Menu Utama

Di Kuala Besut, Khalid Ibrahim dan Khalid Samad Jual Temberang, Konon Selangor Maju Di Bawah Pakatan Rakyat

Antara pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang datang berkempen pada saat-saat akhir semalam di Kuala Besut adalah Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Dr. Rani Osman. Mereka sekadar berceramah di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bernombor pendaftaran DBV 8131 di pekarangan pasar borong Kampung Lampu, PDM Kampung Nangka dengan kehadiran seramai 50 orang.

Temberang mereka cukup mudah. Selangor dibandingkan dengan Terengganu. Kononnya, di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, Selangor lebih maju dari Terengganu sedangkan Terengganu pula adalah sebuah negeri pengeluar minyak utama di Malaysia. Perkampungan nelayan di Kuala Besut, dijadikan sebagai contoh tentang betapa miskin, daif dan marheinnya penduduk Kuala Besut.

Konon-kononnya juga, pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan berbanding rakyat Terengganu.

Kalau setakat temberang orang kampung yang hanya mendengar cerita dari sumber Pakatan Rakyat sahaja, ianya bolehlah dikira berjaya. Sesiapa sahaja yang menyokong Pakatan Rakyat, walau seburuk mana atau selemah mana pun penipuan yang dibuat oleh pemimpin mereka, ianya akan ditelan dan dihadam dengan sepenuh kepercayaan. Tetapi sekiranya, kebenaran yang disampaikan itu bukan dari Pakatan Rakyat, ianya akan segera ditanggapi sebagai fitnah sepertimana yang berlaku dalam kes Anwar Ibrahim.

Itulah yang berlaku nampaknya. Senang-senang sahaja para pemimpin Pakatan Rakyat Selangor jual temberang di kawasan-kawasan di mana sebahagian penduduknya sekadar jadi penonton di kaca televisyen. Para pemimpin Pakatan Rakyat seperti Khalid Ibrahim dan Khalid Samad cuba memberikan gambaran kononnya sewaktu Selangor di bawah Barisan Nasional, jauh lebih miskin. Hanya setelah Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri Selangor, barulah negeri itu maju seperti sekarang.

Sedangkan cerita sebenar adalah sebaliknya. Selangor ditinggalkan oleh UMNO-BN kepada PKR-Pakatan dalam keadaan yang amat selesa. Malangnya penggal pertama Pakatan Rakyat menguasai Kerajaan Negeri, bukan sahaja peruntukan negeri dihabiskan untuk benda-benda yang langsung tidak mendatangkan faedah, sebaliknya akaun kewangan negeri juga ditinggalkan hampir kosong.

Konon-kononnya Khalid Ibrahim berjaya mentadbir Selangor dengan jayanya dan penuh cemerlang. Konon-kononnya juga, Khalid Ibrahim berjaya memacu ekonomi negeri serta menghasilkan pendapatan mega untuk negeri ini.

Tetapi tidak satu contoh pun yang dapat diterangkan atau diceritakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat Selangor tentang apa yang telah mereka lakukan bagi mewujudkan realiti berkenaan. Sebaliknya mereka tidak lekang-lekang dengan retorik seperti penghapusan jenayah rasuah, pengukuhan dan penjajaran kewangan negeri serta pelbagai terma yang ganjil-ganjil serta tidak masuk akal.

Walhal kadar rasuah pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat, jauh lebih besar berbanding pada zaman UMNO-BN. Secara terang-terangan, segala macam tender dan projek PBT di seluruh Selangor diserahkan kepada kroni dan sanak saudara. Bahkan untuk memudahkan lagi kerja-kerja merompak wang rakyat, Ahli-Ahli Majlis PBT pula dipilih agar dapat tunduk kepada wakil-wakil rakyat PR meskipun Ahli-Ahli Majlis tersebut ada rekod jenayah.

