Ada Sesiapa Mahu Maafkan Chin Peng?

Oleh: KuntaKinte Malaysia (September 9th, 2013) [Utama][18 Comments »]

bendera komunis

Oleh Nur Azlina Shaari

Tindakan DAP bersungguh-sungguh mahu membawa pulang bekas pemimpin nombor satu Parti Komunis Malaya, Chin Peng, menunjukkan sikap kurang ajar, biadap dan tidak bertanggungjawab parti tersebut terhadap pengorbanan Polis dan anggota tentera Malaysia mempertahankan ibu pertiwi semasa darurat.

Kata Karpal, Chin Peng seharusnya dibenarkan pulang ke negara ‘sendiri’ memandangkan Chin Peng adalah salah seorang pejuang kemerdekaan ketika Tanah Melayu berdepan dengan penjajah, British. Pejuang kemerdekaan apa yang membunuh rakyat negara ini sendiri dan berterusan melancarkan serangan ke atas pentadbiran sah anak watan sehingga tahun 1989?

Malah, kenyataan Karpal yang mendakwa sekiranya Chin Peng dibawa pulang tidak akan membawa sebarang masalah memandangkan akan dimaafkan oleh waris keluarga yang dizalimi pengganas komunis itu tidak mampu untuk mengubat luka mereka.

Agaknya, Karpal sudah lupa dengan segala peristiwa keganasan yang dibuat oleh parti Komunis. Di bawah pimpinan Chin Peng, PKM semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap yang ada.

Bukan itu sahaja, konsep PKM yang terkenal dengan tindakan yang ganas juga membuatkan rakyat ketika itu takut dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis.

Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya.

Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan pertumpahan darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.

Jadi, bila mana mahu membawa pulang kembali Chin Peng ke Malaysia, ia adalah salah satu usaha dari DAP untuk mengangkat Chin Peng sebagai ‘Hero Kemerdekaan’.

Selain itu, mahu mendapatkan khidmat Chin Peng agar DAP mampu menguasai Malaysia dan merealisasikan matlamat mahu menjadikan negara ini sebagai sekular.

Juga, kembalinya Chin Peng ke negara ini boleh juga diandaikan sebagai jalan buat DAP untuk melakukan perubahan landskap politik dan keamanan negara yang telah dikecapi selama ini.

Liciknya parti DAP tidak terhenti setakat itu sahaja.

Lihat sahaja permintaan DAP yang mahukan kalimah Allah S.W.T digunakan dalam kitab Bible versi Melayu.

Mereka merancang untuk menyingkirkan status kedudukan Islam secara perlahan-lahan dari Malaysia. Malah, sudah tidak mahu menerima Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Bagi DAP, penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Injil adalah langkah untuk ‘menjinakkan’ orang Islam kepada agama Kristian.

Apabila satu-satu isu mengenai agama dibangkitkan seperti penggunaan nama Tuhan agama Islam ini, tidak mustahil membuatkan dan membuka ruang melihat kepada kehancuran Islam.

Orang Melayu Islam juga akan mesra dan tidak terlalu rasa takut untuk mendekati agama Kristian dengan cara ini.

Kita sedia maklum, dakyah dan penyebaran agama Kristian di negara ini kepada umat Islam amat membimbangkan kerana ia dijalankan secara halus dan licik. Secara tidak langsung, membenarkan penggunaan kalimah Allah S.W.T turut akan meningkatkan jumlah ramainya umat Islam yang murtad.

Orang Islam di negara ini tepuk dada tanyalah akal, apakah ini parti yang akan anda sokong?

Ada 18 Comments setakat ini.

  • randomsee
    September 9th, 2013 at 4:02 AM

    Pas pasti akan menuruti cadangan DAP..dah akan menganggap chin peng sebagai komunis yang tiada dosa….

    itu sebab ramai lagi orang melayu masih lagi mempercayai UMNO dalam soal maruah bangsa melayu…

    Pas sudah melacurkan diri terutamnanya mat sabu yang sanggup bersengkongkol dengan pejuang agama kristian dalam memperolehi keyakinan mereka…apa sahaja mereka akan gadaikan…

    Dap berusaha melalui Pas untuk meraih sokongan dan simpati orang melayu dalam hal berkaitan isu sensitiviti…

    apa yang perlu dilakukan kerajaan BN yang ada sekarang perlu tegas dan berkeyakinan..dalam membuat keputusan…chin peng samada hidup atau mati..tidak dibenarkan memasuki Malaysia..nescaya undi melayu tidak akan hilang…undi cina tidak perlu untuk BN mengekalkan kuasa…ini dah terbukti ketika PRU13

