Menu Utama

PRK Kuala Besut: Calon PAS Miliki 54 Saman Yang Belum Dibayar Sejak 1999!

che long 54 saman 1

Tinggal kira-kira seminggu, sebelum rakyat Kuala Besut menentukan siapa yang bakal menjadi wakil rakyat mereka. Hanya ada 2 pilihan, samada Abe Ku yang mewakili Barisan Nasional, atau Che Long dari Partai Islam Se-Malaysia.

Menariknya, jentera PAS menggunakan kekayaan milik Che Long sebagai modal untuk strategi pemasaran politik bagi meraih undi pada hari dan sehari selepas penamaan calon. Apa yang cuba disampaikan ialah, calon mereka “esklusif” dan “berada”, bukan seorang penjawat awam yang tidak berharta.

Dalam asyik mereka bercerita akan kekayaan milik Che Long, khabar yang cukup memalukan, apabila melalui semakan MyEG, penulis difahamkann bahawa Che Long memiliki 54 saman yang masih belum dibayar sejak 1999! Itu bermakna ia sudah mencecah 14 tahun!

Bayangkan… apakah jenis manusia yang berperangai seperti ini?

Dengan kekayaaan yang ada, dan keengganannya membayar saman berkenaan, ia membawa maksud bahawa beliau bukanlah seorang warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Sedang beliau gagal mengikut undang-undang yang sedia ada, apakah wajar untuk rakyat meletakkan tanggungjawab  seorang wakil rakyat ke atas bahunya?

Sepanjang pemerhatian penulis terhadap calon PAS, iaitu Azlan @ Endut Jusoh, atau dikenali ramai dengan panggilan Che Long, bagai ada yang tidak kena dengan pemilihan beliau.

PAS terpaksa mengarahkan Che Long untuk berbaiah di depan umum, seolah PAS sendiri tidak menaruh kepercayaan kepada calon yang mereka putuskan. Apakah ada “tangan ghaib ekonomi” yang memainkan peranan sehingga Jawatankuasa Pusat PAS terpaksa tunduk dengan kemahuan “tangan ghaib ekonomi” tersebut?

Tidak cukup dengan itu, PAS mengarahkan Che Long untuk “tutup mulut” dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sewenang-wenangnya. Ia menjelaskan lagi betapa Che Long bukanlah calon utama PAS untuk Kuala Besut. Lebih bercelaru, Che Long dalam satu kenyataan berkata, beliau akan terus berceramah, dan mengeluarkan kenyataan sepanjang tempoh berkempen.

Jelas, samada Majlis Syura PAS, kepimpinan PAS pusat atau sesiapa sahaja tidak mampu untuk mengawal Che Long. Pada perkiraan penulis, ada kemungkinan wujud “godfather” sehingga Che Long mampu bersikap sedemikian terhadap kepimpinan PAS!

Berbalik kepada tajuk artikel ini, 54 saman trafik yang dikeluarkan sejak 1999 bukanlah jumlah yang sedikit.  Jadi, penulis tertanya-tanya, bagaimana seorang yang punya saman trafik sebegitu banyak, masih mampu memperbaharui lesen dan juga cukai jalan kenderaan-kenderaan miliknya sehingga kini?

Umumnya, sekelian rakyat juga mahu tahu, apakah tindakan yang pernah pihak berkuasa ambil ke atas pesalah trafik yang mempunyai sehingga 54 saman trafik ini?

Atau, apakah ia kelihatan mirip seperti “didiamkan” oleh pihak berkuasa atas “sebab-sebab tertentu”, seperti mana DAP berjaya mengundi mulut PAS dalam hal ehwal berkaitan agama Islam?






29 Komen to PRK Kuala Besut: Calon PAS Miliki 54 Saman Yang Belum Dibayar Sejak 1999!

  1. WTF says:

    Adushhh…

    Jangan si Che Long ni pergi buat janji “Undi saya, semua saman akan terhapus”

    Hahahaha…

    • alfie says:

      Alahai Bro,apa susah concept Ah Jib Gor 1Malaysia baru,undang2 baru sekarang ni bagi STATEMENT di balai polis semua nya boleh selesai. Tengok Cina Wendy yang hina Agung tu bagi statement aje tutup cerita. Sama juga Khalid Ismath,Adam Adli,Ambiga,Haris Ibrahim,semua bagi statement tutup cerita. 😉

