Menu Utama

PRK Kuala Besut : Untung Rugi Rakyat Bakal Ditentukan 24 Julai

Pilihan samada untuk merealisasikan projek atau sekadar projek pada nama sahaja iaitu “Projek Batu Asas” menjadi dilemma rakyat Kuala Besut.  Senario politik di Terengganu sekarang bakal ditentukan dalam PRK Kuala Besut yang bakal berlangsung pada 24 Julai ini.

 

Kewarasan rakyat Kuala Besut amat diperlukan pada ketika dan saat ini. Mereka lah yang bakal menentukan samada Dewan Undangan Negeri Terengganu  akan mempunyai samada 16 ADUN BN dan 16 ADUN Pembangkang atau sebaliknya.

 

Rakyat harus tahu bahawa kuasa yang sama banyak bakal mengundang tragedi kerana ianya bakal menghalang perlaksanaan sebarang rancangan yang mampu memanfaatkan rakyat.  Kemenangan Barisan Nasional pula bakal memberi kelebihan suara bagi membangunkan Kuala Besut.

 

Kerajaan Barisan Nasional telah mengistiharkan bahawa mereka akan memperuntukkan RM4.4 juta di kawasan DUN Kuala  Besut. Sebanyak 28  projek menaik taraf jalan , membina dan membaik pulih gelanggang permainan , balairaya, parit bagi menangani banjir dan pembinaan rumah.

 

Kita memang tahu bahawa kerajaan Barisan Nasional sememangnya  sentiasa mengotakan janji yang mereka berikan.  Setakat ini, Kampung Lampu , Kampung Gong, Kampung Paya, Kampung Gong  Tengah, Kampung Tok Saboh dan Gong Manok telah ditunaikan janji .

 

Manakala dua unit rumah di bawah program bantuan perumahan sedang dilaksanakan di Kampung Pulau Salim dan Kampung Pengkalan Sentol.  Salain dari itu juga BN bercadang  membaik pulih Bangunan Medan Info Desa di Kampung Seberang Kastam dan Kampung Teluk Bayu.

 

Aku janji yang telah dibuat oleh Barisan Nasional telah mula dilaksanakan secara berperingkat. Perkara  yang paling penting iaitu menegakkan undang-undang dan Perlembagaan telah dilaksanakan demi menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia.

 

Rugilah rakyat Kuala Besut sekiranya semua pembangunan yang telah dijanjikan oleh barisan Nasional itu tidak dapat disempurnakan akibat dari keputusan sama rata di Terengganu yang memberi kesan projek yang tidak dapat dilaksanakan. Tambahan pula , usaha untuk menegakkan undang-undang dan perlembagaan juga tidak dapat diteruskan akibat dari salah perhitungan rakyat yang bakal memberikan kesan yang cukup buruk terhadap mereka.

 

Oleh itu rakyat Kuala Besut harus mengundi Barisan Nasional demi agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair kita.






Satu Komen to PRK Kuala Besut : Untung Rugi Rakyat Bakal Ditentukan 24 Julai

  1. baba says:

    senang saja, rakyat nak untung undi BN, kalau rakyat nak pas untung, undi pas…..pilihan di tangan rakyat.tapi akal waras pasti akan memastikan rakyat terpelihara dan dijaga, dan ini hanya boleh dicapai sekiranya BN menang.

Leave a Reply