Menu Utama

Negara Boleh Huru-Hara Jika Islam Terus Dipersenda! – Muhyiddin

PUTRAJAYA, 30 Julai — Tindakan segelintir pihak yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam akhir-akhir ini diharap tidak berlarutan sehingga mencetuskan ketegangan seperti berlaku di negara Islam lain, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perbuatan itu, kata timbalan perdana menteri, tidak seharusnya berlaku dalam keadaan negara yang ketika ini aman dan tenteram.

“Ini menunjukkan tidak ada persefahaman dan pengertian yang mendalam dalam masyarakat. Tiada orang Islam yang mempersendakan agama-agama bukan Islam seperti Kristian, Hindu dan sebagainya.

“Tetapi yang berlaku di sini, bukan Islam telah memperlekehkan dan mempersendakan agama kita,” katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama Anak-Anak Rumah Amal Kasih Bestari di sini Selasa.

Muhyiddin mengulas penyebaran sebuah klip video dalam laman You Tube bertajuk ‘Suatu Hari di Hari Raya’ yang memaparkan seorang individu membasuh tangan dan kakinya seperti mengambil wuduk dan kemudian melakukan perkara yang sama kepada tiga ekor anjing.

Klip video itu berlatarbelakangkan takbir Hari Raya dan lagu Hari Raya nyanyian Datuk M.Nasir. Sehubungan itu, katanya, tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang sengaja mencemarkan kesucian Islam.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri perlu cepat mengambil tindakan supaya kejadian ini tidak terus berulang,” kata Muhyiddin.






26 Komen to Negara Boleh Huru-Hara Jika Islam Terus Dipersenda! – Muhyiddin

  1. […] View original post here: Negara Boleh Huru-Hara Jika Islam Terus Dipersenda! – Muhyiddin […]

  2. gambus says:

    Masyarakat muslim di Malaysia tidak pernah pun menghina agama lain atau masyarakat minoriti lain .. Tapi peliknya masyarakat minoriti dan agama lain sibuk untuk menghina dan mempersendakan Islam .. ada satu masalah otak pada orang begini !!!

    • red5 says:

      masalah xkan timbul kalau tiada pihak mengutuk agama lain.. bukan agama islam sahaja ada sensitiviti., semua agama ada.. give respect.,tke respect.. kalau sesiapa kutuk agama sesiapa..ambil tindakan terhadap mereka.. jangan ambil tindakan mengikut agama…salam 1malaysia..

      • gambus says:

        tentunya tapi sekarang orang india dan cina adalah manusia yang paling menyibuk dan sibuk mempermainkan agama orang lain !!! hanya berdasarkan isu fitnah pun mereka mudah terpengaruh

      • NIM says:

        Betul tu. Kalau pelaksanaan undang-undang dijalankan dengan tegas, pasti ramai yang lebih berhati-hati apabila berbicara dan tak akan sewenang-wenangnya menghina agama dan bangsa.

    • red5 says:

      ye ke.?? apa kes bekas mb kulim zulkifli nordin.,bekas mb pasir mas., dan lain2 2.?? kita manusia biasa.,jangan kutuk agama lain.. semua ada agama.. respect every1.. peace..

      • gambus says:

        Zulkifli Nordin ?? isu ni sangat lawak , sebab apa ?? sebab kenyataan Zul Kulim tu masa dia jadi AJK PAS dan dalam ceramah PAS , selepas beberapa tahun baru isu ni timbul HANYA bila Zul Kulim masuk UMNO !!! setidak-tidaknya dia mengaku kesilapan dia dan percaya politik yang dipegang sebelum ini amat kotor !!! yang kelakarnya selepas beberapa tahun baru isu ni timbul !! masa dia melalak atas pentas PAS dulu dan disebarkan UMNO tak pulak salahkan ???

