|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com

Editor: tengkudin | Diterbitkan pada: 29 August 2013| Kategori: RENCANA | 7 Comments »

Haramkan Tanda Putera Adalah Kerja Bodoh

Tanda Putera merupakan satu filem sejarah yang perlu dihargai oleh setiap pihak. Namun begitu ada sesetengah pihak yang menyifatkan Tanda Putera sebuah analogi politik bagi sesuatu parti. Sedangkan apa yang dipaparkan oleh filem itu hanyalah persahabatan akrab dua pemimpin lagenda Malaysia, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail.
Hanya yang menjadi kontroversi adalah tragedi rusuhan 13 May 1969 yang dijadikan latar belakang kepada filem tersebut. Pengarahnya Datuk Shuhaimi Baba telah menyatakan bahawa filem yang dihasilkan oleh beliau bukanlah berniat atau berunsur politik. Ia hanyalah sebuah filem yang digarap dari sejarah Malaysia berdasarkan fakta sebenar. Ketakutan sesetengah pihak dengan filem ini adalah tidak berasas.

Tanda Putera harus dipuji kerana ianya boleh dijadikan bahan rujukan mudah untuk generasi akan datang sama seperti filem-filem sejarah sebelumnya. Dengan adanya filem ini rakyat Malaysia dapat mengabdikan sejarah dan memori berkenaan kedua-dua tokoh yang benar-benar telah banyak berjasa kepada pembangunan negara kita.

Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng telah menyatakan keputusan bahawa negeri itu tidak akan membenarkan Tanda Putera ditayangkan di mana-mana pawagam. Tindakan itu adalah berasaskan kepada tanggapan bahawa, filem tersebut adalah rasis dan tidak bertanggungjawab. Namun begitu, keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu dianggap sebagai satu perkara yang tidak berasas. Ini kerana beliau atau mana-mana ahli Pakatan Rakyat belum lagi menonton filem tersebut. Adakah ini satu tindakan yang wajar? Secara tuntasnya kita boleh mengatakan bahawa tindakan ini adalah terburu-buru dan tidak professional, lebih-lebih lagi dikeluarkan oleh YB Lim Guan Eng yang kononya memperjuangkan hak bersuara dikalangan rakyat Malaysia.

Apakah hak bersuara rakyat mempunyai sifat selektif dan tertakluk kepada perkara-perkara yang dianuti oleh Pakatan Rakyat sahaja? Mengapa jika sesuatu perkara itu walaupun datangnya dari rakyat, tetapi tidak mengikut ideologi Pakatan Rakyat, maka perkara itu tidak patut didengari atau dipertahankan? Siapa sebenarnya yang tidak telus dalam berbicara soal amanah dan hak rakyat? Apa yang ditakuti oleh Pakatan Rakyat sehingga sanggup mengharamkan sebuah filem yang memaparkan kehidupan sebenar pada era tersebut.

Boleh dikatakan ia adalah satu perkara bodoh jika difikirkan bahawa sebuah kerajaan negeri terlalu takut dengan sebuah filem yang mereka sendiri kata tiada kualiti. Apakah sebuah filem “low-class” (pendapat Ketua Menteri Pulau Pinang) boleh mengugat kredibiliti sebuah kerajaan negeri yang telah dilantik oleh rakyat?

Ketakutan yang menyelinap dalam setiap ahli Pakatan Rakyat adalah bagaimana terbongkarnya rahsia bahawa pemimpin mereka korup dan tidak berhati perut jika filem ini ditayangkan di pawagan seluruh Malaysia. Telah terang lagi bersuluh bahawa ramai pemimpin tua mereka terlibat di dalam tragedi 13 May 1969. Itu sememangnya tidak boleh dinafikan ataupun disangkal.

Seruan harus dinyatakan secara jelas kepada seluruh rakyat Malaysia agar filem ini menjadi satu tontonan wajib. Bukan sahaja ianya perlu ditonton oleh orang Melayu tetapi juga kepada seluruh rakyat negara ini yang masih cintakan keamanan dan keselesaan hidup. Mari kita bersama-sama memenuhkan pawagam di seluruh Malaysia untuk menonton filem Tanda Putera. Bagi penduduk Pulau Pinang, diharap jangan kecewa jika tidak dapat berkesempatan menonton filem ini. Ini adalah kerana, seperti semua filem tempatan yang lain, ia akan disiarkan di Astro First selepas beberapa minggu tayangan di pawagam.

Usaha, Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyekat kemasukan Tanda Putera di semua pawagan di Pulau Pinang adalah usaha yang terlalu bodoh. Agaknya Ketua Menteri Pulau Pinang sudah lupa bahawa terlalu banyak saluran dan media alternatif untuk filem itu ditonton. Tanda Putera tetap akan menemui rakyat Malaysia, walau dimana ceruk rantau sekalipun.

Beruang Biru

Ada 7 Comments setakat ini.

