Menu Utama

Allah dalam Injil Adalah Sumbangan Besar Pas Kepada Kristian Di Malaysia?

Oleh Nur Azlina Shaari

Isu penggunaan kalimah Allah S.W.T yang dipinta oleh DAP atau penganut Kristian untuk digunakan dalam kitab suci mereka, Bible bukanlah isu lapuk yang harus dipandang sepi. Tambahan lagi kita di Malaysia, Islam adalah agama rasmi buat rakyat negara ini.

Ia berterusan apabila Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino memberikan kenyataan menyokong penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam di negara ini.

Seperti biasa, parti pembangkang seakan-akan tidak kisah apabila pihak bukan Islam bermain dengan isu agama lebih-lebih lagi agama Islam. DAP dan PKR hingga kini masih lagi setuju sekiranya kalimah Allah S.W.T dicetak dalam kitab suci penganut Kristian versi Bahasa Melayu.

PAS pula, pening-pening lalat kerana tidak tahu hendak berpihak atau menyokong haluan yang mana. Kalau menyokong DAP dan PKR, sokongan umat Islam yang selama ini menyokong perjuangan mereka bakal hilang kerana kepercayaan bahawasanya parti PAS adalah parti yang berlandaskan hukum-hakam Islam sudah tidak boleh dipercayai lagi.

Kalau ditentang pula, ibaratnya ditelan mati mak, diluah mati bapak. Nasib PAS dalam parti gabungan Pakatan Rakyat hanya kekal sebagai nama tanpa diberikan sebarang ‘privilage’ oleh PKR atau pun DAP. Sama nasib yang PAS terima selepas PRU13 bersabit perletakan Exco di DUN-DUN kawasan pembangkang menang.

Di sebabkan pendirian yang umpama lalang itu melihatkan PAS masih kabur dalam memperjuangkan Islam di negara ini walaupun sering kali melaungkan matlamat mereka mahu mewujudkan sebuah negara yang berundang-undangkan Islam.

Dalam isu penggunaan kalimah Allah S.W.T, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor , Khalid Samad pula menyanggah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mahu tindakan diambil terhadap Marino. Kata Khalid, apa yang dibuat oleh Marino itu hanyalah mahu memberikan pendapat. Atau dalam bahasa yang muda, ‘It’s OKAY’ untuk Marino memberikan kata putus tentang penggunaan kalimah Allah S.W.T kepada penganut Kristian.

Dari kenyataan Marino yang disifatkan oleh Khalid sebagai ‘pendapat’ sebenarnya adalah penghinaan kepada agama Islam dan negara Malaysia sendiri.

Malah, tindakan Khalid itu sebenarnya memberi peluang kepada kuasa-kuasa asing mahu pun organisasi agama lain dari negara asing mudah mencampuri urusan dan perlaksanaan agama Islam di Malaysia.

Apabila munculnya individu seperti Marino yang berani memberikan ‘pendapat’ menyokong penggunaan kalimah Allah S.W.T oleh penganut agama lain, tidakkah duta-duta asing lain akan mencuba mencari jalan memporak-perandakan perlaksanaan atau undang-undang Islam di Malaysia? Apabila ia berlaku, akan lenyaplah pendapat dunia selama ini yang memandang Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan Islam seratus-peratus dan adalah keutamaan bagi rakyatnya.

Yang keduanya, apabila Khalid pertahankan Marino untuk tidak diberikan tindakan atas penghinaannya, Khalid juga membenarkan duta tersebut mencabar institusi perlembagaan dan undang-undang Malaysia. Keadaan ini akan memudahkan lagi tanggapan kuasa luar dengan berfikir dan berpendapat Malaysia adalah sebuah negara yang goyah perlaksanaan undang-undang. Jadi, negara asing akan berpendapat undang-undang yang dilaksanakan oleh Malaysia adalah ‘cacar-marba’, bercampuk aduk hinggakan perlunya campur tangan oleh negara lain.

Ia menambahkan lagi kegembiraan negara asing yang selama ini sudah pun mensasarkan negara Malaysia sebagai negara yang boleh dikuasai baik dari segi undang-undang atau pun dalam pentadbiran kerajaan.

