Menu Utama

Azlan Hanyalah Sumber Kewangan Untuk Parti PAS?

Oleh Nur Azlina Shaari

Kalau difikir dari sehari ke sehari, calon yang dikemukakan oleh parti PAS boleh dikatakan menimbulkan keraguan di benak fikiran kita sama ada Azlan adalah individu yang layak atau tidak memikul tanggungjawab menjaga rakyat.

Pertamanya, Endot @ Azlan Yusof tidak tahu bercakap apabila berhadapan orang ramai lebih-lebih lagi ketika sesi soal jawab bersama pihak media. Hinggakan Azlan diarahkan oleh pimpinan tertinggi PAS mengarahkan Azlan untuk ‘tutup mulut’ kerana khuatir Azlan akan tersalah bicara lagi.

Ini menunjukkan, imej dan maruah Azlan diletakkan di kaki sahaja oleh pihak PAS apabila Azlan mempunyai jurucakapnya iaitu Pengurus kempen PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Hanafiah Mat.

Yang kedua, niat Azlan yang mahu menggaji orang lain untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat sekiranya menang cukup membuktikan Azlan tidak ada langsung niat ikhlas untuk menjadi wakil rakyat. Kerana, niat dan kehendak dirinya adalah mahu memberikan fokus lebih dalam perniagaannya di Kelantan.

Kalau diteliti calon-calon lain dalam PAS, sebenarnya PAS punyai lebih peluang untuk mengemukakan calon yang lebih layak dari Azlan. Tetapi, PAS tetap mahu mengetengahkan Azlan bertanding dengan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Tetapi, dalam meneliti calon PAS ini, mungkin ramai yang tidak sedar sebenarnya Azlan adalah individu yang terlibat dengan politik dan mendapatkan perhatian dari rakyat hanya dengan menggunakan modal duit. Begitu juga bagi parti PAS. Meletakkan kedudukan Azlan sebagai calon muka baru dalam PRK DUN Kuala Besut hanyalah sebagai sumber kewangan kepada parti itu.

Maklumlah sahaja, Azlan adalah seorang ahli perniagaan yang mempunyai kilang kayu beralamat di Lot 1874, Batu 5 1/2 Kg. Tunjong, Jalan Kuala Krai. Pastinya keuntungan dari segala macam perniagaannya tidak terkata dan banyak nilainya.

Disebabkan punyai wang yang banyak, Azlan tidak langsung teragak-agak memberitahu mahu membayar atau menggajikan orang lain untuk menjalankan tugasnya sebagai Yang Berhormat.

Pada hemat pemikiran Azlan, kerja semua akan jalan sekiranya duit diletakkan sebagai penggerak utama. Atau dalam bahasa kasarnya, segala bentuk kerja dapat ‘dibeli’ dengan duit. Hanya sebut sahaja nilainya, Azlan tidak teragak-agak untuk mengeluarkan sejumlah duit.

Ia diperkukuhkan lagi dengan kenyataan dari Hanafiah sendiri. Azlan terkenal dengan sifatnya sebagai seorang ‘negara berkebajikan’. Ada masalah kewangan apa sekali pun, pergilah berjumpa dengan Azlan, pasti Azlan ini akan membantu.

Itu dari pihak Azlan yang dilihat berjaya menambat hati dan pemikiran rakyat Kuala Besut dengan menggunakan duit. Bagi pasti PAS pula, mengetengahkan Azlan untuk bertanding pada hari mengundi berbaki dua hari lagi ini ada sebab dan musababnya.

Untuk ‘menjimatkan’ duit parti PAS, calon yang mempunyai latar-belakang sumber kewangan kukuh ini mampu melegakan hati pemimpin-pemimpin tertinggi PAS. Segala perbelanjaan untuk kempen PAS mungkin ditaja sendiri oleh Azlan. Bak kata Hanafiah, Azlankan adalah sebagai ‘negara berkebajikan’.

Umum mengetahui bahawa ketika PRU 13, calon Pas ini telah menumpukan sepenuh perhatiannya untuk membantu kempen Husam Musa di Putrajaya. Jadi, siapa lagi kalau bukan Azlan yang menampung perbelanjaan kempen Husam di Putrajaya hinggakan Husam sanggup meninggalkan kampung halaman di Kuala Besut demi angan-angan menang besar di Putrajaya? Tidakkah PAS menggunakan Azlan namanya?






Satu Komen to Azlan Hanyalah Sumber Kewangan Untuk Parti PAS?

  1. […] Visit site: Azlan Hanyalah Sumber Kewangan Untuk Parti PAS? […]

Leave a Reply