Menu Utama

Zahid Jawab Peguam Negara – 90% jenayah berat dilakukan bekas tahanan Ordinan Darurat

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tampil menafikan kenyataan Peguam Negara bahawa tiada bukti bekas tahanan Ordinan Darurat terbabit dalam jenayah berat.

Menurut Zahid Sebanyak 90 peratus kejadian jenayah berat kebelakangan ini terutama kes bunuh dilakukan bekas tahanan penjara Simpang Renggam yang dibebaskan daripada tahanan Ordinan Darurat.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak termasuk Jabatan Peguam Negara memahami permasalahan polis yang disifatkan beliau sebagai ‘tidak bergigi’ selepas ordinan itu dihapuskan.

Katanya, polis menghormati transformasi undang-undang tetapi Jabatan Peguam Negara juga tidak seharusnya melihat kepada aspek perundangan semata-mata sehingga terlepas pandang kaedah membanteras jenayah.

Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap akta baharu yang bakal menggantikan Ordinan Darurat kelak perlu mempunyai unsur menyamai ordinan itu sekalipun tiada penangkapan pencegahan.

“Lihat aspek bagaimana masyarakat keseluruhan harus dijaga, bagaimana jenayah perlu dibanteras dan bagaimana ‘kuman’ harus dibuang kerana tidak semua perlakuan jenayah ini ada saksi, tetapi polis dan masyarakat tahu siapa suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama penagih yang sedang menjalani proses pemulihan serta anak-anak yatim di Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini malam ini.

Dalam majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada rumah perlindungan wanita iaitu Teratak Arfidah selain sumbangan kepada para penagih dan anak-anak yatim.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika mengulas perkembangan akta baharu bagi menggantikan Ordinan Darurat berkata, beliau tidak menyokong sebarang pembentukan undang-undang yang membenarkan penahanan untuk pencegahan (preventive detention).

Mengenai desakan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming supaya beliau meminta maaf kepada Dewan Rakyat berhubung jawapannya mengenai Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), Ahmad Zahid berkata, perkara itu tidak perlu.

“Suruh dia baca jawapan saya yang terkandung dalam hansard Dewan Rakyat betul-betul. Kalau dia faham bahasa Melayu, saya tak perlu minta maaf sebaliknya dia yang sepatutnya meminta maaf,” katanya.

Menyentuh mengenai AADK pula, beliau berkata, sebuah pusat pemulihan berbayar akan dibangunkan sebagai pelengkap kepada pusat rawatan sedia ada bagi merawat penagih tegar yang masih mempunyai peluang disembuhkan.

“Pusat pemulihan sebegini sudah dibuat pihak swasta tetapi tidak mencukupi. Saya harap masyarakat menyambut baik langkah proaktif ini kerana berkonsep terbuka iaitu kita tidak menahan penagih tetapi mereka sendiri yang datang,” katanya.

MYKMU.NET/UTUSAN






28 Komen to Zahid Jawab Peguam Negara – 90% jenayah berat dilakukan bekas tahanan Ordinan Darurat

  1. KuntaKinte Malaysia says:

    Sudah tiba masanya AG bersara

    • WTF says:

      AG ni kuat TIDO…

    • premraj says:

      saya setuju dengan kenyataan yang berhormat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi….hampir 90 peratus berlaku dari bekas tahanan…dulu pihak polis bertungkus lumus tangkap sana tangkap sini gengster2 dan dulu penjenayah takut dengan pihak polis tetapi zaman berubah kini pihak polis perlu melayan seorang penjenayah seperti,raja,demi keamanan negara kita perlu ada undang2 seperti Ordinan Darurat,jika ada undang-undang seperti itu sedikit sebayak dapat mengurangkan jenayah……..

  2. zammir says:

    Telur ag dh kena pegang dgn pr. mgkin dia takut video trlampau trlepas ni..perut pn knyang makan rasuah..Klu berlaku sesuatu yg buruk kat keluarga dia pn apa adahal katanya..blh kawin lh..manusia yg tkda perasaan..

    • alfie says:

      Setuju sangat dengan ko punya opinion. Kalau dah sampai lebih pada 60kali kes Anwar ditunda sampai nak masuk 3 tahun baru jalan,kerajaan patut dah suspek AG ini gunting dalam lipatan. Kalau tak salah timbalan AG pun dah berhenti dari jadi peguam Anwar pulak. Walau pun dia dah berhenti kerja gerenti anak2 buah dia dalam pejabat AG duk bocoh rahsia kerajaan.