  • tengkudin
    August 29th, 2013 at 8:24 PM

    DAP penakut……hahahha

  • alfie
    August 30th, 2013 at 1:41 AM

    Baru aje tengok Tanda Putera di GSC di Mid Valley pukul 9.40 malam punya show. Kesimpulan dalam cerita ni adalah jika orang cina menang dan berkuasa,mereka akan menjadi ‘tuan’ dalam tanah air ni dan akan berlaku zalim terhadap orang melayu jika di bandingkan bila orang melayu menjadi ‘tuan’ mereka menjadi ‘baik hati’ kepada semua dan sanggup berkongsi tapi orang cina tidak berfikiran demikian. Dengan menonton filem ini kita akan dapat tahu betapa lemah dan bodoh si Ah Jib Gor kita ini. Apa yang Cina dapat mereka tak akan pulang balik kepada orang melayu dan selagi mereka tak di halang,mereka akan membuat apa mereka suka untuk keuntungan mereka. Ah Jib Gor kita ini bukan berjiwa Melayu tapi berjiwa ‘Magnanimous’ untuk semua bangsa termasuk kaum orang cina yang benci bangsa dia sendiri. Tapi sebagai anak bangsawan dia tak akan faham jiwa orang melayu. Filem ini juga tak include fakta bahawa bini Tun Razak dan bini Tun Hussein Onn adalah adik beradik,mungkin ini adalah sebab dia memilih Hussein Onn sebagai ganti dia. Budaya ini sudah satu tradisi sekarang dalam UMNO.Ah Jib Gor pun sekarang nak pass jawatan PM kepada Hushamuddin satu hari nanti,Pak Lah kepada KJ. Bagi golongan ahli UMNO yang mana mak pak depa orang biasa aje jangan harap nak bau jawatan PM.

    Dengan kebodohan Ah Jib Gor ini saya fikir selepas PRU14 yang akan datang kita akan jadi bangsat di negeri sendiri. Ah Jib Gor terlalu sangat sayang orang cina sampai bagi tanglung kepada mereka sempurna mereka menyabut pesta bulan.

  • jasa
    August 30th, 2013 at 10:04 AM

    Memang dah agak dah pas menonton filem ini pasti kebencian org melayu meningkat… Gara-gara filem yang tidak pasti kesahihan 100% nya telah merosakkan perpaduan. Saya pasti tidak lama lagi pasti berulang peristiwa 13 Mei tapi kali ini pastinya bermula dari bangsa Melayu itu sendiri. Kita tunggu dan lihat je

  • puteratahan
    August 30th, 2013 at 10:35 AM

    Setujuuuu sgt komen alfie. Dah lama terfikir hal ini. Nampaknya jawatan PM akan jadi terlalu eksklusif kepada golongan bangsawan dari keturunan yang sama!!

    Dalam hal tertentu aku nampak Muhyiddin dan Mukriz merupakan alternatif bg menyelamatkan bangsa melayu sekarang!

  • Jambol
    August 30th, 2013 at 1:21 PM

    Pandangan yang dikemukakan oleh Alfie dan Puteratahan adalah tepat dan mencerminkan pendapat sebilangan besar masyarakat pengundi, terutamanya yang menyokong UMNO. Jika Najib belum lagi sedar dan mengambil langkah-langkah yang tegas dan berani, kehancuran UMNO sudah bermula.

    Seruan kami ialah jagalah hati dan kehendak penyokong-penyokong tegar kamu. Mereka bukan mahukan wang ringgit kamu, tetapi mereka mahu kamu menjaga masa depan anak cucu mereka.

    Paling penting, pihak pemerintah perlu sedar yang mereka sedang diperbodohkan.

    Ingat pepatah ” Buat baik berpada-pada”, “Ada ubi ada batas …..”.

  • Hamba Ar Rahman
    September 1st, 2013 at 2:00 PM

    Aku tak setuju dengan pendapat kamu ni…orang Melayu kita ni susah sangat nak bangkit….(kecuali bila terdesak macam 13 May….kalau tanya orang2 dulu…semua tahu punca 13 MAy…dan apa yg kamu tonton dalam Tanda Putera itu memang sejarah…pergi gali cerita2 ni dari orang2 lama di Kampung baru..dan geng2 silat selendang merah di Kelang dan lain2…..) orang melayu kita ni terlalu tinggi dengan sikap toleransi dan penyabarnya…buktinya…setelah 56 tahun merdeka…bangsa lain makin maju…bangsa melayu makin ketinggalan…tapi aku setuju melayu ini semangatnya tinggi dan berkobar2…contohnya bila bagi ceramah cakap nya berdegar2 penuh semangat…..tapi bila disuruh bangkit dan mempertahan hak….masing2 jadi lemau….mereka hanya berani dan sanggup berguling2 jika disupport bangsa lain…(contoh…PAS berguling sebb di support DAP di belakang..)….hakikatnya…apa pun yg berlaku…melayu bertambah lemah…dan paling sedih…melayu sudah tiada taring dan tak mampu buat apa2….kempen BCL aku rasa macam tak dak kesan….di mana2 pasaraya dan kedai2 Cina….terutama di kiosk2 henfon…customer memang masih ramai melayu…….

  • Hamba Ar Rahman
    September 1st, 2013 at 2:05 PM

    Paling penting…ianya bukanlah kehancuran Umno…tetapi kehancuran melayu secara keseluruhan….PKR terlalu goyang dan kelihatan tidak mampu membawa wadah bangsa melayu..PAS pula walaupun ikatan ukhuwwah ahlinya cukup kuat….tetapi kekuatan mereka hanya di dalam…bila berada dalam kolompok luar (selain PAS..contoh bila berada bersama PKR dan DAP)…PAS menjadi rapuh….walaupun menggunakan ISlam sebagai wadah….tetapi ia tetap tidak dapat meyakinkan sebilangan kelompok melayu yang masih terus mahukan agenda melayu dan perjuangan melayu diteruskan….jadi kita tidak ada pilihan kecuali Umno….tetapi jika Umno sendiri sudah lemah…maka tiada lagi kuasa melayu yg relevan yg akan survive….

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.