Menu Utama

Pendedahan Isu Scorpene: Pakatan Haram Tidak Akan Berubah…

Saya yakin bahawa ramai di antara kita yang telah membaca pendedahan sebenar dari “arkitek” pembelian kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl, secara panjang lebar bersama jurnalis News Straits Times baru-baru ini.

Dengan fakta-fakta sebenar yang dikemukakan Jasbir Singh, maka saya kira ia merupakan “buah penamat” pada isu kapal selam kebanggaan negara yang sering menjadi bahan di kalangan politikus pembangkang untuk merosakkan kreadibiliti Kerajaan BN bertahun-tahun lamanya.

Fitnah Pakatan Haram mengenai isu Scorpene yang turut dikaitkan dengan skandal pembunuhan wanita Mongolia, mendiang Altantuya Sharibuu, juga jelas tidak berasas sama sekali dan wajar jadikan teladan tentang betapa busuknya perangai puak pembangkang di Malaysia.

Tidak dilupakan juga pihak Suara Hak Asasi Manusia (Suaram) yang terbukti ditaja oleh Yahudi Israel, mereka tidak layak untuk bercakap mengenai apa-apa isu lagi selepas ini dan wajar dibubarkan saja. Mereka jelas tidak punya sebarang kreadibiliti sama sekali.

Sebenarnya, saya tertanya-tanya tentang respon dari puak-puak Pakatan Haram dan para pengikutnya mengenai pendedahan Jasbir Singh mengenai isu Scorpene ini.

Apakah mereka sedia memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan BN yang selama ini menjadi mangsa fitnah mereka?

Apakah mereka bersedia untuk mengaku salah dengan sengaja menabur fitnah secara terancang terhadap Kerajaan BN bertahun-tahun selama ini?

Apakah para pemimpin Pakatan Haram dan SUARAM sanggup meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk para pengikut mereka yang berjaya dipengaruhi dengan fitnah-fitnah jahat mereka sebelum ini?

Paling saya ingin tahu, apakah mereka bersedia untuk memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berhubung fitnah jahat ini? Pasangan inilah yang paling teruk terjejas dengan tohmahan ini, bukan?

Anda bagaimana? Apakah kalian yakin puak-puak pembangkang itu sanggup memohon maaf tentang fitnah jijik bertaraf antarabangsa itu?

Pada hemat saya, janganlah mengharapkan “bulan jatuh ke riba” kerana ia akan menjadikan kita seolah-olah “pungguk rindukan bulan”. Ya, saya yakin mereka tidak akan peduli dengan kebenaran pendedahan tersebut. Mereka tidak akan meminta maaf dan mengaku kesalahan mereka…

Mereka akan terus menyanyikan lagu berjudul “rasuah dan penyelewengan RM452 juta” dan “Najib berskandal dengan Altantuya”. Nama Najib akan terus dicemar dengan tohmahan “Najib Mongolia” dan Perdana Menteri kita itu akan terus diserang fitnah demi fitnah dari puak pembangkang…

Sebenarnya, saya sangat sedih dengan sikap puak-puak pembangkang di negara ini. Mereka tidak profesional dan “berpenyakit”, tidak seperti barisan pembangkang di beberapa buah negara luar yang begitu beretika dan “gentlemen”.

Lebih menyedihkan, para pengikut puak pembangkang itu juga boleh disifatkan sebagai “sakit teruk” apabila mereka percaya pada fitnah bodoh seperti itu.

Misalnya, mentaliti rakyat dunia yang bertamadun selalunya akan menolak sekiranya pemimpin mereka terbukti punya skandal seks. Peliknya, walaupun pemimpin pembangkang punya koleksi video seks 99% benar, mereka masih lagi sokong penggemar maksiat seperti itu!

Jadi, jangan terkejutlah jika para pengikut Pakatan Haram tidak akan percaya pada pendedahan Jasbir Singh itu. Mereka tahu ia benar, tapi mereka tidak percaya pada kebenaran itu. Mungkin mereka lebih gemar pada fitnah barangkali?

Begitukah budaya politik Malaysia yang kita mahukan? Entahlah. Saya doakan agar budaya ini akan berakhir segera dan tidak lagi membarah sehingga memudaratkan politik sihat BN. Ada harapankah Pakatan Haram akan “sembuh”..?






5 Komen to Pendedahan Isu Scorpene: Pakatan Haram Tidak Akan Berubah…

  1. azman fi says:

    Untuk sembuh memang tiada harapan,maklum semua tahu,penyakit ini telah merebak lama bermakan tahun,kronik tahap maut hanya menunggu mati untuk dikapankan atau dibakar saja…

  2. raplahjingaa says:

    Penulis jangan terlalu sedih dengan sikap pembangkang, sejak azali depa dah macam tu. Penulis patut rasa sedih dengan sikap kerajaan…pasif, dan tidak menghargai sentimen perasaan orang Melayu yang sayang kan UMNO.

