Menu Utama

Kuala Besut: Modal Akhir PAS Nak Menang, Rasuah Minyak Motor!!

MEMALUKAN!!  Itulah yang boleh penulis katakan atas usaha terdesak PAS untuk menang dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Besut ini, iaitu dengan merasuah minyak motor untuk budak-budak usia 21 tahun ke atas di kawasan sekitar sini.

Seperti biasalah, kalau yang buat ini calon UMNO, jenuhlah nak menjawab dakwaan rasuah, tapi kalau dia yang buat, itu amal jariah.

Mentang-mentanglah calon PAS ini adalah seorang taukeh besar, dicalonkan pun sebab sama-sama banyak termakan budi, beranilah kau nak guna duit untuk tarik undi ya.

Ya tarik undi, sebab itu dibuat hari ini (sehari sebelum proses pengundian) dan hanya kepada penunggang motor berusia 21 tahun ke atas saja pulak.  Kalau nak buat amal jariah, apa bersyarat-syarat pulak?

Tapi apa RM 10 atau RM 20 (tangki penuh minyak motor) boleh buat kepada penduduk Kuala Besut keseluruhannya, berbanding apa yang telah dan akan dibuat BN kalau berjaya mengekalkan kuasa nanti?

Eh, BN nak tingkatkan taraf ekonomi penduduk Kuala Besut dengan meluluskan projek mendalamkan muara sungai disini.  Lebih banyak kapal boleh masuk dan mendaratkan hasil tangkapan masing-masing disini.  Itu boleh cipta berapa banyak peluang pekerjaan tu?

Aktviti perlancongan juga akan meningkat sebab feri besar boleh masuk mengambil penumpang yang nak ke Pulau Perhentian dan pulau-pulau lain di sekitarnya.

Pendek kata, projek ini bukan bagi manfaat sekejap, tapi panjang masanya tu dan semua orang bakal dapat manfaat, tak kiralah langsung atau tidak langsung.

Ini bagi isi minyak motor percuma, orang ada motor sajalah untung.  Itupun satu hari saja, bukan boleh isi penuh selama Che Long@Ah Long ini jadi YB pun (kok dia menanglah).

Sebab itu penulis katakan, ini usaha terdesak nak menang.  Bila dah tidak ada modal lain, modal duit digunakan.  Bahkan pihak berkuasa sini pun sedang menyiasat kegiatan beli undi oleh calon PAS.  Dikatakan, siapa undi PAS, ambil gambar kertas undi dan tunjuk gambar itu kepada ejen yang dilantik yang kemudiannya akan beri wang RM 500.

Memang tidak ada bukti lagi sebab itu dikatakan dakwaan.  Lagipun benda ini belum terjadi lagi sebab pengundi berkenaan kena pangkah PAS dulu esok barulah wang akan bertukar tangan.  Nak tahu betul ke tidaknya kena tunggu esoklah.

Justeru, siapa yang fikir PAS ini parti yang bebas dari kekorupan, fikir-fikirlah semula.  Kalau tak sebab kes beli undi, kes beri minyak motor percuma yang ditunjukkan di atas.






5 Komen to Kuala Besut: Modal Akhir PAS Nak Menang, Rasuah Minyak Motor!!

  1. baba says:

    nampak sangat rasuah utk pengundi, siap tulis 21 tahun ke atas saja. kesian yg bawah 21 th tu, tengok sajalah. pas kalau bg rasuah semuanya ok, cuba kalau umno buat…..heboh sedunia

  2. gambus says:

    tudiaaa aku nak tgk pencacai PAS melalak kat sini , gerenti rasuah yang mereka laungkan selama ni akan jadi HALAL bila pemimpin mereka yang buat , hebat sungguh PAS !!!

  3. kukukambing says:

    Tak Pa kira ok le tu dapat juga bebudak tu petrol money,Tapi kepada yang dah isi penuh tangki tu kome kena la ikut nasihat tok guru Hj Hadi pulak supaya jadi ikan yang cerdik yang makan umpan tapi jangan makan mata pancing nya tau.Meaning? vote time must go to DACING la supaya kome lebih dapat makan ikan lagi banyak .Dan ikan besor besor yang menanti tau tak!!!!

  4. WTF says:

    Off topi, tapi mungkin relevant…

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20998-20-pelantar-minyak-dalam-perairan-kelantan-maritim

    Hahaha, “royalty” lagi….

Leave a Reply