Menu Utama

September, 2013

 

Ada Anggota Kabinet Tidak Setuju Dengan Pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959?

Apabila beliau mengelak untuk menjawab sebarang soalan atau memberi sokongan kepada pindaan ini dalam sidang media Sabtu lalu, ia telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan rakyat sama ada pindaan ini mendapat sokongan penuh anggota kabinet. Kontroversi ini berikutan tindakan Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin enggan mengulas mengenai keputusan kerajaan melakukan pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah (PCA 1959) bagi mengawal jenayah berat yang makin berleluasa telah menimbulkan spekulasi dan kontroversi di kalangan rakyat. Dalam sidang medianya Sabtu lalu, Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO enggan menjawab soalanBaca Lagi


Pindaan PCA Langkah Tepat Bendung Jenayah Berat – Dr M

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohammad menyifatkan, pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959, mampu membendung kegiatan jenayah berat dengan lebih berkesan dan efektif. Beliau berkata, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad (RRA) dan Ordinan Darurat (EO) yang dilakukan kerajaan pada 2011, menyebabkan lebih banyak jenayah dahsyat berlaku dalam negara, sekali gus mengancam keselamatan rakyat. “Jika kita buang ISA, penjenayah akan gunakan kesempatan itu untuk mereka lakukan jenayah yang lebih berat. “Kita tiada pilihan lain, melainkan kembali kepada cara lama,” katanya ketika ditemui pada program ‘Walk-A Mile’ diBaca Lagi


CEC DAP Diselubungi Kemewahan dan Perkauman

Pemilihan Semula CEC DAP telah diadakan tanpa sebarang insiden di sebuah Hotel 5 Bintang, One World, di Petaling Jaya semalam. Walaupun begitu, ia tetap menimbulkan beberapa persoalan di kalangan para pemerhati. Persoalan pertama yang timbul berkenaan pemilihan ini ialah dari mana datangnya wang yang begitu banyak untuk dibazirkan bagi mengadakan mesyuarat dan pemilihan di hotel mewah? Persoalan kedua ialah bagaimana sudahnya kedudukan Lim Guan Eng yang kini jatuh ke tangga ke 5? Apakah alasan beliau untuk terus kekal di kerusi Setiausaha Agong sedangkan Liew Chin Tong yang mendapat undi tertinggi?Baca Lagi


Konsep Undi Popular Tak Terpakai Dalam DAP, Pulak Dah!!!

LEPAS saja PRU13 berakhir dan BN diumumkan sebagai pemenang, antara perkara pertama yang Anwar buat ialah mencanangkan satu negara bahawa pembangkang menang sebab undi undi popular memihak kepada enititi nama Pakatan ini, melebihi 51%. Walhal Pakatan bukanlah entiti yang bertanding dalam pilihanraya dan ketiga-tiga parti yang membentuk pakatan itu bertanding atas tiket masing-masing, selain hakikat bahawa kerajaan ditentukan oleh parti yang memperolehi undi paling banyak dalam Parlimen dan DUN. Jelas dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan. Tapi Anwar, kita semua tahulah, bukan peduli apa pun, nak-nak budak-budak yang jenis baru nak kenal politik, kena tipu bulat-bulat dengan Anwar. Dan semenjak itu, fahaman “siapa dapat undi popular, dia yang menang” ini, sudah menjadi macam satu trademark kepada pembangkang dan lagaknya kalau depa jadi kerajaan besok, itulah sistem pemilihan baru yang akan diperkenalkan di negara ini.Baca Lagi


Apa Agenda Zairil Khir Johari Untuk Melayu Dalam DAP?

