Menu Utama

Guru Besar Diugut Bunuh, Pemfitnah Masih Belum Disiasat?

Kuala Lumpur: “Bukan setakat mencari saya di sekolah untuk melepaskan kemarahan, ada menghubungi dan membuat pelbagai ugutan termasuk mahu membunuh saya,” kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristina, Sungai Buloh, Mohamad Nasir Mohd Noor, 57.

Mohamad Nasir kini menjadi mangsa kecaman selepas ada ibu bapa murid sekolah itu menyebarkan di laman sosial kononnya murid bukan Islam diarahkan pihak pengurusan sekolah makan dalam tandas sepanjang Ramadan ini.

Hakikatnya, perkara itu tidak berlaku, sebaliknya pihak pengurusan SK Seri Pristina menggunakan sebuah bilik persalinan yang baru siap dibina sebagai kantin sementara sejak Mac lalu bagi menggantikan kantin sedia ada yang terbabit dalam kerja pembinaan untuk dinaik taraf.

Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan selepas melawat sekolah itu, kelmarin sambil menafikan berlaku diskriminasi kaum dalam isu ini. Bagaimanapun, kenyataan itu nyata masih tidak diterima segelintir pihak, sama ada mereka benar-benar terkeliru atau sengaja mengambil kesempatan untuk terus ‘menyerang’ Mohamad Nasir.

Mohamad Nasir berkata, dalam kejadian terbaru semalam dia sekali lagi menerima ugutan daripada individu tidak dikenali menyamar keluarga murid sebelum menceroboh dalam sekolah dan memaki-hamunnya.

“Kini saya bimbang dengan keselamatan diri hanya kerana salah faham ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab yang melemparkan pelbagai tohmahan tidak benar dengan niat ingin mencalar imej sekolah ini.

“Saya membuat laporan di Balai Polis Saujana Utama hari ini (semalam) bersama enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah bertujuan menafikan tohmahan saya mengarahkan murid bukan Islam makan dalam tandas.

“Saya membuat laporan polis kerana tidak mustahil pihak berdendam dan masih tidak puas hati akan mengupah pembunuh upahan membunuh saya,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, golongan yang masih tidak puas hati itu juga menghina dan mencerca dalam laman sosial Facebook miliknya dengan perkataan yang menjatuhkan maruahnya.

Menerangkan situasi sebenar di sebalik tindakan pihak pengurusan sekolah menggunakan bilik persalinan (yang belum digunakan) sebagai kantin sementara, Mohamad Nasir berkata ia dibuat semata-mata untuk keselesaan pelajar. “Apa ditulis dan disebarkan dalam Facebook amat tidak tepat kerana bilik persalinan dijadikan kantin sementara itu bersih. Ini kerana ia belum digunakan, malah diubah suai seperti sebuah dewan makan.

“Bilik persalinan itu bukan hanya digunakan pada Ramadan ini khas untuk murid bukan Islam, malah sudah digunakan sejak Mac lalu oleh murid pelbagai kaum termasuk murid Melayu beragama Islam.

“Kami sebagai warga pendidik amat kesal dengan tohmahan itu dan tertekan akibat fitnah itu yang tersebar luas di laman sosial dan media,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan dibuat Mohamad Nasir.

Menurutnya, dua laporan polis dibuat pihak sekolah bagi menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial terbabit sehingga menyebabkan mereka tertekan dan menjatuhkan reputasi sebagai pendidik.

“Mereka juga menyatakan akibat kejadian itu guru di sekolah terbabit hilang tumpuan untuk mengajar dalam kelas,” katanya.

Harian Metro difahamkan Mohamad Nasir sudah diarahkan bercuti seminggu dan kemungkinan akan ditukarkan ke sekolah lain demi keselamatannya.

Sementara itu, Kalamanathan yang dihubungi Harian Metro untuk mendapat penjelasan kemungkinan Mohamad Nasir diarahkan bertukar ke sekolah lain enggan memberi ulasan lanjut.

Beliau berkata, perkara itu dianggap selesai dan menyerahkan kepada Kementerian Pendidikan untuk tindakan selanjutnya.

Harian Metro






10 Komen to Guru Besar Diugut Bunuh, Pemfitnah Masih Belum Disiasat?

  1. […] See more here: Guru Besar Diugut Bunuh, Pemfitnah Masih Belum Disiasat? […]

  2. gambus says:

    tengok ibu bapa pelajar bukan Islam yang berfikiran singkat , mudah diperbodohkan dan berfikiran racist mengamuk dengan hanya mempercayai cerita fitnah dan penipu yang berbau perkauman oleh Guneswari Kelly !!! Malaysia dah makin teruk nampaknya .

    Nampaknya ramai juga orang yang mempunyai otak yang singkat seperti ibubapa pelajar tersebut !!!

    Lebih hebat lagi perkara ni diambil kesempatan oleh puak DAPigs untuk semarakkan api perkauman dengan cerita penipu dan fitnah mereka !!!

