Menu Utama

Cina Sembah Melayu?

Oleh A. Suffian

Baru-baru ini penulis telah berkesempatan untuk makan cendol di sebuah kawasan perumahan di Klang, Selangor. Gerai cendol itu betul-betul terletak dibawah sebuah pokok besar dan ditepi pokok tersebut terdapat satu tokong kecil berwarna merah.

Pada mulanya penulis tidak mengambil peduli akan tokong tersebut namun apabila penulis terpandang berhala yang disimpan di dalam tokong kecil itu, penulis terkedu sebentar. Jelas kelihatan sebuah patung yang lengkap bertanjak dan berkeris “bersemayam” di dalamnya. Kerana “gatal mulut” penulis bertanya kepada seorang lelaki berbangsa Cina yang juga pelanggan di gerai cendol itu.

“Boss, itu dalam tokong sapa? Kenapa pegang keris?” Tanya saya.

“Ooo.. Itu Na Tuk Gong. Dia jaga sini tempat”. Jawab lelaki Cina itu.

Selesai menghirup cendol penulis bergegas kerumah dan memulakan ekspidisi mencari cerita sebenar tentang Na Tuk Gong dengan bantuan Google. Sangkaan penulis tadi benar belaka, “Na Tuk Gong” yang disebut oleh lelaki Cina tadi sememangnya berbangsa Melayu dan kononya beragama Islam. Datuk Gong juga dikenali dengan nama seperti “Keramat Datuk” dan Datuk Kong.

Proses “penyembahan” Datuk Gong adalah berbeza dengan Dewa-dewa Cina yang lain. Untuk “menyembah” Datuk Gong seseorang itu perlulah menyediakan kapur sirih, sirih, buah pinang, tembakau jawa, nasi kunyit, kari ayam atau lembu. Kesemua “persembahan” itu perlulah halal, jika tidak Datuk Gong tidak akan mengabulkan permintaan seseorang itu. Dokumentari penuh berkenaan Datuk Gong boleh ditonton di laman Youtube.

Menurut kepercayaan orang Cina Malaysia, Datuk Gong tinggal di busut, tepi pokok kayu, gua dan juga tepian sungai. Datuk Gong juga bukan lah semuanya sama, tetapi setiap patung Datuk Gong adalah individu yang berbeza. Dikatakan bahawa Datuk Gong ini merupakan penjaga atau penunggu sesuatu tempat.

Ada juga Datuk Gong yang kononya adalah semangat Raja-raja Melayu zaman dahulu contohnya Almarhum Sultan Abdul Samad Sultan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Ada juga pembesar-pembesar Melayu zaman dahulu dengan nama seperti Datuk Haji Samsudin dan sebagainya.

Tujuan penulis mendedahkan perkara ini bukanlah untuk mengalakkan penyembahan Datuk Gong atau mana-mana Dewa Cina yang jelas bertentangan dengan akidah Islam. Yang layak disembah hanyalah Allah Subhanahu Wataala. Namun begitu, kepercayaan seperti ini menunjukkan bahawa kekuatan orang Melayu pada zaman dahulu sehingga ada dikalangan orang Cina tanpa segan silu mengangkat mereka sebagai Dewa walhal mereka hanyalah manusia biasa sahaja.

Artikel ini bertujuan untuk mengingatkan orang-orang Melayu yang alpa tentang ketokohan sejarah bangsanya sendiri. Ia juga untuk menyedarkan kepada Melayu yang lupa diri akan kehebatan bangsanya. Kenapa sesetengah daripada kita mengikut telunjuk golongan Cina kafir sedangkan mereka sendiri menyembah dan melutut dihadapan patung yang dikatakan berbangsa Melayu.

Bukanlah penulis menyarankan kepada semua bangsa lain untuk menyembah orang Melayu, tetapi hakikatnya jelas, kita adalah bangsa ulung yang tidak perlu mengikut telunjuk golongan seperti mereka. Tidak kira samada atas dasar tahaluf siyasi ataupun perpaduan kaum, kita perlu sedar, golongan penyembah berhala ini tidak patut dijadikan ketua.

Kepada seluruh bangsa Melayu yang masih leka dan asyik mengikut telunjuk orang-orang Kafir atas dasar politik perlu sedar. Mereka lebih rendah tarafnya daripada kita, sehingga mereka sanggup menyembah nenek moyang kita. Tidak perlu rasanya untuk kita terus mengutamakan mereka sedangkan mereka masih lagi hidup dengan berlandaskan nafsu tanpa sebarang lojik akal diambil kira.

