Menu Utama

Oii Husam… Kuala Besut Bukannya Jajahan Kelantan

Ada satu perkara yang cukup menarik di PRK DUN Kuala Besut yang sedikit suam-suam kuku kehangatannya tika ini di mana sepertinya wujud satu kepercayaan dikalangan segelintir politikus akal sejengkal yang menganggap Kuala Besut dan Daerah Besut adalah sebahagian dari Kelantan.

Bertitik tolak dari kepercayaan itulah gamaknya membawa kepada idea dikalangan beberapa pimpinan PAS Kelantan untuk melobi seterusnya mengangkat Naib Presidennya iaitu Husam Musa sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK DUN Kuala Besut.

Mungkin isu perlantikan Husam sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS di Kuala Besut boleh dianggap isu enteng tapi umum tahu akibat perlantikannya itu telah meninggalkan kesan besar menyebabkan jentera PAS Terengganu menjadi kaku dan pegun seolah-olah telah ditawan oleh PAS Kelantan.

Dari A sampai Z segala-galanya diuruskan oleh PAS Kelantan semacam PAS Terengganu pula yang jadi tetamunya dan PAS Kelantan adalah tuan rumah yang berdaulat dalam menentukan gerak kerja pilihan raya. Bukankah ini satu bentuk penghinaan kepada PAS Terengganu?

Patutlah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut sampaikan rasa terpinggir sendirian dan akhirnya merajuk jauh membawa diri konon mahu menunaikan umrah tatkala perang sedang melanda dan askar-askarnya kebingungan tanpa Panglima Perang.

Husam juga selaku pengemudi PAS dalam PRK ini seperti sengaja membuatkan pentas PRK DUN Kuala Besut sebagai bahan eksperimen untuk melonjakkan imej sendiri di masa yang sama diarahkan pula jenteranya mengedarkan poster Menteri Besar Kelantan, Mat Yakob buat cenderahati pada pengundi Kuala Besut.

Apa kaitan poster itu dengan PRK DUN Kuala Besut dan apa signifikannya dengan penduduk di Kuala Besut, pasti masing-masing hanya mampu menggeleng kepala. Apa nilai poster MB Kelantan itu pun langsung tak tercapai dek akal mereka.

Kot iya pun PAS mungkin beralasan poster tersebut untuk dibahagi-bahagikan kepada penyokong PAS Kelantan yang dibawa masuk beramai-ramai bagi memperlihatkan aktivitinya tetap hidup, ia masih tidak kena tempat dan masanya.

Jika diedarkan poster Hadi Awang ada musababnya yang kukuh kerana Hadi adalah Presiden PAS, hatta kalau dihulurkan poster Nik Aziz pun masih boleh diterima dek akal kerana orang tua mulut berus itu masih lagi Mursyidul Am PAS Pusat.

Di kalangan pemimpin PAS tempatan bukan tidak ada yang merungut membantah pengedaran poster MB Kelantan yang tiada hubung kait langsung dengan penduduk Kuala Besut, tapi teguran itu umpama mencurah air ke daun keladi jadinya.

Poster Mat Yakob, MB Kelantan tetap juga disebarkan di sekitar Bazar Ramadhan serta turut dihulurkan kepada jemaah yang berada di perkarangan surau dan masjid. Malah di mana adanya ceramah PAS sempena PRK DUN Kuala Besut, pun poster yang sama juga dihulurkan kepada pengunjung.

Bagi pemimpin PAS Terengganu, poster tersebut adalah satu strategik membunuh diri sebenarnya yang menyebabkan pengundi di Kuala Besut kian jauh dari jangkauan PAS. Ia melambangkan percubaan PAS Kelantan untuk menjajah daerah yang sepatutnya dikendalikan oleh PAS Terengganu.

Realiti dulu dan kini, Daerah Besut adalah sebahagian dari Terengganu, meskipun ada sebahagian penduduknya bercakap loghat Kelantan bukan bermakna ia sebahagian dari jajahan Kelantan dan MBnya juga bukanlah Mat Yakob.

Husam mungkin merasakan strategi ‘mengKelatekan’ Kuala Besut dikira satu kebijaksanaan tanda kekuasaan PAS Kelantan, tapi penduduk dan pengundi di Kuala Besut bukannya kecil anak untuk diperlakukan semacam rakyat di bawah naungan PAS Kelantan.

Iu hakikat yang Husam dan pemimpin PAS Kelantan gagal memahaminya. 24 Julai 2013 ini, jika PAS kekal kalah atau tewas lebih teruk, tidak susah untuk PAS Terengganu menuding jari pada siapa yang empunya sebabnya.






7 Komen to Oii Husam… Kuala Besut Bukannya Jajahan Kelantan

  1. WTF says:

    Ada baiknya PAS mengedarkan poster Khalid Ibrahim dam Lim Guan Eng kpd para penyokongnya di PRK Kuala Besut.

    Barulah dikatakan ADIL…

  2. Jackal says:

    Husam nak amik hati MB kelate kot supaya dia nnt diangkat jd exco…

  3. mentaliti macam ni la yg ade dalam ramai rakyat kelantan… terlampau taksub dgn negeri… sampai kelantan diPASkan… bile ade perlawanan bola je, negeri kelantan je yg ade bawak bendera PAS… seolah2 nama kedua negeri kelantan adalah PAS….

    sekarang ni, PRK kat daerah negeri lain pun dia nak kelantankan jgk hanya kerana yg bertanding tu PAS… langsung takde kene mengena… edar gambar menteri besar kelantan… knape tak edar poster calon yg bertanding tu sendiri?… cara berpolitik PAS makin kehutanan…

    • cucutokleman says:

      Yang hairannya ramai pula orang melayu dari negeri-negeri lain di Semenanjung sanggup diPASkan sehingga menjadi bodoh dan taksub dengan politik kehaiwanan PAS.

  4. ahmad says:

    dulu mmg besut sebahagian drp kelantan…sebab itu ramai org kelantan di situ…mgkn pas merasakan tindakan mereka gunakan skrg boleh memenangi hati org2 besut…jika org2 besut berfikiran waras dan tahu selok belok agama, pas akan ditolak…

    skrg masih tidak ada kesungguhan pihak kerajaan menjawab hujah2 sesat pas…kalau dibiarkan begitu, mgkn org ramai akan berfikiran bahawa pas berada di atas landasan benar…

  5. alimedanbaru says:

    Edar poster gambar manusia samaada MB Kelantan ke, Tuan Presiden ke, Tuan Mursyidul ke atau poster STALIN ke, hukumnya sama sahaja 2X5. SEBAB TU FATWA PAS TAK BOLEH PAKAI, IANYA TERPAKAI UNTUK MAZHAB PAS SAHAJA!

Leave a Reply