        MB Pasir MAS , Ibrahim Ali , kenapa pulak ??? bila extremist kristian memainkan isu Allah dan membuat provokasi dan cuba buat sesuatu yang masih dalam kes Mahkamah .. nampaknya puak exremist kristian laa yang mempermainkan isu agama ni .. Kalau ibrhahim ali hendak ditangkap dan didakwa JANGAN LUPA juga pada puak extremist kristian yang membuat provokasi agama !!!

        setiap perkara ada sebabnya !!! sama juga kes fitnah kononnya anak hindu makan dalam tandas , yang sengaja dibuat oleh Guneswari Kelly untuk timbulkan isu perkauman dan agama , tgk sahajalah ramai golongan racist yang berfikiran sempit dan menyokong dan menghina bulan ramadhan atas KENYATAAN FITNAH !!!

        takde siapa yang menyokong mengutuk agama lain , tapi majoritinya orang bukan Islam dan pihak minoriti begitu sibuk untuk menghina Islam dan masuk capur urusan agama Islam .. tak maluu !!!

    • cucutokleman says:

      Masalahnya umat Islam sendiri tidak menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kpd bukan Islam. Malah diakhir zaman ini ada dikalangan pemimpin Islam sendiri yang kelihatan zuhud sanggup menjual agama demi kepentingan duniawi. Dalam hal ini anda kena tanya Anal Iberohim, Nick A Jeez dan Hardy Ben Awang apa yang telah mereka lakukan terhadap Islam sehingga orang bukan Islam berani menghina dan mempersendakan Islam.

      • NIM says:

        Selain tanya Pemimpin, tanya juga diri sendiri, adakah kita menunjukkan contoh yang baik kepada orang Islam dan orang belum Islam. 1 jari tuding kepada orang lain, 4 jari kembali kepada diri sendiri.

    • NIM says:

      Masyarakat Muslim di Malaysia tak pernah hina agama lain? Ok, betul, dalam kehidupan seharian saya sekalipun, dalam isu dihebah orang ramai, tak pernah lagi saya dengar berlaku. Tapi apabila ada orang yang kutuk agama kita?

      Berlambak-lambak komen yang kurang ajar daripada orang Islam dan orang belum masuk Islam saling menghina agama masing-masing. Akibatnya timbul pula isu lain. Pandai.

      Ada otak fikir. Ada akal guna. Ada panduan IKUT.

      Orang Islam sila bertindak seperti orang Islam. Orang kutuk agama kita, kita jangan lawan balik dengan kutuk agama mereka. Sila lawan dengan hujah berserta fakta yang tepat dan padat. Tak payah maki-hamun.

      Setakat nak maki-hamun, budak belum baligh lagi pun boleh jadi pembela agama Islam kalau betul itu caranya.

      • gambus says:

        Mestilahh , orang kutuk agama kita mesti kita marah !!!

        ini namanya provokasi yang dibuat oleh non muslim untuk membangkitkan isu agama dan bangsa ..

        Sama juga macam kes Guneswari Kelly yang membuat isu agama dan kaum , walaupun ada orang hindu dan cina begitu seronok menghina agama Islam dan bulan ramadhan .. apa yang perlu kita lakukan ialah mencari kepala penghasut perpaduan kaum dan agama ini iaitu Guneswari Kelly sahaja !!!

        orang yang memaki hamun ni kita tak boleh halang sama juga bangsa lain dan agama lain yang memaki hamun atas beberapa kes . sebagaimana mereka kita juga tak boleh menghalang sesiapa untuk memaki hamun , apa yang perlu kena pantas cari kepala si pencaci agama ni agar perkara ni tak berlarutan .

        Apapun aku sangat setuju , tak perlu memaki hamun dan mengutuk agama lain bila agama lain sibuk memaki hamun agama kita .

        • NIM says:

          Marah mestilah marah, kalau tak marah tu tandanya tak kisah. Tapi marah ada macam-macam cara marah. Cara marah orang Islam sepatutnya macam mana?