      • WTF says:

        Itu Ah Jib Gor punya cerita…

        Salah masuk ni…

        P/S: Let’s not pay saman AES, hahaha

        • alfie says:

          Setuju,gurau aje bro. But on a serious note kalau kita ambil hak kegunaan ugama dari orang PAS macam ni,mereka ini ibarat lebai2 yang guna ilmu ugama untuk memuaskan nafsu mereka aje. Malang nya masyarakat kita banyak yang tak ada strong foundation dalam ugama bila kita tengok orang yang berjanggut dan berkopiah putih kita fikir mereka ini ‘wakil tuhan atau god’s assistance’ pada wahal mereka ini pun kaki speeding yang kadang boleh membahayakan nyawa orang lain .Kalau dah kaki speeding mesti juga minat racing haram juga celaka ni. Macam bro..masuk cerita okay! Hehe..

          • WTF says:

            Patut dah lama dah cadangan ni…

            Aku dulu pernah dengar cerita(tak boleh cerita siapa la kan, tapi mamat yg cerita ngan aku pun dgr cerita atas cerita, so kalau dia bohong aku, kira aku pun bohong korang la), advisor Mahathir pernah mintak Mahathir memperkenalkan akta di mana parti2 politik di Malaysia tidak dibenrkan menggunakan agama as a platform or as medium for political survival.

            Mahathir tak setuju, mungkin atas sebab kalau ikut calculation Mahathir, PAS ni sampai bila2 tak mungkin dapat perintah Malaysia kerana no way people will accept pemikiran jumud yg diamalkan oleh PAS.

            Tapi lihatlah skg, makin ramai ahli2 PAS jadi OSTAD, malah siap benarkan guna kalimah Allah sbg kata ganti nama Tuhan dalam Bible dan bersekongkol pulak dgn DAP. Hudud pun dah hilang bro.

            In truth, PAS can greater than now, but kalau dah diperintah oleh “ular dalam semak”, sampai bila2 pun takat tu jer.

  2. Moohyideeeeen says:

    Isu Bak Kut Teh sebenarnya bukanlah isu yang baru sahaja berlaku di Malaysia. Mungkin kerana isu ini melibatkan khinzir, maka isu ini berjaya menarik perhatian dan sensitiviti umat Islam.

    Umat Islam tentu tidak dapat melupakan peristiwa Bak Kut Teh dengan mudah. Namun, pasangan yang sama sebenarnya telah memulakan penghinaan terhadap masyarakat Malaysia apabila memuat naik video aksi terlampau di Internet, sambil menjadikan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai idola mereka.

    Jika pemimpin UMNO-BN menuding jari kepada pemimpin DAP, kononnya DAP dalang penghinaan tersebut, UMNO-BN sepatutnya membuat koreksi dan bermuhasabah terlebih dahulu.

    Chua Soi Lek, selain menjadi idola video aksi terlampau, beliau juga sebenarnya yang telah memulakan siri penghinaan terhadap agama Islam. Terdahulu, dalam siri Vlog rasmi beliau, beliau sendiri mengutuk hukum hudud dengan menyatakan bahawa hukum tersebut adalah ketinggalan zaman, bahkan mengutuk Adun BN dari Johor yang ingin menegakkan hukum hudud sebagai hilang akal.

    Namun begitu, setiap isu yang dibawa oleh pemimpin UMNO-BN dilihat seolah-olah tidak sensitif, dan tidak mempunyai sebarang unsur hasutan. Adakah sensitiviti umat Islam hanyalah pada “lembu kaki pendek” ini sahaja?

    Masyarakat Malaysia juga sebenarnya tidak mudah untuk melupakan peristiwa demonstrasi kepala lembu yang pernah diadakan di Shah Alam. Demonstrasi kepala lembu sepatutnya menerima layanan yang sama oleh undang-undang di Malaysia. Jika kita marah orang lain hina agama kita, mengapa kita tidak boleh dimarahi apabila menghina agama orang lain?

