Menu Utama

Pengakhiran Saga Kapal Selam Scorpene?

Oleh Beruang Biru

Akhbar the New Straits Times semalam memberi ruang khas bagi menangani isu fitnah mengenai pembelian kapal selam scorpene serta pembunuhan Altantuya. Isu ini sebelum ini telah pun tenggelam kerana segala pembohongan dan penipuan SUARAM dan pembangkang telah pun terbongkar.

Namun, SUARAM dan pembangkang masih lagi berusaha untuk menghidupkannya mungkin kerana ketandusan isu. Terbaru, SUARAM mengadakan Jamuan Berbuka Puasa dengan bertemakan fitnah ini bagi mengutip derma dari orang ramai. Apa yang dilakukan oleh SUARAM ini amatlah jijik sekali kerana mengajak orang Islam berbuka dengan fitnah dan kemudiannya mengutip derma pula dari mereka.

Justeru, usaha NST untuk memberi penjelasan terperinci mengenai isu ini dilihat sebagai usaha yang tepat bagi menghentikan SUARAM dari terus mengambil kesempatan ke atas orang ramai.

Untuk tujuan itu, NST telah mewawancara Jasbir Singh Chahl iaitu seorang arkitek yang terlibat secara langsung dalam urusniaga ini. Nama Jasbir Singh Chahl pernah digunakan oleh SUARAM dengan mewar-warkan kononnya beliau merupakan antara salah seorang yang telah menerima sapina oleh mahkamah Perancis bagi kes ini. Jasbir pantas menafikannya dengan membuat kenyataan balas melalui media bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang notis sapina.

Dan kini, Jasbir tampil sekali lagi menerangkan apa yang telah diterangkan berkali-kali sebelum ini. Antara fakta yang tidak pernah berubah sama ada dalam wawancara dengan Jasbir, kenyataan pihak Perancis, keterangan di mahkamah dalam kes pembunuhan Altantuya mahupun dalam penjelasan kerajaan Malaysia adalah:

1. Altantuya bukan seorang penterjemah malah penguasaannya dalam bahasa Perancis juga tidak dapat disahkan.
2. Semua yang terlibat secara langsung dalam urusniaga scorpene, termasuk Jasbir, tidak pernah berjumpa dengan Altantuya sepanjang tempoh urusniaga tersebut iaitu pada tahun 2000 – 2002.
3. Altantuya tidak pernah menjejakkan kaki ke Perancis dalam tempoh itu sepertimana yang disahkan oleh polis Perancis.
4. Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan Altantuya sekali gus, hanya berjumpa dengan Altantuya pada tahun 2004.
5. Altantuya dibunuh pada tahun 2006.
6. Syarikat DCNS yang menjadi pembekal scorpene menjalankan semua urusannya dengan syarikat di seluruh dunia dalam Bahasa Inggeris serta tidak memerlukan penterjemah apatah lagi dari Mongolia.
7. Syarikat Perimekar yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, LTAT dan juga Boustead.
8. Syarikat Perimekar menerima bayaran atas perkhidmatan logistik, latihan serta pengurusan termasuk menyediakan tempat tinggal kepada 145 staff dan 49 pegawai di Perancis dan Sepanyol.
9. Syarikat Perimekar tidak pernah menerima komisyen bagi pihak Dato’ Seri Najib dan semuanya terbukti dalam laporan audit di mana keuntungan selepas cukai syarikat mencatatkan jumlah sebanyak RM105,111,191.

Semua fakta dan angka yang dibentangkan adalah menepati gambaran penceritaan, kenyataan dan penjelasan semua pihak yang terlibat. Tiada satu pun yang berubah. Apa yang berubah hanyalah angka dan fakta yang dikemukakan oleh SUARAM dan pembangkang. Oleh itu, kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk melihat pihak mana yang berbohong dan pihak mana yang bercakap benar sekiranya benar ikhlas ingin mencari kebenaran

Apa yang menarik ialah Jasbir, dikatakan hampir meninggikan suara ketika wawancara kerana berang dengan tuduhan yang tidak berasas pihak pembangkang. Jelas, sebagai seorang arkitek berpengalaman dan telah bekerja dengan syarikat gergasi negara luar sejak berusia 20-an lagi, Jasbir kurang senang apabila namanya diheret ke dalam politik. Beliau sebelum ini pernah bekerja di syarikat pertahanan dan pembinaan di London dan telah terlibat dalam urusan perniagaan berjumlan berbilion dolar. Dari situ beliau membina hubungan yang baik dengan kontraktor pertahanan di Eropah. Beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1981 sebelum menyertai syarikat Thomson-CSF Int. iaitu anak syarikat Thales yang mana membawanya kepada urusan pembelian scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Dengan penjelasan Jasbir, rakyat Malaysia wajar meletakkan titik noktah ke atas isu skandal scorpene ini. Biarkan SUARAM dan pembangkang terus memainkan isu ini sesuka hati mereka kerana sesungguhnya ia tidak akan ke mana melainkan menghabiskan dana mereka sendiri.






