Menu Utama

Lelaki maut ditembak di lampu isyarat

Oleh OPAT RATTANACHOT

KULIM 18 Julai – Kejadian tembakan terus menjadi-jadi. Terbaharu, seorang lelaki maut selepas ditembak jarak dekat oleh dua lelaki semasa memperlahankan kenderaannya di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini hari ini.

K. Shanmugam, 45, ditemui mati berlumuran darah dalam kereta Toyota Wish miliknya, selepas kenderaan dipandunya itu terbabas dan melanggar kenderaan lain berhampiran persimpangan lampu isyarat itu.

Ketika kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Bidara dekat sini. – UTUSAN ONLINE

 






2 Komen to Lelaki maut ditembak di lampu isyarat

  1. korokstabang says:

    aku percaya ini bukan kerja warganegara ini manusia upahan dari luar negara mudahnya mereka keluar masuk bandar2 kita dah jadi bandar cowboy

  2. […] More: Lelaki maut ditembak di lampu isyarat […]

Leave a Reply