Menu Utama

Akramsyah Tawar Diri Untuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullah i Wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia,

Terima Kasih atas kehadiran semua di sini pada hari ini, baik dari kalangan wakil media dan terutama sekali kawan-kawan yang sudi melepaskan diri dari tugas harian untuk bersama-sama.

Nama saya Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi, lazimnya dikenali sebagai Akhram sahaja. Sebagai pengenalan, saya seorang anak kelahiran DEB (Dasar Ekonomi Baru). Pendidikan awal saya di Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau, Pulau Pinang sehinggalah berjayanya saya menggenggam segulung ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia dari Imperial College, London semua hasil dasar kerajaan pimpinan UMNO yang berlandaskan Dasar Ekonomi Baru.

Dengan bermodalkan ilmu tersebutlah, saya berjaya menarik perhatian sebuah syarikat minyak antarabangsa yang terkemuka mengambil saya sebagai serorang profesional. Selama 16 tahun saya bertugas sebagai seorang jurutera, konsultan sehingga kini mencapai peringkat pengurusan syarikat tersebut. Dalam masa itu, saya berpeluang bekerja di luar negara, menimba ilmu serta pengalaman teknikal mahupun organisasi, untuk kemudian di bawa pulang demi memajukan negara bangsa. Segala peluang serta kejayaan ini bertitik-tolak dari perjuangan UMNO, dan saya bersyukur atas pengorbanan pemimpin-pemimpin Melayu yang berjasa terhadap kami generasi muda.

Namun, sejak kebelakangan ini, telah tertimbul rintihan pada peringkat akar-umbi parti, terutama sekali pada golongan muda, yang UMNO terlihat seperti tidak dapat lagi menjaga kebajikan mereka. Segala usaha serta dasar kerajaan yang baik dilancarkan, tetapi kurang mengena sasaran, dan ini menimbulkan kerunsingan. Rintihan akar umbi Pemuda juga timbul tentang sentuhan kepimpinan yang dikatakan tak cukup kerap sampai ke bawah. Dan lebih parah lagi, ada orang muda yang kini menuduh Pemuda sebagai tidak lagi mendesak, tidak lagi menjulang obor perjuangan Agenda Melayu.

Oleh itu, memandangkan rintihan kawan-kawan, jiran-jiran serta penyokong tentang perlunya perubahan kepimpinan Pemuda, saya dan keluarga saya telah mengambil keputusan mengorbankan kerjaya saya untuk menawarkan diri, dengan rendah diri, sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Agenda yang akan saya bawa insya Allah sekiranya terpilih sebagai Ketua Pemuda yang baru adalah menghidupkan kembali agenda perjuangan Melayu yang seharusnya menjadi tanggungjawab Pemuda UMNO. Oleh itulah, laungan Pemuda haruslah tidak lain dari HIDUP MELAYU!






28 Komen to Akramsyah Tawar Diri Untuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia

  1. […] Read More: Akramsyah Tawar Diri Untuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia […]

  2. Kayu says:

    Kalau setakat menjadi kumpulan pendesak ..,.tetapi tiada idea baru serta kemampuan untuk menangani segala permasaalahan dan persoalan yang timbul pun tak guna juga…,,untuk membuktikan kemampuan memimpin bukan hanya apabila menjadi ketua baru boleh membuktikan kemampuan..,.kalau memang berkaliber dari peringkat bawahan pun ,.,.macam -macam perkara boleh dibuat sebagaimana Azeez Baling tu,,..,pada aku Akram ni kurang bijak,,.. hanya kerana nak bertanding ketua pemuda terpaksa berhenti kerja,…,.dalam kepala dia mungkin terbayang harta bertimbun dan jawatan bagus-bagus kalau menang…,.ini pun telah memperlihatkan ketidakmampuannya untuk mengurus serta membagikan masa dengan baik..,bakal menjadi lauklah bila berhadapan dengan pakatan haramjadah..,,.dari situ pun sudah gagal….0 markah dan 0 undi…,

    • randomsee says:

      KJ tu memang bijak…tak siapa nafikan ..dari nobody become somebody…dengan mengahwini anak TPM…kah kah kah kah…bijak bijak…ingat tanpa sijil nikahnya dulu…senang-senang ke nak jadi NKP …siap mak mentua pula tu mengiringi masuk dewan…

      mana pernah pemimpin kena booo bila nama disebut…KJ jek cipta sejarah…

      • Kayu says:

        Biasalah tu kalau takat kena boo…pun dah tak boleh tahan …,tak payah beranganlah nak jadi pemimpin…,dari nobody become somebody ni lumrah alamlah dalam demokrasi…kalau dia memang tak layak,. bertanding DUN pun belum tentu lepas. ..,,malahan menang Parlimenlah pulak .,adoi .!!,.. kecualilah negara ini mengamalkan pemerintahan beraja sepenuhnya…,barulah somebody become somebody..ye tak..!!!

