) Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Sepatutnya bagi kita umat Islam yang mana lima kali sehari semalam solat lima waktu yang pastinya hafal surah Al-Ikhlas sudah boleh memahami bahawa Allah itu Maha Esa dan sifat keEsaanNya itulah yang membezakan Islam dengan kepercayaan ketuhanan triniti Kristian yang ada Tuhan Anak, Tuhan Bapak dan Roh Kudus.

Tergamakkah kita menyokong satu tuntutan yang menyamatarafkan sifat KeEsaan Allah SWT dengan kepercayaan Kristian? Walau senipis-nipis iman seorang muslim seumpama kulit bawang sekalipun patutnya takkan ada yang sanggup meredhakannya apatah lagi menjadi kufur dengan menafikan keEsaan Allah.

Siang dan malam dalam solat yang kita dirikan pun berkali-kali lafaz dua kalimah syahadah diucapkan ketika tahhiyat awal dan akhir yang bermaksud “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”.

Lafaz syahadah itu perakuan kita bahawa hanya Allah satu-satunya Tuhan yang menguasai langit dan bumi hatta segala ceruk cakerawala di angkasa raya dan sepatutnya setiap umat Islam di negara ini berusaha mempertahankannya baik dengan ucapan, mata pena hatta dengan segala kuasa yang ada mengikut salurannya.

Tapi malangnya, tetap ada juga segelintir yang masih mahu menegakkan benang basah mengiakan kemahuan Kristian. Jauh sekali bezanya dengan para sahabat Rasulullah SAW dulu yang bermati-matian demi mahu menegakkan kalimah Allah di medan perang.

Wajib kita sedar, selagi mana masih wujud segelintir kita dari kalangan umat Islam berterusan menyokong tuntutan DAP atau bersimpati dengan gerakan Kristianisasi seperti majalah The Herald, lambat-laun lebih banyak cabaran akan timbul yang kelak bahananya amat parah kepada akidah ummah.






15 Komen to Allah Tidak Beranak & Tidak Diperanakkan

  1. […] More: Allah Tidak Beranak & Tidak Diperanakkan […]

  2. Jambol says:

    Seluruh rakyat Malaysia perlu sedar agenda licik pembangkang yang diketuai DAP untuk melagakan masyarakat Kristian dan Islam di negara ini. Ini berani dilaksanakan kerana ada anggota masyarakat Islam yang telah “dibutakan” dan “mabuk” dengan kuasa sehingga sanggup menggadaikan kesucian nama Tuhan yang Maha Esa.

    Ingatlah, jika “Father” digantikan dengan “Allah”, penterjemahan semula daripada kepada bahasa Inggeris akan menjadi “In the name of Allah, the son and the holy ghost …….”. Bolehkah ahli-ahli PAS dan PKR yang menyebut nama “Allah s.w.t.” setiap hari menghadap “Allah s.w.t.” dan menganggap “Father” itu sama dengan “Allah s.w.t.” ?

    Jangan sia-siakan Al-Quran, mukjizad Nabi Muhammas s.a.w. yang ada ditangan kita dan akan kekal sehingga akhir zaman.

    Fikir-fikirkanlah.

  3. remBULAN says:

    Seandainya seluruh penduduk Malaysia ini menyokong penggunaan kalimah Allah untuk orang kristian dan seorang sahaja yang menentang…. maka sesungguhnya, yag seorang itu adalah AKU

  4. dkds says:

    Bertaubatlah Pas….terimalah kenyataan…pihak kristian pasti akan mengatakan allah itu beranak….

  5. PASpartyNGOK says:

    Dalam hal ini puak kufar have nothing to lose . Yang rugi adalah kita umat islam.

    Sudah banyak kali kita bertanya, kenapa, kenapa dan kenapa mereka tetiba terlalu ghairah memainkan isu ini. Mereka jadikan isu ini seolah2 mereka sedang menuntut hak mutlak mereka yang kita telah ambik tanpa kerelaan mereka.

    Jawapannya ialah mereka menghangatkan isu ini untuk 2 tujuan. Pertama untuk menghina dan bagi merendah2kan agama anutan kita. Kedua sebagai peringkat awal bagi menyesatkan kita, terutama golongan muda yang masih kabur tentang akidah dan halatuju hidup mereka.

    Kita mahu bertanya, bolehkah kita perangi mereka ? ‘Mereka’ membawa maksud semua yang terlibat dan bersekongkol dalam tuntutan mengarut ini. Kita istiharkan jihad dan perangi mereka.

    • bangKano says:

      Perjuangan menegak kan islam mesti melalui pendidikan. Tanpa pendidikan bersistematik usaha usaha pasti gagal. Peperangan secagha fizik bukan satu senjata yang ampuh,cuma takat alternatif terakhir. Peperangan minda melalui penghujahan dalam karya penulisan:buku ilmiah,jurnal,artikel dan melalui media elektronik di buat secagha intelektual bukan sekadaq emosional. Ahli falsafah pernah berkata tulisan pena lebeh tajam dari mata pedang….!!!!