Begitu juga dengan pelbagai pertumbuhan industri pelacuran dan maksiat di seluruh Selangor. Adakah itu yang dimaksudkan sebagai lebih maju dan lebih makmur? Apa yang telah diserahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kepada rakyat Selangor selain daripada janji-janji dan retorik yang tidak berkesudahan?

Daripada sekian macam skim yang telah diwujudkan oleh Pakatan Rakyat Selangor konon untuk rakyat Selangor, tetapi sehingga tahun keenam, tidak satu pun yang benar-benar wujud dan membantu secara merata, sebaliknya hanya untuk golongan yang menyokong mereka sahaja.  Itukah yang dikatakan kemajuan yang didatangkan oleh Pakatan Rakyat kepada rakyat Selangor, sekaligus menghalalkan mereka untuk berbohong dan mendabik dada apabila berkunjung ke tempat-tempat lain?






51 Komen to Di Kuala Besut, Khalid Ibrahim dan Khalid Samad Jual Temberang, Konon Selangor Maju Di Bawah Pakatan Rakyat

  1. Moohyideeeeen says:

    Ikut fakta la…berapa GDP %, berapa deficit. UMNO hanya berdasarkan omongan kosong jer…

    • WTF says:

      Dah lah Mooh…

      Kau cerita pasal bab ekonomi buat gelak org jer…

      Remember “dilution of interest”

      Hehehe…

    • berapa moohh???

      UMNO berdasarkan omongan kosong… PKR dapat selangor pun dah sedia maju atas usaha UMNO yg omongan kosong tu kn moohh?.

      manakala negeri yg x berapa nak maju, terus tak maju dibawah pakatan.

      PKR buat ape kat selangor? ade ke?.
      nnti jgn lupe suruh khalid berahim angkat sampah dekat area rumah aku tu yek..dah penuh sangat.. contractor sampah yg dilantik kerajaan PKR hampeh takleh buat keje.

      • WTF says:

        Sepanjang Khalid Ibrahim menang DUN Port Klang, saudara mara aku kata takdak satu pun Khalid Ibrahim buat.

        Khalid Ibrahim tidoq lagi ker???

        Ada Menteri Besar sbg MP DUN pun macam tak guna jer…

        • dia bukan tau nak buat ape pun…
          aku duk selangor, dari PKR memerintah, samapi la ni..ape yg PKR buat tak tau la… kalau ade pun… tu projek2 kerajaan pusat…

          mereka hanya mampu bengga dgn pelabur luar masuk dengan usaha BN dan hasil jualan aset PKNS…

          ckap bnyak duit… tapi kemana duit tu pergi?

    • Mawar says:

      Mooh, itu gula-gula yang ko percaye bila puak korang crita yang baik sajer….cuba try selidik betul2 , apa selangor jadi di bawah pkr khalid ni.

      Ada beza pengurusan yang bagus untuk negeri dn rakyat, corporate management dan state management.
      Corporate style mesti mau catat untung banyak( bila nak banyak untung-byk yang jadi limited expenditure utk save cost) ….itu yang diwar warkan kehebatan selangor dapat brapa juta juta…konon

      State management-pengurusan dan pentadbiran untuk memajukan semua bidang termasuk ekonomi, infrastruktur dll. Impactnya, pelabur masuk dan ekonomi semakin stabil dan maju….

      Aku selalu dengar betapa hebatnya corporate management nya khalid ni….kau ingat bagus sgt ke? Aku bagi hint sikit jer….jalan di beberapa daerah ini, sangat perlukan repair…dah brapa tahun dah….kalau buat pun , yang dilayan dulu kroni jer lah…..sesetengah kawasan perumahan baru yang establish, tak der masjid(tanah kubur pun limited) yang dibina walau dijanjikan walhal kita org islam sangat perlukan masjid, kita terpaksa menumpang dan cari masjid yang jauh dari kawasan kita sendiri ….apsal? Pasal tempat tu yb nya ialah org dap……

      Aku taktaulah mooh, ini yang kau sangat banggakan!!!

