Menu Utama

Bonus Kakitangan Awam: Bagaimana Kita (BN) Lebih Baik Dari Dia (PR)!!

DALAM usaha menyaingi keputusan kerajaan memberi faedah khas RM500 kepada semua kakitangan awam dan RM 250 kepada pesara kerajaan untuk persiapan hari raya yang bakal menjelma, kerajaan Selangor turut mengumumkan pemberian bonus sebanyak 1 bulan gaji kepada kakitangan awamnya.

Pemberian itulah yang ditempik dek balaci yang hilang semangat setelah BN mengekalkan kuasa di DUN Kuala Besut semalam, disebalik segala cakap besar konon pembangkang boleh menang disitu.  Kononnya pemberian bonus tersebut adalah bukti pembangkang ‘lebih’ mengambil berat kebajikan kakitangan awam berbanding BN yang hanya umum pemberian khas.

 Tapi, betul ke dakwaan itu?

Kalau nak kata pemberian bonus 1 bulan ini bukti mereka lebih baik dari kita, tidak benar sama sekali.  Pertama, pemberian RM 500 dan RM 250 yang diumumkan Perdana Menteri semalam adalah untuk persiapan hari raya sahaja, bukan bonus pun.

Kerajaan Persekutuan masih belum membuat keputusan mengenai pemberian bonus kakitangannya dan pengumuman mengenainya (kalau ada), akan dibuat dalam pembentangan bajet oleh Perdana Menteri dalam beberapa bulan lagi.

Sementara menanti keputusan mengenai pemberian bonus itu, kerajaan persekutuan telah melaksanakan kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 2 kali dalam tahun ini sahaja (KGT2) itu pada bulan Januari dan bulan Julai dengan nilai kenaikan antara RM 80 hingga RM 320 sebulan.

Yang ramai tidak perasan, nilai kenaikan itu sahaja (tanpa pengumuman bonus oleh kerajaan) sudah jauh lebih tinggi dari nilai sebulan bonus yang diumumkan kerajaan Selangor.

Kupasan mudah, pembantu am pejabat (N11) kerajaan persekutuan yang menerima gaji tahunan sebanyak RM 53,398 sebelum KGT2 ini, akan meningkat pendapatannya kepada RM 57,718 – perbezaan sebanyak RM 4,320!!  Kalau diterjermahkan dalam bentuk bonus, berapa bulan punya bonus tu?

Do your own maths, tapi bagi balaci yang malas berfikir, jawabnya lebih 2 bulan gaji!!

Sedangkan kakitangan dalam gred yang sama di Selangor hanya dapat sebulan gaji itu sahajalah yang mana nilainya lebih kurang RM 1,977 sahaja.

Jangan lupa, KGT2 ini turut melibatkan tambahan kepada nilai pencen kakitangan berkenaan.  Dalam kes kakitangan N11 yang penulis contohkan di atas, pencennya (kalau dia bersara tahun ini) BERTAMBAH sebanyak RM 96 sebulan lagi.

Penulis ingatkan sekali lagi, semua ini sebelum kerajaan persekutuan buat keputusan pasal bonus pun.

Jadi mana dia betulnya dakwaan kerajaan pembangkang lebih baik dari BN dengan pembayaran bonus sebulan gaji ini?  Lagipun ini baru Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang masih tak dengar khabar serupa walaupun kerajaan pembangkang yang sama, Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, Kerajaan BN telah membayar nilai yang jauh  lebih tinggi dari apapun nilai yang dibayar Selangor kepada kakitangan awamnya dengan pemberian bonus itu dan kalau ada pengumuman bonus dalam sesi pembentangan bajet nanti, jumlah sebenar wang yang diterima kakitangan awamnya akan jadi lebih banyak lagi.

Kesimpulannya, dengan hanya bercakap soal KGT2 ini sahaja, kerajaan BN terbukti lebih ke depan dalam soal menjaga kakitangan awamnya, kalau ada pengumuman bonus nanti, lagilah kerajaan BN jauh ke depan dalam soal itu.






70 Komen to Bonus Kakitangan Awam: Bagaimana Kita (BN) Lebih Baik Dari Dia (PR)!!

  1. tony gunawan says:

    ya betul semakin hampir menjelang pemilihan umno kena buat sesuatu !
    hairan tak ada nama muhidyin pun!

    • WTF says:

      La, Tony dah dapat billion2 UMNO bagi suruh undi kat Kuala Besut, kau nak marah org lain dpt bonus…

      Ai, takkan tak cukup kot…

      • raplahjingaa says:

        Tak payah la berlumba-lumba nak bagi bonus pada kakitangan awam…kalau mampu bagi, kalau tak mampu tak payah bagi.

