Menu Utama

Peguam Negara Mahu Halang Polisi Kerajaan dan Kata Menteri Bohong?

TERBARU (5.PM.)
Ketua Polis Negara minta Jabatan Peguam Negara wujudkan semula undang-undang seperti Akta Darurat bagi melindungi saksi supaya mereka tidak menjadi mangsa jenayah berat sehingga takut memberi keterangan di mahkamah – Bernama

Malaysiakini.com hari ini melaporkan Peguam Negara tidak akan menyokong sebarang undang-undang baru yang bercorak penahanan pencegahan. Kenyataan Peguam Negara ini sangat mengelirukan kerana beliau seharusnya berbincang dengan kerajaan terhadap sesuatu isu undang-undang. Dan tugas Peguam Negara hanya menasihati kerajaan dalam hal undang-undang bukannya membuat kenyataan terbuka menghalang sebarang polisi kerajaan yang belum diumumkan.

Selebihnya beliau juga menafikan bahawa Kebanyakan penjenayah yang ditangkap kerana melakukan kesalahan di negara ini adalah bekas tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO). Ini bertentangan dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Parlimen minggu lalu.

Sebenarnya apa motif Peguam Negara? Mencari populariti atau sudah menjadi duri dalam daging kepada kerajaan dan Polis?

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata beliau tidak menyokong pembentukan apa-apa undang-undang baru yang membenarkan penahanan untuk pencegahan.

Bagaimanapun Pejabat Peguam Negara masih belum menerima apa-apa deraf atau cadangan dari Kementerian Dalam Negeri atau mana-mana badan kerajaan berhubung undang-undang untuk menggantikan Ordinan Darurat (EO) yang membenarkan penahanan untuk pencegahan, katanya.

“Saya tidak akan bersetuju dengan penahanan pencegahan,” katanya kepada pemberita di dalam satu sidang media di Bangi hari ini.

Tambahnya, tiada apa-apa deraf undang-undang baru yang dihantar ke pejabatnya.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan sekiranya ada pihak yang mendakwa sebaliknya, katanya lagi.

Tambahnnya, beliau juga tidak pernah melihat sebarang kes pendakwaan melibatkan bekas tahanan EO.

Beliau mengulas dakwaan kerajaan bahawa pemansuhan EO mendorong kepada peningkatan kes jenayah dan juga cadangan untuk memperkenalkan undang-undang baru bagi menggantikan ordinan tersebut.

Abdul Gani juga menegaskan bahawa undang-undang sedia ada memadai untuk penguatkuasa undang-undang mendakwa penjenayah.
– http://www.malaysiakini.com/news/235787

Kedua-kedua kenyataan ini bertentangan dengan kenyataan Menteri Keselamatan Dalam Negeri di dalam Parlimen:

Bekas Tahanan EO Paling Ramai Ditangkap Lakukan Jenayah – Ahmad Zahid
Oleh YUEN MEIKENG

KUALA LUMPUR: Kebanyakan penjenayah yang ditangkap kerana melakukan kesalahan di negara ini adalah bekas tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Ini bukan persepsi tetapi realiti. Dari segi tangkapan, kebanyakan pesalah adalah yang dibebaskan dari EO yang dimansuhkan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Azmin Ali (PKR – Gombak) semasa sesi soal jawab di Parlimen, Rabu.

Azmin bertanya sama ada kenyataan oleh Kerajaan baru-baru ini bahawa kadar jenayah telah meningkat telah digunakan sebagai asas untuk mempertimbangkan undang-undang baru bagi menggantikan Ordinan Darurat yang dimansuhkan.

Ahli Parlimen pembangkang itu juga bertanya mengapa Kerajaan berkata jenayah yang semakin meningkat hanyalah persepsi awam tetapi mengubah pendirian selepas rumah menteri dipecah masuk.

Ahmad Zahid berkata semua jenayah mesti diperangi, sama ada yang melibatkan menteri atau rakyat biasa.

“EO telah dimansuhkan tetapi jika kita menggantikannya dengan undang-undang baru, kita meminta semua pihak bersetuju dengannya,” kata beliau.

Beliau menambah, penjenayah adalah “buta warna” apabila melakukan kesalahan dan tidak membezakan antara negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Dilaporkan bahawa kerajaan telah memikirkan pengenalan undang-undang baru untuk mengurangkan kadar jenayah.

