Perhimpunan Agong UMNO: Transformasi & “Transformers”

Oleh: Ameen Latif (September 9th, 2013) [RENCANA,Semasa,Utama][12 Comments »]

transformasi UMNOTransformasi politik, itulah ungkapan yang dinihari terpaut di bibir-bibir rakyat Malaysia, menandakan kadar kecelikan politik yang tinggi di kalangan rakyat. Tsunami 2008, dan Tsunami Cina PRU13 adalah punca kadar celik politik meningkat dengan mendadak. Sehubungan dengan itu, suara akar umbi semakin berpengaruh, untuk terus mengekal status kelangsungan politik satu-satu parti politik.

Untuk itu, UMNO telah bertindak merubah perlembagaannya, dari segi menentukan kepimpinan parti. Sentuhan “empowerment” dan “authority” diberikan kepada kepimpinan akar umbi, untuk membuat keputusan penting – memilih nakhoda pelayaran bagi sebuah perjuangan.

Keterbukaan ini memberi ruang dan peluang, suara akar umbi diterjemahkan kepada undi. Pasti, ini mengurangkan rungutan akar umbi, yang selama ini mendakwa suara mereka tidak diendahkan. Dan undi ini cukup bermakna kepada pemimpin, yang berhajat untuk beradar di altar kepimpinan. Suara akar umbi dinafikan, maka janganlah si pemimpin berkecil hati sekiranya akar umbi tidak memberikan undi mereka. ¬†“Win-win situation”.

Transformasi ini juga memberi peluang luas untuk semua ahli UMNO, samada yang mempunyai perasaan layak bertanding, atau perasan dirinya layak untuk bertanding. Tanpa menafikan hak mereka itu, keterbukaan ini diharap dapat memberi nafas baru yang senada dengan makna dan maksud transformasi.

Mereka inilah “transformers”, yang diberi peluang untuk denyutan nadi mereka dinatijahkan dalam hierarki kepimpinan parti.

Di Selangor, terdapat maklumat yang mengatakan bahawa terdapat pertandingan di hampir semua bahagian UMNO, kecuali 2 iaitu di Tanjung Karang dan Hulu Langat. Pada 2008, hanya 12 bahagian dari 22 bahagian berlakunya pertandingan.  Senario ini membawa kerisauan berlakunya perpecahan, tetapi inilah yang dinamakan pembaharuan, transformasi atau apa juga yang berkaitan dengan perubahan.

Penulis menyeru agar semua yang bertanding ¬†berlapang dada, kerana masing-masing percaya diri mereka layak untuk memimpin. Begitu juga “pengikut-pengikut” dan “jentera-jentera” mereka yang bertanding. Lihatlah dari sudut positif, dan berpeganglah kepada persamaan, bukannya perbezaan setelah keputusan diumumkan nanti.

“Transformer” pula akan menentukan hierarki kepimpinan bahagian, dan di peringkat tertinggi parti. Peluang ini harus dimanfaatkan sepenuhnya. Di Selangor, anggaran seramai 13 ribu perwakilan akan mengundi dan menentukan barisan kepimpinan UMNO Selangor, dan juga majlis tertinggi.

13 ribu “transformers” di Selangor adalah jumlah yang besar, yang merupakan hasil dari keputusan untuk melupuskan sistem kuota untuk pertandingan. Apa yang tersirat, politik wang yang selama ini dipalitkan kepada UMNO dapat diminimakan. Kalau dahulu perwakilan terdiri dari kumpulan kecil yang memilih, kini anggaran yang mencecah 13 ribu sesungguhnya menyebabkan hampir mustahil bagi mereka yang berkeputusan untuk bertanding menggunakan platform “politik wang”.