        Kakitangan awam pun tahu tahap kerja depa…layak ke idak untuk dapat bonus…dan rakyaat pun tahu tahap kerja kakitangan awam…layak ke idak untuk dapat bonus

        • pasdaplaknat says:

          YES aku setuju dgn ko Raplah, xperlu nk berlumba bagi bonus, yang penting produktiviti kakitangan awam itu layak terima atau tidak, dan keadaan ekonomi negara. Lagipun kenaikan 2 TANGGA GAJI pada tahun ini sudah dikira mewah, ditambah dgn Bonus Aidilfirti lagi.. bg aku rasa MALU sgt pd Tuhan, rezeki melimpah tp kesyukuran tk heabt mana, lg diberi lagi tkpuas, komplen, banding membanding.. Krjn sudah lakukan yg terbaik.. Alhamdulillah yg penting Kesyukuran membawa BERKAT

          • luvmy says:

            Yesss..setuju jgk..Jgn la bg bonus byk sgt PM ooiii… Susah la gini nk keje..org awam expect kitorg keje tip top sbb gaji dh naik..pastu cukai pun asyik kejar je sbb makin tmbh pendapatan bulanan..hmmm.. atleast klu gaji kat tahap lama, bole la wat alasan klu cuma buat keje HAKIKI je…x gitu??

          • luvmy says:

            Juz x gemar bila pemikiran u ollzz masih di tahap lama.. Keje gomen senang..goyang kaki n gaji stil masuk..b in our shoes..than u know.. X dinafikan mmg ada yg mmg x bole pakai tp bukan kat gomen je..kat tmpt lain pun sama gak..cuma klu kan tmpt lain, dh kena terajang dh..

        • Asyraff says:

          Aku pun setuju dgn raplahjingga! Aku tak nafikan org kerja govt ni ada yg sungguh2 kerja, layan pelanggan @ penelefon dgn cara baik tapi ada jugak yg malas! Bila call je, yg itu keluar yg ini belum masuk lagi. Cuba kerja kat swasta dulu baru tau mcm mana, kdg2 sibuk tu sampai nk ke tandas pun fikir 2,3 kali. Bukan nak menangkan pihak swasta tp kdg2 ada perkara yg swasta dan govt bersatu dan perlu antara satu sama lain tp bila part govt dorang ambil mudah sambil lewa buat kerja. TAPI gaji mereka? Kalau bukan sbb tax dr company swasta dan org awam, tak merasa mereka ni. so adlh lebih baik org govt ni buat kerja sungguh2. SPA boleh buat mcm swasta, berhentikan pekerja kalau tak perform. Buat rugi negara je nk simpan pekerja malas?

          Maaflah aku emo betul dgn org govt ni sbb selalu sgt terkena smpaikan kdg2 aku suruh bos aku yg call. Sbb aku takut aku termaki.

          Seperkara lagi, bantuan khas kewangan ni aku nampak mcm BR1M pulak. Mungkin jugak duit habis kasi BR1M. why not kan? tp aku kata mungkin. Nak bukak cerita pasal BR1M lg lah menyakitkan hati. Entah mcm mana penilaian. Sampai org menipu pun tak tahu. Sorry, aku bukan tak sokong govt ni cuma aku terkilan dgn byk perkara. Byk yg kita boleh buat utk bantu rakyat bukan dgn cara bg BR1M macam tu. Serupa cerita bg orang miskin ikan hari2 adlh lebih baik kita kasi dia kail supaya dia boleh tgkp ikan utk mkn dia dan dia boleh jual. Renung2kan dan selamat beramal.

          • bangKano says:

            Orang menipu nak dapat pelbagai kemudahan bukan takat BR1M jerrr…pi tengok pengagihan PPRT…ghamai dari mereka dah ada banglo/rumah teres di tempat/negeri lain. Kenderaan plak mewah plak tu jadi lagu mana depa ni berjaya dapat rumah PPRT tu..? Ni semua main pintu belakang.. depa kenai ghapat ngan pegawai tertentu dalam PPRT tu.

          • luvmy says:

            Relaks la u ollsss…kami ni keje gomen, gaji x meletop mcmm u ollss.. mesti la u ollss terfikir bukan takat 2-3kali tp 5-6kali b4 g toilet..bukan takat toilet, surau pun sama..i penah keje swasta gak..masuk gomen pun sbb dlu blaja dgn biasiswa jpa. Asyraff, g la compare gaji u dgn gaji org yg u call tu..sama x? Sebenarnya, wpun i keje gomen, i pun x suka sgt ‘keMANJAan’ yg diberi pd kami. BR1M jgn kata la.. Tp dh nama pun rezeki..Alhamdulillah la.. Senang mcm ni la..walau kat mna pun hang keje, klu hang buat sepenuh hati..mmg cemerlang.

    • gambus says:

      orang DAPigs macam kau mana nak tahu pasal UMNO tonyy , memang pelik bila puak DAPigs macam Tony cuba nak persoalkan mengenai Muhyiddin , LOL ..

