Menu Utama

Pendedahan Arkitek Bukti Mainan Politik Suaram Dalam Pembelian Scorpene – Ahmad Zahid

Pendedahan arkitek yang terlibat secara terus dalam pembelian kapal selam Scorpene jelas memperlihatkan apa yang didakwa pihak Suaram selama ini merupakan satu mainan politik.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kementeriannya tidak dapat mengambil tindakan terhadap Suaram yang menimbulkan isu itu kerana ia didaftarkan sebagai sebuah syarikat.

“Kita merasakan jika ada pihak yang buat laporan polis terhadap tuduhan dan fitnah oleh Suaram, pihak polis akan ambil tindakan kerana ia telah mencalar imej negara dan pemimpin negara,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata meskipun permasalahan itu hanya dapat dirungkaikan setelah sekian lama, tetapi masih belum terlambat untuk kerajaan mengambil sebarang tindakan menerusi pendaftar syarikat atau pihak polis berdasarkan undang-undang sedia ada.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pendedahan arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl yang antara lain mengatakan model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan rundingan itu.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat di sini Lee McClenny di pejabatnya di sini.

Mengenai dakwaan isteri peguam P. Uthaya Kumar yang suaminya tidak diberikan layanan sewajarnya di penjara, Ahmad Zahid berkata:

“Saya telah bertanya dengan Ketua Pengarah Jabatan Penjara, semua banduan tanpa mengira siapa diberikan layanan sama, janganlah nak minta layanan terlalu istimewa (VIP) pula”.

Uthaya Kumar dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jun lalu selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menulis sepucuk surat berbaur hasutan kepada bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown enam tahun lepas.






2 Komen to Pendedahan Arkitek Bukti Mainan Politik Suaram Dalam Pembelian Scorpene – Ahmad Zahid

  1. Jambol says:

    Soal yang penting di sini ialah: MENGAPAKAH PIHAK KERAJAAN MENGAMBIL MASA BERTAHUN-TAHUN UNTUK MEMBUKTIKAN PEMBOHONGAN DAN FITNAH PEMBANGKANG ?

    Kelewatan tindakan pihak kerajaan ini menyebabkan ramai masyarakat pengundi terpengaruh. Apakah kerajaan ini LEMBAB ?

    Pandai cakap pasal transformati saja. Tapi mereka buta dengan kelemahan-kelemahan nyata dalam pentadbiran Negara dan rumah-tangga sendiri.

    Tegas dan beranilah.

Leave a Reply