    Bagaimana pula sikap dan pendirian kerajaan terhadap mereka yang menghina agama sendiri? Ramai yang melenting apabila Duta Vatican mencampuri urusan penggunaan kalimah Allah. Ramai pula pihak yang beria-ia mahu mempertahankan kalimah tersebut daripada digunakan oleh orang bukan Islam. Hakikat bahawa kalimah Allah adalah khusus merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa, dan tidak boleh disalahguna adalah hakikat yang perlu diterima. Namun, adakah Kerajaan benar-benar bersungguh mempertahankan hak Allah ke atas diri mereka yang telah dipilih untuk menerima amanah mentadbir Malaysia?

    Benarlah sepertimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW, bahawa Umat Islam pada akhir zaman hanyalah ibarat buih di laut. Berbuih ketika dipukul ombak, hanya desirnya yang kedengaran, namun tidak sedikitpun memberikan kesan.

    Sikap berat sebelah dan pendakwaan terpilih yang telah lama diamalkan oleh pihak berkuasa dan pihak Kerajaan sendiri, hanya akan menyebabkan keharmonian antara agama di Malaysia tercemar. Islam tetap suci, namun sikap umat Islam yang tidak menjaga kehormatan diri sendiri menyebabkan salah faham umat bukan Islam terhadap Islam.

    Saya juga ingin mengingatkan pada kerajaan Malaysia agar tidak menjadikan isu ini sebagai alasan untuk meneruskan Akta Hasutan yang telah lama disalahgunakan untuk kepentingan politik parti pemerintah.

    Ust Hj Muhammad Ismi Bin Hj Mat Taib
    Penolong Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat
    YDP Pas KAwasan Parit

    • WTF says:

      Yay…Mooh dari mari!!!

      Kawan kau kaychek tu tak habis belajar debate dgn kau Mooh…

      Bagi dia tgk youtube lagi…

      Hehehehe…
      ______________________________________
      BTW, takut sgt OSTAD Hj Muhammad Ismi Bin Hj Mat Taib akan Akta Hasutan.

      Selama ni, polis pernah ker tangkap org tak buat salah??? Cuba cerita sikit Mooh…

      • alfie says:

        Nampak sangat PAS ini dah jadi barua DAP. Isu cina Alvivi hina ugama islam dan orang melayu sudah ‘got out of hand’ dan kemarahan orang melayu sudah jadi nationwide. Sejauh mana DAP mahu bela bangsa cina dia ni,ia sudah jadi lewat sebab ia dah jadi Racial insults kepada semua orang melayu. Jika mereka nampak terang2 marah cina dua ekor ini dan membela mereka,orang melayu akan tahu pendapat tersirat DAP yang juga tak kesah kepada kehormatan ugama islam.Jadi mereka perlu orang islam sendiri untuk mengaku perkara menghina Islam itu hanya isu kecil dan orang islam macam Ibrahim Ali seorang muslim patut di hukum juga walau pun dia membela maruah ugama Islam. Kalau penyokong muslim dalam PKR & PAS masih tak nampak perbezaan antara dua isu ini,biar lah saya sendiri belanja mereka buka puasa dengan Bak Kut Teh.

        Pendapat Tan Sri Rahim Noor memang tepat bila dia kata bila negara kita di landa dengan gelombang anasir ‘Human rights yang akan hancur kan negara ini. Kalau kita terikut sangat budaya barat yang memberi semua orang berhak bersuara mesti ada individual yang tak berbatas memaki humun orang lain. Kita dah tengok suratkhabar The Star sudah pandai mengapi api kan semangat orang cina untuk reject orang melayu. Amerika sekarang sudah mula bedung masa ini dengan mengait kan banyak kes dengan mengguna Patriot ACT yang sama dengan ISA kita yang Ah Jib Gor mansuhkan.

        • luvmy says:

          Setuju sgt2. Org islam melayu jgk yg ‘back up’ si 2 aktor murahan tu. Tipu la..x de maknanya kebebasan bersuara..klu nk total freedom, g jd haiwan. x payah pakai bju, menyalak suka2 x de org kisah..kencing tepi jln pun org pandang sebelah mata je tau.