      • WTF says:

        Tah la bro gambus,

        Cerita pemilihan CEC sendiri tak habis lagi, nak cerita pasal org lain..

        Troll………lah DAp ni….

        • gambus says:

          heheh bagi puak DAPigs kalau pemimpin mereka menipu dalam pemilihan dan rasuah takde masalah dan mereka taknak ambik tahu pun hehehe

        • WTF says:

          Kalau ikutkan, mungkin takut kot…

          Nanti Najib takder dan Muhyiddin ambil alih UMNO, habis lah geng2 DAP

          HAHAHAHA

          p/s: Ini spekulasi ya, jgn ambik serious

  2. tubir says:

    Kesian rayaat kebanyakan dan pesara tentera yang tidak berpencin ….cuma mampu dengar aja ……beruntung kakitangan kerajaan sekarang ini kerja semakin senang kemudahan semakin baik …tapi …….

    • bangKano says:

      Tu salah mantan pegawai/anggota tentera sendiri keghana ikut hati yang kunun nya kecewa tak dapat apa yang di idam kan selama berkhidmat dalam ATM. Bila dah jadi oghang awam baghu la menyesai bila nengok rakan sekerja dulu dapat berbagai kenaikan gaji & imbuhan lain dari kerajaan. Lepaih tu mudah kena racun minda depa oleh puak puak pembangkang yang serba haprak tu.

      Begitu dangkal nya pemikighan segelintir mantan anggota tentera tak berpencen ni. Bagi yang berjaya dalam hidup setelah menamat kan perkhidmatan tentera depa lega kini…tapi depa yang dok cakap besaq nak buat projek berjuta juta kunun hasil imbuhan perkhidmatan tak mencukupi 21 tahun habuk pun tarak…. ramai yang dah kantoi tertipu ngan pelbagai godaan skim dapat keuntungan segera..!!!

    • pasdaplaknat says:

      itu namanya Rezeki dari Allah SWT, DIA Maha Berkuasa nk Beri pada siapa yg DIA Mahu dlm 1001 bentuk. Terasnya ialah BERSYUKUR Allah TAMBAH berganda.. tk syukur ALLAH AZAB yg AMAT PEDIH..

      So..fikir2..

  3. alimedanbaru says:

    biarlah sesiapa pun dapat bonus duit kertas, saya bang nak dapatkan bonus khas Ramadhan drp YANG MAHA ESA semuga posa kali ni saya dapat pengampunan dan bebas dari api neraka, insyaallah.amin.

  4. tony gunawan says:

    oh u kecewa tak dapat bonus!
    hahaha

  5. puteratahan says:

    Salam. Sy pro BN dan kakitgn awam. Dalam hal ini saya perlu jelaskan pada admin. 2 KGT itu tidak dikira ‘bonus’ dan nilainya tdk lebih besar dari 500 yg diberi. KGT itu memang akan naik pada setiap tahun mengikut bulan lapor diri samada bulan 1, 4, 7 atau 10. 1 KGT lagi itu yg akan diterima bln 7 ini adalah diawalkan. Ini bermaksud kemungkinan tiada KGT pada tahun depan. Dalam hal ini saya setuju dgn kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yg memberikan bonus 1 bulan pd penjawat awam negeri. Sy menjangka ini akan memberi kesan pencapaian BN di masa depan sekiranya negeri pembangkang konsisten dlm menjaga ‘kebajikan’ rakyatnya. Silalah ke laman web ceupacs.blogspot.com.. Ramai kakitgn awam yg sedang ‘mengamuk’.

    Yg betul, betul. Salah, salah. Moga BN mengekalkan kerajaan pada PRU14. Angkara ini amat menggerunkan sebab dlm kepercayaan cina 1=Aku, 4=Mati. So siapa yg akan mati? BN? atau PR?

    • Anak_Nogori says:

      Puteratahan.

      Sejak bila kakitangan kerajaan yg pro Pembangkang berpuas hati apa yg diberikan pada kakitangan?.

      Benda kemungkinan pun boleh dianggap pasti akan berlaku…tak habis2 dgn spekulasi…bila tak jadi..terus senyap…buat plak spekulasi yg lain…macam tulah sampai pencen…lepas tu tak pernah nak bersyukur

    • luvmy says:

      Puteratahan..tolong la bersyukur. Sy keje gomen gak k..malu la org mcm kamu ada dlm gomen. Patut la rmai yg x suka customer service kat gomen. Bila masa pulak KGT bulan 7 ni adalah KGT tahunan yg diawalkn? Helloooo??? awk g tanya akauntan awak x? Tahun ni kita dpt 2KGT..Bulan 7 dan Bulan yg patut naik (1,4 7 dan 10). Selalunya, setiap tahun 1KGT je la..jd tahun ni dpt 2 tangga tau naik gaji. Tolong la..klu x faham, sila bertanya..dan sila semak slip gaji anda..jgn dpt duit terus g joli..ok?? Cuma yg jgn BUAT2 lupa,klu gaji basic tu dh lebih RM2.5k..rajin2 la g semak tax pulak..

