Menu Utama

Selepas Pertikai Menteri KDN, Peguam Negara ‘Lari’ Dari Kes Saiful Bukhari

Oleh Suffian Ahmad

Hari ini negara dikejutkan dengan tindakan Peguam Negara membuat penyumberan luar (outsourcing) kerja pendakwaan kepada Datuk Seri Shafee Abdullah. Datuk Seri Shafee dilantik sebagai Peguamcara bagi kes rayuan menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliat Saiful Bukhari.

Adalah tidak salah untuk Peguam Negara melantik mana-mana peguam yang beliau rasakan mempunyai kemampuan dan kaliber membantu pejabat Peguam Negara mencari keadilan. Selalunya, peguam luar dipanggil apabila Pejabat Peguam Negara merasakan ada konflik kepentingan pejabat tersebut dengan kes yang dibicarakan. Boleh juga peguam luar diminta mewakili Peguam Negara jika peguam negara merasakan pejabatnya tiada kepakaran.

Malangnya, dalam hal ini, tidak ada asas kepada kedua-dua perkara tersebut. Apakah sebab Shafee Abdullah dipanggil di peringkat akhir rayuan. Jika benar Pejabat Peguam Negara tidak mempunyai kepakaran, ia sepatutnya dipanggil berbuat demikian sejak awal lagi.

Apa yang tampak sejak kebelakangan ini Peguam Negara cuba mengelakkan kes-kes kontroversi yang membabitkan Pakatan Rakyat tetapi garang sekali bila membabitkan orang politik Barisan Nasional. Lihat sahaja kes Peguam Negara menyanggah Menteri Dalam Negeri secara membuta tuli hanya untuk menari dengan lenggok Pakatan yang mendesak pemansuhan Ordinan Darurat dan Akta Hasutan. [Baca: Zahid Jawab Peguam Negara – 90% jenayah berat dilakukan bekas tahanan Ordinan Darurat

Selepas mengatakan Menteri Dalam Negeri berbohong, Peguam Negara “melarikan diri” pula dari kes liwat Saiful Bukhari. Apa makna semua ini? Adakah Peguam Negara sedang mahu mencari kemaafan Anwar Ibrahim kerana mendakwa beliau dalam kes liwat dahulu? Adakah Peguam Negara bimbang Anwar menjadi Perdana Menteri dalam pilihan raya akan datang, lalu mencari jalan merapati Pakatan bagi menyelamatkan dirinya?

Peguam Negara Malaysia perlu bertindak mengikut aspirasi rakyat Malaysia yang mahukan negara yang aman dan sejahtera, bukannya hanya bertindak mengikut kemahuan personal atau politik mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan kredibiliti institusi tersebut.

Jabatan Peguam Negara bukan milik Tan Sri Abdul Ghani Patail, Najib Razak ataupun Anwar Ibrahim. Sekiranya satu kesalahan dilakukan dengan jelas, maka tindakan peguam negara haruslah bertepatan dan cekap, agar keyakinan negara kepada institusi itu dapat dikembalikan.

Jabatan Peguam Negara wajib “membutakan” mata mereka dengan senario politik yang sedang berlaku di dalam negara. Tidak kira siapa pun yang mempunyai kepentingan, jabatan tersebut perlulah bertindak secara adil. Dalam mencari keadilan ini, hak semua pihak harus diambil kira, walaupun pihak itu mempunyai masalah personal dengan ketua mereka Tan Sri Abdul Ghani Patail.

Kami sebagai rakyat faham akan kesukaran prosedur pembuktian di mahkamah. Sekiranya terdapat mana-mana pihak di dalam Jabatan Peguam Negara sendiri yang merasakan tugas mereka terlalu sukar, maka, silalah letak jawatan dan berikan kepada mereka yang benar-benar layak untuk bertugas demi menjaga kedaulatan undang-undang negara ini.