    • raplahjingaa says:

      Depa tak cerita pun depa tolak pembinaan kampus UITM di Serendah !

      • hehehe…UITM tu der… untuk kemajuan pendidikan orang melayu kite tuu…
        haihh..entah lah..

      • gambus says:

        ingat hebat sangat kepala hotak bisnes khalid tapi sebenarnya lembu DAPigs jee , sebab pembinaan UiTM kat serendah lebih menguntungkan orang Melayu diseluruh kawasan tu .. tuu yang kerajaan DAPigs Selangor tolak mentah2

    • gambus says:

      bawak laa moo kami nak tgk juga kepandaian kau dalam ekonomi , setakat cakap orang putih “dilution of interest” tu pun dah berterabur .. memang kau ni tahap badut jee kakakaka

  2. tengkudin says:

    kencing kuat dua dua ekor kalid ni.
    sorang kalid gereja..
    sorang lagi kalid kroohh! krooh!!

  3. korokstabang says:

    maap katalah tgok muka pun jijik laknaktullah penjual khalimah Allah

  4. kerajaan pusat dah lama jalankan usaha mengurangkan kemiskinan seluruh negara..
    entah2 kerajaan selangor tumpang kejayaan je… bukan buat ape pun…

    nak bandingkan selangor dengan terengganu. selangor tu dah lama jadi negeri termaju sejak pemerintahan BN lagi.. atas hasil usaha BN.. tapi nak buat macam mane, ramai rakyat yg tak sedar diri dan dibodohkan dgn pemimpin PR…

    toksah nak ckap nak kayakan kuala besut la.. ka kat kelantan sendiri masih bnyak kampung yg daif… kesian…

    nasib la sape2 yg kne tipu dengan dua khalid ni…

    • WTF says:

      Ada duit masa penggal pemerintahan 2008 hingga 2013 pun sebab majority (atau pinjam kata Mooh…popular) duit itu adalah hasil dari penjualan Tanah di Putrajaya kpd kerajan Persekutuan serta usaha PR jual2 pasir, aset2 KPNS…

      • PR disokong oleh kebanyakan orang yg tak pikir panjang dan berkepentingan…

        • WTF says:

          Dan PR boleh bangga Khalid Ibrahim, bekas tokoh korporat Negara!!!

          Kalau jadi MB jual tanah nak dapat hasil negeri, serupa macam amalan nenek moyang kita dahulu: jual kebun nak dapat duit…

          Macam tu la dulu2 harta org Melayu tergadai…

          • raplahjingaa says:

            Tu bab menjual…kalau bab membeli Khalid lagi advanced…tanah dalam tasik pun dia beli juta-juta.

          • WTF says:

            Bro raplahjingaa,

            Tanah dlm tasik mana dibeli dan untuk apa???

          • raplahjingaa says:

            Check bail out Talam corporation oleh kerajaan Negeri Selangor yang mana termasuk pembayaran 4 lot tanah di Danau Putera Sepang, 3 lot dari tanah tersebut sebenarnya adalah dasar sebuah tasik. Harga pembayaran RM 87.7 juta.

          • WTF says:

            Ouch

            134.34 acres for MYR 87.7 juta????

            Apa gila ker??? 1 acre = MYR 652,821.20???

            Cuba compare dgn advertisement kat Mudah.com

            http://www.mudah.my/16+acres+land+at+Wangsa+Maju-20758227.htm

            16 acres = MYR 50,000.00 kat Wangsa Maju!!!!

            AWAT MAHAL SGT NI????

            TANAH DIA MINYAK KA????

    • Moohyideeeeen says:

      Ini kisah Talam, asal dari org UMNO. Zaman Toyo tak buat apa2, cuma zaman TS Khalid baru nak kutip hutang…

      • anakbochek says:

        Ingatkan bila orang korporat kutip hutang adalah hasilnya, last2 dapat tanah dasar tasik.