    • raplahjingaa says:

      Kakitangan awam mengamuk sebab tak dapat bonus ?? ooooiiii…sedar la diri sikit, kerja macam tak kerja, memanjang cuti…memanjang tak ada office dengan alasan pi meeting, ada hati nak mengamuk sebab tak dapat bonus !!

      I’ll take on any civil servants for the debate on this matter…anytime !!

  6. bangKano says:

    Secagha jujoq nya kerajaan tak payah la nak beghi bonus pada pegawai perkhidmatan awam. Cukup cukup la ngan 2 kenaikan KGT yang bernilai 2 bulan gaji tu…tok sah la nak ikut desakan giler CUEPACS…depa tu cuma mau wang tapi mutu sistem penyampain perkhidmatan awam nil. Dalam bulan ramadan ni aku dok peghati ada sebilangan pegawai kerajaan yang malaih dok membuta dalam surau jabatan ketika masa pejabat..

  7. puteratahan says:

    Tanggapan yg menyatakan penjawat awam masih duduk bergoyang kaki dan baring di surau hanyalah prejudis semata2. Sbg rekod segala apa yg telah dicapai dlm GTP, NKEA dll urusetianya adalah agensi kerajaan dan penjawat awam laa yg bertungkus lumus menjayakannya dan bukannya pak2 menteri sgt!

    • bangKano says:

      Ni bukan prejudis tapi ada la realiti di sebuah jabatan kerajaan di KL. Aku kata tak semua kakitangan kerajaan yang curi tulang cuma segelintiaq jerrr. Yang segelintiaq tu la yang aku nampak membuta kat surau di siang hari…tak kan nak solat jam 11.00 pagi kot….???

  8. baba says:

    kalau betul kerjaan selangor bg bonus memang patut pun kerana selangor adalah negeri yg terkaya di malaysia. nanti akhir tahun bila BN bagi jgn lupa bagi lagi.

  9. alimedanbaru says:

    Kakitangan kerajaan banyak berhutang, sbb tu harap macam nak rak pd bonus. Aku perhatikan Bank Rakyat, BSN dll bank sekarang merupakan pencekik darah terhormat yg umpan kakitangan awam supaya berhutang, gali lubang, tutup lubang.. ceti berwajah baik!

    • pasdaplaknat says:

      Itu sebablah BANK NEGARA ketatkan kembali peraturan Bank2 Perdangangan ini dari segi memberi hutang pd pengguna. Itupu ada kutuk haprak Pakatan ckp Kerajaan zalim pd rakyat.

    • gambus says:

      hutang yang diberikan macam bank Rakyat pada aku cukup baik , sampai aku bukan kerja kerajaan pun naik jeles

      Tapi masalahnya pekerja kerajaan , kalau boleh selagi nak buat loan ,selagi tulaa dorang nak berhutang , ada yang aku kenal berapa banyak loan dia ada .. gilerrr !

      Bukan nak mengutuk , tapi ramai yang bijak laa , macam buat rumah , beli tanah fikir untuk hari tua

    • luvmy says:

      Mmg betul hakikat tersebut. Syarat utk wat loan klu keje gomen, mmg longgar. X tau napa cuepacs marah bila Bank Negara nk ketatkn…utk kebaikan kakitgn gomen gak. Kdg2 kesian tgk staf yg hutang byk ni..mcm mna la diorg nk byr nnt..tp tu la..dh pandai hutang, pandai la byr..klu kena let go keta n umah, nk wat mcm mna.. Bila bank kejar tuntut hutang, salah bank jgk.. rsanya ni mentaliti org melayu (kakitgn gomen majoriti melayu koottt)..huhu

    • bujuk says:

      Ini kenyataanya..
      Kata orang perak..”biar pape asal bergaya”. Kalau takat hutang rumah dengan keta.. ok, tapi kalau hp, tv, aircond, kerusi-meja , katil pun hutang. Itulah sebabnya mudah jadi hamba syaitan. Mula makan rasuah, mula menipu, mula hisap dadah, mula panas baran. Dalam hal ni.. orang pompuan jangan mintak lebih pada suami, redha lah dengan apa yg. ada. Jangan tiap tahun nak tukar langsir, kerusi-meja dan pantang tengok jiran beli barang baru. Suami2… biasanya akan kalah jika isteri mula merajuk dan tarik muka.
      Jangan kita jadi hamba syaitan.. walaupun mulut mengaku hamba Allah.

  10. pasdaplaknat says:

    Tony sebok ckp pasla BONUS wang. Sedangkan Ramadhan Al-Mubarak Allah SWT berikan BONUS yg terlalu besar percent gandaanya, SIMPANAN akhirat yg tiada tandingan balasnya melainkan SYURGA.