EO telah dimansuhkan pada tahun 2011 berikutan kritikan bahawa ia adalah zalim dan tidak demokratik.

Mengenai usaha untuk membendung jenayah, Ahmad Zahid berkata, polis sedang berusaha menubuhkan satu talian hotline 911 terus ke Bukit Aman untuk membolehkan orang ramai melaporkan jenayah dengan segera. – Mstar



« (Previous News)



48 Komen to Peguam Negara Mahu Halang Polisi Kerajaan dan Kata Menteri Bohong?

  1. tony gunawan says:

    tukar saja peguam negara!

    • WTF says:

      Aik Tony, kau tetiba jadi UMNO ker?

      Marah Mooh nanti…

    • badrole amin says:

      hahaha macam tak percaya aku ko mintak peguam negara ditukar tony oiii…ko demam ke hari ni?

      ——————————————————–

      selepas ghani patail berambus dan tiada lagi, beliau sudah tentu akan dikenang sebagai AG yg meninggalkan legasi membenarkan peliwat ulung negara anwar ibrahim bebas dgn sesuka hati menangguh perbicaraan kes liwatnya di mahkamah sehingga lebih dari 25 kali

      ghani patail juga meninggalkan legasi bersama badan kehakiman iaitu legasi membenarkan hanya satu perbicaraan kes liwat sahaja melibatkan ‘seorang anugerah tuhan’ diselesaikan oleh mahkamah selama 3 tahun sedangkan perbicaraan-perbicaraan kes liwat lain melibatkan rakyat biasa tak sampai 48jam dapat diselesaikan oleh mahkamah dimana mahkamah tanpa rasa ragu sedikit pun mempercayai bukti seperti DNA itu utk menjatuhkan hukuman bersalah terhadap rakyat biasa yg dituduh melakukan liwat

      ghani patail juga meninggalkan satu lagi legasi bersama badan kehakiman iaitu meninggalkan satu gambaran(perbicaraan kes rasuah) kabur kepada org awam yg akan terus sampai bila-bila tertanya-tanya ‘apa dan dimana perlakuan sebenar rasuah itu berlaku’ berhubung perbicaraan kes rasuah seorang bekas MB

      itu legasi besar, legasi kecil yg ditinggalkan ghani patail tentulah tentang ramai ‘org pakatan haram & kuncu-kuncunya’ yg dilepaskan begitu saja tanpa dikenakan dakwaan & hukuman di mahkamah selepas mereka melanggar undang-undang

      apakah ghani patail akan melepaskan ‘kuncu pakatan haram’ pasangan penzina kapir laknat paling terlaknat alvin dan vivian dari dikenakan dakwaan dan hukuman oleh mahkamah?

      • zarman says:

        pembetulan…. rasanya penangguhan bukannya 25 kali, tapi hampir 60 kali (saya pernah terbaca).

        • badrole amin says:

          dengar tu hampir 60 kali aljuburi dapat tangguh!!!…inilah antara legasi yg akan ditinggalkan ghani patail bila dia bersara nanti, tak mungkin isteri dan anak-anak ghani patail nak rasa bangga mengenainya

          kepada tony takgunawan sen….

          ko tak nak tarik balik ke pasal ko kata ghani patail musuh ketat aljuburi?

          siapa-siapa(dikecualikan lembu tolol pakatan haram) membaca pun tahu terlalu hina tahap kebahalolan ko bila ko kata ghani patail musuh ketat aljuburi

          hehehehe

    • pencenkan jer ag nie balik kampong halaman ler…

  2. Schutz Staffeln says:

    ahhh…kalau dah tak senada suara dengan kerajaan untuk membendung jenayah, pecat aja, gantikan dengan yg ada telur, bukan telur disimpan/dieram…At last they have put somebody with ball in this office *petikan dari filem Valkyrie

  3. antipatail says:

    Akhirnya dia menunjukkan siapa diri dia.

  4. tony gunawan says:

    peguam negara ini musuh ketat anwar patut dipecat!

    • badrole amin says:

      kalau memang bodoh tak reti nak cakap lebih baik diam tony oiii

      musuh ketat apa kejadah, kalau musuh ketat takdelah si ghani nak benarkan si anwar tangguh perbicaraan kes liwatnya sampai lebih dari 25 kali

    • WTF says:

      Musuh ketat???

      Udah2lah tu Tony, bila masa Ghani Patail dgn Nuar Berahi musuh ketat…

      Nak bawak rayuan kes Saiful pun liat, kalau musuh ketat…dah tentu laju jer.