      • bujuk says:

        Aku suka….
        Kalau hang nak tau, pemimpin2 UMNO majoritinya jadi SOMEBODY kerana sijil lahir dia anak pemimpin. Bukan takat yg. atas2 seperti PM, kat bawah… ketua cawangan dan bahagian pun tak jauh lari dari anak menantu jugak. Dan begitu juga dalam parti2 lain. Mungkin sebab kenang jasa orang tua, atau mereka mudah untuk d ketengahkan kerana orang tua mereka dah popular. Tapi tu… rezeki la. Tapi kalau macam anak Taib Mahmud yg. pernah jadi Timb. menteri, tapi tak tahu bawak diri… hanyut juga. Hishamudin… mungkin hanyut kali ni, sebab tak-tau bawak diri.

        • Hamba Ar Rahman says:

          Sebenarnya apa hang cakap ni bukan saja apply pada parti dan kepimpinan….tapi dalam bidang lain juga…. contohnya…kalau dah mak bapa artis..anak2 pun ikut sama walau tak semua…kalau keluarga doktor….majoriti pun doktor…tak kira doktor gigi…veterinar dan lain2…kalau keluarga cikgu…maka ramai juga yg cikgu…walaupun tak semua…walaupun tak semua kes…apa yg kita boleh lihat pattern nya lebih kurang sama….pada aku..ini takder kena ngena dengan kroni…(walaupun dalam sesetengah kes…bila ada yg kenal mereka..laluan lebih mudah…)tapi lebih kepada pendedahan keluarga….anak2 yg biasa ikut ayah pergi sekolah akan menjadikan ayah mereka sebagai idola….dan akhirnya mengikut jejak langkah mereka….begitu juga kalau selalu ikut ayah ke klinik atau hospital….wallahua’alam

    • melayu says:

      pemuda mestilah mendesak untuk kepentingan dan survival alif ba ta.presidenla yg meliberalkan desakan pemuda tu.
      Yg dok ada ni dah terbalik.
      Sudah la.. rebellious liberallious mama’s hensem boy.. boleh guna platform lain utk tarik pengundi kepada BN…anda telah terbukti hebat,disanjungi bukan saja oleh anakbuah malah pembangkang juga, serta mempunyai populariti expose akhbar dan majalah tempatan dan antarabangsa,dayatahan luarbiasa ,aura dan magnetism tersendiri..KP umno bagilah org lain

  3. Pak Su says:

    Kayu terlalu cepat buat analisa yang dangkal. Mengandaikan Akram ini mengharapkan harta bertimbun juga dapat mencerminkan hati budinya. Kayu ni “budak” sapa ya? Banyak mana “tuan” dia bayar untuk perlekehkan orang yang menentang “tuan” dia?…

    • randomsee says:

      berbayar tu bro…jangan dilayan sangat…

      • Kayu says:

        Pak Su dan Randomsee pun cepat sangat buat analisa sendiri dengan mengatakan saya berbayar…,..saya komen dalam ni pun percuma saja tidak dapat apa faedah pun untuk saya ….,saya adalah tuan saya.., bukan pencacai sesiapa…,.nak layan atau tidak apa saya peduli..,..bil internet pun dibayar sendiri kalau ada hujah bagus untuk menyokong calon tu..promosi sikit…,buka tengok bukan takat nak menuduh orang..,. kita tengoklah sapa yang berbayar atau tidak,. dan siapa yang budak kepada tuannya,,.ok..!!..yang nak berasa lebih-lebih tu apasal kena batang hidung sendiri ke…!!!…atau engko dua orang ni hanya pancacai pakatan haramjadah yang menyamar sebagai orang UMNO…..ye tak…,,,!!!!!.

