Menu Utama

Ahli Politik Punya Hal, Polis Juga Salah

Oleh Nur Azlina Shaari

Susah apabila berdepan dengan manusia yang merasakan dia adalah cukup sempurna dari segi sifat dan pendiriannya. Bertambah susah apabila dirinya sendiri berfikir mampu melaksanakan tugas lebih bagus dan hebat dari orang-orang lain. Orang lain difikirkan tidak bagus dalam melaksanakan tugas dan kerja berbanding dari dirinya.

Manusia seperti ini adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bila mana mengeluarkan kenyataan langsung tidak menghargai usaha dan jasa yang ditabur oleh anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Kita sendiri sedar, dalam beberapa minggu ini kejadian tembak-menembak yang akhirnya berlaku kematian begitu menakutkan rakyat Malaysia. Dalam kes jenayah seperti ini, Polis dululah yang akan mengambil tempat paling hadapan untuk menyelesaikan insiden berdarah ini.

Namun, dalam laporan Harakahdaily, Mahfuz mempersoalkan jaminan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar di mana dikatakan tidak mampu meredakan kebimbangan rakyat kerana pasukan polis dilihat seperti sudah hilang kawalan. Mahfuz juga menggesa agar kerajaan Malaysia untuk mengadakan sidang khas Parlimen bagi menyelesaikan masalah jenayah berat terutama yang melibatkan pembunuhan menggunakan senjata api.

“Satu sidang khas Parlimen mesti dipanggil segera sebelum Hari Raya. Bagaimana rakyat hendak pulang ke kampung menyambut Aidil Fitri sedangkan bukan sahaja keselamatan harta tidak terjamin malah keselamatan nyawa pun tidak terjamin,” katanya.

Pada minggu lalu, berita melaporkan 90% anggota polis tidak dibenarkan memohon cuti raya tahun ini kerana diarahkan untuk bertugas bagi mengawal keselamatan di setiap negeri.

Di kala rakyat lain pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari kemenangan umat Islam bersama-sama keluarga tersayang, anggota Polis terpaksa melupakan hasrat menyambut Hari Raya bersama insan-insan yang mereka sayangi. Semuanya kerana berkorban demi menjaga keselamatan rakyat dan harta benda kita.

Tetapi, pengorbanan dan jasa Polis tidak pernah disanjung apatah lagi dipandang tinggi oleh puak pembakang yang sering melabelkan Polis sebagai ‘anjing kerajaan’. Sejauh mana pernah pembangkang simpati, hargai dan memberikan kerjasama kepada pihak Polis? Beban tugas pihak Polis bertambah dari masa ke semasa, risiko diri juga bertambah dan menerima kutukan dari masyarakat juga menambahkan tekanan dan bebanan psikologi anggota-anggota Polis.

Apabila Mahfuz mempersoalkan usaha yang Polis lakukan, ia menunjukkan tidak ada langsung penghargaan kepada anggota Polis yang berkhidmat dan secara tidak langsung, ia menurunkan tahap kepercayaan rakyat Malaysia kepada Polis. Sikap berprasangka buruk terhadap anggota Polis juga semakin lama menebal dalam diri penyokong-penyokong pembangkang.

Puak-puak pembangkang sebenarnya tidak sedar. Sejak mereka mencipta pelbagai demonstrasi tahun-tahun sebelum ini, pihak Polislah yang sering memberikan kerjasama yang baik kepada mereka meski pun sering kali balasan buruk yang pihak Polis terima kembali.

Dalam perhimpunan haram Bersih sendiri jika dilihat, Polis sudah memberikan kerjasama agar suasana tidak menjadi kecoh. Tetapi, Polis pula dituduh menjadi pihak yang mencipta provokasi supaya berlakunya kejadian jenayah atau pergaduhan. Walhal mereka sudah pun diberikan amaran awal.

Agaknya Mahfuz sudah lupa dalam kejadian berdarah pencerobohan di Lahad Datu. Anggota Polis menjadi pihak yang pertama yang gugur sewaktu berdepan dengan pengganas-pengganas Sulu. Tetapi, Polis dituduh sebagai pelakon dalam insiden yang merenggut emosi rakyat Malaysia.