  6. arhi says:

    Yang sedihnya ada yg kononnya ahli agamawan Islam turut bersekongkol dgn pendapat gol kafirni, termasuk mereka yg sealiran parti dgn Dr Haron Din,hal inilah membuat golongan bukan Islam mula naik tocang sehingga sanggup menidakkan keputusan mahkamah.

  7. bangKano says:

    Pihak kristianiti sedaq bahawa umat muslim la ni kepahaman depa tang islam begitu longgak & mudah rapuh. Tu sebab pihak gereja beria ia mahu kan kalimah ALLAH di perguna kan dalam upacara ritual keagamaan. Objektif depa cuma satu: melumpuh kan nur islam. Ni semua salah muslim sendiri…ada alQuran depa tak mau baca dan kaji falsafah di sebalik ayat ayat nya…depa cuma baca & hafal saja tanpa memahami teks secagha tekstual & kontektual. Pada sebahagian besaq muslim tau baca berlagu sudah cukup memadai sebagai muslim beriman kunun…dan dah tentu dapat pahala berganda ganda walo pun tak paham apa mesej yang di sampai kan oleh ALLAH dari nas nas tersebut. Pemikighan lagu ni bukan setakat tertanam dalam qalbu setiap oghang awam,malah kat para agamawan sendiri… berceghamah cuma takat ceghita pasai solat,puasa,kurban lembu & naik haji/umrah tanpa menerang kan apa ka falsafah di sebalik alamalan ritual tersebut. Tu baghu pasai ayat ayat tang ritual dll jerr…para agamawan lum lagi beghani bincang pasai kajian alam,hak hak asasi manusia,demokrasi,kebebasan dll yang di tuntut oleh islam.Patriakisme masih lagi mendominasi dalam benak minda setiap muslim.

    Tu sebab la maka pihak gereja beghani mencahaya tinggi kan isu Kalimah Allah.Bagi muslim yang lemah akidah & tahap intelektual amat rendah maka mudah la keyakinan terhadap islam di rapuh kan bagai kaca terhempaih ke ataih batu. Pihak kristianiti amat licik dalam men dakwah kan dogma agama mereka. Tapi muslim masih lagi terkial kial ngan metodologi usang yang klasik dalam kerja kerja pengembangan syiar islam.

  8. baba says:

    masalah besar umat islam ialah mereka tidak bersatu. lihat saja isu kalimah Allah ni, ada juga org islam yg sokong kristian guna kalimah Allah sambil nak bandingkan dgn negara lain. kenapa perlu kita bandingkan dgn negara lain. kita patut berpandukan ajaran kita, akidah kita,bukan berpandukan apa yg negara lain dah buat.

  9. decepticon jr. says:

    tak tau la nak kate.sampai org islam sndiri mempertikaikan keputusan mahkamah.di org ni rasa dah kuat iman,handal ilmu agama tpi sombong dan penting diri sendiri.langsung tak pikir nasib anak cucu kite nanti nak mengadap cabaran yg makin getir jika ia di benarkan.hidayah tu hak allah.dia bole beri dan dia boleh menariknya kembali.byk dah terjadi.

  10. sireh ke gagang says:

    manusia islam yg ikhlas mengucap syahadah pasti akan tahu , apa makna ALLAH kepada mereka.

  11. Pejuang IMR says:

    Siapalah Harun Din kalau nak dibandingkan misalnya dengan Ostadah glamour Abby Abadi. Dari segi Ilmu pengentahuan agama Ostadah Abby, siapa lagi yang boleh challenge. Memang respek habis. Peminat Ostadah Abby lagilah ramai gila.

    • bangKano says:

      Alah Abby tu cuma takat ustazah tadika dok ajaq kanak kanak baca jawi huruf alif ba ta jerrr. Sebab tu la bila dia nak koyok pasai islam lebeh lebeh selalu nampak meghaban ghaban bagai nak gheban pentaih tempat dia ceghamah tuuuu….!!!!

  12. Mat Panjang says:

    Sampai hari kiamat kita manusia akan berbalah dengan kalimah “Allah”.

    http://dinmerican.wordpress.com/2012/12/27/a-fresh-political-storm-is-brewing-over-the-allah-issue/

    • gambus says:

      Kalimah Allah akan terus dipermainkan oleh DAPigs , kejayaan besar DAPigs di Sabah dan sarawak ialah dengan memainkan isu agama , ini bukan mengenai kalimah Allah sahaja tapi segala hal berkaitan dengan agama Islam dan bumiputera !!!

Leave a Reply