          • Hamba Ar Rahman says:

            Politik di Malaysia ni sebenarnya sudah menjadi terlalu masam dan busuk….dari pada peringkat bawah penyokong2…hinggalah ke peringkat atas sekali….yg ada dalam benak mereka 24 jam hanyalah politik dan macam mana cara hendak tambah political mileage supaya the best man win…sungguh corrupt minda2 mereka ini dengan ‘politik terlampau’ sehingga sudah tidak dapat lagi membezakan yg mana isu politik…dan yg mana isu sensitiviti agama dan kaum…aku sungguh hairan mengapa dalam keadaan kritikal dan terang2 macam ni pun masih ada puak2 yg tidak mahu faham atau cuba faham bahawa ada satu kaum yg sedang testing the water and cuba menaikkan kemarahan orang melayu…dan percayalah…mereka ini tidak akan berhenti sehingga mereka diberhentikan….dan puak2 yang 24 jam berpolitik ini cuba pula mengalihkan isu yg kononnya kes Alvivi ini merupakan pendakwaan terpilih serta tidak adil….apa isunya?? ianya tidak lain tidak bukan untuk menunjukkan bahawa kononnya kerajaan ini zalim….apa lagi yg puak ini mahu???…adakah mereka hendak menunggu orang2 melayu mengamuk dan membuat keputusan sendiri menghuru harakan kejiranan barulah mereka nampak yg ianya bukan lagi isu politik???? tapi isu agama yg sangat sensitif bagi kita orang melayu….Get a life laaa…all of you political Morons…

    • raplahjingaa says:

      Apa hang dok melalut ni moooo ??? tak posa satu hal, buat fitnah satu hal….

      Hang bawa mai cerita lebai kulup PAS, tak yah lah moooo…apa kelas kenyataan labai kulop yang mengaji pun tak habis tu ?? dengan hang sesuai sangat laaa.

    • reds says:

      pegi jaga kelantan dulu….aids ngan pelacur ade banyak kat sane….toksah bagi artikel camni nk buktikan korang paling baguss…pegi jilat bontot cina…

    • anakbochek says:

      Bila membaca 2 perenggan pertama hati aku berdetik, “wahhh… Mooh sudah pandai debate, mungkin banyak tengok youtube debate Oxford”. Tapi baca bab hujung terus potong stim, perangai dan intelektualiti Mooh masih ditakuk lama. Hanya pandai copy and paste artikel orang. Uweeekkkk…

  3. Moohyideeeeen says:

    UMNO Punya hutang RM2.0 Billion boleh clear. ie refer Halim Saad sue against Nor Yaacop today. Eric Chia RM7 billion losses – no action taken. dan ramai lagi…. Kak Jat RM250 juta…

    • Moohyideeeeen says:

      itu semua ambik hak rakyat tau…dan dah ambik pun..

      • WTF says:

        Dah ambik???

        Maksud Mooh, dah ambik bahagian duit pampasan sebanyak MYR 207 Billion dari kerajaan Jepun

        Alhamdullillah, yg kau meroyan lagi buat apa, figure yg kau tulis kat atas tu is nothing bro compare to MYR 207 Billion…hehehe

    • WTF says:

      Kira okay lah tu…

      Dah offset dah dgn pampasan sebanyak MYR 207 Billion dari kerajaan Jepun, aku dan saudara raplahjingga dah dapat dah…

      Kau takkan tak dapat lagi???

    • raplahjingaa says:

      DAP Penang jual tanah di bawa harga pasaran pada kroni ketirisan 1.5 billion.

      Talam beli tanah dalam tasik..RM 300 million…buat bodoh jer.

      Kambing Jamnapari, Kohilal, Lembah Sireh…no action taken !

      • WTF says:

        Tu baru 5 tahun, kalau 5 tahun lagi macam tu…

        Hehehe…

      • alfie says:

        Kroni2 depa nanti akan lagi kaya dapat project pump angin tayar keretaa api dan project cat langit warna biru.

        Kalau bekas convict Datuk Zarul boleh dapat project buat tunnel $8B dari DAP kita tak patut hiran kalau mereka menyalah guna kuasa mereka.