      • gambus says:

        kutip hutang kau kata ?? hahaha dasar menipu !!! kau faham ekonomi kee tak ni ??? kerajaan DAPigs dah bail out Talam , lepas tu guna duit rakyat selangor beli tanah dalam tasik ..

        Akhir sekali apa yang Talam bayar kat kerajaan DAPigs ??? yang kena bayar ialah duit rakyat Selangor kepada kerajaan DAPigs !!! jadi mana fakta kau kerajaan DAPigs kutip hutang ?? kakakakakakakakakaka

      • raplahjingaa says:

        hehe…taukeh Talam jugak di katakan antara penyumbang dana terbesar pada DAP untuk PRU 13.

        Kutip utang amende mooo ?? kerajaan selangor bagi duit kat Talam, dan Talam divert duit tu pi kat DAP…sapa dia yang bodoh ??? cai macam hang la jugak.

      • WTF says:

        Oi Mooh,

        1 acre tanah kat Danau Putera = MYR 652,821.20???

        AMBOI???? FUCKUTAN KAYA SAKAN NAMPAK

        NI KORUPSI KER APA NI?????

  5. alimedanbaru says:

    Pas kat Selangor tumpang tui Cina dan Pas serta Melayu PKR lah yg bertanggongjawab menjatuhkan kerajaan Melayu UMNO.Sebab apa aku kata gitu, MB Khalid ternyata boneka DAP,dia digunakan oleh Cina-cina DAP untuk mensejahterakan hidup orang Cina dan menekan hidup rakyat Melayu.
    Contoh:Tiada rumah kos rendah dan sederhana yg diberi keutamaan untuk dibina. Rumah mahal hanya Cina yg mampu beli.
    Berleluasanya pusat hiburan, rumah urut, pelacuran untuk keutamaan siapa, sudah pasti memenuhi cara hidup Cina dan cara tak langsung kini orang Melayu terjebak sama.
    Khalid Samad beria ia mempertahankan aktiviti Krestein untuk siapa, orang Melayu Kristein ke, tidak! yang Krestein Cina yg ramai, jadi Khalid perjuangkan agama lain bukan Islam.
    Cukuplah 3 contoh tersebut.Mereka-mereka pemimpin Melayu PAS dan PKR ADALAH PENGKIANAT BANGSA DAN AGAMA.TINDAK TANDUK MEREKA MENGUTAMAKAN BANGSA LAIN DAN AGAMA LAIN. MEREKA MENUKAR GANTI KEMEWAHAN HIDUP MEREKA DGN MENJUAL MARUAH BANGSA DAN KESUCIAN AGAMA YG MEREKA ANUTI! PERGI JAHANAM..

    • WTF says:

      Masa UMNO/BN perintah dulu, takder pun Kerajaan negeri Selangor tindas masyrakat Cina mahupun India

      Bila dapat puak2 ni, habis semua nak digadai. Kesucian agama Islam pun boleh digadai…

      Apakah melayu2 yg sokong PAS/PKR/DAP tak nampak lagi??? Dah jadi buta ker apa???

      • Mawar says:

        Melayu yang sokong dorang ni dah jadi sebahagian kroni dan dpt le sesikit habuan/tender…..dan sebahagian tu terase ada kepentingan pegang jawatan dlm parti…nak terase hebat bergaya le gamaknyerrr….peduli apa bangsa dan agama, peduli aper nilai prinsip dan moral…asalkan periuk nasi lepas

        Buta kat situler nampak gayanyer
        Itu rasionalnya kottt…

        • Hamba Ar Rahman says:

          Knowledge is light….kalau tak dak knowledge maka hiduplah dalam kegelapan…meraba2 walaupun dalam terang kerana hati itu sudah jadi kelam kerana ilmu yg sangat dangkal….kalau dah 24 jam baca blog pembangkang dan Harakah…dan segala fitnah2 yang dicipta dalam blog itu dijadikan dalil untuk membenarkan fatwa baru dan menyokong agenda Kuffar….maka hang cakap lah apa sekalipun….mereka tak akan terima…kerana hati2 mereka ini sudah ditarbiah untuk menurut sahaja dan menelan bulat2 apa yg pemimpin depa cakap atau suruh…sebb tu kita sangat jarang melihat geng2 PR ni bantai pemimpin depa…walhal pemimpin depa bukan maksum….sedangkan pemimpin2 BN dibantai dari semua pihak samada dari pihak lawan dan penyokong sendiri….

  6. badrole amin says:

    selagi melayu yg sokong PAS,PKR & DAP ada busuk hati pada melayu UMNO selagi itu mereka buta tak nampak perlakuan rasis, kurang ajar, busuk hati dan tamak haloba cina kapir laknat DAPigs

    kena buang busuk hati itu pada melayu UMNO barulah hati mereka boleh celik, tahu dan faham tentang keperluan, kepentingan dan kebaikkan mengenai penyatuan sesama umat melayu Islam

    bekerjasama dgn kafir utk kepentingan duniawi sahaja, bekerjasama sesama umat melayu Islam utk kepentingan duniawi dan akhirat…akhirat itu paling penting tapi kefahaman PAS tentang kepentingan duniawi dan akhirat sama dgn kefahaman lim kit sial

  7. baba says:

    selangor memang dah maju sebelum pakatan syaitan memerintah pun. sebab tu ramai lupa diri dan pilih pakatan di negeri tu. ia adalah pusat utk pendidikan, perniagaan dan ekonomi negaqra. jadi semestinya dia maju. 2 khalid dengan pakatan jangan dok tipu rakyat yang selangor maju kerana mereka.

    • Moohyideeeeen says:

      Umno meroyan lagi….

      • gambus says:

        apa yang meroyan moo ??? setiap tahun dari tahun 2009 kerajaan DApigs Selangor punya budget dah defisit 120 juta !

        2010 . 2011 dan 2012 pulak masing-masing defisit 194 juta , 210 juta dan 167 juta

        ni puak DAPigs yang meroyaannnn mooo menipu rakyat kata pentadbiran Selangor jimat duit rakyat tapi sebenarnya habis duit rakyat selangor dimakannya !!! kakakaka

      • WTF says:

        Meroyan Mooh…

        UMNO tak meroyan Mooh…, yg meroyan MCA

        http://www.malaysiandigest.com/top-news/69761-chua-dares-selangor-tell-us-who-evaluated-talam-land.html

        Awat beli 1 acre tanah kat Danau Putera = MYR 652,821.20

        JAWABLAH….

  8. Hamba Ar Rahman says:

    Rasulullah saw says….the signs of hypocrites (munafik) are…
    1) When he speaks, he lies….
    2) When he makes promises, he breaks them
    3) When he is trusted with something, he betrays it
    4) When he argues, he is rude.

    Who ever has one of these, therefore he has a characteristic of hypocracy..and who ever has all of these, he is a complete hypocrite (munafik)…in conclusion…he, who believes in God (beriman), must produce or manifest true action…(believes by heart, says by words (tongue), manifests by action (limbs)….if he does not, he is not a believer..wallahua’lam….

    • Moohyideeeeen says:

      Bila suruh laksana hudud dia tolak…

      • anakbochek says:

        Kau ni macam Syiah la Mooh, main tambah2 hadis pulak.

      • gambus says:

        mooo oo mooo kau nak menipu apa lagi PAS bersama-sama PKR dan DAPigs sendiri dah menolak hudud kakakakakaka

        inilaa bila agama dipermain-mainkan oleh golongan munafik dan fasik !!!