    Bonus dr Allah SWT sempena Ramadhan makin kurang org merebutnya, lihatlah surah dan masjid2 pd 15 malam akhir ini.. AMAT SURUT dan MENYEDIHKAN!!

    Sedangkan penghawa dingin disediakan, makanan berbuka yg amat mewah berbanding zaman Rasulullah SolallahuAlaihi wasallam.. tp PESTA IBADAH ini semakin HAMBAR.. makin ramai yg tidak rebut tawaran BONUS dr Allah SWT ini..

    Tidak rasa malukah kita pada Allah SWT yg limpahkan kita dengan kekenyangan, kesihatan, kenderaan yg meluncur megah, duit ringgit yg diberikan melalui bonus dan gaji.. tp sedikit sgt kita susah payah utk stay dlm masjid & surau lebih dr bulan biasa, apatah lg bangun malam utk sujud mintak ampun, mintak kebaikan utk diri, keluarga dan negara..

    Kedai2 makan penuh melimpah pd minggu ini, bazar2, expo2 jualan sesak, surau dan masjid AMAT SEDIH semakin LENGGANG.. inikah balasan NIKMAT dr Allah oleh kita? masih lg yg syukur dgn wang bonus, sepatutnya fikir bagaimana nk maksimumkan ibadah dan amalan pd FINAL LAPS (10 mlm akhir ini).. mana tahu inilah Ramadhan TERAKHIR buat kita…

    Sedih sekali..

    UBAH lah dr skrg..sblm Allah UBAH kita ke ALAM LAIN..

    wallahualam.

    • bangKano says:

      Bercakap pasai ibadah pada 10 malam akhir ni ( malam lailatul qadar la tu…) ada sesiapa dah terjumpa tanda tanda hikmah malam tersebut…?

      Sekadaq ingin nak berkongsi pengalaman pada depa yang dah jumpa pada lailatul qadar…menurut hemat aku islam dah berkembang lebih 1400 tahun tapi tak dak sapa sapa pun yang dah mengakui pernah bertemu ngan tanda tanda misterius malam tersebut.

      • pasdaplaknat says:

        bangKano, mohon maaf, tuan bergurau ke atau serius ni? Risau jugak sy baca.
        Bab perkara GHAIBIYYAH ni bukan ada meter/gauges/ sensor boleh measure/ukur dah mengesahkan secara lahiriah.. itulah dipanggil IMAN.

        Tingkatan kedua Tauhid pd Allah selepas Ilmu Yaqin, iaitu Ainul Yaqinn..

        Ainu al yaqin
        Keyakinan yang dialami oleh orang yang telah melalui tahap pertama, ilmu yaqin, sehingga setiap kali dia melihat sesuatu kejadian, tanpa melalui proses SEBAB & AKIBAT lagi dia TERUS meyakini akan wujud Allah.

        Jadi konteks Lailatul Qadar ini bukan benda main2 dan ini JANJI ALLAH, kenapa kita perlukan bukti baru nk percaya? Surah Al-Qadr tu jelas jika tuan taddabur isinya.

        Lailatul Qadr ia satu hadiah dr Allah SWT bg hamba2NYA yg bertaqwa, yg ikhlas ibadahnya secara istiqamah dlm Ramadhan. Tiada bentuk khusus yg pernah dirawatkan oleh Rasulullah Solallahu Alaihiwasallam melainkan ada tanda2 yang mungkin menandakan malam itu malam Al-Qadr. Ia merupakan satu bentuk gandaan besar-sama pahala ibadah 1000 bulan (hadith Soheh), yg mana kita takkan nampak melainkan di akhirat nanti. Memgakui bertemu atau tidak mana manusia tahu krn ia rahsia milik Allah SWT, kerja kita mencari dan mengharap. Resultnya akan kita perolehi, dn bg org yg dpt ada tanda2 yg Allah beri pada dirinya, dirinya akan rasa terlalu tenang, air mata mengalir, dn ada ulamak mengatakan mgkin meremang bulu roma (bkn bermaksud takut dan manis iabadahnya berbeza pd sebelumnya..

        Jika kita baca kitab2 berkaitan Lailatul Qadr, ada para ulama’ beritahu tanda2 bertemu Lailatul Qadr, cuma kita org awam ini jgnlah cuab cari bukti fizikal, buatlah ibadah, yakin dgn janji Allah dn Rasul, Insya Allah akan dpt hikmahnya. Ada beberapa HAdith yg RAsulullah Sabda tentang Lailatul Qadr, mencari di malam2 ganjil dsgnya. Insya Allah boleh rujuk pd Ulama’2.

        so jika bangKano tanya, tkdak sapa pun yg pernah mengaku, mana lah boleh kita nk tunggu org dtg mengaku sedangkan Allah SWT shj yg Maha Mengetahui, org2 Soleh akan sembunyikan benda2 ni takut salah dan blh jd RIAK.. Yakinlah, kerja kita berusaha lah..

        Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

        Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

        Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.

        Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

        Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yang lima waktu).

        Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam
        semua hari.

        Jika masih ragu2 eloklah jumpa para Ulama’ untuk berikan keterangan yg lbh dalam.
        Wallahualam..

        • bangKano says:

          Makasih pada saudara yang mau memberi respons tang soklan tu yang mungkin begitu kritis di bahas kan. Hujah tersebut berfakta hadis hadis & fiqh para ulama silam. Tapi pembahasan tu lom lagi meyakin kan kelompok yang berfikiran kritis. Jawapan perlu di ikuti ngan pemikiran yang rasional & bebas dari sebarang skeptis perlecehan keagamaaan. Sebab tu ALLAH mengajar kan ummat nya sentiasa mengguna kan akal dalam menyingkap rahasia rahasia alam.

          Kita cuba menunggu penghujahan dari forumer lain untuk di kongsi pendapat & pengalaman impiris dari depa tu. Mana la tau kita akan dapat jawapan yang lebih tepat & leh di terima akal yang sihat insyaallah….!!!

          • pasdaplaknat says:

            Subhanallah..
            Insya Allah sy faham maksud BangKano, moga dgn HIDAYAH Allah SWT buat kita untuk didatangkan pencerahan, kita hanya yg lemah, hanya Allah SWT jua Tuhan yg Mengethaui dan Menguasai apa yg ada di langit dan di bumi.
            Betul tu sy faham mmg umat skrg berfikiran kritis dan mahukan logika akal mengukuhkan keyakinan. Jika tdk masakan Kalimah Allah SWT yg HAQ itupun boleh dijual lelong olh mrk yg mengaku sbg ulamak.
            Sy msh dhoif dn tiada apa2 ilmu, berjumpalah dgn mereka yg ahli dlm hal ini mgkin tuan dpt pencerahan yg bermakna. Insya Allah.

          • bujuk says:

            pdl.. hang tentu boleh agak, jenis apa bangkano ni. Dalam umno orang macam bangkano ni ramai.. itu sebabnya pimpinan umno d atas teragak2 dalam laksanakan Islam. Mereka ni Islam tapi ayat2 Allah yg. terang pun mereka tidak yakin. Mereka ini jika hidup d zaman Rasulullah tidak akan percaya Israk-Mikraj, apalagi syurga- neraka, mizan, sirat dan pelbagai perkara sam’iyat yg. lain.

      • Moohyideeeeen says:

        Apa la kg sangat argument hang ni??? Macam org tak ada ilmu….mcm org tua2/tok2 zaman dulu cakap pasal L qadar ni. Nampak sgt hang kurang pi mengaji, asyik dok baca Utusex je..

        • WTF says:

          Hehehe Mooh…

          Malam Lailatul Qadar takder kena mengena dgn burung bangau terbang mengiringi jenazah Fadzil Noor dari KL ke Kedah tau…

          Hang jgn silap

        • bangKano says:

          Mooo hang dah silap kita di dunia di wajib kan ALLAH mencari ilmu untuk demi membongkar misteri alam yang ternukil dalam alQuran tu. Ilmu leh di dapati dari oghang yang serba mengetahui dari kita. Setiap makhluk sama ada manuisa & hewan ada rahasia masing masing yang perlu kita teliti untuk di ungkap kan… Sejak alQuran di turun kan pada nabi Muhamad lanskap ketamadunan manusia telah berubah secara dinamis dari zaman kegelapan ke arah pencerahan…kan gitu Mooo…?

          • pasdaplaknat says:

            Moo dia xbising pulak bila Nurul Izah puaka ckp org Melayu harus diberik hak pilihan memilih agama lain sama spt bangsa lain.. jatuh kufur tu.. BAhAYA!

    • Hamba Ar Rahman says:

      Memang benar…saya sangat setuju dan sedih melihat umat Islam yg ada pada zaman ini….

      Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

      “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

      Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?

      Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”

      Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”

      Jawab Rasulullah SAW, “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”

      Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”