        • alimedanbaru says:

          SAYA TAHU ABANG-ABANG SEMUA SAYANGKAN UMNO.. kita semua telam masuk keabad ke 21, maknanya telah hampir musnahlah alam ini.. namun perjuangan Islam mesti diteruskan..Nabi pun pesan bila dah hampir saat kiamat jika kamu nak menanam pokok, teruskanlah kerana itu kerja kebajikan yg last minute pun ada pahala..
          MAKSUD SAYA DISINI, TAK KIRA KJ KE SIAPA KE, KITA PERLU BERUBAH SIKIT.. KEPIMPINAN BARU MESTI PUPUK LEBIH PERJUANGAN ISLAM, BIAR NAMPAK, BIAR PUAK PAS DAN KAFIR TAHU, RUPA2NYA SELAMA INI YG BENDA2 BAIK YG UMNO BUAT NI ADALAH KERJABUAT ISLAM…

          ‘MUKA TAK BOLEH DIUBAH TAPI PERBUATAN DAN PERANGAI BOLEH DIUBAH – HANYA ANWAR SAJA , MUKA BOLEH DIUBAH DAN PERANGAI DIUBAH IKUT KEADAAN”..he he

          • Kayu says:

            Mungkin kita tertanya-tanya mengapa setiap manusia tidak dijadikan sama saja segalanya oleh Allah SWT.., sebaliknya setiap manusia pasti akan berbeza diantara satu sama lain,. dari segala segi samaada bahasa,bangsa,keadaan fizikal ,mental dll..,..,pada aku,,. ialah setiap manusia perlu bersatu dan melengkapi diantara satu sama lain dan tidak boleh hidup bersendirian didalam kelompok tertentu sahaja kerana tidak kiralah sesiapapun ,pasti ada kekurangan dan kelebihan masing-masing,,.,..tegur-menegur dan perselisihan faham adalah menjadi lumrah,. cuma bergantung pada diri masing-masing mahu menerima dari segi positif atau negatif., itu hak masing-masing…,selalunya orang yang bersedia menerima kritikan dan teguran akan lebih berjaya berbanding mereka angkuh dan sombong merasa diri mereka sempurna dan hebat..,!!!..Perlu diingat Nabi pun menerima dan meminta pendapat para sahabat..,!!..

          • WTF says:

            ‘MUKA TAK BOLEH DIUBAH TAPI PERBUATAN DAN PERANGAI BOLEH DIUBAH – HANYA ANWAR SAJA , MUKA BOLEH DIUBAH DAN PERANGAI DIUBAH IKUT KEADAAN”..he he

            HAHAHAHA…TERBAIK!!!

      • sireh ke gagang says:

        kejap. kalau kau org ahli UMNO , tak perlu rasanya kita menyerang antara 1 sama lain. bagi yang berhak mengundi nanti , semasa hari itu kita buat keputusan .serang-menyerang ini permainan parti pembangkang .takkan kita yg dlm umno nak ikut kaedah pakatan haramjadah itu ?kita ada cara kita tersendiri .PARTI LAGI UTAMA DARI CALON. ingat itu sahabat2 sekelian .

  4. randomsee says:

    mohon kempen di perhebatkan ..biar kasi KJ out dari jawatan…setakat menggunakan jawatan sebagai KP untuk meraih jawatan menteri ..baik tak payah…

    BN youth lab pun gagal..apabila sokongan orang muda terhadap BN merundum lebih teruk lagi…kah kah kah kah kah…

  5. dina says:

    apa agenda melayu yg dia nak perjuang kan tu?
    asik ckp jer tapi takde tulis satu persatu apa dia nak buat. skrg ni mcm dah jadi trend pulak anak menteri or menantu nak ambik jalan mudah nak naik cepat.

  6. baba says:

    ABKJ………kj gagal, pemuda perlu ketua baru

  7. raplahjingaa says:

    KJ harus membuat ahli UMNO ” terlupa ” akan perbuatan dia semasa pak lah mat tidoq menjadi PM, aku rasa dia masih ingat macamana MB dan KM terpaksa menunggu dia di airport setiap kali dia pergi kemana-mana negeri…walaupun masa tu dia tak ada jawatan apa-apa pun, kecuali menantu pak lah !!

    Kita jugak harus ” dilupakan ” tentang pemberian kontrak printing kerajaan zaman pak lah bernilai RM 900 juta pda kalimullah kawan baik KJ dan sekarang di ketahui sebagai penderma kewanagan untuk Malaysia Insider.