15 Komen to Pengakhiran Saga Kapal Selam Scorpene?

  1. tony gunawan says:

    beranikah Jasbir Singh Chahl bersemuka dengan suaram!

    • raplahjingaa says:

      SUARAM ?? pertubuhan haram tu ??? hehe….depa tu hidup atas belas ikhsan agen asing jer…bila depa tak dak duit nak beli beras kat rumah, depa kelentong la si tonggong macam hang toni, suruh beli meja dinner.

      Dey toni…hang berani ke pi tanya SUARAM duit derma cai macam hang yang melebihi RM 250,000 tu apa depa buat ??

      perbicaraan kat perancis tak ujud pun…duit tu pi mana ???

    • gambus says:

      yang SUARAM menipu pasal perbicaraan kat france tu , kutip derma untuk perbicaraan yang takde tu .. jadi orang penipu macam SUARAM ni sendiri yang takutt tony DAPigs , macam tu laa bila SUARAM dikuasai oleh Pakatan , asyik menipu dan tahu nak makan duit jee

    • WTF says:

      Kenapa Jasbir nak bersemuka dgn SUARAM???

      SUARAM tu polis ker???

      SUARAMlah yg kena jumpa Jasbir, bukan sebaliknya.

    • anakbochek says:

      Suaram ada sapina Jasbir ke?

    • man min says:

      aku tanye ko plak tony mengawan…beranikah SUAra haRAM bersemuka dengan jasbir…??

  2. sungai_siput says:

    tony
    bukan jasbir yg yg perlu di tanya keberanian nya….

    soalan yg sepatut nya , berani atau tidak hang terima kenyataan kes scopene ternyata penipuan dari suaram

    mana sapina nya tony??
    UMNO/BN dah menang pun PRU13

  3. Selayang man says:

    Mesti pembangkang kata ini semua sandiwara UMNO-BN

  4. abang batu says:

    SUARAM adalah NGO yang dipergunakan oleh parti pembangkang, melalui NGO tersebut parti pembangkang gemar mewujudkan khabar angin, melemparkan fitnah maka akhirnya timbullah pembohongan dari dua elemen tersebut.

  5. alimedanbaru says:

    YANG TAK BERANI ADALAH KERAJAAN YG TIDAK AMBIL TINDAKAN ATAS FITNAH SUARAM.AKU DAH KURANG KEYAKINAN PD ZAHID YG CAKAP MACAM JEBAT TAPI TINDAKAN MACAM AYAM SERAMA, terkedek kedek, tak ada apa pun!

    • WTF says:

      Kalau ikutkan dahulu ROS pernah pergi pejabat mereka untuk siasat syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd.

      Apa jadi dgn siasatan tu??? Takkan simpan buat pekasam kot!!!

      Dan apa pula peranan KDN dan jabatan Peguam Negara, takkan tidur lagi.

      The attack is not on Najib, the attack by SUARAM and Fuckutan is an attack to our national institution.

      Bertindaklah CEPAT!!!

  6. randomsee says:

    sampai sekarang pun aku pelik dengan kes ini…bagaimana altantunya boleh dikaitkan dengan PM…sedangkan tiada bukti yang nyata ada pertemuan antara keduanya…

    kalau pun dia ada hubungan dengan razak baginda, kenapa pula hendak dikaitkan dengan PM…

    sekarang orang penting dalam perbincangan pembelian kapal selam sudah pun bersuara…kenapa perlu menggunakan penterjemah sedangkan semua urusan dalam bahasa inggeris..kalau pun nak gunakan juga..kenap perlu ambil dari mongolia?….

    • WTF says:

      Kalau ikutkan, tak logic perbincangan pembelian kapal selam dalam bahasa Perancis.

      Aku seringkali berurusan dgn syarikat dari France, Italy dan German. Takder pun aku berurusan dalam bahasa ibunda mereka.

      Nilai urusan diamanahkan pada aku hanya kontrak2 yg tak sampai USD 10 juta, kapal selam yg tah berapa billion beli di Perancis takkan berurusan dalam bahasa Perancis???

      Menipu jer puak Fuckutan nie…

Leave a Reply