|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 9 September 2013| Kategori: Semasa,Utama | 4 Comments »

Jangan Politikkan OPS Cantas

SEPANG 9 Sept. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap tidak bertanggungjawab pembangkang yang terus mempolitikkan usaha kerajaan dengan mendakwa Op Cantas membanteras secara besar-besaran penjenayah sebagai sandiwara menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO.

Beliau berkata, tindakan tersebut tidak ada kena mengena dengan pemilihan parti sebaliknya usaha berterusan kerajaan membanteras sehabis-habisan penjenayah terutama di kalangan anggota kongsi gelap.

“Jangan politikkan isu yang serius ini dengan mendakwa apa yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’ untuk Perhimpunan Agung UMNO.

“Saya tidak perlukan publisiti murahan sebegini sebab itu pengumuman nama-nama kongsi gelap ini bukan diumumkan saya tetapi oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Taklimat Modul Kerohanian Jabatan Penjara dan Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Hotel Sama-sama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas dakwaan Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam sebuah akhbar baru-baru ini, yang mendakwa beliau hanya bersandiwara dalam isu pendedahan senarai nama ahli kumpulan kongsi gelap bagi menarik perhatian ahli UMNO menjelang pemilihan parti itu Oktober ini. – UTUSAN ONLINE

Ada 4 Comments setakat ini.

  • omega
    September 9th, 2013 at 6:51 PM

    Tak ambil tindakan pun mereka lalak. ambil tindakan pun mereka bising. Lantaklah pada yg nak melalak. Yg penting kerajaan BN bertanggung jawab.

  • gambus
    September 9th, 2013 at 8:53 PM

    dari sini kita dapat rumuskan barua-barua Pakatan ni tak layak langsung dapat perlindungan Polis , kerana apabila Polis bertindak terhadap penjenayah , baruaa Pakatan ni pulak boleh memaki hamun dan menghina Polis .. oleh itu kalau ada baruuaaa Pakatan kena rompak , keluarga mereka kena rogol atau kena bunuh atau apa-apa jenayah , itulah selayaknya untuk mereka ..

    dasar baruaa Pakatan yang sentiasa menyokong penjenayah dan pembunuh !!!

  • raplahjingaa
    September 9th, 2013 at 9:59 PM

    Alaaaa..tok sah ambil pusing cakap budak hingusan tu….banyal lagi pekara yang lebih penting.

  • سعيد كمال
    September 9th, 2013 at 10:50 PM

    hanya kepada allah memohon bantuan dan perlindungan.allah sebaik-baik pelindung…

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.