        • Hamba Ar Rahman says:

          Jgn lupa minyak di Kota Bharu…hehe…dan keretapi laju juga…

          • WTF says:

            Pernah aku dgr satu joke antara Samy Vellu dgn Menteri India

            Ketika Menteri India dtg Malaysia, Samy Vellu tunjuk jalanraya yg bertol dan jambatan2 yg ada kat Malaysia. Menteri India itu Tanya “Berapa harga semua ni?”. Samy Vellu jawab “10 billion, tapi tapi 1 billion aku punya”

            Menteri India tu kemudian berkata “Project aku pun 10 billion jugak”. Samy Vellu Tanya “Berapa dapat?”. Menteri India berkata ” Kau dating Mumbai, nanti kita cerita”

            Bila Samy Vellu melakukan lawatan di India, dibawanya Menteri India tu ke satu tempat dan berkata “Tengok, nilah project2 aku yg 10 billion tu”. Samy Vellu berasa hairan kerana tak apa2 pembangunan pun yg ada di kawasan tu. Then, Menteri India tu berkata “Kau pernah tanya kan berapa kau dapat dari 10 billion tu, aku ambik SEMUA 10 billion tu”.

            Morla of the story, korang agak2 Nicky Ajis dan Husam Musa ada tak buat perangai macam Menteri India tu. Kurang2 Samy Vellu ada jugak jasa dia, dua ekoq ni… HARAM.

    • reds says:

      ko nih x abes nak selit isu isu separuh tipu ko nih….bawak laa isu best sket… cam umno bom umah anak yatim ke… umno tembak orang pas ngan dap ke…baru best sket..pemimpin ko lagi korup derr…. siap bagi lesen gadai agama lagik…. tarak moral lagik….

  4. Mawar says:

    Mak aiih che long, 54 saman kalau kumpul dan tampal buleh buat bendera saman kibar kan rumah dier. Kata kontrakor berjaya…apa lagi bayar ler…..

  5. baba says:

    kata kaya raya, bisnes juta2, takkan saman tak boleh bayar….memang jenis org yg tak patuh undang2. org mcm ni tak layak jadi pemimpin.

  6. […] Bayangkan… apakah jenis manusia yang berperangai seperti ini? Dengan kekayaaan yang ada, dan keengganannya membayar saman berkenaan, ia membawa maksud bahawa beliau bukanlah seorang warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Sedang beliau gagal mengikut undang-undang yang sedia ada, apakah wajar untuk rakyat meletakkan tanggungjawab seorang wakil rakyat ke atas bahunya? Sepanjang pemerhatian penulis terhadap calon PAS, iaitu Azlan @ Endut Jusoh, atau dikenali ramai dengan panggilan Che Long, bagai ada yang tidak kena dengan pemilihan beliau. PAS terpaksa mengarahkan Che Long untuk berbaiah di depan umum, seolah PAS sendiri tidak menaruh kepercayaan kepada calon yang mereka putuskan. Apakah ada “tangan ghaib ekonomi” yang memainkan peranan sehingga Jawatankuasa Pusat PAS terpaksa tunduk dengan kemahuan “tangan ghaib ekonomi” tersebut? Tidak cukup dengan itu, PAS mengarahkan Che Long untuk “tutup mulut” dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sewenang-wenangnya. Ia menjelaskan lagi betapa Che Long bukanlah calon utama PAS untuk Kuala Besut. Lebih bercelaru, Che Long dalam satu kenyataan berkata, beliau akan terus berceramah, dan mengeluarkan kenyataan sepanjang tempoh berkempen. Jelas, samada Majlis Syura PAS, kepimpinan PAS pusat atau sesiapa sahaja tidak mampu untuk mengawal Che Long. Pada perkiraan penulis, ada kemungkinan wujud “godfather” sehingga Che Long mampu bersikap sedemikian terhadap kepimpinan PAS! Berbalik kepada tajuk artikel ini, 54 saman trafik yang dikeluarkan sejak 1999 bukanlah jumlah yang sedikit. Jadi, penulis tertanya-tanya, bagaimana seorang yang punya saman trafik sebegitu banyak, masih mampu memperbaharui lesen dan juga cukai jalan kenderaan-kenderaan miliknya sehingga kini? Umumnya, sekelian rakyat juga mahu tahu, apakah tindakan yang pernah pihak berkuasa ambil ke atas pesalah trafik yang mempunyai sehingga 54 saman trafik ini? Atau, apakah ia kelihatan mirip seperti “didiamkan” oleh pihak berkuasa atas “sebab-sebab tertentu”, seperti mana DAP berjaya mengundi mulut PAS dalam hal ehwal berkaitan agama Islam? Sumber: Mykmu.net […]

  7. ku2 says:

    dia ni jenis tak makan saman orgnya..hehehe..bahasa kesatnya..kepala batu..hehe

Leave a Reply