Menu Utama

Isu Scorpene: Pro’s & Con’s Letak Tepi, Yang Penting Penjelasan

ADA banyak pro’s & con’s yang penulis baca lanjutan dari penyiaran temubual eksklusif antara ketua perunding projek kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl dan akhbar NST yang disiarkan semalam.

Ramai nak tahu kenapa tembual itu disiarkan sekarang dan sama ada ia mampu memberi kesan dalam mengubah pendirian sesetengah orang berhubung penglibatan Perdana Menteri dalam perkara ini.

Pada penulis sendirilah, perkara pokoknya sekarang bukan nak ubah pendirian sesiapa tapi penjelasan perlu diberikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan rakyat bertambah keliru dalam isu ini.  Apatah lagi isu Scorpene dan Altantunya ini sudah jadi modal utama untuk NGO haram tajaan pembangkang seperti SUARAM mencari dana bagi membiayai operasi mereka.

Tak hairan kenapa SUARAM mainkan isu ini hampir setiap masa, walaupun bersandarkan kenyataan air liur semata-mata.

Malah, setiap tahun tahun SUARAM akan mengadakan majlis makan malam, jualan meja dan sebagainya dengan modal utamanya ialah ‘perkembangan terbaru’ dalam proses pendakwaan Mahkamah Perancis berhubung dengan kes ini.  Tidak ada isu itu, mampuslah mana SUARAM nak cari duit untuk bayar kos-kos mereka.

Walhal kita pun tahu pendakwaan kes tersebut tidak wujud dan siasatan hakim Mahkamah Perancis yang digembar-gemburkan SUARAM itu, hanyalah proses siasatan biasa selepas ada laporan dibuat, yang tidak langsung mengatakan pihak mana salah, pihak mana terlibat dan sebagainya.

Tapi bukan semua rakyat di luar sana yang tahu macam mana kita tahu.  Nak faham proses Mahkamah dalam negara ini pun ada yang bengkak otak, lagi nak faham proses Mahkamah di Perancis?

Justeru kalau pihak kerajaan dilihat setakat berpuas hati dengan pelbagai penjelasan sebelum ini saja, kita akan ketinggalan di belakang pembohongan yang diaturkan pembangkang (dengan menggunakan SUARAM).  Dalam keadaan sekarang dimana ada sebahagian rakyat kita menerima begitu saja pembohongan pembangkang (seperti dalam isu bangla 40k), yang rugi nanti kerajaan juga.

Seperti yang pernah penulis katakan dulu, jangan ambil mudah kebodohan sesetengah orang.  Ya, memang dia bodohlah sebab telan saja semua auta pembangkang, tapi bodoh-bodoh dia pun, satu undi masih dia punya.

Maka itu penjelasan perlu diberikan dari masa ke semasa.  Mungkin tak boleh ubah pendirian si bodoh-bodoh sedia ada, tapi boleh halang generasi baru dari terjangkit dengan penyakit yang sama.






2 Komen to Isu Scorpene: Pro’s & Con’s Letak Tepi, Yang Penting Penjelasan

  1. raplahjingaa says:

    cai-cai SUARAM perlukan duit untuk beli beras kat rumah depa….kerja tak ada, boleh tipu sitonggong macam toni untuk dapatkan duit…why not ???

  2. PASpartyNGOK says:

    Kita duduk bercerita, mengulas dan mengupas siapa dia SUAram atau suara haram itu. Kita duduk ulas apa yang mereka buat, betapa salahya dan betapa tak betulnya mereka.

    Pihak berwajib tahu siapa mereka dan dimana port operasi mereka.

    Tetapi apa tindakan yang diambil ?
    Tak ada.
    Pocchhi.
    Yellek

    Tak ada tindakan, maka yang haram bertambah haram.
    Yang kurang ajar tambah bermaharajalela.

Leave a Reply