Dalam isu ini juga, yang paling gembira adalah parti DAP. Kerana selama ini sudah punyai impian untuk tidak membenarkan negara Malaysia menjadi sebuah negara Islam. Kiranya, impian yang mahukan negara Malaysia menjadi negara sekular seperti Singapura bakal tercapai.

Jadi, bila mana Khalid berdiri mempertahankan ‘pendapat’ dari Marino, DAP tidak berkata apa-apa kerana berselindung supaya rancangan mahukan kuasa dari negara luar mencampuri urusan agama di Malaysia. Lebih memudahkan buat mereka untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.

Yang ruginya adalah umat Islam sendiri kerana kesuciaan agama Islam tergadai kerana pemimpin-pemimpin seperti dalam parti PAS membenarkan golongan kafir memperolok-olokkan undang-undang Islam. Penghujungnya, akan wujudlah terma-terma seperti ‘Allah itu ada anak’, ‘Allah ada tiga’, ‘Anak Allah adalah Mary’. Mahukah kita? Fikirkan.

Yang jelas kerana pendirian Pas inilah menyebabkan orang kristian semakin kuat memberi tekanan menuntut kepada kerajaan membenarkan God diganti dengan Allah bukannya tuhan.






13 Komen to Allah dalam Injil Adalah Sumbangan Besar Pas Kepada Kristian Di Malaysia?

  1. tata says:

    Kemutnet keliru dgn pendapat yg tidak bersandarkan kepada ilmiah tulisan beliau hnya utk fitnah semata2 coba lihat keputusaan kabinet april 2011 utk hal ehwal keristian..sejak dari merdeka lg barisan kabinet adalah terdiri dari menteri dari bn tak tau la saya kalau ada dri pas skrg atau sblm ni jd siapa yg sebenarnya memberi muka pa mubaligh keristian utk mereka mendAkyah umah islam kabinet bn la mangkok oi..puak2 mu la kemut oi jng salahkan org lain

    • alimedanbaru says:

      1. YANG GHAIRAH DUDUK SAMA PENTAS DAN BENARKAN ORANG KAFIR MENGGUNAKAN SEBUTAN QURAN ADALAH – PAS.
      2. YANG BANGGA MENJEMPUT ORANG YB YB KAFIR BERAKTIVITI DALAM SURAU MESJID ADALAH – PAS.
      3. YG BERDIRI DIBELAKANG AMBIGA BETINA SETAN MENDOKONG MELAYU MURTAD ADALAH – PAS.
      4. YG MENGERAHKAN KEKUATAN AHLI UNTUK BERDEMONSTRASI BERSAMA PENGAMAL ISLAM PLURAL DAN SEX DEPAN BELAKANG ADALAH – PAS.
      5. MANUSIA YG BERNAMA NICK AZIZ DAN HADI YG MENYOKONG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM BIBLE EDISI MELAYU ADALAH PEMIMPIN DARI – PAS.
      6. DAJAL YG MENAWARKAN SYURGA NERAKA KPD ORANG MELAYU DGN TAWARAN UNDI PAS MASUK SYURGA DAN UNDI UMNO MASUK NERAKA ADALAH PEMIMPIN – PAS.
      7. PEMIMPIN2 PARTI YG MENGAGONGKAN KOMINIS SEBAGAI WIRA ADALAH – PAS.
      8. DALAM DUNIA ISLAM SATU-SATUNYA PARTI YG MENGANGGAP PARTINYA PARTI ALLAH (PAS ITU ISLAM DAN ISLAM ITU PAS) YG BOLEH DGN ITU DIA DICOP SEBAGAI SESAT ADALAH -PAS.
      9. PARTI YG PECAH REKOD YG MANA TIDAK PERNAH PERBUATAN TERSEBUT DIBUAT OLEH PERTUBUHAN LAIN, YA’ NI MENDOAKAN BANGSA SENDIRI ‘KO’JAHANAM ADALAH – PAS.
      10. PARTI YG JAJA HUKUM HUDUD TETAPI DARI REKOD DAN FAKTA PARTI TERSEBUT TIDAK BERSUNGGUH, TIDAK TUBUHKAN J/KUASA YG BERTINDAK SECARA KONSISTEN/TIDAK BUAT PERSEDIAAN/TIDAK BERMESYUARAT/BARISAN J.KUASA PELAKSANA LINTANG PUKANG/PEMBETULAN HUKUM YG SALAH TIDAK DIBAIKI/HUDUD HANYA MUNCUL SEMASA SAAT PILIHANRAYA SAHAJA ADALAH – PAS.

