Menu Utama

Masyarakat Desak Segerakan Undang-undang Pencegahan Bagi Ganti Ordinan Darurat Yang Dimansuhkan

KUALA LUMPUR 21 Julai – Satu memorandum telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi mendesak undang-undang khas pencegahan jenayah diwujudkan dengan segera untuk menggantikan Ordinan Darurat (EO) serta beberapa akta lain yang telah dimansuhkan.

Memorandum yang turut disertakan 10,000 tanda tangan penduduk di Lembah Kelang itu adalah sebagai tanda sokongan masyarakat terhadap pembentukan undang-undang baharu berkenaan.

Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia, Kuan Chee Heng berkata, memorandum serta tanda tangan itu kemudian diserahkan kepada Khalid yang diterima oleh Penolong Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

“Kami mahu undang-undang pencegahan jenayah itu digubal segera, setelah EO dan beberapa akta lain dimansuhkan kerana polis sukar ambil tindakan pencegahan jenayah.

“Ini kerana akta yang ada ketika ini hanya memperuntukkan undang-undang dan hukuman terhadap pesalah jika kejadian jenayah sudah pun berlaku,” katanya kepada pemberita semasa majlis menandatangani memorandum sokongan undang-undang pencegahan jenayah dan penggunaan E-plat kenderaan di Taman Puchong Utama dekat sini hari ini.

Beliau turut menggesa agar badan kehakiman tidak terlalu mudah memberi jaminan dan melepaskan tahanan atau orang kena tuduh (OKT) walaupun bukti langsung masih belum diperolehi.

“Kami mahu pelaku jenayah ditangkap dan ditahan serta tidak dilepaskan sewenang-wenangnya walaupun bukti langsung belum diperolehi dan hanya bergantung kepada maklumat dan mengenal pasti suspek.

“Ini kerana, mereka yang dilepaskan dengan jaminan dikesan sering kembali melakukan kegiatan jenayah,” katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri menyatakan sebanyak 90 peratus kejadian jenayah berat kebelakangan ini terutama kes bunuh dilakukan bekas tahanan penjara Simpang Renggam yang dibebaskan daripada tahanan Ordinan Darurat.

Artikel Berkaitan:

1. Zahid Jawab Peguam Negara – 90% jenayah berat dilakukan bekas tahanan Ordinan Darurat
2. Peguam Negara Mahu Halang Polisi Kerajaan dan Kata Menteri Bohong?






4 Komen to Masyarakat Desak Segerakan Undang-undang Pencegahan Bagi Ganti Ordinan Darurat Yang Dimansuhkan

  1. korokstabang says:

    adalah satu fakta UMNO/BN menang pru 13 dan berjaya menubuhkan kerajaan, persoalan nya kenapa kerajaan UMNO/BN mengikut telunjuk dan kehendak parti pembangkang

    bagi pengundi yang memberikan undi pada pihak pembangkang pada pru 13 yang lalu merasakan kemenangan memihak kepada parti sokongan mereka kerana kemahuan pemimpin mereka telah di turuti pihak kerajaan, maka mereka akan terus memberikan undi kepada parti pembangkang pada pru 14 nanti

    amat dikhuatiri pengundi yang telah memberikan undi kepada parti UMNO/BN sehingga UMNO/BN berjaya menubuhkan kerajaan akan beranggapan adalah tidak masuk akal serta satu kerja sia2 jika memberikan undi lagi sekali kepada UMNO/BN di pru 14 setelah melihat UMNO/BN mengenepikan agenda parti sebaliknya mengutamakan agenda parti pembangkang bukankah lebih baik pada pru 14 mereka mengundi pembangkang

    hal ini lah yang sangat dikhuatiri oleh oleh ahli serta penyokong tegar UMNO/BN yang bakal terjadi di pru 14 nanti

  2. anaksi says:

    aku setuju dengan kau korokstabang! aku pun sudah mcm mula kecewa dan bosan dgn kjaan skrang yg asyik ikut kehendan dan desakan pembangkang shj. tp suara kita yg beri sokongan tidak dipedulikan..

  3. WTF says:

    Kalau kerajaan diterajui Najib tak buat apa2 akan perkara di atas, dikhuatiri majority Melayu yg menyokong UMNO pada PRU13 akan boikot UMNO pada pilihanraya akan datang.

    Jika Najib rasa tak mampu lagi nak tunaikan agenda UMNO, ,memperkasakan Melayu dan memartabatkan Islam, silalah undur diri sementara masih dihargai.

    Kelak nanti, sekiranya perkara ini masih berterusam, akan berlaku tindakan akar umbi di mana Najib sendiri dijatuhkan oleh org2 yg pernah menyokongnya.

    Tolong jangan kecewakan kami.

  4. badrole amin says:

    kalau UMNO dan BN mahu memastikan sokongan dan undi dari rakyat terutama dari org melayu tidak lari pada PRU14, Najib harus berjanji dan memberi jaminan bahawa tidak akan ada lagi sebarang undang-undang akan dimansuhkan selepas undang-undang baru menggantikan EO dan Akta Hasutan digubal

    keberkesanan undang-undang baru menggantikan EO dan Akta Hasutan menjadi antara faktor penilaian kepada pengundi org melayu sama ada mereka akan terus kecewa dengan UMNO & BN atau sebaliknya iaitu terus dan tetap memberi kepercayaan, sokongan dan undi kepada UMNO dan BN pada PRU14 nanti

    banyak lagi perkara harus Najib sedar dan tahu menjadi faktor penilaian kepada org melayu sama ada mereka akan terus kecewa dengan UMNO & BN atau sebaliknya iaitu terus dan tetap memberi kepercayaan, sokongan dan undi kepada UMNO dan BN pada PRU14 nanti

    jangan biarkan kekecewaan itu berlarutan lama atau bertambah lagi disebabkan sesuatu dasar dan polisi kerajaan yg dilaksana secara membuta-tuli atas cadangan-cadangan dari para punahsihat, jika ini terus berlaku Najib, UMNO dan BN sedang menggali lebih dalam kubur mereka sendiri utk PRU14

Leave a Reply