Dari sudut sosio-politik negara pula, kebaculan jabatan ini jelas terserlah apabila keputusan tidak ambil kisah dipilih oleh jabatan ini. Dari kesalahan perhimpunan haram, sehinggalah kesalahan jenayah yang melibatkan tokoh-tokoh tertentu, jelas sikap pilih kasih dilaksanakan oleh pihak peguam negara sehingga menafikan keadilan kepada individu tersebut. Yang peliknya sikap pilih kasih ini adalah melebihkan pihak pembangkang berbanding individu yang berkait rapat dengan Barisan Nasional.

Contoh yang kekal dalam ingatan setiap rakyat Malaysia adalah perhimpunan haram yang melibatkan penyokong kerajaan dan penyokong pembangkang. Kita dapat lihat, pihak pendakwa raya lebih memihak kepada pihak pro pembangkang daripada mereka yang pro kerajaan ataupun pihak bebas yang menentang pro pembangkang.

Masih lagi segar diingatan apabila 16 pemuda dari Shah Alam yang mengadakan demonstrasi membantah pembinaan kuil di
hadapkan di mahkamah dan dikenakan tindakan. Walaupun tiada sebarang kekecohan yang berlaku di dalam perhimpunan “haram” yang mereka terlibat. Perhimpunan mereka jalankan hanya berlangsung tidak lebih dari 2 jam.

Dan bukan semua mereka penyokong kerajaan, cuma mereka menentang kedegilan kerajaan negeri yang diperintah oleh pihak pembangkang. Di dalam perhimpunan Bersih pula, kekecohan berlaku di seluruh Kuala Lumpur, kereta polis diterbalikkan dan anggota polis diserang secara fizikal oleh penyokong pembangkang. Sudah lebih tiga kali himpunan Bersih dan ala Bersih diadakan, barulah pendakwaan dilakukan. Bukankah ini dikira sebagai pilih kasih?

Itu belum lagi sabitan kesalahan bagi tokoh-tokoh tertentu yang dikaitkan dengan pihak pembangkang atau kerajaan. Tidak perlu dinyatakan disini tetapi, tokoh pembangkang nampaknya boleh bersuka ria apabila mereka dihadapkan ke mahkamah. Ini kerana mereka tahu, dengan kekuatan pasukan perundangan mereka dan kelemahan para timbalan pendakwa raya, mereka pasti dapat melepaskan diri. Akhirnya, pihak pendakwaan mengigit jari. Buat penat sahaja mengusung fail sana sini, sebelum perbicaraan pun sudah tahu keputusannya macam mana.

Memang benar keputusan dibuat oleh pihak mahkamah, namun melihat pihak pendakwaan yang terlalu layu apabila berdepan dengan saksi dan peguam bela, kita mula berfikir, adakah mereka benar-benar lembap ataupun kes begini dilayan dengan hanya melepaskan batuk di tangga? Lain pula dengan kes-kes yang melibatkan tokoh-tokoh yang dikaitkan dengan pihak kerajaan. Bagai anjing gila mereka mengejar, mengorek dan mengoyakkan tertuduh di dalam kamar mahkamah. Apakah sikap pilih kasih ini berlaku secara kebetulan atau sememangnya sengaja. Ataupun ada pihak di dalam jabatan tersebut yang mempunyai “personal vendetta” terhadap tokoh-tokoh yang dikaitkan dengan kerajaan ini?

Dari pengamatan beberapa pihak, boleh dikatakan pejabat peguam negara sedang berhati-hati dalam bertindak kerana mungkin “big boss” mereka takut akan nasibnya apabila kerajaan yang sedia ada akan tumbang. Mungkin juga beliau telah dijanjikan sesuatu oleh seseorang berkenaan dengan nasib beliau. Ada juga yang berpendapat bahawa, tindakan jabatan ini dipengaruhi oleh “big boss” mereka yang terlalu asyik menganalisis senario politik negara. Kesimpulannya, kedayusan jabatan ini ada puncanya dan penulis dapat rasakan, punca itu akan terdedah dengan sendirinya tidak lama lagi.

Walau apa pun, tahniah diucapkan kepada Jabatan Peguam Negara kerana mengambil tindakan yang cepat dan tegas kepada pasangan Alvin dan Vivian, itu pun hanya berlaku apabila DAP dan konco-konco Pakatan Rakyat memberi anggukan setuju kepada “boss” jabatan tersebut.