      Saudara TATA, aku ada lagi 99 fakta kemungkaran Pas untuk di tulis, cukup 10 tu saja untuk kau balas balik jika tak puas hati.Tk

    • Kacang merah says:

      Puak ni tahu,..pusing, pusing, pusing, koner, koner je yang tahu. baca isu tu betul betul,..ish3 kesian la kat depa ni…slow

    • gambus says:

      bila pencacai pauk Pakatan cakap apapun tak berguna , hanya berbelit dan menipu jee . tak berani langsung nak jawab direct , macai PAS biasa laa

  2. reds says:

    dulu kita bagi pasal diorang cakap pakai kt bible jekk bongok…pastu dh terang2 diorang salah guna…mesti laa kena tarik balik….yang pas skarang beriya iya sokong apehall?? takkan x tau agenda diorang nak murtadkan orang melayu… bodo kaa lu….lu x reti baca kaa.. buat cd laa…poster laa..tulis kat gereja laa..

  3. alimedanbaru says:

    Inilah kepelikan dan keajaipan perangai pemompin Pas yg tak terfikirkan oleh pejuang-pejuang Islam yg berdiri mempertahankan kesucian agama Allah, Islam. Rasanya jihad yg paling utama adalah mentauhidkan keesaan Allah dan tidak menodainya dgn mempersekutukannya dgn yg lain apatah lagi Allah digandingkan dgn Tuhan Anak dan Tuhan Ibu oleh kesesatan kepercayaan Krestein.

    Jelas Khalid Samad adalah abdi DAP dan sahaya Krestein yg melawan Islam kerana tuannya orang kafir.Kepada Khalid bertaubatlah kamu dan aku ingatkan dgn firman Allah dalam Quran ayat 28 surah Ali Imran:
    ” JANGANLAH ORANG-ORANG MUKMIN MENGAMBIL ORANG-ORANG KAFIR MENJADI WALI DENGAN MENINGGALKAN ORANG-ORANG MUKMIN. BARANGSIAPA YG BERBUAT DEMIKIAN NISCAYA LEPASLAH IA DARI PERTOLONGAN ALLAH”.

    Khalid Samad kamu berusaha untuk menggembirakan tuan kaum kafir mu, tetapi kamu telah sampai hati perdagangkan Tuhan mu yakni MENYERAHKAN KESUCIAN NAMANYA UNTUK SANTAPAN KAUM PENENTANG ALLAH YANG MAHA ESA (BUKAN 3),

  4. baba says:

    pas lebih kristian dari org kristian sendiri.sebab tu mereka walau berlainan agama bermati2 mempertahankan kristian guna kalimah Allah.

    • cucutokleman says:

      sudah terang lagi nyata Pas pengamal fahaman Syiah… sesat lagi menyesatkan.

      • alimedanbaru says:

        Bang, sekarang baru saya faham apa sebab dia si Khalid Samad tu dipanggil dgn nama KHALID GEREJA! Baru saya tahu bang sebabnya… hebat orang Shah Alam pilih dia..

    • Kacang merah says:

      dah la beriya2 memperjuangkan orang kafir yang nak guna kalimah Allah untuk mendakwah agama mereka dan mengelirukan akidah org Islam..pastu ada lak geng dia yang beriya2 menuntut keadilan kepada pasangan yang hina Islam kononnya tidak diadili dengan betul, kerajaan bias..apa nak jd ngan PAS..makin hari makin teruk

  5. WTF says:

    Hebat betul DAP ni…

    DAP tak perlu cakap apa2, hanya perlu mengarahkan PAS mempertahankan si Marino dan Alvivi…

Leave a Reply