  3. alimedanbaru says:

    Pada saya telah banyak bukti yg menunjukkan kerajaan sebenarnya yg lemah.Boleh dicatat sebagai bukti:
    1.Penguatkuasaan sempadan negara yg lemah dan bocor. Kes PATI dan kes tentera Sulu/kiram bukti mudah.
    2.Kes budak gila Namawee mana ada tindakan pada dia.
    3.Bukti pembohongan dan fitnah SUARAM dah bertahun-tahun,maknanya fitnah adalah halal diMalaysia.
    4.Dana asing dari luar kpd NGO NGO untuk jahanamkan negara pun tiada tindakan drastik,kerajaan nak salahkan siapa lagi?
    5. Hapus I.S.A nak jaga ketenteraman negara atau nak puaskan hati DAP dan PKR?
    6. Isu kafir mengkafir sesama Islam oleh parti politik bukan SOAL KECIL.Contoh Amanat Hadi menjadi malapetaka kpd perpaduan Melayu. Tak ada undang2 ke di negara ni bagi bab HASUTAN melampau hingga terjadi kes MAMALI? 30 tahun berlalu, Pas masih boleh kafirkan BUKAN PUAK DIA.

    Hari ni diMalaysia semua bebas untuk dilakukan.PENJENAYAH yg ditahan, tidak boleh dijentek dalam tahanan,video porno budak Cina 2ekor tu baru disabitkan bila timbul kes makan sup babi di bulan posa. LEMBAB tindakan

  4. Hamba Ar Rahman says:

    nak buat macam mana…mentaliti pembangkang di Malaysia ni ala kekampungan sikit….mudah percaya gosip dan mudah pulak buat gosip (fitnah)….

  5. […] Tidak dilupakan juga pihak Suara Hak Asasi Manusia (Suaram) yang terbukti ditaja oleh Yahudi Israel, mereka tidak layak untuk bercakap mengenai apa-apa isu lagi selepas ini dan wajar dibubarkan saja. Mereka jelas tidak punya sebarang kreadibiliti sama sekali. Sebenarnya, saya tertanya-tanya tentang respon dari puak-puak Pakatan Haram dan para pengikutnya mengenai pendedahan Jasbir Singh mengenai isu Scorpene ini. Apakah mereka sedia memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan BN yang selama ini menjadi mangsa fitnah mereka? Apakah mereka bersedia untuk mengaku salah dengan sengaja menabur fitnah secara terancang terhadap Kerajaan BN bertahun-tahun selama ini? Apakah para pemimpin Pakatan Haram dan SUARAM sanggup meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk para pengikut mereka yang berjaya dipengaruhi dengan fitnah-fitnah jahat mereka sebelum ini? Paling saya ingin tahu, apakah mereka bersedia untuk memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berhubung fitnah jahat ini? Pasangan inilah yang paling teruk terjejas dengan tohmahan ini, bukan? Anda bagaimana? Apakah kalian yakin puak-puak pembangkang itu sanggup memohon maaf tentang fitnah jijik bertaraf antarabangsa itu? Pada hemat saya, janganlah mengharapkan “bulan jatuh ke riba” kerana ia akan menjadikan kita seolah-olah “pungguk rindukan bulan”. Ya, saya yakin mereka tidak akan peduli dengan kebenaran pendedahan tersebut. Mereka tidak akan meminta maaf dan mengaku kesalahan mereka… Mereka akan terus menyanyikan lagu berjudul “rasuah dan penyelewengan RM452 juta” dan “Najib berskandal dengan Altantuya”. Nama Najib akan terus dicemar dengan tohmahan “Najib Mongolia” dan Perdana Menteri kita itu akan terus diserang fitnah demi fitnah dari puak pembangkang… Sebenarnya, saya sangat sedih dengan sikap puak-puak pembangkang di negara ini. Mereka tidak profesional dan “berpenyakit”, tidak seperti barisan pembangkang di beberapa buah negara luar yang begitu beretika dan “gentlemen”. Lebih menyedihkan, para pengikut puak pembangkang itu juga boleh disifatkan sebagai “sakit teruk” apabila mereka percaya pada fitnah bodoh seperti itu. Misalnya, mentaliti rakyat dunia yang bertamadun selalunya akan menolak sekiranya pemimpin mereka terbukti punya skandal seks. Peliknya, walaupun pemimpin pembangkang punya koleksi video seks 99% benar, mereka masih lagi sokong penggemar maksiat seperti itu! Jadi, jangan terkejutlah jika para pengikut Pakatan Haram tidak akan percaya pada pendedahan Jasbir Singh itu. Mereka tahu ia benar, tapi mereka tidak percaya pada kebenaran itu. Mungkin mereka lebih gemar pada fitnah barangkali? Begitukah budaya politik Malaysia yang kita mahukan? Entahlah. Saya doakan agar budaya ini akan berakhir segera dan tidak lagi membarah sehingga memudaratkan politik sihat BN. Ada harapankah Pakatan Haram akan “sembuh”..? Sumber: Mykmu.net […]

Leave a Reply