Menu Utama

Sejarah Cuba Diubah : Kemerdekaan Dan Perlembagaan Menjaga Warisan Nilai Pusaka

 

Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan Malaysia dan kita akan menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31 Ogos. Tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat yang menyaksikan kemerdekaan negara  namun berapa ramaikah lagi rakyat Malaysia yang mampu menghayati erti kemerdekaan.

 

Kita selalu lupa pada sejarah. Itulah salah satu punca utama kejatuhan sesuatu bangsa itu. Moshe Dayan seorang penulis Yahudi pernah menggariskan tiga kelemahan utama umat Islam didalam artikelnya.

Pertama       :        Umat Islam tidak pernah belajar dari  sejarah  lampaunya.

Kedua           :        Umat Islam tidak merancang dengan teliti

Ketiga           :        Umat Islam malas membaca

Ini menimbulkan kemarahan kepada Yahudi yang tidak mahu umat Islam  memperbaiki  kelemahan mereka. Namun Moshe Dayan berkata dengan penuh yakin bahawa “usah risau, orang-orang Islam tak akan tahu, kerana mereka tidak akan membaca pun”.

 

Perkara yang sama cuba disampaikan oleh pakatan pembangkang  apabila mereka cuba memandu orang Melayu jauh dari sejarah supaya ianya akan terus menjadikan Melayu sebagai satu bangsa yang sentiasa gagal dalam kehidupan. Kononnya Perlembagaan Negara sudah lapuk untuk terus dihayati sebagai panduan dalam mencaturkan perancangan Negara.

 

Sesungguhnya Perlembagaan Malaysia merupakan lambang kemerdekaan. Namun perlembagaan ini cuba diperlekehkan oleh pakatan pembangkang.Didalam Perlembagaan Malaysia terkandung prinsip hasil inspirasi pimpinan politik dan paling utama ialah inspirasi Raja-Raja Melayu ketika itu.

 

Unsur warisan merupakan perkara utama dalam perlembagaan. Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi, keistimewaan Melayu yang mencakupi beberapa perkara, iaitu tanah rizab Melayu serta kuota permit perniagaan, biasiswa dan dalam perkhidmatan awam. Tambahan pula  kedudukan institusi Raja juga sebagai Raja Berperlembagaan dalam sistem demokrasi beraja.

Perlembagaan  merupakan  dokumen yang mempunyai pengisian yang begitu padu dengan kehendak dan keinginan warganya. Kita tidak boleh menyimpang daripada tujuan asal Perlembagaan.  Propaganda supaya rakyat lupa pada sejarah begitu hebat dilancarkan oleh pakatan pembangkang demi mencapai  kerakusan politik mereka.Dengan bersandarkan pada unsur perubahan yang membinasakan bangsa Melayu, pakatan pembangkang  terus menuntut agar  Perlembagaan  harus berubah dengan masa dan keadaan .

 

Nilai pusaka yang menjadikan jati diri  sesuatu bangsa cuba dirampas. Perlembagan Negara harus terus dijadikan  kayu pengukur dan pengimbang.  Majlis Raja-Raja Melayu memainkan peranan yang cukup besar dalam menjaga warisan didalam Perlembagaan.   Polisi berkaitan keistimewaan Melayu di bawah Perkara 153 hanya boleh dipinda dengan perbincangan dengan Majlis Raja-Raja.

 

Majlis Raja-Raja ini merupakan penghalang utama pakatan pembangkang dalam agenda mereka untuk merampas kuasa dari tangan kaum Melayu. Ini lah antara sebab utama mengapa bangsa Cina terlalu bencikan Raja-Raja Melayu. Oleh itu mereka telah menyusun beberapa agenda secara terang dan halus untuk menjatuhkan Raja-Raja Melayu.  Bukanlah sesuatu yang memeranjatkan apabila beberapa siri penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu berlaku secara tersusun oleh golongan muda Cina. Ini sememang termasuk didalam agenda jahat mereka.

Bulan kemerdekaan ini merupakan medium yang cukup penting untuk kita memupuk semula perasaan sayangkan Negara.  Ini bakal  menyelamatkan Negara dari kemusnahan perpaduan yang dicetuskan oleh pakatan pembangkang.






2 Komen to Sejarah Cuba Diubah : Kemerdekaan Dan Perlembagaan Menjaga Warisan Nilai Pusaka

  1. TUBIR says:

    Semua orang dah sedia maklum apa tujuan puak cina dan india pada PRU13 yang lepas apa ingat melayu ni bodoh sangat ke ?Cuma apa yang dikesalkan masih ada pemimpin melayu yang tak sedar diri .Kami tak benci UMNO……tapi kami benci pada sesetengah pemimpin didalam UMNO itu sendiri ……Walaupun kami bukan ahli umno tapi kami mengundi BN / UMNO .
    Tolonglah buang pemimpin hampas yang pandai berlakon dan bermuka muka dari tampok pemerintahan parti .UMNO perlu pembersihan ……orang Melayu dah tak larat nak telan dah tak larat dicaci dan dipermainkan .

  2. ais says:

    Setuju tubir. Pemimpin hampas dan pernah buat taik dalam politik umno sepatutnya rekodnya disimpankan dan tak layak lagi jadi pemimpin, cuma layak jadi ahli. Dah bagi peluang, nak kayakan diri. Susah umat/pemimpin islam sekarang tidak berpegang kepada cara hidup rasulullah,hidupnya sangat daif tapi menjalankan amanah allah mendidik manusia supaya berakal dan berperikemanusiaan. Mana ustaz dan ustazah baik, tolong2lah beri nasihat dan giatkan usaha membantu umah kejalan yang benar.

Leave a Reply