Menu Utama

October, 2013

 

Khalid Samad Berniat Jahat – Mahkamah Tinggi

SHAH ALAM 31 Okt. – Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali hari ini berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad. Hakim Datuk Yaacob Md. Sam memutuskan demikian selepas mendapati kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid dalam satu sidang akhbar pada 24 Februari tahun lalu bukanlah satu pembelaan terhadap isu “pemimpin parasit” yang ditimbulkan oleh Hasan. Mahkamah turut berpendapat menyatakan, Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat tidak memberikan komen yang adil dan oleh itu tidak lagi terlindungBaca Lagi


DEPA KATA


Ustaz Kazim Elias Diugut Di Sungai Limau

Oleh Zul Rawi Ketika kempen ceramah anjuran Pas gagal menarik sokongan dan kehadiran pengundi di sekitar Sungai Limau, walaupun mereka menjemput beberapa artis seperti Abby Abadi, Leman Raja Lawak, Bob Lokman dan sebagainya. Ceramah di kem Barisan Nasional / Umno pula menunjukkan sebaliknya. Dengan membawakan penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias ceramah tersebut berjaya dikategorikan ‘pecah panggung’ apabila berjaya mengumpulkan sekitar 5,000 pengundi. Dengan gaya bersahaja, ceramah Ustaz Kazim yang diadakan di RTC Simpang 3 itu menyebabkan para hadirin melekat dari mula hingga akhir. Namun apa yang dikesalkan ialah, Ustaz KazimBaca Lagi


Mayat bayi ditemui terapung di Sungai Sarawak

KUCHING 31 Okt. – Mayat bayi perempuan ditemui terapung di tebing Sungai Sarawak, berdekatan Pelabuhan Sim Kheng Hong, dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata mayat bayi itu ditemui seorang lelaki yang sedang mencari umpan untuk mengail di kawasan berkenaan pada pukul 11.15 pagi. “Mengikut maklumat awal, bayi itu ditemui dalam keadaan cukup sifat dan masih bertali pusat terapung di bawah jambatan baharu berdekatan Pelabuhan Sim Kheng Hong. “Mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat,” katanya kepada Bernama di sini. – BERNAMA


Ritual Padi Hadi Awang Ada Unsur Syirik?

Oleh Zul Rawi Lidah rasmi Pas, Harakah semalam telah melaporkan berkenaan program ‘Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi’ yang di hadiri oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Program yang diadakan di itu dikatakan bertujuan untuk memohon kepada Allah agar benih padi subur dan memberikan hasil yang banyak pada musim depan. Malah Hadi Awang turut mengenakan pakaian baju lengan panjang, seluar, kain sarung, topi dan kasut but panjang sebagai gimik sambil menabur biji benih padi di petak sawah. Secara asasnya tiada apa yang salah dengan program tersebut,Baca Lagi


Paderi Kristian Di Semenanjung Jangan Kurang Ajar Campuri Hal-Ehwal Islam

Tindakan Paderi Katholik Dr Paul Tan Chee Ing mencadangkan agar diadakan satu referendum di kalangan orang Islam di Malaysia sama ada mahu melaksanakan atau tidak Undang-undang Syariah merupakan cerminan sikap kurang ajar yang makin berkembang di kalangan Paderi Kristian di Semenanjung Malaysia. Dr Paul tidak sewajarnya masuk campur hal ehwal Islam, apatah lagi undang-undang Syariah yang beliau sendiri tidak faham pun. Mencadangkan agar diadakan referendum di kalangan orang Islam, Dr Tan memberi isyarat secara simbolik bahawa orang Islam di negara ini tidak mahu undang-undang syariah. Untuk pengetahuan Dr Paul jugaBaca Lagi


GST: Anwar Dah Jilat Ludah Sendiri, Mahfuz Bila Pula?

Dua hari lepas semasa perbahasan Bajet 2014 di Dewan Rakyat, Anwar Ibrahim dengan gah mengumumkan pakatan pembangkang akan menentang perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) atas alasan ia akan memberi kesan negatif pada rakyat berpendapatan rendah. Untuk menonjolkan kesungguhannya dalam isu ini, Ketua Umum PKR itu mengugut untuk membuat bantahan dan himpunan di seluruh negara kerana menurutnya perlaksanaan GST adalah satu bentuk jenayah yang wajib di lawan secara berhabis-habisan. Tengokkan pada respon keras sebegitu harus siapa sahaja akan merasakan pembangkang sudah muktamad menolak perlaksanaan GST 6% yang dicadangkan kerana lebihBaca Lagi


Polis kesan individu pertama sebar gambar mangsa tembak di Ambank

SHAH ALAM 30 Okt. – Polis sedang mengesan individu pertama yang bertanggungjawab menyebarkan gambar mayat pegawai wanita selepas ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya pada 23 Okt lepas. Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, siasatan menyeluruh sedang dijalankan dengan fokus utama mengesan individu pertama yang menyebarkan gambar mangsa sehingga berleluasa di laman sosial. Beliau berkata, polis juga akan menyiasat petugas bank terbabit memandangkan gambar yang disebar adalah dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu. “Kita masih siasat dari mana asal penyebaran gambar iniBaca Lagi


RM 2 Juta Untuk SJKC DUN Sungai Limau, Muhyiddin Tidak Ambil Pengajaran?

Hari ini Utusan melaporkan Menteri Pelajaran, dalam majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina DUN Sungai Limau di Markas BN, meluluskan peruntukan kira-kira RM2 juta untuk SJKC. Apakah wajar Muhyiddiun meluluskan peruntukan RM 2 juta untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina hanya untuk memenang? Hanya ada 1,842 pengundi Cina di DUN Sungai Limau dan hampir 90% daripada mereka mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu. Apakah Tan Sri Muhyiddin dan Barisan Nasional tidak mengambil pengajaran dalam pilihan raya lalu bahawa peruntukan-peruntukan ini hanya mencurah air ke daun keladi. Lebih baik RMBaca Lagi


Lelaki Malaysia ditahan di Zamboanga terlibat aktiviti MNLF

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Seorang rakyat tempatan berasal dari Kota Kinabalu ditahan pihak berkuasa Filipina di Zamboanga City, selepas disyaki terlibat dengan aktiviti Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Selatan Filipina. Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mantek memberitahu Bernama, lelaki berusia 55 tahun itu ditahan pada 4 Okt lepas dan kini dibawa ke Manila untuk siasatan lanjut pihak berkuasa Filipina. “Tangkapan itu ekoran daripada tindakan susulan pihak keselamatan Filipina terhadap individu-individu yang disyaki terlibat dalam insiden serangan oleh anggota MNLF di Zamboanga CityBaca Lagi