    • Kayu says:

      Parti komunis DOG AND PIG ni kalau tidak ada isu perkauman macam mana nak cari makan ,semua ni angkara parti komunis cina DOG AND PIG lah ni,macam macam idea direka untuk melaga-lagakan kaum dinegara ni sejak-akhir-akhir ni dari dua ekor anak babi belaan mereka yang dipertahan habi-habisan yang menghina islam sampailah kes macam ni ,parti ni memang patut diharamkan macam Parti Komunis.

  3. othman says:

    in semuanya berpunca daripada seorang ibu murid bangsa india yang mem’post’kan dalam Fb dan media …dengan ayat2 racun dan fitnah tanpa usul periksa.
    kemudian pembangkang masuk jadikan ia sebagai modal politik jijik dan murahan.

    segala keterangan dan fakta mereka tidak perdulikan, ini kerja bodoh..kerja membohong, kerja fitnah pihak kurang ajar dan biadab.

    guru2 tidak bersalah, pengetua juga tidak bersalah, murid pun tidak bersalah , kerana tempat itu memang sudah lama dijadikan tempat makan para murid dan guru2, samada islam atau bukan mereka smeuanya memang makan disitu pun ..ianya bukan tandas!

  4. aku says:

    Bila bn menang kerana … umno menang dan juga kerana undi melayu …
    ah jib gol masih lagi bercakap … pemimpin umno yang akan dipilih dalam PAU nanti mestilah yang boleh memberi kemenangan kepada bn …
    nampak sangat dia masih mengharapkan pimpinan umno mestilah terdiri daripada mereka yang menyembah cibaibeng dan keling pariah …
    dia tidak peduli pada nasib bangsa melayu …
    kerana dia yakin … majoriti melayu akan kekal mengundi umno …
    kerana dia melihat kemenangan umno di besut membuktikan teorinya itu kekal utuh selamanya …
    singkirkan ah jib gong … biarkan dia golllllllllll….
    pemimpin umno mestilah dari yang berani mempertahankan hak melayu …
    bukannya terdiri dari yang …
    lembut macam kucing garfied …
    lembu macam ah jib gong … terima saja perbodohan yang dibuat oleh cibaibeng dan kekal merayu-rayu puak cibaibeng …
    lemau macam pak lah bodowi …
    lembik macam kerismudim cium keris minta maaf …

    • Waris Mat Kilau says:

      Najib @ ah-jib ngong telah menjadi Presiden UMNO seterusnya PM melalui ihsan Pak Lah. Inilah jadinya bila dapat jawatan melalui ihsan orang tanpa dipertandingkan. Oleh yang demikian, jawatan Presiden dan semua jawatan lain dalan UMNO MESTI dan WAJIB dipertandingkan.

    • Waris Mat Kilau says:

      Najib @ ah-jib ngong telah menjadi Presiden UMNO seterusnya PM melalui ihsan Pak Lah. Inilah jadinya bila dapat jawatan melalui ihsan orang tanpa dipertandingkan. Oleh yang demikian, jawatan Presiden dan semua jawatan lain dalan UMNO MESTI dan WAJIB dipertandingkan.

  5. dewahodoh says:

    Dalam kes ni kamalanathan yg bertanggung jawab. Harap jangan lepas tangan kat KPM begitu sahaja. Please YB be gentleman. You made this case been worsen so you should take responsibility to settle this case without hurt all party.

  6. jay says:

    Guru besar tu kenalah saman siapa yang buat fitnah tu..kalau tak Melayu ni ashyik kena buli aja dgn fitnah tak habis habis..ada asas kukuh bagi gurubesar tu buat sedemikian..kalau dibiarkan maka orang Melayu sendiri dibodohkan oleh mainan orang yang sebenar2nya racist tersebut ..org yang sedemikian jika dibiarkan juga membawa persepsi basuhan minda kepada umum secara diam2 yang menstereotaipkan orang Melayu dan Kerajaan adalah tak betul

  7. PASpartyNGOK says:

    Ugutan mengugut semacam sudah menjadi cara hidup kita masa kini. Dibunuh, ditembak juga sudah jadi mainan. Canggih sungguh rakyat Malaysia kita sekarang. Senjata api mudah diperolihi, boleh disewa dengan harga mampu, siap ada diskaun lagi.

    Nyawa jadi semakin murah. Apa harus kita buat ? Jika kita sebagai ketua keluarga diugut atas sebab tertentu, ini masih boleh kita tangani. Tetapi jika ugutan yang sama di panjangkan juga pada keluarga, anak isteri kita, ini boleh buat kita gabra juga dan tergugat kenyakinan.

    Apa yang boleh membantu ialah keimanan. Berdoa dan berserah pada Nya yang lebih mengetahui atas segalanya. … Sekuarang2nya kita tak perlu fikir untuk beli pistol juga .

Leave a Reply