Penulis tidak menafikan, akan kebarangkalian wujudnya “power broker” yang sinonim dengan politik wang, tetapi penulis yakin, mereka tidak akan mampu yang memenuhi keperluan dan kehendak 13 ribu “transformers” ini. Waima berdegil memberi, pasti diterima. Tetapi undi, siapa yang tahu. Apatah lagi untuk memantau siapa yang menerima dan memberi undi berdasarkan apa yang diterima.

Itulah keindahan pemilihan kali ini. Dan akar umbi sangat peka dengan perkembangan pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat. Berhati-hatilah kepada pemimpin yang terlupa akan panji perjuangan UMNO; agama, bangsa dan negara.

Kerana mulut, badan binasa. Kerana perangai, jawatan tergadai. Kerana tidak berkemampuan, akar umbi akan tentukan…

Ada 12 Comments setakat ini.

  • baba
    September 9th, 2013 at 3:23 PM

    kita selalu takut bila ada pertandingan kerana bimbang berlakunya perpecahan di dalam parti.
    tetapi kalau tidak ada pertandingan mereka yang memegang jawatan akan berasa terlalu selesa sehingga lupa kpd asas perjuangan dalam parti.
    dengan pertandingan sahaja akan membuat parti menjadi lebih matang, dan sentiasa peka kepada tuntutan dan perubahan semasa

  • TUBIR
    September 9th, 2013 at 5:30 PM

    Disini kita akan melihat kuasa wang dan pengaruh politik sebenarnya seseorang pemimpin .Selamat bertanding kepada orang orang UMNO……yg ingin menjadi pemimpin bersedialah dengan kemampuan yang dijanjikan …….nak mencari yang ikhlas dan berjuang untuk Bangsa dan Ugama mungkin agak sukar sekarang ini ……akan tetapi yang hampir hampir tu kira oklah juga ……dari tak ada.Kalau kepala dah busuk mustahil badan tak busuk sampai kekornya .

  • Kayu
    September 9th, 2013 at 6:15 PM

    Kalau takat gila nak jadi pemimpin hanya untuk syok sendiri ,bermegah dengan jawatan serta hendak memenuhkan perut sendiri ..,.elok tak payahlah ,UMNO sekarang hanya nyawa-nyawa ikan saja, undi UMNO ini datangnya Melayu peringkat bawahan dan orang kampung saja..,,orang bandar serta mereka yang perasan bagus seperti botak Tanggang Air Asia dan Nazir Razak ceo CINA INDIA MELAYU BANK.. sudah lama jadi ahli DAP seumur hidup dan tak sokong UMNO lagi dah kerana selama ini parti komunis tulah yang menjadikan mereka kaya…kalau sokong UMNO ,nanti muflislah pulak…,kalau nak cari pemimpim UMNO ,kena cari orang kampung saja yang masih ada semangat melayu !,,,..melayu bandar dah jadi cina dan mat saleh dah..,yang tidak ada semangat melayu lagi..,,jadi melayu mana ada class…,nanti miskin, duduk pondok buruk pulak.!

  • omega
    September 9th, 2013 at 6:52 PM

    Bagus juga jadi transfomer.. boleh fire Anuwar.

  • raplahjingaa
    September 9th, 2013 at 10:02 PM

    Transformer ni ada bahaya jugak…siang nampak baik, malam dia transform jadi hantu !

  • WTF
    September 9th, 2013 at 10:16 PM

    Betul3

  • alimedanbaru
    September 10th, 2013 at 8:42 AM

    Banyak di peringkat Bahagian dah pegang jawatan berpuloh tahun. Mereka ni banyak yg berkroni, muka tu muka tu shj,hanya tunjuk juara dikalangan ahli sahaja. Semua Ketua Bahagian dan exco Bahagian, Wanita Pemuda dan Putri seharusnya berani menjuarai apa sahaja isu diperingkat bahagian masing2 dan sanggup beraktiviti masuk dalam kawasan India dan Cina bagi menunjukkan bahawa UMNO RELEVAN UNTUK KHIDMAT SEMUA KAUM.Selagi hanya berani main dalam tempurong sendiri dan takut jadi nasioanal dan internasional selagi tu lah Bahagian hanya nama pegang jawatan sahaja, bising dalam dewan sendiri shj syok sendiri!