Maka berakhirlah sudah episod pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP semalam dengan menyaksikan Zairil Khir Johari kali ini terpilih sebagai pemenang di dalam pemilihan tersebut setelah hebat dipertikai sebelum ini. Pada pemilihan yang lalu, Zairil terpilih ke dalam jawatankuasa CEC setelah Guan Eng mengaku “tersilap kira”. Dan kali ini, mungkin kemenangan “anak” Tan Sri Khir Johari itu tidak lagi disalah kira… Zairil muncul sebagai satu-satunya wakil “bangsa Melayu” di dalam CEC tersebut. Begitulah yang didakwa ramai pihak, termasuk kepimpinan DAP yang baru. Sebelum ini, DAP dipandang serong oleh ramaiBaca Lagi


Guan Eng Wajar Serah Jawatan Pada Chin Tong

Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang berakhir semalam sebenarnya berjaya mengekalkan status quo calon-calon yang terpilih pada pemilihan CEC yang diadakan pada akhir tahun lalu. Pun begitu, saya dapati terdapat perkembangan yang agak “ajaib” telah berlaku pada pemilihan CEC yang berakhir semalam. Paling utama ialah mengenai kekalahan yang pada saya sangat memalukan Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng. Anak beranak yang “bermaharajalela” di dalam DAP itu tewas di tangan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong. Apa hebatnya Liew Chin Tong sehingga berjaya memperoleh kelebihan 2 undi berbandingBaca Lagi


Guan Eng Pembohong, Cauvinis?

Oleh Nur Azlina Shaari Sesungguhnya, terlalu dangkal buat Ketua Menteri Pulau Pinang apabila menangani isu perkauman yang timbul dalam parti DAP yang lebih dikenali sebagai parti yang kaya dengan sentimen perkauman dan ‘cauvinis’. Cara yang dilakukan oleh Lim Guan Eng terlalu dangkal dan menunjukkan beliau juga dua kali lima seperti kenyataan yang sebelum-sebelum ini timbul tentang isu kaum. Baru-baru ini, Guan Eng mendakwa kerajaan Persekutuan bersifat memilih kaum apabila mengurangan peruntukan yang diberikan kepada Kampung Baru Cina di Pulau Pinang. Kata Guan Eng, tindakan kerajaan Persekutuan itu adalah sebagai hukumanBaca Lagi


Cina Sembah Melayu?

Oleh A. Suffian Baru-baru ini penulis telah berkesempatan untuk makan cendol di sebuah kawasan perumahan di Klang, Selangor. Gerai cendol itu betul-betul terletak dibawah sebuah pokok besar dan ditepi pokok tersebut terdapat satu tokong kecil berwarna merah. Pada mulanya penulis tidak mengambil peduli akan tokong tersebut namun apabila penulis terpandang berhala yang disimpan di dalam tokong kecil itu, penulis terkedu sebentar. Jelas kelihatan sebuah patung yang lengkap bertanjak dan berkeris “bersemayam” di dalamnya. Kerana “gatal mulut” penulis bertanya kepada seorang lelaki berbangsa Cina yang juga pelanggan di gerai cendol itu.Baca Lagi


Lanjutan Reman Suspek Pembunuhan Pengasas AmBank

Kuala Lumpur: Tempoh tahanan reman suspek utama kes pembunuhan pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi, dilanjutkan selama tujuh hari bermula hari ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan. Perintah tahanan reman itu dibacakan oleh Majistret di hadapan suspek, Sei Ngan Chai, di Ibu Pejabat Polis Daerah, (IPD) Dang Wangi, di sini, sebelum ditahan untuk siasatan susulan oleh pegawai penyiasat. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairy Ahrasa, berkata suspek sebelum itu ditempatkan di lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, sebelum dibawaBaca Lagi


Pemilihan Semula DAP Hari Ini, Bukti DAP Takut RoS

KARPAL Sinki ini bukan satu nama asing kalau bab membelit.  Kalau jalan lurus, tak mungkin dia boleh jadi lawyer sampai hari ini.  Pun begitu yang paling menarik ialah cara dia bermain politik apabila menyalahkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) ke atas semua masalah yang berlaku pada parti tersebut. Actually, bukan Karpal saja, semua pemimpin dalam DAP yang diberi peluang bercakap dalam mesyuarat parti yang diadakan sebentar tadi bercakap tentang hal yang sama – pakat-pakat salahkan RoS dan beri gambaran seolah-olah parti DAP ini terlalu kebal dan berada di atas undang-undang. Hakikatnya pemilihan semula CEC yang diadakan hari ini terpaksa dibuat DAP kerana arahan dari RoS, so siapa takut siapa sekarang? Tapi pada penulis itu hanya cubaan untuk mengalihkan perhatian dari penipuan dan penyelewengan yang dilakukanBaca Lagi