Menu Utama

Surat Dakwa Gelombang Kedua Penceroboh Tidak Benar – Polis Sabah

SANDAKAN, 26 Julai — Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib Jumaat mengulangi penegasannya bahawa surat yang mendakwa ada gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu ke Sabah bulan depan adalah tidak benar.

Sehubungan itu beliau meminta rakyat di Sabah agar tidak bimbang kerana pada masa yang sama pasukan keselamatan tetap mempertingkatkan kawalan.

“Elakkan menyebarkan khabar angin hingga boleh menakutkan penduduk negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan di sini, hari ini.

Beliau berkata polis masih menyiasat mengenai surat itu yang dikatakan dihantar oleh pengganas dari selatan Filipina.

Surat bertarikh 3 Julai itu yang ditandatangani oleh ‘Komando Militan’ bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan, memberi amaran mereka mahu memulakan perang di daerah itu pada Ogos ini sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Mac lepas.

Dalam pada itu Hamza turut meminta orang ramai, khususnya pemimpin masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas kepada pihak keselamatan.

— BERNAMA






4 Komen to Surat Dakwa Gelombang Kedua Penceroboh Tidak Benar – Polis Sabah

  1. baba says:

    kalau benar pun apa yang perlu ditakutkan. sudah tentu pihak tentera dan polis kita bersedia utk “menerima” pengganas2 tersebut. yakinilah pihak keselamatan kita.

  2. alimedanbaru says:

    Hal pengganas Sulu ni aku percaya dah tamat. Yg tak tamatnya perbicaraan pendurhaka yg ada nama dan pangkat yg entah apa lagi yg nak sisemak oleh Peguam Negara. Kalau setakad Koperal kat Lahad Datu tu diusung keluar masuk mahkamah hanya kes ‘beri info ,sembunyi info’, rakyat tak terlior nak tahu. Yang kami mahu segera dakwa PENDURHAKA YG BERPROFILE TINGGI..

  3. Tubir says:

    Mahu percaya atau tidak tentang kebenaran ancaman itu adalah hak kerajaan dan tiada siapa boleh menidaknya ……Cuma jangan dipandang ringan tentang ancaman ini.berpandukan dari apa yang pernah berlaku dilahad datu dulu ,wajib pihak yang berkuasa menilai tahap risikan dan menganalisa maklumat dan sumber maklumat yang diterima ……..Sebagai rayaat yang sayangkan negara ini saya tidak mahu apa yang berlaku dilahad datu berulang kerana kelemahan pihak tertentu .
    kita terpaksa membayar harga yang tinggi.Walaupun pada saya insiden dilahad datu ini agak pelik dan tersendiri .Yang paling penting sejauh mana kita belajar dari insident tersebut.Ingatlah diutara tanahair kita ada satu ancaman yang sedang menanti jika kita alpa dan jika ianya terjadi kesanya akan lebih buruk lagi .Ingat kata orang orang tua buat baik berpada pada ………

  4. raplahjingaa says:

    Asset berteknologi tinggi ATM hendaklah di bawa masuk ke Sabah dalam menangani pencerobohan sebegini.
    System radar Doppler, Night vision bino, Unmanned ARV dan sebagainya,tak lah askar kita berperang macam zaman dulu-dulu, bila malam jer semua opaerasi di hentikan sebab dah gelap !

    Kita harus tegas, kata dua harus di beri kepada kerajaan Filipina, hadapkan Kiram di mahkamah, pasukan keselamatan kita bukan sedikit yang gugur, berapa ramai anak menjadi yatim, hilang kasih sayang seorang ayah, jangan pandang ringan kesengsaraan mereka, keadilan mesti di tegakkan.

    Jangan peduli apa pembangkang kata, kerana tak kan ada yang baik akan keluar dari mulut mereka, ambil serious pendapat rakyaat..kerana kerajaan bekerja untuk rakyaat dan bukan sebaliknya.

Leave a Reply