  • Kayu
    September 9th, 2013 at 8:11 AM

    Sememangnya simbol komunis ini akan cuba dibawa masuk kenegara ini untuk memberi semangat kepada pengganut komunis dinegara ini yang memerlukan suntikan semangat Cina menentang Jepun dan British untuk menentang Melayu serta menguasai negara ini sepenuhnya…., seperti yang dicita-citakan oleh komunis sebelum ini dan bakal mewujudkan negara dalam negara…,kerana sistem pendidikan pun sudah dibahagikan selepas ini ekonomi dan politik juga akan dibahagikan atau dikuasai sepenuhnya oleh komunis sebagaimana yang dicita-citakan …itu….masih ada melayu buta perut tak sedar perkara ini…!!

  • sireh ke gagang
    September 9th, 2013 at 9:11 AM

    karpal bercakap , sebab apa ? sbb ngeh & ngo la yg suruh . kan iblis ching peng pak sedara dorg. semua org tau benda ni.

  • mRsTURDY
    September 9th, 2013 at 9:13 AM

    Chin Peng bukan warganegara Malaysia. Surat Beranaknya pun tak ada…! Liat sungguh nyawanya! Jika Chin Peng mati buangkan saja bangkainya ke laut.

  • AIS
    September 9th, 2013 at 9:41 AM

    kerajaan jangan layan. tak ada faedahnya.

  • Topup
    September 9th, 2013 at 9:53 AM

    arahan cinpeng menyebabkan ramai askar kita terbunuh , jadi kalau dah salah takkan lepas mcm tu saja ….

  • anakbochek
    September 9th, 2013 at 10:06 AM

    JANGAN LAYAN… Biar dia mampus kat sana. Jangan dibenarkan “haram jadah” ni masuk ke negara ini hatta abu mayatnya sekalipun. Dia bukan warganegara dan dia tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah untuk membuktikan dia adalah rakyat Malaysia.

    Pejuang Kemerdekaan? What the fuck is this crippled singh talking about. The bastard is an opportunist, he will fight whoever organisation in the world as long as his ambition to turn Malaysia into a communist country can be achieved.

    Ingat!! Chin Peng pernah bekerjasama dengan Inggeris untuk memerangi Jepun. Kenapa dia berbuat demikian? Ia kerana bangsanya teruk dizalimi oleh Jepun. Andaikata bangsa Cina tidak dizalimi tidak mustahil yang haramjadah ni akan bekerjasama dengan Jepun pula.

    Gerakan bersenjata yang dijalankan oleh Chin Peng tidak lebih untuk menubuhkan negara komunis bukannya untuk memerdekakan Tanah Melayu yang tercinta.

  • alimedanbaru
    September 9th, 2013 at 1:22 PM

    Sebenarnya DAP sedang merancang untuk menghimpunkan seluruh sokongan Cina untuk memberi sokongan kepada mereka 100% setelah TAHU KEDEGILAN PAS dan PKR tidak akan bersatu dgn UMNO.Isu2 begini DAP tahu PAS dan OKR tak akan peduli dan tak masuk campur. DAP SENTIASA AKAN MENCARI ISU SENSITIF YG BOLEH MERAIH SIMPATI bangsa Cina spt isu Chin Peng, watak Cina tua yg perlu dikasihani.

    Dan DAP memang tahu Melayu PAS dan PKR demi kuasa politik hanya mahu tumpang gerakan bangsa Cina untuk dapat habuan sama setiap undi Cina demi asal dapat menumbangkan UMNO/BN.

    Memang jelas kebelakangan ini hanya UMNO sahaja yg berjuang sendirian untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara, bagi PAS dan Melayu PKR , itu tugas kerajaan/UNO/BN!

  • baba
    September 9th, 2013 at 2:00 PM

    hanya dap, pas dan pkr saja mahu memaafkan chin peng dan membawa chin peng kembali ke malaysia. silap haribulan, chin peng pun mereka akan bg gelaran dato kalau mereka perintah malaysia.

  • gambus
    September 9th, 2013 at 5:39 PM

    chin peng elok sahaja hidup aman damai kat thailand tu , semua setelll .. tapi puak DAPigs sentiasa ingin meniupkan kebencian antara rakyat negara ini , sebab tu isu chin peng ni dimainkan oleh mereka , DAPigs bapak pemecah belah rakyat Malaysia !!!