          Kalau dah sampai menghina bangsa, agama, warna kulit, mencarut dan macam-macam lagi pernyataan yang buruk dan menghina keluar, itu nak mempertahankan Islam apa namanya? Serupa macam anjing liar atau orang tak beragama, memalukan nama Islam lagi ada la.

          Saya cuma kongsi di sini pendapat saya supaya orang Islam yang terbaca beringat sebab dah banyak kali sangat saya nampak reaksi macam ni di Facebook. Paling terkini isu Chetz yang buat video beraya dengan anjing tu.

          Banyak orang belum masuk Islam pun jadi keliru tengok perangai orang Islam di situ. Bahasa yang digunakan…. tak menggambarkan peribadi orang Islam langsung!

          Jadi apa nak hairan kalau orang belum masuk Islam ingat kita ni jenis bangsa yang tak bertamadun?

          Apa nak hairan kalau orang belum masuk Islam ingat kita ni jenis yang suka mengamuk dan pengganas?

          Ingatlah, kita orang Islam, panduan kita Al-Quran dan Hadis. Kita ada panduan yang terbaik berbanding orang lain. Contohilah Rasulullah, kalau marah pun tak pernah mulut Baginda sejahat kita.

        • NIM says:

          Nasib baik, ada juga yang masih waras macam awak. Kalau nak kira peratusan orang yang waras berbanding yang memaki-hamun, rasanya 10% pun susah nak dapat.

          Tak hairanlah orang Islam digambarkan seperti buih-buih di lautan pada akhir zaman ni sebab orang Islam memang ramai tapi yang paling ramai dikalangan mereka ialah orang Islam yang tak berkualiti 🙁

  3. alfie says:

    Apa yang TPM kata semua orang melayu dah lama tahu,dia tak payah cakap yang obvious. Kita cuma nak tahu APA TINDAKAN kerajaan Ah Jib Gor nak ambil untuk menghalang perkara menjadi berhulang kali! No need to tell us that the non muslim ARE insulting us but TELL us what are they doing to prevent us from being insulted by these people!!!

    • alfie says:

      Lagi satu perkara,jangan inform kami yang polis AKAN ambil statement daripada mereka ni,kami dah jelak dengak cerita ini.STATEMENT,STATEMENT,STATEMENT,STATEMENT,STATEMENT tapi sapa pun tak masuk jail atau kena denda.

    • NIM says:

      Memang apa TPM cakap ni ramai orang Melayu dah tahu tapi apabila orang berkuasa besar yang cakap, pihak atasan baru senang nak dengar, orang bawah pun nak tak nak, kena buat. Jadi janganlah terlalu merendah-rendahkan perbuatan orang lain.

      Kalau setakat orang macam kita yang tak de kuasa cakap, ramai orang bo layan. Kalau bersatu-padu bersuara lain juga, ni ada yang sokong, ada yang tidak, ada yang nak menjatuhkan lagi pun ada. Bersyukurlah ada juga orang atas yang nampak masalah ni dan sanggup mengutarakannya kepada para pemimpin dan orang ramai.

  4. TUBIR says:

    Tangkap tian chua,Tangkap LKS, tangkap LGE,tangkap sivarasa dan tangkap mat sabu sumbat dalam tahanan tampa bicara ataupun letakan diorang ni kat satu pulau tampa penghuni sebab dia orang ni makhluk perosak …..dan lahanat besar .Tangkap dan kurung jangan kasi lepas atau kabar berita

  5. raplahjingaa says:

    Pak Muhyidin, bapak bercakap macam cikgu kelas sivik, bagus untuk anak-anak di sekolah rendah.

    Depa ni dah tak makan nasihat-nasihat macam ni, apa depa hairan lebih-lebih pun polis panggil ambil statement lepas tu depa minta maaf jer lah.

    Depa ni perlu di sumbat masuk penjara, tak pun bagi tidur lokap 6/7 hari, kerajaan perlu tegas !