      Lawyer dilantik oleh Ghani Patail untuk kes Saiful pun boleh pergi represent Nuar Berahi dlm kes lain.

      Kalau nak kata Ghani Patail musuh dalam selimut kerajaan Malaysia, ada logiklah…

      Think Tony, think.

  5. omek says:

    Kena faham fakta… GPatail kata beliau belum nampak sebarang kes pendakwaan keatas EO dan Zahid pulak sebenarnya kata banyak EO yang “DITANGKAP” kerana kes jenayah… jwpnya memanglahhh!!! kan Gani ada masaalah dalam kes membuat dakwaan? dan sering membuat pendakwaan berpilih… mana yang dia tak suka dia dakwa, mana yang menyokong PR dia akan diamkan?

  6. badrole amin says:

    tolonglah najib boleh tak ko mintak perkenan yg dipertuan agong menggantikan segera ghani patail dgn org lain

    tak kira ketuanya atau timbalannya, kalau boleh semuanya patut ditukar dgn org baru dlm jabatan peguam negara…aku kata begini sebab suspek sangat jabatan peguam negara dah nak jadi macam majlis peguam(bar council)

  7. Kamal says:

    Dia ini jadi Peguam Negara dari tahun 2002 iaitu Time Tun Mahathir lagi. Tiga kali Perdana Menteri silih berganti tapi dari Tun Mahathir ke Pak Lah dan ke Datuk Najib,dia masih lagi Peguam Negara. YDPA pun silih berganti 3 kali.
    Bila dah lama berkuasa inilah jadi angkuh dan boleh lawan badan eksekutif. Tambah pula bila dia dah lama semua rahsia orang pemimpin dalam tangan dia jadi dia rasa dia tak boleh diganti.

    Memang nampak dah bias dia ini.

  8. kukukambing says:

    Saya tak faham kenapa kerajaan masih menyimpan AG harami biawak hidup ni.
    kasi terajang terus ler!!!!

  9. kukukambing says:

    ISA dan EO inilah yang telah banyak berjasa menjadikan Malaysia seperti hari ini.Tapi kedua dua nya telah ghaib atas tindakkan maha cerdik dan maha baik hati PM 1 Malaysia bagi mengampu bodek cina dan keling .BO LA WEI

    • alfie says:

      Bagi kerajaan Ah Jib Gor undang2 ini semua tak mustahak. Buat apa undang2 ini sebab segala jenayah di Malaysia hanya perlu tindakkan ambil statement aje. Cuba tengok si Khalid ismath yang sepak polis,statement dah di ambil. Cina Wendy yang hina Agung kita statement pun dah ambil. Adam Adlil statement pun dah ambil. Ambiga BERSIH statement dah ambil. Cina yang suruh muslim buka puasa makan bak kut teh statement pun dah ambil. Haris Ibrahim ABU statement pun dah ambil. Cukup lah tu!!!!!!

  10. raplahjingaa says:

    Ghani Patail ni sex orientation dia pun aku was-was…..

    • badrole amin says:

      hahaha was-was sebab luar-tabie perangai si ghani

      kalau ikut tabie si ghani kena baca dulu tak boleh tolak dan bantah(tak dapat terima tentang penahanan tanpa perbicaraan tu) undang-undang baru(termasuk saranan-saranan) nak ganti EO tu yg akan Ahmad Zahid serah kepadanya

  11. bangKano says:

    Memamng betoi la ni Peguam Negara tu ada la sekoq biawaq hidup yang di dukung oleh kerajaan. Najib mesti ambil perhatian tang perkagha ni jangan simpan si balok menggunting kain dalam lipatan…..!!!

  12. Manusia biasa says:

    Ada pun xbleh xada pun xbleh…bila ada..suruh dimansuhkan..bila dh xada..melalak suruh adakan…

  13. alfie says:

    Undang undang yang mustahak bagi kerajaan ini hanya undang2 untuk ambil STATEMENT aje. Lain lain punya undang2 tak pakai pun. Alangkah bagus kalau kita buat salah jalanraya speeding AES polis ambil statement aje pada mendenda kita kan.

  14. kukukambing says:

    Di bawah PM 1 Malaysia ni ler kita boleh lihat banyak biawak hidup yang diternak atas kepala nya,seperti Omar ong,Sahlan Nasution,Raja Arief,Kerismudin(MENTANG MENTANG SEPUPU DIA!! )dan ramai lagi termasuk kepala biawak harami paling besar si Gani satu tahil ni.
    BO LA WEI!!!