Buat manusia yang berbangsa Melayu yang menjadi ahli sebuah parti politik Cina cauvinist di negara ini. Golongan yang kamu angkat itu begitu hina menyembah kaki nenek moyangmu. Sedangkan kamu leka dengan kemewahan dunia dan membuang maruah kamu tanpa segan dan silu.






18 Komen to Cina Sembah Melayu?

  1. PASpartyNGOK says:

    Melayu yang masih menyembah DAP dan masih mengharapkan sesuatu dari parti bernama DAP itu layak diludah muka mereka. Sama saperti Nik Ajis hendak meludah muka sesiapa yang datang padanya untuk menyatakan sesuatu yang tidak disukanya.

    Kita tidak menentang kebebasan berpolitik yang digalakkan dalam roh demokrasi . Kita tidak mengharapkan semua orang berada dalam BN , baik Umno atau lain2 parti sekutu.

    Rakyat bebas berparti kerana negara perlu ada pembangkang bagi menghidupkan demokrasi. Kita tidak mengharapkan yes man atau pak anggok atau burung tiong. TEtapi rakyat terutama melayu ..apakah urusan kamu didalam DAP yeng terang2an penghancur bangsa, peradapan dan bercita2 menumbang agama kita melalui kehalusan (dalam kebodohan mereka).

    Tinggalkan lah mereka dengan angan2 mereka. Biarlah mereka terus menyembah kita Melayu kerana kita sebenarnya tuan. Walau pun tanpa disembah kita tetap tuan.

    • Kayu says:

      Yang disembah mereka bukan setakat yang ditulis oleh kuntakinte,,…ada banyak lagi pahlawan Melayu yang disembah oleh mereka iaitu Panglima Hitam.,Panglima Kuning dan sebagainya yang dikenali sebagai Dato Kuning dan Dato Hitam yang dijamu ketupat dan pulut kuning ,,.yang telah menyelamat mereka dari dipancung kepala oleh Jepun masa perang dulu..,..generasi baru Cina yang dibesarkan dengan fahaman komunis mana tahu sejarah ini yang tidak dimasukkan dalam buku sejarah..,.mereka belum pernah melihat bagaimana parang panjang berbalut kain kuning terbang mencari sasaran macam peluru berpandu lagi…., yang hanya menanti masa untuk terbang lagi oleh pewaris mereka…,..sebab itu mereka berani kurang ajar dengan Melayu,,.!!

  2. adoooiiii says:

    Dalil2 ini sudah jelas dan terang utk org2 Islam yg menganggotai Parti org kafir.

    Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
    (A-li Imraan 3:28)

    Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?
    (An-Nisaa’ 4:144)

    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan – dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.
    (Al-Maaidah 5:57)

    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
    (A-li’Imraan 3:118)

  3. adoooiiii says:

    Dalil2 ini sudah jelas dan terang utk org2 Islam yg menganggotai Parti org kafir / Parti Liberal.

    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.
    (Al-Mumtahanah 60:13)

    Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.
    (A-li’Imraan 3:149)

  4. adoooiiii says:

    Al-Qur’an memutuskan MUNAFIQ kepada muslim yang menjadikan kafir sebagai pemimpin.

    Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;
    (An-Nisaa’ 4:138)

    (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
    (An-Nisaa’ 4:139)

  5. adoooiiii says:

    Al-Qur’an memutuskan ZALIM kepada muslim yang menjadikan kafir sebagai pemimpin.

    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
    (Al-Maaidah 5:51)

  6. adoooiiii says:

    Al-Qur’an memutuskan FASIQ kepada muslim yang menjadikan kafir sebagai pemimpin.

    Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka).
    (Al-Maaidah 5:80)

    Sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya, nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik.
    (Al-Maaidah 5:81)

  7. adoooiiii says:

    Al-Qur’an memutuskan SESAT kepada muslim yang menjadikan kafir sebagai pemimpin.

    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.
    (Al-Mumtahanah 60:1)

  8. adoooiiii says:

    Al-Qur’an mengancam AZAB bagi orang muslim yang jadikan kafir sbg Pemimpin / Teman Setia.

    Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)? Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik); dan lagi mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
    (Al-Mujaadalah 58:14)

    Allah telah menyediakan bagi mereka azab seksa yang berat; sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.
    (Al-Mujaadalah 58:15)

  9. raplahjingaa says:

    Thank you bro.

  10. alimedanbaru says:

    KENYATAANNYA IALAH : Orang Cina adalah bangsa yg bijak dalam berekonomi tetapi bodo dan dungu dalam bab kepercayaan kepada ketuhanan dan penyembahan kepada Tuhan yg sebenar.Hakikatnya mereka menyembah mahklok yg telah mati atau roh orang mati.WAHAI BANGSA CINA PENYEMBAH TO’KONG JANGANLAH KEMEWAHAN HIDUP KAMU MELALAIKAN KAMU MENCARI KEBENARAN TUHAN YG SEBENAR. sUNGGUH HINA DAN RENDAH KEPALA HOTAK BANGSA cINA DALAM BAB KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    YANG MAHA BESAR – ALLAH.

    • Sumidon says:

      Siapakah anda utk mengatakan orang lain ‘bodoh/dungu’ kerana kepercayaan mereka?

      Orang lain pun boleh mengatakan kami ‘bodoh’ kerana mengikut ajaran yang berdasarkan agama Yahudi.

  11. jagungmentah says:

    bro..aku pernah nampak juga kt klang..tapi tokong dia bukan warna merah..mmg nama tokong yg disembah tu nama melayu..dah lama tak ingat area mana..

    aku rasa org cina buat tokong ni sbb dorang terlalu hormat dan terhutang budi pd org besar melayu tersebut..so dorang sembah le..mcm dorang sembah panglima perang kuan yin tu..kuan yin kan panglima perang terhebat masa zaman kejatuhan dinasti han..

    biasa le..cina dulu dtg tanah melayu susah..org melayu tolong dorang terhutang budi le..cina skang dah senang..yg tua2 dulu dah mati..yg muda2 pulak lupa budi..tu pasal melayu dorang sepak2 je…

  12. Mawar says:

    Artikel ni Info baru untuk saya.

    Amat menyedihkan melihat org melayu yang tak tau mana kawan mana lawan….bukannya kita nak lawan senjata, tapi beringat2 lah dgn bangsa lain….buat baik berpada2. Sentiasa peka dan berhati2 apabila berkawan dgn mereka. Semua kena Jaga landasan dan dasar hormat menghormati, baru boleh aman.

    Ini melayu ISlam membuta tuli menyokong ideologi yang membawa laknat dan padah….saggup berkompromi pulak dgn komunis2, puak-liberalisation, pluralisme, atheism.

    Yang paling menyedihkan ialah segolongan “ulama” yang bersekongkol dgn fahaman ekstremis…..kengkadang, aku tepuk dahi memikirkan macam mana lah golongan “ulama” ni boleh “tidak nampak” realiti sebenarnya…..

  13. mRsTURDY says:

    Kalau korang datang ke Kedah, bila masuk kedai atau restoran sila perhatikan ke dinding. Ada premis yang menggantungkan gambar Almarhum Sultan Abdul Hamid, nenda Yg Dipertuan Agong sekarang. Ada satu kepercayaan yg mengatakan jika sesiapa menggantungkan gambar itu maka perniagaannya akan untung. Sebabnya Sultan Abdul Hamid itu dikatakan keramat. Semangatnya akan melariskan penjualan. Yg hairannya kepercayaan ini telah menjadi ikutan masyarakat melayu, cina dan india (mamak). Walaupun tiada halangan utk sesiapa pun menggantungkan mana-mana gambar sultan yang disukai mereka, kenapa mereka menggantungkan gambar sultan yang telah mangkat? Sepatutnya penguatkuasa agama membenteras perkara ini supaya ia tidak menjadi wabak kegelinciran akidah dan syirik!

  14. khomChoi says:

    Kepercayaan masing2 samaada org sudah mati atau hidup itu adalah kepercayaan mereka.. tiada hak kamu2 menghina atau mengutuk kepercayaan mereka..

  15. Muhammad Zakariya says:

    Asyhadu alla ila haillallah Wa asyhadu anna muhammadarrasulullah = Aku Bersaksi Tiada Tuhan Selain Allah yang berhak disembah dan Nabi Muhammad saw adalah Utusan Allah swt.

Leave a Reply