      Rasulullah SAW bersabda: “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

      Maka begitulah nasib umat Muhammad di akhir zaman ini…dalam pada kita sepatutnya merebut pahala dan ganjaran di bulan Ramadhan (yg mungkin Ramadhan terakhir kita)…masih ramai jiwa2 yg leka dan melebihkan dunia….umat2 akhir zaman ini terlalu ‘hubbu dunya’…sehingga mereka meletakkan Allah dan rasul selepas kepentingan sendiri/kepentingan duniawi….jika ada pun puak2 yg konon mengaku super Islam….mereka juga tidak berjaya untuk menangkis nafsu sendiri apalagi untuk menangkis dan melawan kuffar kerana mereka sudah tidak lagi dihormati….tidak lagi digeruni….jiwa yg takwanya kepada Allah sangat tinggi sudah pasti bisa meleburkan jiwa2 yg gelap dan jahat…kerana api2 kejahatan itu sudah pasti dapat dipadamkan oleh simbahan cahaya keimanan yg tinggi….kerana itu di zaman rasulullah dan sahabat….umat Islam sedikit..tetapi ke mana sahaja mereka pergi….orang kafir akan gentar dan respect mereka…bukan seperti sekarang….kita pula yg terpaksa tunduk kepada kemahuan dan permintaan mereka….oleh itu….setiap dari kita ini perlulah mendakwahkan semula diri masing2 dan keluarga masing…serta jiran masing2…kita tidak perlu menunggu khalifah yg hebat untuk menjalankan tugas ini….khalifah itu ada dalam diri tuan puan….dan berusahalah masing2 untuk memperbaiki diri dan sampaikanlah walau satu ayat….mudah mudahan kita mendapat keredhaan Nya….amin

      • bujuk says:

        Betul tuan…
        Agaknya siapakah majoriti pemimpin yg. ‘cinta dunia dan takut mati’ ni?
        Terkejut aku… bila baca Ketua pengarah JAWI akan KAJI penyertaan wanita Islam dalam ratu cantik bila peserta ratu cantik ni pertikai fatwa mereka yg. tidak sekata atau berpilih antara ratu cantik dan pertandingan sukan lain.
        Apakah susah sangat hingga perlu buat kajian untuk kata semua ‘PERKARA YG. AIB DAN TIDAK MENUTUP AURAT ITU HARAM’ tak kira ratu cantik, ratu kebaya, gimnastik, renang.. hatta ceramah kalau buka aurat adalah haram.
        Pengarah JAWI sepatutnya haramkan pertandingan ratu cantik dan akan menyusul sukan2 yg. lain dan bukannya AKAN KAJI semula pengharam tersebut.. sepertinya tindakan mereka mengharamkan ratu cantik boleh d ubah jadi halal.

        • Hamba Ar Rahman says:

          Sebenarnya umat Islam di Malaysia ni dah terlalu rosak…sedih bila kita lihat orang2 Islam yg nama atas IC Islam…tapi mereka tidak langsung ada penghayatan….sebb itu tugas pemimpin itu berat….tanggungjawab berdakwah juga terletak atas bahu semua….kita tidak boleh mengharapkan JAWI atau majlis agama atau ustaz sahaja…..kita perlu beramai2 memperingatkan satu sama lain……tapi ramai melayu2 sekarang yg sudah tidak ada ciri2 melayu (bercakap Bahasa Inggeris di rumah, tidak mengikut cara/culture melayu…..dan tidak mempunyai nilai atau norma Islam)…mereka2 ini ibaratnya sudah murtad melayu…..cuma belum murtad dari Islam sahaja…aku yakin…yg sibuk nak masuk pertandingan tu…nama aja Islam…tapi dalam hati langsung tidak ada rasa tanggunggjawab sebagai muslim hingga boleh pulak mempertikaikan penyertaan masing2 yg dibatalkan….dah awak tu lahir Islam…suka tak suka perlu ikut peraturan…..undang2 Islam…jika tak suka jgn mengaku Islam….

        • WTF says:

          Bujuk,

          Kau boleh tanya pulak “Agaknya siapakah majoriti pemimpin yg. ‘cinta dunia dan takut mati’ ni?”

          Siapa lagi kalau bukan pemimpin2 DAP, PAS dan PKR…takkkan tak sedar lagi kot???

  11. banawash says:

    Betul lah memang bukan Bonus pun…Itu bantuan khas….tetapi Ini akan menjadi sebahagian daripada Bonus bila pemberian bonus hujung tahun nanti…Macam tahun lalu juga…diberi bonus satu setengah bulan gaji tapi yang setengah bulan sudah dibayar waktu hari raya…Ketara dengan pemberian gula-gula….

    musica gratis

  12. poknik says:

    article yang ditulis tidak tepat. kalau gaji N11 RM57,718 setahun bermakna gaji PAP sebulan adalah RM4,809 sebulan. betul ke contoh ni? minta semak semula dan betulkan fakta ni. Lagi satu, lazimnya tanggagaji bagi gred serupa adalah sama, sama ada di kerajaan persekutuan mahupun di kerajaan negeri. so tidak timbul ada pihak akan dapat pencen lebih (jika tempoh perkhidmatan dan gaji akhir mereka sama). so dalam hal bonus ni, kerajaan selangor lebih kedepan.
    Nampak sangat, article ini ditulis untuk mengampu.

    • bujuk says:

      Dia ingat pembaca mykmu ni BODOH dan telan bulat2 apa dia tulis. Kalau budak2 mykmu ni bawak cerita ni keluar… hai malu besar.