  15. pasdaplaknat says:

    ketua AG rupanya musang bulu kucing.. susah lah mcm ni.. Polis lebih tau, AG duk dlm pejabat mana berhadapan dgn pembunuh, perompak.. atas kertas pndkwaan je..

  16. kukukambing says:

    SOKONG ADAKAN PEMILIHAN SEMUA JAWATAN PADA PAU UMNO !!!!!!!

    • alfie says:

      Sokong Bro. Selama ni peminpin UMNO dapat jawatan atas asas logik aje. Bila no.1 pencen,no.2 ambil tempat no.1. No.3 ambil tempat no.2.,no.4 ambil tempat no.3 dan seterus nya dengan budaya logic ini. Orang bodoh pun boleh jadi PM kalau dia sanggup SABAR. Bab ini mereka suruh kita hormat dan ikut,bab cina maki kita mereka ambil statement aje untuk buat kita rasa maruah kita terbela.

      CUEPACS orang melayu yang bagi undi kepada Ah Jib Gor punya liat dia nak bagi bonus tapi apa Cina Dong Zong minta dia tunai kan, sekolah cina minta duit berjuta juta dapat. Orang Cina Penang yang tak undi dia,dia nak buat beribu ribu rumah untuk mereka. Kita yang tegur Ah Jib Gor yang layan orang melayu kurang dari orang cina,mereka panggil kita REB BEAN ARMY.

      Masa Pak Lah jadi PM kita kutuk baik sangat sampai Anwar naik minyak,kita pun kata baik Pak Lah jadi Ustad aje pada jadi PM.

      Era Ah Jib Gor dengan transformasi nya tak pernah kita tengok betapa kurang ajar bangsa cina sejak 57 tahun kita merdeka. Sultan2 di maki,ugama Islam di hina,orang melayu di caci,apa kerajaan Ah Jib Gor buat? Apa lagi….ambil statement dalam semua kes2 ini. Itu sahaja pembelaan kerajaan Ah Jib Gor ini. Kalau orang2 bawahan terpaksa bela maruah orang melayu dan ugama sebab PM tak buat apa,kalau jadi 13 May lagi sekali jangan salahkan rakyat melayu. Concept 1Malaysia ini hanya mengutungkan orang cina yang sekarang berani menyuarakan hak hak orang melayu tanpa segan silu lagi.

      Kalau Ah Jib Gor masih buat pendirian yang sama juga,baik suruh dia jadi wali Allah aje daripada jadi PM dan President UMNO.

    • WTF says:

      Saya setuju atas dasar untuk UMNO mencari barisan pelapis yg akan bakal memimpin UMNO di masa akan dating.

      • Mawar says:

        Aku mengharapkan mukhriz menjadi pelapis yang berjaya…ini berdasarkan pemerhatian pada kerja2 sebagai MB kedah pd masa kini.

  17. baba says:

    aku heran pasai apa dia ni masih kekal sbg peguam negara…..gantikanlah dgn yg lain.

    • WTF says:

      Mamat ni pegang banyak rahsia kot, tapi for me, Ghani Patail is so ineffective.

      Baik Ghani Patail retire jaga cucu lagi bagus.

  18. djray says:

    Semoga org2 pertama yg bakal jejakkan kaki ke dalam neraka adalah Peguam2 Malaysia yg berjaya mempertahankan penjenayah!! dan Peguam2 yg sebenarnya pendusta besar!

  19. djray says:

    Kita tengok nanti bila Ghani Patail ni retire, pasti masuk PKR dan jadi musuh negara secara official.

  20. bujuk says:

    BN dan PR dua2 tak suka pada AG, rakyat lebih2 lagi. Tapi apa nak buat kalau Najib masih suka pada Ghani Phatail.

  21. Hadi Suhaimi says:

    Aku akan pastikan anak anak aku jgn jadi peguam, sebab keja peguam ni tak bagus, membela org salah dan penjenayah, yg penting duit masuk, sebab tu ramai peguam tak suka undang undang,

  22. […] Artikel Berkaitan 1. Zahid Jawab Peguam Negara – 90% jenayah berat dilakukan bekas tahanan Ordinan Darurat 2. Peguam Negara Mahu Halang Polisi Kerajaan dan Kata Menteri Bohong? […]

Leave a Reply