  • Anak Lenggong
    September 10th, 2013 at 11:36 AM

    Tak semua Ketua Bahagian berperangai sebegitu..ada juga yang menyatakan akan mengundur diri tetapi mereka dicalonkan oleh peringkat cawangan..Sebagai manusia biasa ada diantara mereka berjuang dengan ikhlas hati demi agama dan bangsa tetapi ada juga dikalangan mereka ni menjadikan jawatan itu sebagai punca untuk mengayakan diri..perkara ini bukan sahaja berlaku didalam UMNO tetapi ianya berlaku didalam PAS,PKR,DAP,MIC,MCA dan semua pertubuhan dinegara ini…

  • tubir
    September 11th, 2013 at 12:20 AM

    Masa PAU inilah kita dapat melihat jin bertukar menjadi manusia ….kalau dah menang nanti balik semula jadi jin hehe

  • Mat Panjang
    September 13th, 2013 at 4:56 PM

    “Transformasi” ialah perubahan – ke arah kebaikan dan kemajuan. Transformasi politik Najib ialah seperti:

    http://www.1malaysia.com.my/my-record/political-transformation/

    Ada satu transformasi yang saya harap UMNO dapat laksanakan iaitu perubahan dan kemajuan dalam perniagaan orang Melayu terutama sekali dalam restoran, kedai makan dan minum dari segi pentadbiran, pengurusan, kebersihan dan kecekapanan dalam melayan pelanggan dan juga tempat dan kemudahan.

    Lihat sahaja di semua ruang, “Food Court” dan Medan Selera yang disediakan oleh Majlis Bandaran dan Kerajaan Tempatan dimana orang Melayu berniaga dan bandingkan dengan restoran, warung dan kedai makan/minum bangsa bukan Melayu.

    Sudah 56 tahun Merdeka dan sudah bertahun-tahun MARA memberi bantuan dan tunjuk ajar tetapi kita masih belum cukup maju dalam perniagaan tersebut.

    Saya percaya UMNO – WANITA, BELIA dan PUTERI, MARA dll badan, agensi dan Kementerian dapat memperbaiki dan mengubah atau transform keadaan mereka.

    Lihat sahaja Medan Selera di PJ, Subang, Selayang, Gomban dll kawasan. Mereka semua perlu transformasi. Barulah boleh transformasi dalam ekonomi.

  • Mat Panjang
    September 14th, 2013 at 11:12 AM

    Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyi rakyat dan penduduk berbilang kaum, agama dan bangsa dan dari berbagai-bagai latar belakang.

    Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu + Sabah dan sarawak) telah dimajukan oleh berbagai pemimpin kaum dan bangsa. Dari sebuah negara pertanian ia telah ditransformasi kepada sebuah negara yang maju.

    Antara orang yang telah memajukan Pulau Pinang dan Malaya ialah “The Old Man of Penang”.
    http://www.thestar.com.my/News/Community/2013/09/14/Grand-Old-Man-of-Penang.aspx

    Bila kita betul-betul berusaha barulah kita boleh “Transformasi dan Transformer” diri, keluarga, pekerjaan dan perniagaan serta ekonomi kita orang Melayu.

    Dahulu jalan kaki. Selepas itu tukar naik basikal, naik vespa, Mini Minor, Proton Saga, Proton Perdana dan sekarang Honda dan Mercedeez.

    Dulu duduk rumah atap di kampong. Lepas duduk government quarters, rumah terrace, apartment, condominium dan sekarang nak duruk rumah bungalow pula.

    Semua itu kena berusaha dan rajin.

  • raplahjingaa
    September 15th, 2013 at 1:40 PM

    la ni pulak orang berebut-rebut nak kan balik bumbung atap ! heheheh…

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.