Menu Utama

Imbasan Kes Calon PKR Pengedar Pil Kuda

Mungkin ramai yang sudah lupa mengenai dakwaan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang selepas hari penamaan calon PRU-13 lalu yang secara semberono telah menuduh ada antara calon rakan sepakatannya dari PKR terbabit dalam pengedaran pil kuda.

Dakwaan yang cukup serius itu diluahkannya dalam satu ceramah PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang dalam usaha Presiden PAS itu menjustifikasikan kenapa berlakunya pertindihan antara calon PAS dan PKR di beberapa kawasan pilihan raya khususnya di Terengganu.

Menurut Hadi, PAS tidak dapat menerima calon yang sedemikian rupa kerana dikhuatiri kesetiaannya dan tindakan PAS menghantar calonnya di kawasan PKR bertanding bertujuan untuk menghalang syaitan-syaitan daripada masuk pakatan pembangkang.

Tiada nama yang disebut secara spesifik oleh Hadi ketika melontarkan dakwaan itu, tapi umum tahu beberapa hari selepas itu PKR Pusat yang diasak tekanan oleh PAS telah memujuk tiga orang calonnya di Terengganu untuk menarik diri.

Menariknya selepas keputusan PRU-13 diumumkan, semua ketiga-tiga kawasan iaitu DUN Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir yang sepatutnya ditandingi PKR itu dimenangi oleh BN dengan majoriti yang selesa melebihi seribu undi.

Pagi tadi, bekas calon PKR bagi DUN Bukit Besi telah pun tampil ke depan membuat sidang media untuk menyaman Hadi Awang setelah lebih dua bulan dipinggirkan gara-gara disyaki oleh rakan-rakan dan penduduk kampungnya sebagai pengedar pil kuda yang dimaksudkan.

Bagaimana episod pil kuda ini akan berakhir kelak sukar dipastikan, tapi ia tentunya menuntut Presiden PAS untuk segera tampil menamakan secara spesifik siapakah gerangan si pengedar tersebut.

Jika tidak, selepas PRU-13 dua lagi bekas calon PKR bagi DUN Kota Putera dan Seberang Takir akan menyusul dengan tindakan yang sama. Harus diingat, menuduh tanpa bukti adalah fitnah, memfitnah orang demi untuk kepentingan sendiri ia diibarat seperti membunuh, bukan begitu?

Di bawah ini disertakan semula video dan transkrip tuduhan oleh Hadi Awang berkenaan isu ini.

Transkrip Ucapan Hadi Awang

PAS bertindak meletakkan calon di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu kerajaan kita jatuh seperti di Perak. Memerintah sekejap.

PAS mempunyai jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihan raya tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak.

Ini berlaku pertindihan. Di Johor berlaku pertindihan kerana sebabnya kita tunggu rakan kita mari tak mari masuk calon. Sikit lagi tak mari, kita standby, takut dia tak mari, UMNO menang tak bertanding. Hak jual calon ini berlaku. Bila PAS masuk baru dia masuk, itu ceritanya.

Ada calon-calon yang kita khuatir, tak perlu kita sebut, tukang edar pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut. Orang Keadilan pun tak terima.

Mahu jadi calon, dengar cerita jual pil kuda. Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja?

Komunis di haram di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan PR – tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR.

PAS bertindak untuk memelihara keteguhan bukan sahaja masa pilihan raya tetapi setelah kita diberi kemenangan oleh Allah SWT supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam PR. Itu penjelasan saya.






8 Komen to Imbasan Kes Calon PKR Pengedar Pil Kuda

  1. alimedanbaru says:

    Kalau nak ikut Islam jangankan gambar Stalin dijulang, gambar Nik Aziz dan Hj Hadi pun tak boleh ditampal dan digantung didinding rumah, MALAIKAT TAK MASUK.
    Orang Pas puja gambar Nik Aziz/Haji Hadi macam orang kominis puja gambar Stalin. 2X5.
    CUBA PUAK-PUAK PAS ULAS SIKIT CAKAP AKU NI..Cakap orang dia yg lebih!

  2. baba says:

    tah tah yg tokey pil kuda tu org pas kot, sebab tu tak berani sebut nama

  3. DataCode says:

    Gambar nik aziz dan haji hadi ok gantung kat rumah iblis tak masuk,e e e

  4. bekas calon PKR DUN Bukit Besi says:

    molot hadi roi memang sial celaka suka-hati mak-bapaknya tuduh kami jual pil kuda, orang PAS jual pil kuda takde pon kami nak buat kecoh kompangkan sana sini

Leave a Reply