  3. Schutz Staffeln says:

    pasai dia kuat tidoq tu, jd bingai bukan tau apa2 pown…ganti jer AG nie pada orang laen…lama sangat dok kt kerusi AG tu…pi bersara , bagi tempat tu kat org laen merasa plak

  4. alfie says:

    AG Patail ni orang putih kata hanya ‘pencil pusher’ aje,yang mansuhkan undang2 ini adakah Ah Jib Gor. Ada kah Zahid ini durhaka dengan mengatakan undang2 ini tak patut di mansuhkan,undang2 yang Ah Jib Gor hapuskan? Itu lah macam Dr M dah kata ‘rumah ada bumbung di buangkan kemudian cari payung untuk berteduh’.Se tiap hari kita boleh nampak kebodohan Ah Jib ini.

    • azman fi says:

      Yg aku nmpk setiap hari semangkin bodoh adalah org yg tak faham2 dgn apa yang berlaku,pemansuhan ini adalah perlu,tetapi selepas itu dimana ada keperluan untuk dipinda maka ianya perlu dipinda kearah kebaikan.Bagi kita yg waras yg sepatutnya boleh berfikir secara biasa,jika banduan diampunkan dan dibebaskan,ada patutnya dia insaf dan bertaubat,tetapi yg berlaku disebalik nya.Jadi boleh ke dipersalahkan kepada DS najib yg mempunyai nilai moral yg tinggi ? Atas pengampunan DYMMA ? Maka dianya dibebaskan.Tahukah kamu yg Pktn Hrm Pmbkg mati akal,bila DS Najib memangsuhkannya ? Kalau tidak dgn langkah bijak DS Najib,kamu akan boleh lihat Demonstrasi jalanan akan dilakukan setiap hari Oleh Pemimpin jalanan Anwar Ibrahim… Inilah pemimpin yg bijak berstratigek.

      • reds says:

        biar laa dier bro….negara demokrasi…. walaupon gua x setuju dengan dier…. kalo x mansuhkan dulu..besar kemungkinan bn kalah pru lepas….

      • alfie says:

        Saya fikir you salah taksir Bro., ….Pktn Hrm Pembkg mati akal,bila DS Najib memangsuhkannya. Tujuan DS Ah Jib Gor buat strategy ini sebelum PRU dia tak nak pengundi Cina sokong Pembangkang kerana dia akan kalah PRU13. Tapi saudara azaman fi, semua orang cina tetap juga sokong PK hampir 100% mereka. Bermakna kalau tak di mansuhkan, dengan undi orang melayu pun dia boleh menang. Cuba fikir!!!

        • azman fi says:

          Itu hanya persepsi lu bro,hakikatnya tidak,sokongan org cina memang sudah kearah pmbkg sejak PRU12 lagi.DS Najib berkerja untuk semua rakyat,dia bukan hanya perlukan pengundi cina,tetapi semua kaum.Pengundi cina juga dilayan, apa yg BN boleh harap diberikan mandat, tetapi akibat bermain wayang,depan lain belakang lain akhirnya kita nampak warna Cina sebenarnya,kita nmpk skrg org cina ada keinginan dan akan bersatu utk mendptkan kuasa, memerintah Tanah Melayu.Yg kau tafsir DS Najib akan kalah PRU13 pun ternyata kau hanya perasan,kau perasan Pmbkg Kuat hakikatnya kalau tak peduli pada pengundi cina pun,BN masih menang.Pasal pemangsuhan langsung tak da mengena dgn soal kaum,ini undang2 negara bukan undang2 kaum,apa sebab kau hanya ingat org cina saja yg mahu akta ini saja dihapuskan,jgn kau prajudis dlm soal ini.Pmbkg lah yg paling suka bermain dgn isu ini,ISA,Darurat,hak asasi dan mcm2 kelentong lagi.Tak Adil dakwanya,zalimlah dan bermcm2 mitos dan gebang dgn sepanduk.Selepas tu memang terdiam menganga lopong dgn keputusan mangsuh.Tapi skrg kau nak salah kan DS najib ?Hehe Lucu lucu.Utk pengetahuan kau bro, Org Melayu menyokong UMNO/BN bukan kerana pasal mangsuh ke tak? Pasal Agama Bangsa dan Tanah Air.FOKUS.

          • dotdot says:

            wa setuju gan lu bos,,budak alfie ni x habis nk salah kn najib,,,aku pun heran la,,apa pn najib gak salah,,wa suruh dia g buat apointment jumpa najib xnk plak,,

          • alfie says:

            Orang putih kata “if its not broken,dont fix it!!!! Fokus punya fokus sampai demand pembangkang pun di ikut macam pakai dakwat masa undi,last sekali makan diri kerana pembangkang masih tuduh mereka kena tipu juga. Apa lu cakap bro, sokongan BN dah jatuh kepada hanya 49% aje kalau tak sebab ‘gerrymandering’ kita dah kalah bro. Calun cina macam Teresa COck menang sampai majority 50000 undi.

