Menu Utama

August, 2013

 

Lelaki 8 rekod jenayah maut ditembak di kuil di Gelang Patah

KOTA TINGGI 31 Ogos – Seorang lelaki yang memiliki lapan rekod jenayah mati ditembak ketika sedang melakukan ritual di sebuah kuil di Taman Nusantara, dekat Gelang Patah, Johor Bahru, malam tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, mangsa, K.Jaganathan, 37, berada di dalam kuil itu bersama isteri dan anaknya sebelum ditembak dari jarak dekat dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam. “Dipercayai suspek merupakan dua lelaki bermotosikal dengan seorang daripadanya memasuki kuil itu lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa. Kedua-duanya kemudian melarikan diri bersama kenderaan itu,”Baca Lagi


Maruah Islam di Pulau Pinang

Oleh Nur Azlina Shaari Tidak habis-habis dengan isu agama Islam dihina dan ia seolah-olah menjadi satu tradisi buat bangsa lain memandang rendah kesucian agama Islam. Malah, tidak ada langsung rasa hormat-menghormati kepada agama lain walhal tinggal di dalam negara yang berbilang bangsa, kaum dan agama. Kalau dahulu, kita dikejutkan dengan kisah pasangan blogger seks, Alvin dan Vivian yang mencemari kesucian bulan Ramadhan. Seterusnya, ia telah mengguris hati setiap umat Islam yang baru sahaja menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Kali ini, ia dicetuskan pula di negeri di bawah pemerintahan Lim Guan Eng,Baca Lagi


Tanda Putera: “Diarah” & “Dinasihatkan” Pun Guan Eng Tak Faham

ITULAH, bila kita kata sekolah vernakular ni hanya memecah belahkan perpaduan kaum, lahanat tegar macam Guan Eng ini akan kata sebaliknya.  Sekarang ini bila dia sendiri jadi Ketua Menteri yang terlibat dengan pengeluaran arahan-arahan rasmi yang perlu dijalankan pegawai bawahan, tatacara guna bahasa yang betul pun dia boleh tak faham. Tapi taknak mengaku rasis, sebaliknya nasionalis dan apa jadah yang lain. Agaknya apakah penjelasan Guan Eng bila dia kata nasihat, tapi surat yang dikeluarkan kepada semua pemilik panggung wayang secara jelas mengarahkan supaya filem Tanda Putera tidak ditayangkan di premis masing-masing?  Siap ada indikasi lesen akan ditarik balik kalau arahan tersebut tidak dipatuhi. Sebab itu pada para pertama surat berkenaanBaca Lagi


Pakatan Rakyat Samseng


Haramkan Tanda Putera Adalah Kerja Bodoh

Tanda Putera merupakan satu filem sejarah yang perlu dihargai oleh setiap pihak. Namun begitu ada sesetengah pihak yang menyifatkan Tanda Putera sebuah analogi politik bagi sesuatu parti. Sedangkan apa yang dipaparkan oleh filem itu hanyalah persahabatan akrab dua pemimpin lagenda Malaysia, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail. Hanya yang menjadi kontroversi adalah tragedi rusuhan 13 May 1969 yang dijadikan latar belakang kepada filem tersebut. Pengarahnya Datuk Shuhaimi Baba telah menyatakan bahawa filem yang dihasilkan oleh beliau bukanlah berniat atau berunsur politik. Ia hanyalah sebuah filem yang digarap dari sejarahBaca Lagi


Geng 04 Dan Geng 08 Paling Bahaya Dan Aktif – KDN

PUTRAJAYA, 29 Ogos — Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan Geng 04 dan Geng 08 yang didalangi kaum India merupakan kumpulan kongsi gelap paling aktif dan bahaya daripada 49 kumpulan kongsi gelap di negara ini. Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata Geng 04 yang mempunyai 5,440 ahli aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur dalam pengedaran dadah, tarik kereta, jaga tempat meletak kereta, bouncer (penjaga kelab malam), pungut wang perlindungan dan melakukan jenayah menggunakan senjata api dan senjata tajam. “Manakala Geng 08 ditubuhkan sejak tahunBaca Lagi


Senarai 49 kongsi gelap dengan 40,313 ahli diumum

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH PUTRAJAYA 29 Ogos – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan senarai 49 kongsi gelap yang mempunyai keanggotaan seramai 40,313 ahli dan aktif beroperasi di seluruh negara. Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, antara senarai kongsi gelap tersebut ialah Geng 007, Tiga Line dan Geng 30 yang majoritinya dianggotai oleh kaum Melayu. Katanya, bagi kebanyakan kaum India pula menganggotai Geng 04, Geng 21, Geng 24, Geng 08, Geng 18, Geng 35, Geng 36, Geng 303 dan Geng Satu Hari. “Kaum Cina di SemenanjungBaca Lagi


Bila 9 ADUN PAS Bantah Rang Undang-Undang Anti-Syiah Di Kedah…

Saya sangat tertarik untuk mengulas mengenai proses pengundian Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang berlangsung pada hari terakhir sidang DUN Kedah baru-baru ini. Menurut sumber, rang undang-undang tersebut adalah berkaitan mengenai penularan fahaman Syiah di mana satu enakmen perlu digubal bagi mencegahnya dari mempengaruhi umat Islam di negeri jelapang padi ini. Apa yang mengejutkan saya, hasil pengundian itu menunjukkan seramai 21 ADUN BN menyokong rang undang-undang jenayah syariah itu, manakala 9 ADUN PAS membantah, 4 ADUN berkecuali dan 2 ADUN pembangkang memilih untuk tidak mengundi. Nah!Baca Lagi


Padanlah Pemimpin PAS Kedah Sendiri Menyampah Pada Mahfuz…

Kalau kita labelkan dia sebagai “bodoh”, ramai pula pak-pak lebai PAS yang meroyan sakan marahkan kita mengutuk pemimpin mereka. Walhal kita bukan berniat untuk mengutuk dan hanya cuba zahirkan sifat jelas ada pada pemimpin mereka, itu saja. Salahkah? Memang Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar, begitu terkenal dengan kekurangannya yang tidak memiliki IQ yang tinggi dan suka mempamerkan kedunguannya di media. Kita kasihan padanya dan sebab itulah kita mahu memberitahu tentang sifat bodohnya supaya dapat diubah! Terbaru, Mahfuz buat hal lagi. Mungkin lidahnya jadi keras dan kelu jika tidak keluarkan kenyataanBaca Lagi


Islam Dicabar Secara Halus Sebelum Diserang

Kerakusan pihak pembangkang untuk menukar agama Islam sebagai agama rasmi  negara akhirnya membawa padah. Pihak pembangkang cuba untuk menguji kesabaran dan ketulenan  umat Islam Negara dengan mencabar dan menghina kesucian Islam dalam berbagai cara.   Mereka cukup kecewa kerana di dalam Perlembagaan Negara telah termaktub bahawa Islam merupakan agama rasmi Malaysia. Namun keberanian mereka untuk menghina dan mencabar kesucian Islam ini telah didorong oleh sokongan dan kepatuhan walaupun secara terpaksa oleh PAS dan PKR.   Didalam beberapa insiden yang melibatkan maruah Islam, mereka dapat melihat bahawa PAS dan PKR telahBaca Lagi