  • badrul
    September 9th, 2013 at 7:34 PM

    setuju dgn komen rendomsee…jgn kerajaan BN takut pada undi cina….rakyat melaysia mejoriti orang2 melayu…tp tetap rasa kecewa dengan org2 melayu yang ttp sokong DAP…Pas sanggup buat apa sahaja asalkan UMNO jatuh….x salah kira nya pas nak memerintah..tp tidak perlu bergabung dgn DAP n PKR…sy percaya penyokong pas ramai..dan sebelum Pas bergabung dlm PR..pas tetap sebuah parti yang kuat di malaysia…mengapa perlu bergabung dlm PR..DAP N PKR hanya menggunakan PAS utk memancing org melayu &mengguakan kekuatan PAS…tp dlm gabungan PR pas adalah yg ke3 dalam semua keoutusan…apa yang sebenarnya yg dipikirkan pihak atasan PAS?????

  • Hamba Ar Rahman
    September 9th, 2013 at 10:27 PM

    Mana plak Dato’…aku dengar depa suh bagi gelaran Tun…tak ker naya…nak naik taraf sama macam Tun M…Tun Razak dan lain2….

  • hajilosong
    September 9th, 2013 at 10:56 PM

    biarlah dia balik.. sampai je kat msia.. g le ngap masuk lokap

  • azan
    September 10th, 2013 at 2:39 PM

    Assalam…

    Jadilah kamu Islam yang berjiwa besar…saling memaafi dan ikutlah ajaran Islam sebenarnya… berapa orang yang telah mati disebabkan oleh Chin Peng ini…dato kamu? ayah kamu? apa yang kamu dapat dari dendam kesumat di sanubari sedangkan pimpinan kamu telah lama memeluk, bersalam dan bergambar mesra dengan pemimpin Chin Peng itu sendiri… hadapi realiti jangan terpesona dengan nafsu amarah syaitan yang direjam agar kamu tidak seangkatan dengannya… maaf kalau tak dapat terima …bawa mengaji baru faham…

  • raplahjingaa
    September 10th, 2013 at 8:27 PM

    Ni sheikh…hang pi bersyarah kat anak cucu polis-polis bukit kepong, or hang pi bercerita kat anak cucu guru-guru pondok yang di bunuh komunis di semmangul, or hang pi sembang dengan anak-anak cucu mereka yang dibunuh komunis di sg manik…akai ada ka ??

    hang sorang jer mangaji kat dunia ni..orang lain semua jahil ! hang ni sah! cai tepu PAS…akai letak kat lutut !!

  • Hamba Ar Rahman
    September 10th, 2013 at 9:19 PM

    Salam Bro…memang bagus apa yg disarankan Bro tu…tapi Bro dah terlupa kaa….siapa kat Malaysia ni yg tak mahu memaafkan dan sanggup meludah jika sahabat se Islam mereka hendak berbaik dan memulakan tali penyatuan…siapa Bro???…jadi…tak payah lah tengok jauh sampai ke Chin Peng sana…dia tu dah sememangnya kafir dan telah melakukan kemusnahan…..mungkin kamu tak terasa sebb bukan adik beradik kamu yg mati…jadi…bercakap siang pandang2 bro…bercakap malam dengar2…mungkin Bro tak sensitif pada perasaan adik beradik dan saudara mara mangsa….ibarat macam nak maafkan perogol yg merogol…kalau anak gadis Bro dirogol sampai mati…tak payah lah hukum perogol tu…. maafkan sahaja…pointnya di sini bukan nya kita disuruh berdendam tetapi apa yg dilakukan pada Chin Peng tu rasanya memadai…ianya hanya sekadar hukuman dan pengajaran utk orang lain juga…kerajaan kita kira sudah baik sebb tak gunakan interpol untuk tangkap dan hukum dia…dia masih boleh hidup menghirup Oksigen dan boleh berjalan2…makan sedap2 dan travel mana dia suka…kecuali Malaysia…tak susah pun…tapi cuba tanya anak2 atau saudara2 mangsa….ada mereka dapat pampasan apa2 dari Chin Peng????…rasanya tak ada….so…fair lah tu….nak cakap pasal keadilan kah Bro???…rasanya tak payahlah Bro….jgn kita nak jadi hipokrit…takder yg adil atas muka bumi ni….keadilan hanya boleh tertegak di Mahsyar jer Bro….so…moral of the story…some things are better left unspoken…..

  • WTF
    September 11th, 2013 at 6:17 PM

    Sorry mate…

    No chance in hell I will forgive the crime did by these bastards to the people of Malaysia…

Who Linked To This Post?

  1. YAKIN DAN PASTI- Tentera Yang Menyokong PKR DAP PAS Bersetuju Dgn Hal ini | http://rmf7.wordpress.com

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.