|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 9 September 2013| Kategori: Utama | 14 Comments »

Hala Tuju UMNO Melalui Keputusan Pemilihan 2013

Oleh Ahmad Soffian

Penulis merasakan bahawa orang-orang UMNO berdiri di kelas tersendiri jika hendak dibandingkan dengan rakyat Malaysia yang lain. Jika dilihat disebalik jangkau senario politik Malaysia, pemain utama yang menentukan hala tuju dan kepemimpinan Malaysia adalah orang UMNO. Dari cawangan hinggalah ke bahagian, struktur pemikiran orang UMNO adalah merupakan realiti sebenar politik Malaysia.

Kekuatan UMNO lebih dirasai apabila penolakan besar-besaran orang Cina bila berakhirnya PRU-13 yang lepas. Sungguhpun ada tempat yang dimenangi oleh DAP dengan majoriti 50,000 undi, namun UMNO masih lagi mendapat kerusi terbanyak di dalam parlimen Malaysia. Mungkin kemenangan UMNO itu sendiri boleh mencapai keputusan yang lebih baik lagi, tapi disebabkan orang UMNO juga jumlah itu tidak dapat dicapai. Tidak salah untuk penulis katakan bahawa orang UMNO dan penyokong UMNO adalah penentu kepada masa depan negara.

Kini Malaysia berdepan dengan satu lagi pemilihan UMNO yang sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia. Ada sebab yang baik mengapa perhimpunan agung UMNO disiarkan secara langsung di semua stesyen televisyen utama Malaysia. Dalam sedar atau tidak, rakyat Malaysia, tidak kira Melayu atau bukan Melayu, ahli UMNO atau bukan ahli UMNO, pro pembangkang atau pro kerajaan, minat atau tidak minat berpolitik, mereka tetap sedar bahawa UMNO adalah wadah penentu kepada halatuju negara ini.

Kesedaran terhadap perkara ini yang membuatkan UMNO masih lagi releven di dalam dunia yang serba moden. UMNO mewakili bukan sahaja orang Melayu tetapi juga nasib bangsa lain ditangannya. Justeru itu, setiap pergerakan dan perbuatan UMNO diperhatikan secara mendalam oleh semua pihak di Malaysia.

Namun begitu, apakah pemikiran dan aspirasi ahli UMNO sama dengan apa yang dipinta oleh rakyat Malaysia? Tidak sama sekali. Realitinya pemikiran penyokong dan ahli UMNO tidak sama langsung dengan rakyat Malaysia yang lain.

Ahli UMNO pada dasarnya bergerak dengan kesetiaan kepada Agama, Bangsa dan Negaranya, sejajar dengan perlembagaan UMNO dan juga perlembagaan Malaysia. Sungguhpun UMNO itu juangnya untuk Melayu dan Islam, bukan sekali UMNO dan ahlinya (termasuk Presidenya sendiri) memaparkan wajah dan perbuatan ikhlas untuk bangsa lain selain Melayu. UMNO itu asasnya tidak rasis, kalau rasis masakan Presiden UMNO boleh memukul gendang Cina semasa sambutan Tahun Baru Cina yang lepas. Presiden UMNO juga sanggup mendengar keluhan Dong Zong yang ternyata ultra chauvinist, pada masa yang sama Dong Zong sendiri telah diharamakan ditempat orang Cina memerintah (Singapura).

Sekali lagi saya ingin tegaskan UMNO dan ahlinya tidak pernah rasis. Cumanya mereka amat sayangkan bangsa mereka dan tidak sanggup melihat ianya diperjudikan hanya disebabkan orang lain ingin mendapat lebih dari hak mereka. Kalau UMNO itu rasis, ekonomi Malaysia untuk orang Melayu sepatutnya disasarkan kepada 99.99% dan bukannya 30% seperti mana DEB dinatijahkan.
UMNO dan ahli-ahlinya masih lagi menjadi aspirasi kepada rakyat Malaysia.