            Hari bila orang cina sedar mereka sama naik darjat dengan kita,mereka akan bersikap kurang ajar. Siapa juga yang bagi muka kepada mereka dengan konsep 1Malaysia,kempen pakai nama cina Ah Jib Gor,PM for all,duduk semeja dengan Dong Zong semasa Tahun Baru Cina,mereka ni cuma hormat ‘power’ and wealth aje. Sejarah orang melayu tuan tanah di Malaya mereka tak perduli lagi. Kalau Singapore dahulu kepunyaan orang melayu boleh jadi milek orang cina sekarang,nothing is impossible bagi DAP ini. Dengan pembelot melayu Anwar Ibrahim menolong mereka objective mereka boleh jadi reality. Dan perjanjian gentlemen Ah Jib Gor and Anwar yang di saksi oleh Jusuf Kalla bila aku dapat tahu Ah Jib Gor akan serah dengan baik kepada Anwar jika dia kalah was a letdown. Aku dah sanggup mati jika tali barut Amerika ni ambil alih negeri ini kalau jadi darurat.Takkan dia tak tahu Anwar ini kaki bohong,kes macam kena inject AIDS,arsenic poison,lumpuh,dll hanya ORANG BODOH buat janji dengan kaki BOHONG. Ah Jib Gor is hardworking,kind hearted but not a clever PM,sorry to lah Bro,harap lu jangan sedih!!!

          • alfie says:

            Apa lah dotdot cakap bro,kalau nak jumpa menteri nak dapat appointment dan surat sokongan kalau tak jolok $5 atau $10k kepada orang keliling dia,appointment tak jadi Bro. Siapa lah aku ni melayu kucing kurap aje nak dia jumpa aku,tapi kalau dotdot boleh arrange In shaa Allah,gua datang bro. Besar hati aku kalau dapat bercerita dgn Ah Jib tapi buat masa ni web MYKU aje lah channel aku untuk memberi pendapat Bro. Lu orang lain lah pakai kereta Harriet dan Perdana dengan cermin hitam,baju linen putih,cincin batu zamrut di jari2 kamu,talipon canggih yang tokey cina bagi supaya boleh update mereka mana2 tempat Menteri pergi.

          • luvmy says:

            Sorry la alfie, menulis pendapat biar bertapis. Kdg2 kita kena berfikir b4 menghentam. Bila kita tulis sesuatu..mesti & WAJIB ada 1 pihak suka n 1 pihak x suka. Sama juga keputusan PM..rsanya PM cuba bertindak secara professional. Btul la tu, klu Najib kalah, kena la dia bg pd yg menang..dh rakyat sokong..nk bt lagu mana. X kan nk berdemo jgk kot. Sapa kata ‘if its not broken, don’t fix it??’ Klu dh rmai sgt dok complain..there’s something broken la..then HOW u fix it..that’s matter.

  5. jagungmentah says:

    Melayu harus tegas! Tiada lagi sikap lebih kurang! Zahid harus dicontohi oleh pemimpin UMNO yg lain! Kalau tak kadok naik junjung lah jawabnya!

  6. raplahjingaa says:

    Ghani Patail sudah sampai masa harus di tong sampahkan…lagi cepat, lagi baik !

  7. melayu62 says:

    setuju sangat sangat si gani matakail ni dibakul sampahkan seberapa segera…………??????

  8. Anak Lenggong says:

    Apa yang pasti AG ni banyak berkhiblatkan kepada puak PR..lihat sahaja tindakan pendakwaan dan ulasan nya yang cepat terhadap puak kerajaan tetapi tiada sebarang tindakan dan pendakwaan dilakukan terhadap pihak PR…maybe selepas pencen nanti dia akan menunjukkan telur jantan dia yang sebenar…tunggu dan lihatlah arah mana dia akan pergi selepas pencen..silap haribulan dia pun akan ikut bertanding sebagai calun kut….kesian Najid..punya menteri dan Ketua Polis yang tegas dan berani tetapi punyai peguam negara yang terlalu lemah…yang menjadi mangsa keadaan adalah Najib sendiri..

  9. norazul says:

    Dah sampai masanya AG di ganti..kalau terlalu lama dan tak tahu buat kerja gantilah orang yang lebih berkaliber untuk menjalankan tugas AG ,,,

  10. anakbochek says:

    Kudos to Zahid yang berani untuk menafikan kenyataan AG. Apa yang AG tahu? AG bukannya “man on the ground”. Zahid dan PDRM lebih tahu tentang keadaan sebenar jenayah di Malaysia. AG should keep his mouth shut.

  11. Adik Senyum says:

    Terbaik datuk sri kami sokong, DS mmg trbaik..

  12. […] Zahid Jawab Peguam Negara – 90% jenayah berat dilakukan bekas tahanan Ordinan Darurat 2. Peguam Negara Mahu Halang Polisi Kerajaan dan Kata Menteri […]

  13. […] Berkaitan 1. Zahid Jawab Peguam Negara – 90% jenayah berat dilakukan bekas tahanan Ordinan Darurat 2. Peguam Negara Mahu Halang Polisi Kerajaan dan Kata Menteri […]

Leave a Reply

Threesome