Inilah tujuan Mahfuz meluaskan pandangannya khidmat Polis sudah tidak berkesan kepada rakyat, supaya dasar kebencian dan tidak suka kepada pihak berkuasa berterusan.

Hakikatnya, apabila berlakunya insiden-insiden yang tidak diingini, pihak Polis jugalah yang akan mereka cari. Kepada pihak Polis jugalah tempat mereka menagih simpati. PAS sebenarnya menipu diri mereka sendiri dengan mengatakan tidak memerlukan Polis dalam hidup mereka.

Siapakah pula yang hidup hanya mencari salah Polis seolah-olah Polis mesti sempurna dan tiada kekurangan jika bukan peguam-peguam politik yang berpakat dengan Mahfuz dalam Pakatan Rakyat?



(Next News) »



18 Komen to Ahli Politik Punya Hal, Polis Juga Salah

  1. raplahjingaa says:

    Mahpus nak sidang khas parlimen ?? udah-udahlah tu mahpus, rakyaat tau apasal jenayah berluasa sekarang ni, ahli parlimen DAP ramai kepala kongsi gelap, especially yang berpendidikan SRJKC, ISA dan EO dimansuhkan atas desakan pembangakang yang rata-rata terlibat dengan jenayah.

    Penjenayah pembanggang angkat sebagai hero. Komunis di angkat sebagai pejuang kemerdekaan.

    Mahpus ni…dia tak segan ke tunjukan kebodohan melampau dia di parlimen ??

  2. gambus says:

    makin gilaaa aku tgk orang Pakatan ni , Polis bermatian-matian menjaga keamanaan mereka keji dan hina , Polis menembak penjenayah bersenjata pun mereka keji dan hina serta kata zalim .. mereka yang sibuk hina , keji dan menzalimi anggota keselamatan !!!

    TAPI bila jenayah naik mereka juga menyalak macam anjing gilerrr !!! sebelum ni merekalah nombor satu membela penjenayah !!!

    memang makin bodoh aku tgk manusia Pakatan ni

    • rambo says:

      sendiri bikin slah sebb2 takut sgt kena tembak…ade ker org yg x kacau org…x terlibat dgn jenayah…tiba2 org datang nak tembak dia…org gila mungkin la…pelik…lain la dia duk tepi jalan..pegang pistol tembak semua org yg lalu lalang kat jalan yg x tahu menahu ape…

  3. baba says:

    adakan balik akta seperti EO dan ISA, lepas tu tgk mmcm mana. pembangkang ni cakap saja padahal ni semua hasil usaha mereka menghasut rakyat bangun membantah akta2 tersebut.

    • randomsee says:

      itulah sebaiknya…kembali taring pihak keselamatan…polis bukan sahaja menjaga keselamatan harta benda sahaja ianya termasuk MENCEGAH…kebanyakan pelaku jenayah hari ini berselindung disebalik penyamaran dan tidak mempunyai bukti yang kukuh…untuk didakwa…hanya akta pencegahan yang mampu menyekat mereka…

      Mahfuz ini memang bodoh dan bangang….lembu pun cerdik dari mahfuz ini…macamanalah perwakilan Pas boleh pilih mangkuk hayun ini sebagai pemimpin

  4. alimedanbaru says:

    CAKAP ABANG-ABANG KAT ATAS SEMUANYA BETUL. Agaknya puak-puak Pemimpin Pakatan ni sekarang mereka nak keluar rumah pun takut, sebab apa, sebab mungkin hari ini atau esok pistol tu tuju kat kepala hotok mereka pulak. Maklomlah mereka sesama sendiri pun gomol-gomol jugak.

    Padan muka:
    1. dahulu bila Polis buat ketegasan dgn penjenayah kata polis KEJAMLAH, TAK BERTAMADUNLAH. Sekarang belailah penjenayah..
    2. dulu bila polis tak lepaskan tahana I.S.A dan tahan pengganas tanpa bicara bukan main lagi berdemonstrasi mintak mereka dikeluarkan. Rasakan, bila mereka dah bebas sekarang silap haribulan Mahpus pun mungkin jadi mangsa..
    3. dulu asal penjenayah mati je.. bukan main salahkan polis. Sekarang bila orang awam hari-hari mati ditangan penjenayah apa hal, salah siapa yg bagi manja.. bodoh punyA mAHPUS.