Dengan kedatangan pemilihan UMNO yang bakal tiba. UMNO sekali lagi menjadi perhatian di mata seluruh rakyat Malaysia dan juga dunia. Soalanya jelas, adakah ahli UMNO akan memilih pemimpin mereka mengikut kehendak rakyat Malaysia secara keseluruhannya?

Ramai tokoh dan muka baru yang disenaraikan di dalam pemilihan kali ini. Dan rakyat mengharapkan kejatuhan dan kenaikkan status pemimpin tertentu agar sesuai untuk mereka menjalankan tugas mereka di peringkat nasional nanti. Ada juga bunyi-bunyi kekesalan yang didengari oleh sesetengah rakyat Malaysia kerana ada pemimpin muda yang mereka tidak mahu lihat lagi diatas, tidak dicabar oleh mana-mana pihak pun.

Ramai juga muka-muka basi dan pemimpin yang lemah menanti untuk ditumbangkan di dalam pemilihan kali ini. UMNO tidak seperti PAS atau PKR yang terlalu taksub akan ketua mereka. Di dalam UMNO, ahlinya bebas bersuara, samada menentang atau menyokong. Jadinya, UMNO bukanlah tempat selesa untuk seseorang ahli politik yang cepat benar latahnya ataupun lemah benar peranannya.

Aspirasi rakyat mahukan orang-ornag UMNO tidak lagi memilih pemimpin yang sekadar mengeluarkan AMARAN kepada penjahat, mempunyai banyak LEMBU-LEMBU rasuah, bermasalah moral, berifkiran terlalu liberal dan juga pemimpin yang suka menikam orang lain dari belakang. Rakyat mahukan ahli UMNO memilih untuk mereka kepimpinan yang baik lagi berkualiti.

Pada hemat penulis aspirasi ahli UMNO dan rakyat Malayisa perlu disejajarkan agar ianya dapat memperkayakan lagi sistem pentadbiran negara dengan pemimpin yang lebih baik . Sungguhpun rakyat Malaysia tida dapat mengundi di dalam pemilihan UMNO. Ahli UMNO adalah salah satu daripada pencetus dan pemilih kepada kepimpinan negara.

Sekiranya UMNO masih ingin dianggap relevan lagi, di PAU 2013 ini bersiap sedialah untuk memangkah, dan bukannya mengikut gerak rasa, duit poket yang diterima mahupun kepentingan diri sendiri.

Orang UMNO perlu mengundi dengan bertanggungjawab sekaligus mengundi pemimpin yang benar-benar boleh menjalankan tugas dan terbukti kecekapan mereka. Elakkan daripada memilih pemimpin yang hanya suka memberi amaran, terang-terangan menyeleweng wang kerajaan ataupun pemimpin yang rosak akhlaknya.

Ahirnya, barulah pemimpin dan ahli UMNO akan dihormati oleh kesemua rakyat Malaysia, tanpa sebarang keraguan.

Ada 14 Comments setakat ini.

  • sungai_siput
    September 9th, 2013 at 7:13 PM

    good article ahmad soffian, keep it up

  • sireh ke gagang
    September 9th, 2013 at 7:40 PM

    kami mengundi UMNO , sebab kami mahu UMNO terus berjuang utk alif ba ,ta . kami tak rela kiasu bermaharajalela dlm dewan rakyat . kami jugak tak rela melihat penjilat kiasu bermaharajalela dlm dewan rakyat .yg kami mintak skrg , cuma jaga perasaan kami , hati kami (puak majoriti yg memenangkan BN & UMNO) . Dengar juga suara kami dan pandangan kami .itu saja.

  • PASpartyNGOK
    September 9th, 2013 at 8:43 PM

    Rakyat tahu bahawa hanya BN yang diteraju UMNO sahaja yang layak & berkebolehan memerintah negara. Pengikut pembangkang serta pemimpin mereka juga sedar akan hakikat ini.

