Menu Utama

Masuk Penggal Kedua, Pas Masih Melukut Di Tepi Gantang di Selangor

Oleh Nur Azlina Shaari

Pada 16 Julai lalu, secara rasminya Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail telah dilantik sebagai Ketua Staf dalam kerajaan negeri Selangor.

Saifuddin diarahkan menjadi ‘Chief of Staff’ iaitu lebih kepada menguruskan semua kakitangan di Pejabat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Jadi, menunjukkan Saifuddin tidak layak memegang jawatan sebagai Pegawai Seranta Politik seperti mana yang telah Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sarankan dalam Kongres Nasional PKR ke-9 pada Jun lalu demi kesejahteraan perjalanan politik Selangor.

Yang Saifuddin layak hanyalah menjadi mata-mata untuk mengawasi semua tindak-tanduk kakitangan di pejabat MB yang nyatanya tidak ada kaitan dengan dunia politik. Kalau ada pun, mungkin dalam hal-hal yang kecil kerana umum mengetahui, Khalid sendiri tidak berapa senang sekiranya Saifuddin campur tangan dalam urusan pengurusan Selangor.

Sementalah identiti Saifuddin sudah disahkan sebagai Ketua Staff sahaja, jawatan Pegawai Seranta Politik masih lagi kosong dan tidak terisi. Inilah peluang buat PAS untuk bangkit dan menuntut jawatan itu sejak bertelagah dengan PKR dan DAP tentang parti mana yang lebih layak untuk membantu Khalid selepas PRU13 lalu selepas Khalid sendiri meminta PAS dan DAP memohon jawatan yang sama.

Hingga ke hari ini, selepas tamatnya gelombang PRK Dun Kuala Besut dan rakyat Malaysia menyaksikan PAS kalah kepada calon BN, PAS kini kembali dengan semangat untuk merebut jawatan lain yang ada.

Sayangnya, keadaan PAS sangat terdesak untuk merebut jawatan supaya kepentingan PAS dalam PR terus dipertahankan. Dan kerana Saifuddin hanya layak menjadi Ketua Staf membuatkan PAS terus berpendapat mereka layak meletakkan calon untuk menjadi Pegawai Seranta Politik Kerajaan Selangor.

Ini menunjukkan PAS terpaksa bermuka tebal menagih jawatan yang Khalid sendiri tidak mahu berikan. Kalau dahulu Anwar sendiri sudah menggesa Khalid percepatkan perlantikan Saifuddin pun Khalid boleh ingkar dan lengahkan masa, akhirnya berikan jawatan lain, inikan pula kalau PAS yang menuntut jawatan itu.

Ia juga menunjukkan PAS begitu murah maruah mereka hinggakan sanggup terus menagih dari Khalid untuk jawatan tersebut supaya reliabiliti dan peranan PAS dalam PR terus tidak dipermainkan dan diperkatakan oleh pihak lain.

Maklumlah selama ini, peranan PAS dalam PR langsung tidak ada kerana PKR hanya berminat bergabung kuasa dengan parti DAP sahaja.

Dan Khalid sendiri sedar, sekiranya PAS diterima untuk meletakkan calonnya, Dr. Dzulkefly Ahmad mengisi jawatan Pegawai Seranta Politik, segala sumber kewangan kerajaan negeri Selangor dari pusat-pusat hiburan seperti kelab malam, pusat mengurut dan sebagainya akan ditutupkan oleh parti PAS. Itu pun sekiranya PAS berani atau pun ikhlaslah untuk membanteras maksiat di negeri itu.

PAS juga tidak malu bila mana Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Abdul Samad menegaskan tidak mahu jawatan ‘Chief of Staff’ seperti Saifuddin diberikan juga kepada PAS. Mereka hanya mahukan jawatan Pegawai Seranta Politik sahaja.

Inilah kedudukan PAS yang sudah mati akal hinggakan sanggup menghilangkan maruah parti mereka sendiri supaya kepentingan PAS dalam parti pembangkang terus dikekalkan. Kebenarannya, sampai bila-bila pun, PKR dan DAP hanya melihat PAS sebagai parti tempelan sahaja dalam Pakatan Rakyat.