Banyak betul lembu-lembu yang dicucuk hidung di dalam jabatan kerajaan sekarang. Namun lebih banyak lagi yang diikat dengan tali yang terlalu panjang. Sehinggakan tuan punya lembu pun tidak kelihatan.






13 Komen to Selepas Pertikai Menteri KDN, Peguam Negara ‘Lari’ Dari Kes Saiful Bukhari

  1. kukukambing says:

    Dah banyak pendedahan dan bukti ditunjukkan bahawa AG sial harami Gani empat Tail ni Barua pakatan
    tapi yang menghairankan Kerajaan satu
    Malaysia ni terus terusan masih menyimpan PARASIT DAN PELESIT haramjadah ni lagi .Tak faham betul aku.

    • WTF says:

      Apalah rahsia Najib dipegang Ghani Patail sampai jadi begini?

      Ker rahsia Ghani Patail disimpan oleh puak2 pembangkang?

      Ingat Ghani Patail, ingat Ho Hup…

  2. alfie says:

    Apa pun belum apa apa lagi kes ni dah mula di TUNDA lagi pada 1 ogos.

    Jerebu pun dah mai balik, tiap tiap problem yang sama.

    Harga ayam pun naik tiap tiap tahun,problem yang sama,menteri pulak kata makan sardin aje. Kalau ikut logik masaalah jerebu menteri akan kata’apa susah jangan tarik nafas lah’.

    Ah Jib Gor 1Malaysia=Islam hadari Pak Lah.

  3. raplahjingaa says:

    Ghani patail ni dah jadi semak !! berserabut tak ketahuan punca. Aku hairan apadal Najib masih simpan biawak hidup macam si Ghani ni…hes good for nothing !! melainkan Najib pun satu species macam si Ghani ni…mengabihkan boreh !!

  4. alimedanbaru says:

    Ghani Patail ni style kerja macam mahkamah syariah, hingga banyak kes tetangguh tak keruan, macam perempuan ‘digantung tak bertali’. Aku perhatikan kalau orang Melayu dan orang kerajaan bukan main macam kilat dia buat kerja, kalau libatkan selain Melayu dan puak pakatan, hingga kita naik lupa kes-kes yg hangat dan terhangat.. fail tenggelam tak timbul-timbul!

  5. Mohd. Ahyar Nasution says:

    Ghani Patael bukan asal Melayu. Bapanya India ibunya China. Tak heran kalau dia tak ada semangat Melayu. Tempat asalnya Lahad Datu tempat penceroboh Suluk…

  6. PASpartyNGOK says:

    Ghani Patail seharusnya meletakkan jawatan dan dipecat terus jika enggan.
    Kepencangan jabatan bawah jagaan Ghani Patail sudah lama dilihat orang.

    Kenapa Ghani masih disitu. Keheranan kita atas Gahni bukan sekarang malah sudah lama dulu.

  7. baba says:

    sekali lagi aku merayu kat najib, tukar la peguam negara yg baru

  8. Ib Hussin says:

    agaknya ada rahsia besar yg ghani pegang kot sampaikan Najib tak berani nak ambil tindakan atau pecat?

  9. Jambol says:

    Masyarakat pengundi masih menganggap Kerajaan sekarang, khususnya PM, adalah lemah. Tetapi kami percaya ia boleh membuat perubahan drastik dan tegas, jika ia mahu.

    Banyak perkara melibatkan pentadbiran yang perlu diubah dan diperbetulkan dengan segera. Bila lagi, adakah pakai cakap-cakap kosong bekas Menteri KDN – “amaran”, “akan bertindak tegas” …. tapi bila dikritik kerana angkat keris, terus hilang kejantanannya.

    Fikir-fikirkanlah.

  10. fatah says:

    bukan dia lari tu. Dia bijak kerana outsource kes ni. kalau menang baru bayar la… so lawyer baru ni kena bersungguh beb.. tak gitu?

  11. […] seorang kanak-kanak dari Yaman yang berumur 11 tahun yang mendakwa dia melarikan diri untuk lari dari perkahwinan yang diaturkan […]

Leave a Reply