    • luvmy says:

      Bole x g baca komen dr NIM (10.23am)?? I’m so bored with individu yg always think that they r better than others..

    • alfie says:

      Setuju saudara raplahjingaa,kerajaan kita ni VOCAL aje hanya kata kata apa rakyat nak dengar! Belakang kita cerita lain pulak,perasaan bangsa cina pun mereka nak bertimbangan kan. Oleh kerana orang melayu yang undi dan sokong mereka,lagi senang hidup menteri2 ni suruh kita bersabar, daripada mereka kena tegur atau marah puak puak cina yang tak sokong mereka.

      • NIM says:

        Sebenarnya siapa Kerajaan? Siapa kakitangan Kerajaan? Tengok macam filem The New Village tu. Agak-agak la kan, penyokong Kerajaan yang buat macam tu ke, atau penyokong Pembangkang?

        Yang buat masalah macam ni, rasanya tak lain tak bukan, bukan Kerajaan, tapi gunting dalam lipatan.

        Sebab tu orang Islam kena bersatu-padu. Apabila bersatu, suara kita kuat. Kalau ada musuh dalam selimut sekalipun, kalau Kerajaan lemah sekalipun, tindakan nak tak nak mereka terpaksa ambil.

        Jadi tak payah cakap banyak la nak menghina sangat Kerajaan. Kita sebagai rakyat ni, rakyat yang beragama Islam, apa yang kita dah buat untuk bantu agama kita?

        Kalau setakat berani memaki-hamun, mencarut yang mencemarkan nama baik Islam… lebih baik diam.

  6. PakChak says:

    Bertindaklah yang sepatutnya. Jangan biarkan rakyat bertindak sendiri!

  7. alfie says:

    Kakitangan kerajaan jenis apa ni yang kena sampai TPM beri arahan suruh buat kerja?

    Kecuali mereka ini sudah tahu buang masa mereka aje kerana kerajaan pun tidak akan ambil tindakan yang tegas untuk menghalang lagi perkara ini dari berlaku!

    • luvmy says:

      Tu la..kakitangan kerajaan jenis apa la ni suma.. Klu i la jd bos, i x kisah klu staf i buat keje tanpa arahan i..buat je la..betul la tu suma. X yah tunggu meetg minggu dpn, lama sgt meetg, boring pulak tu..buat je…

  8. bujuk says:

    Umat Islam kena peka dengan agama ISLAM. Kena ikut/terima 100% apa yg. Islam gariskan. Jangan jadi seperti kes JAWI nafikan penyertaan RATU CANTIK tapi bila d tanya status gimrama, renang, terjun dan lain2 perkara yg. juga mendedahkan aurat.. JAWI tak dapat jawab. Akhirnya minta tunggu/tangguh untuk siasat. Perkara seperti ini tak berbangkit jika JELAS batas AURAT wanita/lelaki. Tak kira d mana atau siapa… hukum tetap sama. Jagan kita tangkap remaja bermadu kasih d tempat sembunyi tapi kita biarkan pemimpin berpelukcium d pentas walaupun bukan mahram.
    Isu hina agama… memang patut d kutuk dan d ambil tindakan kerana boleh menyemarakkan perkauman dan pergaduhan agama. Pihak berkuasa perlu TEGAS dan PANTAS dan bukannya mempromosi isu. Jangan biarkan isu ini d salahertikan dan d bincang umum. Perlu ada pasukan yg. segera membuat penjelasan pada awam dari pelbagai kaum dan agama untuk memperbaiki keterlanjuran dan bukannya biarkan rakyat awam beri pandangan sendiri yg. akan memburukkan lagi keadaan. Isu 2remaja cina dan sekarang melayu tak sedar diri yg. menghina Islam amat memedihkan. Mereka perlu d hukum walaupun dengan alasan tiada tujuan menghina, kerana mereka telahpun menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Paling sedih bila seorang Islam tidak sedar diri dia sedang menghina agama sendiri.

Leave a Reply