  13. bangKano says:

    Memang dah dasaq PR semua nya nak nampak lebih hebat dari lawan nya BN. Kalo BN bagi bonus 2 bulan gaji pada pegawai perkhidmatan awam,kerajaan PR akan bagi 4 bulan bonus kat pegawai kerajaan negeri depa. Leh la depa buat lagu tu sebab pegawai kerajaan Selangor tak ghamai macam kerajaan Persekutuan BN sampai berjumlah lebehi 800,000 oghang.Leh la sembang wahai Khalid gagap..aku dok agak jumlah pegawai awam kerajaan negeri tak sampai pun 5,000 oghang yang mencakupi Pejabat SUK,JAIS/MAIS,PKNS dll.Yang ghamai kat Shah Alam ada la pegawai jabatan persekutuan – polis,bomba, guru SRK/SMK,JKR dll.

    Kalo bonus & pemberian khas kerajaan BN dah tentu mencapai beratuih juta ringgit tapi lagu mana jumlah kerajaan Selangor membayar bonus tu ada ka sampai sebanyak tu hah…?

    • bujuk says:

      Apa pendapatan(cukai) yg. k’jaan negeri lebih besar/ sama ke dengan pandapatan k’jaan pusat???
      Hang cerita seperti gaji seorang pekerja am nak d banding dengan gaji CEO. Kenyataannya anak pekerja am dapat kebajikan/ pelajaran lebih baik dari anak CEO. Sebab apa?, sebab pekerja am tersebut jimat dan guna wang hanya ikut keperluan, sedangkan CEO tersebut kuat enjoi.
      Tiba2 CEO tersebut merungut sebab anak dia ramai 7 orang sedang anak pekerja am tersebut kurang iaitu 5 orang.

      • luvmy says:

        X la bujuk..CEO mna ada rmai anak..paling2 pun 3 org je..tu pun ramai dh.. terkejut tgk statement anak CEO 7 org..huhu. Nk tgk anak2 berjaya, kena tgk keberkatan gaji mak bapak diorg. Klu gaji yg diterima mmg dr titik peluh sendiri..Alhamdulillah

  14. bujuk says:

    Nak tanya Adamyan..
    Berapa gaji sebulan pembantu Am(N11)(k’jaan Pusat) yg. dkatakan dapat gaji 57,000 setahun tu?
    Hebat.. la kalau gaji mereka dah hampir 4,000 sebulan. Kerana Eksekutif muda swasta pun tak jejak 2,000 sebulan.

    • WTF says:

      Hehehe…

      Apa salahnya gaji setahun seorang pembantu Am (N11 – Kerajaan Pusat) dalam MYR 57 ribu setahun???

      Kalau macam tu, baguslah…selalunya org kata kerja dgn kerajaan, gajinya sikit. Kalau kerja dgn swasta, gajinya lagi banyak.

      Apa masalahnya Bujuk, cerita sikit…

    • WTF says:

      Oh…sekarang aku faham apa Bujuk cerita

      Saudara Adamyan,

      Menurut link di bawah, menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013, gaji minimum bagi gred N11 ialah MYR 801.84 sebulan manakala gaji maksimum bagi gred N11 ialah MYR 2,502.84 sebulan.

      http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp022013a.pdf

      Harap kesilapan ini diperbetulkan.

  15. penjawat awam selangor says:

    kenapa saya tak dapat faedah khas rm500 walaupun saya kakitangan awam??takkan kerana majikan saya bawah selangor saya dinafikan dapat faedah khas rm500..takkan nak panggil presiden cuepacs tolong bantu??-kakitangan mpaj-

  16. moses says:

    saya bukan nak pertikaika rezeki Allah.masing-masing dah ditetapkan.yang saya marah mutu kerja kakitangan kerajaan.segelintir buat keje sambil lewa je.maklumlah mmg tiap2 bulan dpt gaji.kemudahan pun bnyk.jd tolonglah bg yg setimpal dgn apa yg dpt.kerajaan dah tolong apa salah tolong kitorang yg private ni juga.

    • Hamba Ar Rahman says:

      Sebenarnya perlu dipertikaikan juga…kerana kalau ditilik tilik nampak macam tak adil pula…yg undi PR ramainya duduk dalam kerajaan…tapi depa pula yg dapat keistimewaan…patut ikut cara macam yg Khalid Ibrahim cakap…sapa2 ibu tunggal yg undi PR saja boleh dapat bantuan…so…sapa2 undi BN saja patut dapat bonus…sapa2 yg tak undi boleh tengok saja….ini termasuklah Bujuk dan Mek Esah….huahuahua

      • WTF says:

        Tentang mutu kerja kakitangan kerajaan, so far yg berususan dgn aku semuanya memberi kerjasama yg baik.

        Mungkin so far I am lucky, so kalau terjumpa yg kakitangan kerajaan yg incompetence, jgn judge semua kakitangan kerajaan macam tu.

        P/S: Mek Esah ada lagi ker??? Senyap jer bulan puasa ni….jual kuih kot kat Pasar Ramadhan…

Leave a Reply