14 Komen to Masuk Penggal Kedua, Pas Masih Melukut Di Tepi Gantang di Selangor

  1. WTF says:

    Hehehe…

    Macam mana Khalid Ibrahim nak bagi apa2 jawatan kat PAS

    Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai fahaman Syiah yang bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.

    http://utusan.com.my/utusan/Politik/20130730/po_03/Saya-tak-tahu-apa-itu-Syiah—Mahfuz

    Benda camni pun tak tahu (berjawatan Naib Presiden pulak tu), takkan nak bagi kat org yg lebih rendah pangkatnya dalam PAS…

    Hehehehe…

  2. […] Read More: Masuk Penggal Kedua, Pas Masih Melukut Di Tepi Gantang di Selangor […]

  3. abu says:

    Kemut ko ni tak habis tabur fitnah bln2 puasa ni bg aku pas selangor dpt beberapa kerusi exco alhamdulillah yg aku pening tak boleh nak. Jwb ni pasal bn tak boleh ambil slngor pru13 najib plk jd bos umno slangor waktu tu..md zain jkr plk d lantik bos warroom bn slngor berjuta duit d bagi utk menangkan bn tp duit abis bn kalah..kemut cube ko tnya md zain jkr berapa juta dia habis kan utk setup warroom bn slngor termasuk kos operasi…warroom bn slngor adalah yg tercanggih antara negeri lain…bn jd malukut tepi gantang rakyat slangor

  4. raplahjingaa says:

    PAS tak kesah pun…PAS tak mahukan jawatan apa-apa, kalau ada jawatan, maknanya kena lah berfikir, dan PAS tak ada keupayaan untuk berfikir..PAS ialah ” the doers “…khadam setia DAP !! satu arahan jer dari kit siang…maka akan berguling-gulinglah cai PAS di atas jalanraya….terbukti dah pun.

    • WTF says:

      {Dalam maklum balasnya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Ahli Parlimen Pokok Sena itu secara sinis turut melontarkan soalan berhubung apa itu Syiah.

      ”Syiah itu benda apa? Kuih berbuka puasa? Saya pun tak tahu apa Syiah. Ingat kuih buka puasa. Kawasan saya buat bubur lambuk sahaja,” katanya ringkas.}

      Uish, biar betul Naib Presiden PAS SMS macam ni… hehehe

      Melawak ker apa???

      • raplahjingaa says:

        hehe…jawapan tu sesuai sangat dengan keupayaan mahpus berfikir….kan SRP pun dia tak lepas…SPM jauh sekali.

        Tengok pemimpin PAS dan tengok ahli PAS….sedih !!

  5. cucutokleman says:

    Bagi Pas jawatan Pegawai Seranta Politik mana ada kelas. Pas mahukan lebih dari itu terutama jawatan ‘Chief of Staff’ macam kat White House tu!! baru nampak gah, boleh tunjuk power.

  6. alimedanbaru says:

    Nak lihat wibawa Pas ,lihatlah Exco Pas kat Selangor. Allah dah atur Selangor tu kira macam negara Malaysia la.

    Pas berdegar2 kata UMNO tolak Hudud. DiDUN Selangor, Exco2 Pas tak mahu bentang perlaksanaan hudud ke? Pas kata UMNO pencetus maksiat.. kepada Exco2 Pas apa tindakan dan ketegasan untuk hapuskan pusat judi dan pelacuran yg berlambak di Selangor.Tak dengar pun pembentangan menerapkan nilai2 Islam dalam pentadbiran Selangor..

    Memang sah Pas LAYAK JADI KUDA MENANGKAN DAP DAN PKR SAHAJA, SEBAB TU NAK PEGANG JAWATAN MB SELANGOR PUN KECUT PERUT, SEBAB RENDAH DIRI, RASA TAK LAYAK MEMEGANG NEGERI HEBAT YG DIASASKAN OLEH BN HINGGA JADI NEGERI TERMAJU…macamanalah calon Pas nak jadi PM Malaysia!

  7. baba says:

    yang pasti pas memang seronok jadi barua di dalam pakatan. biar apa pun mereka terpaksa harungi mereka tetap menjadi barua yang setia dlm pakatan.

Leave a Reply