|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 9 September 2013| Kategori: Semasa | 3 Comments »

Mohd. Shukri dilantik Ketua Polis Selangor baharu, Azam Perhebatkan Usaha Perangi Jenayah

SHAH ALAM 9 Sept. – Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan mengambil tugas secara rasmi sebagai Ketua Polis Selangor yang baharu menggantikan Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang bersara.

Mohd. Shukri mengambil alih tugas tersebut daripada Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan dalam satu upacara perbarisan dan serah tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Sementara itu, Thaiveegan yang memangku jawatan Ketua Polis Selangor selama empat bulan lalu turut dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang berkuat kuasa serta-merta. –

Mohd Shukri, 59, sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Polis Perak berkata usaha berterusan juga akan dilakukan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti polis menjaga keselamatan awam di Selangor, yang merupakan antara negeri tertinggi mencatat peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial.

“Isu keselamatan dan jenayah menjadi topik perbualan masyarakat setempat dan menjadi agenda pertama saya untuk menanganinya,” katanya dalam sidang media selepas menerima tugas daripada Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan yang memangku tugas Ketua Polis Selangor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini Isnin.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan turut dihadiri semua ketua polis daerah di Selangor.

Mohd Shukri, 59, berkata Selangor bukanlah asing baginya memandangkan beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Cawangan Khas Selangor serta menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Sepang dan Shah Alam.

Sementara itu, Thaiveegan yang akan mengambil alih tugas sebagai timbalan ketua polis Pulau Pinang berkata ketua jabatan dan ketua polis daerah di Selangor banyak membantunya menangani isu jenayah sepanjang empat tahun berkhidmat di IPK Selangor.

Statistik menunjukkan seramai 100,831 penjenayah ditangkap dalam tempoh Januari 2011 sehingga bulan lepas manakala 146,462 orang telah didakwa dalam tempoh sama, katanya.

Ada 3 Comments setakat ini.

  • isny
    April 24th, 2014 at 5:08 PM

    Tuan, penunggang m/sikal d kwsn klang knapa d biarkn tanpa sebarang tindakan? Beraninya mereka2 yg melanggar undang2 krana undang2 tdak d kuatkuasakn scara brterusan.

    Harap ada perubahan drastik.

    isny.

  • isny
    April 24th, 2014 at 5:11 PM

    Tuan, rujuk aduan saya d atas. contoh kesalahan penunggang m/sikal d kwsn klang 1. mnunggang tanpa helmet. 2. menunggang tanpa lesen. 3. pnunggang trdiri dr warga asing. 4. m/sikal yg d ubahsuai.

    Harap tindakan segera / brterusan.

    isny.

Who Linked To This Post?

  1. Media Shah Alam – Mohd. Shukri dilantik Ketua Polis Selangor baharu, Azam Perhebatkan Usaha Perangi Jenayah

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.