Menu Utama

Antara Azhar Idrus Dengan Anwar, Siapa Lebih ‘Laku’?

MALAM ini dikhabarkan Azhar Idrus, ustak yang terkenal kerana melawakkan agama, bakal turun berkempen di Kampung Nangka, Kuala Besut, berdampingan dengan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dalam satu pentas ceramah.

Bagaimanapun, perlu disebutkan bahawa tidak ada jadual rasmi yang menunjukkan Azhar Idrus akan berceramah ke situ, tapi di kalangan orang PAS, cerita mengenainya telah begitu dihebahkan ke pelusuk daerah sejak dari hari penamaan calon lagi pada 12 Julai yang lepas.

Oleh yang demikian, jentera UMNO tetap bersiap sedia di lokasi tersebut menanti ketibaan Ustak ini –  kalau dia tiba.

Dalam masa yang sama, Anwar juga katanya masih ada disini sehingga esok dan dijadualkan berceramah di tapak bazar Ramadhan, Kampung Baru, Kuala Besut.  Ceramah Anwar semalam di Kg Penaga tidak dapat sambutan, dengan maksimum 500 orang saja yang hadir, itupun majoriti dibawa khas dari Kelantan, bukan orang Kuala Besut.

Menariknya, kehadiran 2 orang ini secara tak langsung menimbulkan persaingan sesama pembangkang dari segi siapa lebih mendapat jumlah audien yang banyak, Ustak atau Anwar.

Anwar failed dah semalam, melihat kepada jumlah orang yang tidak seberapa, hari ini kita nak tengok Ustak ini macam mana pulak ‘keramaian’ orang yang datang mendengar lawaknya.  Ingat, Ustak ini bawa 2 produk, melawakkan agama dan politik sementara Anwar hanya ada satu sahaja, politik.

IMG-20130722-WA0022

Jumlah Kehadiran Di Ceramah Anwar Malam Tadi

Kalau lebih ramai orang mendengar Ustak melawakkan agama, maka confirmlah Anwar sudah makin hilang pesona di kalangan orang Melayu.  Depan orang Cina kau bolehlah temberang, bila datang kawasan majoriti Melayu, hilang aura kau.  Elok Ustak ini saja yang diambil memimpin Pakatan pembangkang kalau macam itu sebab ceramah dia ada audien, Anwar tarak.

Penulis bagaimanapun yakin Anwar pasti mahu mengelak dari dia dimalukan Ustak kalau kehadiran ceramah Ustak mencecah ribu-ribuan, sementara dia semalam hanya ratus-ratusan dan hari ini pulak bergantung kepada pengunjung bazar Ramadhan disamping audien yang PAS sediakan.

Silap-silap, dengan pengaruhnya, kehadiran Ustak ini dibatalkan bagi mengelakkan dia malu.  Tak hairanlah kenapa cerita Azhar Idrus datang ini macam angin lalu di tepi telinga saja, tak siapa boleh confirm.

Apa pun, penulis tak sabar menunggu malam, nak tengok kesudahan pada pertandingan antara 2 jaguh bercakap ini berakhir macam mana, atau seperti yang penulis jangka, pengaruh politik Anwar menyaksikan kehadiran Azhar Idrus dibatalkan pada saat akhir.



« (Previous News)



7 Komen to Antara Azhar Idrus Dengan Anwar, Siapa Lebih ‘Laku’?

  1. Moohyideeeeen says:

    La..pesal tak banding DSAI dgn Najib…, kalau macam tu buat perbandingan antara ceramah PM dan TPM lah…

    • bangKano says:

      Apa la tongong betoi sekoq ni…pasai apa tak buat bandingan Ketua Pembangkang/Ketua Umum PKR ngan Lim Kt Siang hah…? Hang tau tak ustaz Azhar bukan sapa sapa hah dia cuma penyokong PAS jerr tapi dia lebih popular dari Anuaq.

      Kalo dah bangang macam lembu tu apa nak di kata lagi….!!!

    • raplahjingaa says:

      moooo hang pun dah jadi macam toni…tonggong !!

      Apa kelas PM nak di bandingkan dengan bekas banduan ??

    • WTF says:

      Eh, Mooh kata Mooh penyokong PAS

      Awat backing Nuar Berahi???

  2. Antara pelawak dan peliwat..

Leave a Reply