    KJ juga harus membuat kita ” lupa ” tentang pembatalan projek jambatan bengkok malaysia-singapura hasil lobby kalimullah sebagai proxy kerajaan singapura dan tangan nakal KJ terserlah di situ…

    ntah…malas aku nak type panjang-panjang pekara-pekara yang KJ harus buat kita ” lupa ”

    well….KJ aku tak lupa….

    • raplahjingaa says:

      Aku cuba barbaik sangka dengan KJ nii..dia pedebat yang baik, ada leadership quality, smart guy tapi nampak gaya, tak kesampaian lagi, anyway harap dia refocus, ubah sasaran..dan belajar dari orang tua-tua.

      Jangan dok banyak akai sangat..

      • alimedanbaru says:

        Sokong. Kita tumpu pemilihan ketua di peringkat di Bahagian dan Negeri.. dah pilih yg berkualiti ikut citarasa kita, maka nanti YG TERPILIH KAT PUSAT TU, KITA BOLEH DESAK DAN PANTAU AGAR DIA MENGIKUT KEHENDAK AKAT UMBI.. masa kempen ni semua bagus-bagus yg keluar dr mulut… tapi jangan lupa kena pilih juga ikut mereka yg boleh ‘ngam’ dgn Presiden.Presiden kalau dah bagi jawatan.. ertinya ada makna tuuu…

  8. Tubir says:

    Bagi saya tak kesah sangat hal pemuda ni …sebab merika ni budak budak tadika semuanya ….masih minum susu dan makan nistum…maklumlah baru bergigi susu …kalau disuruh gigit yang keras keras nanti patah pulak gigitu .Apa yang penting sekarang ini pemuda kena pakai pendakap gigi supaya gigi tu tumbuh betul dan tersusun ….dan tidak macam gigi gergaji.
    Saya lebih memberi perhatian kepada yang tua tua ni ….perangai kena elok elok jangan macam jembalang atau hantu raya ….nanti jadi saka kepada anak anak UMNO.Pemimpin yang macam ini lah yang kita kena humban jauh jauh agar perangai buruk tidan jadi ikutan .kalau kita mempunyai keinginan dan berusaha ditengah gurun pun kita boleh bertani …..dan hasilnya boleh dimanafaat oleh semua rayaat yang memerlukan.Macam mana kita nak memilih ketua dan pemimpin tertinggi kalau jawatan tersebut jadi hak mutlak dan tidak dipertandingkan dengan alasan jaga perpaduan parti .
    Kita boleh lihat bagaimana percakapan sebelum PRU dan tindakan selepas PRU.semua cakap berlapik dan janju untuk kesenangan rayaat …Tapi bila dah menang PRU mulalah susahkan rayaat dengan segala macam kenaikan .Serupalah juga bila PAU ni ….semua cakap pasal Melayu…Nsib Melayu …perjuangan Melayu macam macam idea idea yang kadang kadang tu lucu dan mungkin mustahil dilakukan oleh pemimpin tersebut kalau dilihat kelakuan nya sebelum ini .Ada benarnya kata chin peng orang Melayu ni kurang cerdik dan ada betulnya kata Mahatir Melayu mudah lupa …..Kita masih dibuai oleh mimpi mimpi indah oleh sayir sayir dan gurindam salahsilah keturunan ……Walaupun sudah terbukti ilmu kepandaian serta kecekapan memimpin tidak boleh diwarisi .Sudah banyak contoh waris waris gagal mentadbir daqn melingkupkan sesatu pemerintahan atau temadun .Orang Melayu cepat percaya kalau ayahnya baik anak nya mesti baik juga .
    Tidak salah memberi merika peluang tetapi kita kena jujur menilai merika ….kalau baik katakan baik jangan tipu tipu untuk ambil hati …Nanti kita mati beragan ……kerana pemimpin tidak akan mampu untuk mempertahankan hak kita .Ruang sudah diberi masa untuk berlajar juga sudah memadaai …..sekarang kita orang Melayu mesti bertanya dimankah kita selama ini .Betulkah bumi yang dipijak dan langit dijunjung ini masih kita mempunyai hak?ataupun ianya hanya tingal diatas kertas semata mata? pergi tanya pemimpin kita tu .

  9. PASpartyNGOK says:

    Kerana ramai bilangan calun kali ini yang telah tampil kedepan untuk mencabar penyandang, satu kajian rengkas perlu dibuat sebelum hari pemilihan.