    Mereka tahu dan sedar DAP dalam mengendalikan pemilihan parti mereka yang kecil pun huru hara kerana segala tindakan mereka tindakan menipu, cakap mereka adalah pembohongan. Mereka berbohong dengan semua orang disetiap masa.

    Apa pulak hendak diharap dari PAS yang sentiasa berubah hala tuju mereka. Yang tidak pernah jelas apa mereka, siapa mereka, untuk apa mereka disitu. mereka bercakap mengenai perjuangan mereka perjuangan untuk akhirat. Mana akhirat mereka jika nama tuhan pun mereka gadaikan.

    PKR pulak sekelompok manusia yang hamis lagi hapak, dari jauh sudah terhidu bau nya dek pemimpin kotor yang lupa mati, lupa akhirat.

    Mereka harus bersyukur, sebagaimana kita bersyukur adanya UMNO dinegara permai yang tercinta ini.

  • raplahjingaa
    September 9th, 2013 at 9:58 PM

    Ahli UMNO taat setia pada agama, bangsa dan Negara, and kalau pemimpin-pemimpin UMNO tak focus untuk 3 elemen tunjang tersebut, pemimpin UMNO tersebut mesti di nyahkan dari UMNO.

    La ni pun bersepah pemimpin UMNO yang pandai cakap….tapi tak buat kerja, ada pulak yang dok kira nak bagi cina happy, suka, seronok, sedangkan cina sebelah mata pun tak pandang kat dia.

    UMNO…Oh..UMNO…

  • tubir
    September 9th, 2013 at 10:19 PM

    Kita mahu UMNO yang kuat,kita mahu UMNO terus kukuh dan dinamik serta dipimpin oleh seorang yang dinamik berwawasan serta mempunyai dan faham semangat melayu dan Islam .Semangat Melayu ni bukan boleh dibuat buat atau sekadar ditutur dengan bergobar gobar .Semangat itu mesti diterjemah dengan perbuatan dan perlaksanaan dasar yang telah dirancang untuk dilaksanakan .Untu memperolehi dasar yang baik dan jelas UMNO mesti mempunyai barisan kepimpinan yang kuat dan berstratigi.
    Terus terang kepimpinan yang UMNO ada sekarang ini ,sebahgian dari merika ini tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada orang melayu mahupun UMNO.Ketua pemuda entah kemana hala tuju pun tak tau .Barisan kepimpinan muda samaada Pemuda mahupun puteri syook sendiri .Inlah barisan pemuda dan puteri yang paling lemah didalam sejarah UMNO.begitu juga barisan pemimpin UMNO dan wanita yang tiada hala tuju yang jelas …..main bantai sesuka hati .Kalau nak diklaskan dia norang ni tiada seorang pun yang layak dapat AA+.

  • hajilosong
    September 9th, 2013 at 10:52 PM

    artikel pembodek.. mykmu dah x mcm dulu

  • alimedanbaru
    September 10th, 2013 at 8:52 AM

    Kalau UMNO nak bertambah ampuh, UMNO kena ‘tunjuk lebih Islam sikit’ dalam semua perkara, pasti PAS cair dan akan bertambah ahli baru..orang Melayu ni lebih senang dgn perkara direct dr perkara berlapis. Contoh: 2 ayat, INILAH ISLAM dengan INILAH KEMAJUAN. WALAUPUN SLOGAN inilah Islam tidak bawa kemajuan, orang Melayu akan pilih INILAH ISLAM sebab nak nampak jugak Islam tu! percayalah!