      • WTF says:

        Mooh…

        Siapa suruh siapa Mooh…

        Rakyat Kelantan yg suruh PAS laksanakan sbb PAS janji nak laksanakan hukum hudud di Kelantan, kalau tidak takkan rakyat Kelantan vote PAS for negeri Kelantan…

        BILA MAU BUAT????

      • raplahjingaa says:

        ia ke mooo ? ulamak tersohor dunia Haji Hadi Awang kata hudud tu tak penting hanya 0.0001% jer daripada Islam, tok guru pada ulama tersohor dunia Lebai nuik ajis pulak kata, hudud tu tak mendesak…kalau ada halangan tak payahlah di laksanakan.

        Hang ikut ulamak mana moooo ??? hehehe…

      • Hamba Ar Rahman says:

        Inilah masalah nya apabila terlalu banyak berfekah dan menghukum tapi kurang berakhlak…maka end result = Moo

        • DataCode says:

          Soal hudud yang dimainkan hari ini adakah benar-benar berbicara ikut yang dikehendiki islam atau hanya permainan politik samada untuk mencari sokongan disebalik nama Islam.

  9. Moohyideeeeen says:

    Ni kisah Pemimpin Ameno:
    .
    .
    Malaysian-Japanese joint-venture Kirimitonas Agro Sdn Bhd (KASB) has agreed to take over the RM250 million government loan when buying the federal cattle-farming project, operator National Feedlot Corporation (NFC) said today.

    NFC chairman Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail said the joint-venture has agreed to the terms although Finance Minister II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said two weeks ago no decision has been made.

    “KASB has agreed to undertake the full repayment of the government loan,” Salleh told a press conference at his family-run steak restaurant Meatworks in Kuala Lumpur today.

    Salleh is now facing charges with criminal breach of trust of RM47.3 million for misappropriating NFC funds to buy luxury condominiums and land.

    The scandal broke when the Auditor-General’s Report 2011 found the project did not meet its milestones while a whistle-blower said the funds were abused to buy property.

    On July 9, PKR strategist and Pandan MP Rafizi Ramli said the takeover by KASB would not involve the debt owing to the government. He said that the government would stand to lose as much as RM163 million if the deal went through.

    Rafizi said today that NFC was not in a position to enter into the agreement as it was a government project.

    “The loan was advanced by the government and the land in Gemas where the project is located belongs to the government so it’s for the government to decide on the project.

    “Two weeks ago, I had asked Finance Minister II, Datuk Seri Husni Hanadzlah in Parliament about the issue and he had replied that the government had made no decision on the takeover, so NFC has no authority to pre-empt the government on this,” Rafizi told The Malaysian Insider today.

    • WTF says:

      Salleh tu bukan pemimpin UMNO, tu suami pemimpin UMNO

      Apa salahnya kalau Kirimitonas Agro nak take over, biaq pi dia la…

      Malah Kirimitonas setuju nak absorb loan NFC tuu…

      http://www.theedgemalaysia.com/political-news/245607-minister-company-will-pay-nfcs-debt.html

      Apa masalhanya, kira hutang selesai la…
      ________________________________________

      Mooh….

      1 acre tanah kat Danau Putera = MYR 652,821.20 macam mana pulak tu Mooh…

    • gambus says:

      Biarlaa mooo oiii , janji duit hutang kerajaan dorang bayar

      bukan macam selangor , talam punya hutang tak kutip , akhirnya duit rakyat Selangor yang kena bayar kat Talam , memang hebat Kerajaan DAPigs Selangor buat kerja

    • Hamba Ar Rahman says:

      Bulan2 posa ni aku ingat hang slow down…rupanya makin laju jer bawa mai citer copypaste…ntah betul ntah idak….hang main copypaste jer….

  10. raplahjingaa says:

    Rapussy kata ?? hehehehe….

  11. awang says:

    Rafizi dah takdak teloq..tapi dia ambik teloq lembu NFC ganti..pasai tu NFC nak saman dia..pasai lembu depa jadi mandul

Leave a Reply