    Perwakilan perlu lihat betul2 kalau2 ada antara mereka musang berbulu ayam. Kita mudah kenal musang dalam bulu musang tapi jika musang berbulu ayam , ini perlu mata bionic, minda terbuka luas untuk mengenali lantas menolak terus individu begini. Tak perlu buang masa

  10. jombo says:

    Si KJ yang bawak masok si punahsihat sebelom ini..

  11. bujuk says:

    Aku orang luar, saja nak menyebok berforum nyatakan pendapat. kalau korang rasa betul ikut, rasa salah belah. Korangsemua tau pendirian aku, tapi aku pun melayu jugak… jadi aku masih nak tengok UMNO kuat walaupun aku tahu jika UMNO kuat, susah PAS nak menang. Aku suka pemimpin2 Islam/melayu kuat dan hebat, berani bersuara, tegas perjuangkan kebenaran, sabar hadapi ujian, syukur nikmat dan tidak putus asa. Tak kira belah mana… tapi mesti lantang, tegas dan berani. Bukan nak perkecilkan.. tapi orang macam Hishamudin baik jangan d pilih la. Hancur maruah melayu…
    Akram ni kita tak kenal, tapi mungkin bagus jika dapat d temukan dengan KJ dalam forum/debat supaya dapat d nilai perjuangan dan hala tuju dia. Buat masa ni, aku tak Nampak tokoh muda UMNO yg. lebih baik dari KJ dalam kepimpinan.
    Apa pun selamat memilih…

    • Hamba Ar Rahman says:

      Aku pun orang luar….aku bukan orang Umno…kang cakap lebih2 orang kata lebih sudu dari kuah…bila bercakap hal dalaman Umno…aku lebih suka duduk diam dan baca komen orang jer dari ikut sama bagi komen….tapi aku pun setuju dengan hang….aku dari dulu kureng….berminat dengan cara Hishamuddin….bagi aku dia bernasib baik kerana dapat laluan disebabkan faktor keluarga….(itu pendapat aku shj…kepada penyokong Hishamuddin…jgn pulak melompat dengan kenyataan aku…aku hanya menyuarakan pendapat sebagai org yg melihat dari luar…..) walaupun KJ lantang dan pandai berdebat….dari Oxford pula tu….tapi dia masih mempunyai jalan yg panjang…masih byk perkara perlu ditambah dan ditolak….dan untuk menilai seseorang pemimpin….seharusnya kita sudah boleh nampak laluan dan haluan nya dari sekarang…hala tujunya 20 tahun dari sekarang….ya..aku setuju…manusia boleh berubah…..tapi sifat2 asas sukar untuk diubah….rasanya aku tak layak nak komen byk…sebb aku tak duduk di dalam….tapi aku personally tidak memberikan 100% persetujuan kepada KJ….mungkin Umno perlu buka laluan sebesar-besarnya….kadangkala bila kita terlalu tumpu pada warna yg terang….kita tidak nampak warna lain yg terlindung oleh warna terang tadi…wallahua’lam…

      • raplahjingaa says:

        Di Malaysia ni….kalau melayu kuat, Islam akan kuat, bangsa melayu di jajah lebih 400 tahun, dan dalam masa itu penjajah telah melakukan apa saja yang terdaya untuk melenyapkan Islam pada orang melayu…bermula dengan pembakaran masjid raya kesultanan Melaka oleh portugis pada 1511..sehinggalah pembawakan masuk pendatang-pendatang dari Cina dan India ke Tanah Melayu untuk ” dilute ” orang melayu dan agama Islam di Tanah Melayu pada waktu itu.

        Moral of the story, bila kita letak kepentingan politik berpuak-puak di sebelah dan jadikan perpaduan orang Melayu dan kejituan agama Islam sebagai paramount..kita akan jadi kuat dan seterusnya Islam akan menjadi semakin ampuh.

        Yang menyedihkan…itu lah sekarang yang dilakukan oleh orang cina di Negara ni, mereka letak politik di sebelah, dan bersatu untuk bangsa mereka. Meraka semakin kuat..kita di takok lama.

  12. Mohsein says:

    Anak penipu UMNO Sanusi Junid nak masuk bertanding atas arahan Mahathir, tapi malangnya dapat telur ayam. Lebih baik buat hara kiri kalau ada kemaluan.

Leave a Reply

Threesome