  • raplahjingaa
    September 10th, 2013 at 11:34 AM

    Aji, aku rasa MYKMU ni sekarang lebih aggresive dari dulu, pada part forumer laaa…cuma pada penyumbang artikel, ada jugak yang kaki bodek, tu kita dah notice lama dah…

  • Anak Lenggong
    September 10th, 2013 at 11:49 AM

    Cuma UMNO sahaja yang dapat dipercayai untuk terus menerajui agama dan bangsa..walaupun ada kekurangannya dari segi pentadbiran dan pemerintahan tetapi mereka mengakui serta cuba untuk memperbaikinya..sebagai manusia biasa dan didalan kelompok yang besar kita tak nafikan ada dikalangan pemimpin UMNO yang cuma menjadikan jawatan sebagai sumber untuk memperkayakan diri..tetapi didalam masa yang sama rakyat tetap merasai akan segala pembahruan yang dilakukan.

    1. Nak Harapkan pak Lobai PAS – susah lah..walaupun diluaran kelihatan berwajah islam tetapi disebabkan rasa dengki sesama seagama dan sebangsa serta tamakkan kuasa, mereka sanggup menjadi barua serta lembu tunggangan cina kapir serta bersetongkol dengan nuar yang gila kuasa..Sekarang ini pendirian PAS saperti lalang kemana arah angin bertiup kesitu lah bengkok mereka..perjuangan sering berubah-ubah..setiap kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin mereka akan disimpan didalam botol serta tidak mengakui akan kesialapan seolah-olah mereka sahaja yang betul. Dari segi pemimpin pula apa yang boleh dilakukan oleh si Mat sabu serta Mahfuz..lulusan tahap rendah dan cuma jadi jaguh dipentas ceramah dengan maki hamun serta membuat fitnah.
    2. PKR – Hanya memperjuangkan si Nuar sahaja. Tiada apa yang diperjuangkan oleh PKR. Para pemimpin hanya tau menyalak menyalahkan orang lain sahaja serta hanya tau dan sanggup memperokperandakan ekonomi dan negara sahaja.

  • WTF
    September 10th, 2013 at 1:02 PM

    Betul3…

  • baba
    September 10th, 2013 at 2:15 PM

    pilihlah pemimpin yang benar2 berjuang demi alif ba ta, memang nak dapat yg 100% susah tapi akalu dapat 85% pun cukup baik dah. pemimpin yg jenis hanya naik utk cita2 peribadi tu wajib tolak.

  • ahmad
    September 10th, 2013 at 2:49 PM

    setuju sgt…selepas pru baru ni, pas begitu aktif di masjid2…umno xde perancangan ke nak buat mcm pas buat…nmpak remeh tp impaknya besar nnt…

  • Mat Panjang
    September 10th, 2013 at 6:04 PM

    Orang Melayu, kaum Melayu, bangsa Malayu, keluarga Melayu perlukan pemimpin UMNO di peringkat Cawangan, Bahagian, Negeri dan Persekutuan yang bersih, yang sihat, rajin, berusaha, inovatif, creatif, yang pandai mengurus dan mentadbir dengan usaha sendiri.

    Kita sudah Merdeka 56 tahun. Bagaimanakah kemajuan di kampong kita, tanah kita, kaum kita, anak-cucu kita dalam pelajaran, pekerjaan, perniagaan, kebersihan dan kesihatan?

    Mengapa masih ramai wanita/lelaki Melayu yang gemuk-gemuk dan mengidap sakit darah tinggi, kencing manis dll penyakit yang ada kaitan dengan makanan/minuman? Harap perkara ini dibincangkan semasa mesyuarat UMNO akan datang terutama sekali oleh Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO – cara keluarga Melayu menyediakan makan/minum untuk keluarga.

  • tubir
    September 10th, 2013 at 11:12 PM

    Yang lebih malang lagi jika dapat pemimpin Melayu UMNO yang bercakap berjuang untuk semua kaum…..Kalau dah dipilih oleh orang Melayu didalam UMNO bercakaplah untuk orang Melayu…Bangsa lain tu ada wakilnya masing masing …..Tak payahlah bergendang dan berpakaian seperti merika …….tak percaya ke dengan orang Melayu?

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.