    PEMBANGKANG DIMALAYSIA NI MEMANG BAGHAL AL KELDAI TONGONG. MEREKA PERJUANGKAN PERKARA YG BOLEH MENGANCAM KESELAMATAN RAKYAT TERMASUK DIRI MEREKA SENDIRI. SEKARANG RAKYAT NILAILAH APA KESANNYA PERKARA YG MEREKA PERJUANGKAN.. SENDIRI KENA INGAT..

  5. WTF says:

    Tu la Mahfuz Bean, yg kau dulu sokong agenda petualang Negara macam Nuar Berahi dan Lim Kit sial buat apa!!!

    Dah takut keluar rumah dah..apa susah Mahfuz Bean, duit derma tabung milo boleh pakai nak upah pak guard jaga hang..

    Bodoh punya Mahfuz Bean

  6. Mawar says:

    Senang jer, kalau mahpus ni buat repot polis, aku cadangkan polis tak payah layan mahpus ni….kalau ada apa2 terjadi pada mahpus, pun polis tak payah layan jugak, biar padan muke mahpus….mahpus-silalah buat repot kat kroni hang, biar depa ambik tindakan, depa ni kan pandai cakap dlm segalanya kan….? Kalau pandai cakap, pandaile buat tindakan gamaknya…..mahpus,.. mahpus ….kenapalah bodoh betul akalmu.

  7. ais says:

    kesian polis, yang kerja polis ramai melayu. so melayu lah banyak menjaga keamanan negara. apa nak jadi dengan pkr and pas, perosak melayu.

    • tubir says:

      Perkara ini bukan sepenuhnya kesalahan diletakan dibahu ahli politik ……anggota polis dan pihak berkuasa juga ada salahnya .Sebab ada diantara anggota PDRM dan badan penguat kuasa yang terlibat dengan Rasuah dan kongsi gelap umpa mengunting dalam lipatan .
      Memang kita akuai sempadan negara kita yang panjang dan bilangan penguatkuasa yang tidak mencukupi sering menjadi alasan .tapi sampai bila alasan tersebut nak digunakan .So fikir fikirkanlah kemana kita dan adakah negara ini betul betul selamat?.
      Sekarang ini pula timbul pula isu sekatan atau syarat baru untuk memasuki negara ini untuk beberapa negara.Tapi yang peliknya kenapa hanya pakistan bangla dan nepal ? macam mana pula warga negara cina india dan sebagainya ?Ikut contoh negara jerman pihak berkuasa dipintu masuk begitu tegas dan berhati hati menerima pelancong yang datang …..disoal selidik dimana tingal dan berapa lama tingal .

      • Hamba Ar Rahman says:

        Dalam bab isu rasuah di kalangan penjawat awam dan penguasa ni…mana2 pemimpin pun sukar nak buat apa2…sebabnya bilangan mereka yg ambil rasuah terlalu ramai…dalam satu IPD dan balai yg ambil rasuah tersangat ramai…ibarat macam SOP depa pulak…ada satu hamba Allah citer kat aku..masa mula2 dia bertugas dan dihantar ke balai…dia di nasihatkan utk cari geng….di sana….mereka macam berpuak2…jika kita tak mahu ambil rasuah nescaya kita akan dipulau dan ketua akan buatkan hidup kita susah di situ dan ada juga yg sampai ditukar ke tempat lain…betul atau tak cerita ni…kalau dia tipu..maka aku pun tipu juga laa….dan bagi kedai2 judi dan maksiat…biasanya depa ada set2 polis yg beri perlindungan kepada tokeh2 ni….polis2 ini akan kutip duit tiap2 bulan dari tokeh2 ni….sebb itu aku kata penguatkuasaan undang2 saja tidak mencukupi…takkan semua pun kita nak cek…kalau dah jiwa tu tak rasa berdosa dan tak takut dengan siksaan api neraka….buat undang2 macam mana pun depa boleh kawtim dan putar cara lain…..kalau dah hari2 bertuhankan duit dan iman zero….letaklah mana2 PM pun…kalau Ustaz yg jadi PM pun belum tentu dapat control…bayangkan…orang Islam jadi penguasa dan polis….rasuah masih berleluasa…kalau dah kafir yg jadi polis…wallahua’lam

Leave a Reply